Pretend & Dramatic Play Baik Untuk Perkembangan Kanak-kanak - Ana Suhana

Aug 7, 2018

Pretend & Dramatic Play Baik Untuk Perkembangan Kanak-kanak


Pretend & Dramatic Play Baik Untuk Perkembangan Kanak-kanak | Assalamualaikum. Siapa setuju zaman kanak-kanak adalah zaman paling indah dalam hidup?? Rindu pula dengan zaman kanak-kanak. Problem free. Zaman main 24 jam sehari. Macam-macam permainan kita dah rasa kan. So hari ni Ana nak share dengan korang tentang bagaimana Pretend & Dramatic Play  Baik Untuk Perkembangan Kanak-kanak untuk rujukan bersama.
Pretend & Dramatic Play  Baik Untuk Perkembangan Kanak-kanak

Seperti yang kita maklum, kanak-kanak hari ni lebih advance berbanding zaman kita dulu. Hari ni kita boleh lihat gajet merupakan penyumbang utama untuk kanak-kanak bermain. Tak dinafikan yang bermain dengan gajet ada kebaikannya jika digunakan dengan bijak dan betul. Namun keburukan akibat leka dengan gajet lebih banyak dari kebaikkannya. Antaranya kanak-kanak menjadi tidak aktif, anti-sosial, tidak sihat dan paling buruk menjadi ketagihan.

Zaman kanak-kanak seharusnya dimanfaatkan dengan sesuatu yang dapat membantu perkembangan dan pembelajaran mereka. Bermain adalah satu aktiviti yang penting sepanjang proses perkembangan kanak-kanak dan ianya bersifat semulajadi. Bermain adalah penting kerana ia dapat meningkatkan perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi kanak-kanak.

Semasa bermain, kita akan dapat lihat bagaimana mereka bertindak balas dengan apa yang ada di sekeliling  mereka. Ini kerana pada masa ini mereka mempunyai imaginasi yang sangat tinggi dan ini merupakan sesuatu yang sangat baik dalam pembelajaran mereka. Dengan bermain, kanak-kanak akan merasa gembira, teruja, puas hati dan bebas - mendorong mereka menjadi lebih tenang dan sihat fizikal serta mental. Ok jom kita tengok beberapa Pretend & Dramatic Play  Baik Untuk Perkembangan Kanak-kanak  :

1. Bermain Pasir Pantai / Pasir Kinetik

Cakap pasal pasir, masa Syafi bawah 3 tahun, dia sangat geli nak pegang dan pijak pasir. Puas Ana paksa dia bermain dengan pasir tapi dia tetap refuse to play. Tapi bila dah besar ni, rasa nak main pasir tu datang naturally. Ada je idea dia nak buat dengan pasir tu - jual-menjual, buat istana, korek pasir dan banyak lagi.

Sebenarnya tujuan Ana nak bagi Syafi main pasir adalah untuk meningkatkan koordinasi motor Syafi serta membantu mengatasi konflik geli terhadap pasir.
Sekarang ni pantang nampak pantai mesti dia akan excited nak main. Dia juga akan bawa sekali alatan untuk main pasir. Kalau korang nak tau, bila anak-anak kita bermain dengan pasir bersama alatan yang bersesuaian secara tidak langsung ianya dapat membantu mereka belajar tentang sifat semulajadi alam sekitar seperti pasir, air dan udara. Ini dapat meningkatkan knowledge mereka.

Sambil-sambil tu Ana pun join lah juga main sama. Jadi main jual beli barang pula. Nampak kelakar tapi sebenarnya dari situ Syafi boleh belajar cara berkomunikasi dengan orang,  belajar cara-cara berniaga seperti kenal barang-barang yang dia jual dan kenal belajar ingat harga barang dan belajar mengira.

2. Bermain Bina Bangunan Dengan Uno Stacko
Kalau anak-anak korang bercita-cita nak jadi arkitek, apa kata korang ajak dorang main Uno Stacko. Dengan Uno Stacko ni mereka akan mula jadi kreatif dan berfikir macam mana nak bina sesuatu bangunan tu jadi tinggi tetapi kukuh. Semakin tinggi binaan Stacko tu akan membuatkan mereka jadi lebih teruja. Bagus tau kita bagi anak-anak kita main permaianan ni sebab ianya dapat meningkatkan ketajaman otak.  Ini kerana permainan ini memerlukan tumpuan serta daya ingatkan yang tinggi ketika bermain.

3. Bermain Dengan Alat Muzik
Cakap je lagu popular hari ni seperti lagu Hakiem Rusli, Sufian Suhaimi, Aman Aziz semua Syafi dah hafal. Ana perasan Syafi minat bab-bab muzik ni. Mungkin mewarisi minat dari ayah Ana. Masa dia bayi lagi ayah dah start main gitar dengan Syafi. Bila tau Syafi suka muzik Ana belikan dia beberapa alat muzik seperti guitar mainan dan piano.

Bagus tau untuk kita dedahkan anak-anak dengan alat muzik. Ini kerana kanak-kanak yang suka bermain alat muzik dapat meningkatkan kreativiti mereka serta melatih diri menjadi lebih berdisiplin, fokus pada sesuatu pembelajaran (peka pada muzik yang berbeza), dan dapat belajar untuk menghafal.

Bermain alat muzik juga dapat membantu membina keyakinan dalam diri kanak-kanak sekaligus menjadikan diri mereka berani berdepan dengan orang (penonton). Alat muzik juga bagus sebagai salah satu instrumen untuk meredakan stress di mana muzik yang dihasilkan dapat memberi rasa tenang kepada kanak-kanak.

4. Bermain Lumba Basikal
Kalau dapat main basikal, tak sah kalau tak berlumba dengan kawan-kawan. Kononnya seperti berlumba di litar lumba. Berangan nak jadi pelumba motor lah tu walau hanya bermain basikal. Kira basikal antara salah satu permainan yang wajib ada dekat setiap rumah.

Syafi mula bermain basikal ketika berusia setahun setengah sampai lah sekarang. Masa Ana check up Syafi 3 tahun, nurse tu galakkan anak-anak bermain basikal sebab dari situ kita boleh tengok jika ada masalah dekat anak-anak.
Selain dapat menjadikan kanak-kanak lebih sihat dan aktif serta  dapat menguatkan tulang kaki, berbasikal juga dapat meningkatkan tahap keseimbangan kanak-kanak itu sendiri. Bermula dengan basikal beroda tiga sehingga berbasikal beroda dua.
Dengan berbasikal juga kita boleh terapkan aspek-aspek keselamatan di mana kanak-kanak dapat belajar tentang bahaya yang ada di jalan raya. Boleh je juga kita sebagai ibu bapa main bersama dan berlakon seperti mereka sedang amik lesen kenderaan. Masa tu kita ajar mereka tentang kepentingan pakai topi keledar, berpakaian cerah, bawa kenderaan secara berhati-hati dan mematuhi peraturan jalam raya serta belajar menanam sikap bertoleransi sesama pemandu yang lain.

5. Berangan Ketika Bermain Air
Perasan tak kanak-kanak sangat teruja setiap kali nampak kolam renang? Ini kerana dengan bermain air dapat menjadikan mereka lebih tenang dan gembira sekaligus kesihatan mereka lebih baik.
Tak sah kalau main air mereka tak bawa mainan seperti itik, kapal bersama. Masa ni kita boleh nampak mereka berada dalam dunia imaginasi mereka sendiri. Bermain dengan itik-itik dan berlagak seperti kapten kapal. Kadang tu kita akan perasan yang mereka terkuak-kuak di dalam kolam berangan seperti perenang profesional.

Kita nampak mereka sekadar bergembira bermain tapi sebenarnya secara tidak langsung juga mereka belajar menjadi pemerhati yang baik bila tengok apa benda yang boleh terapung dan apa yang tenggelam. Bermain dengan air juga dapat didik kepentingan keselamatan diri dan menjadikan mereka sentiasa lebih berhati-hati.

6. Berlakon Jadi Polis / Askar
Antara kegemaran permainan kanak-kanak - berlakon meniru gaya seseorang. Korang mesti perasan kan anak-anak selalu berangan jadi polis, ahli bomba, doktor, peguam dan banyak lagi kan.
Macam Syafi watak favorite dia ialah menjadi seorang polis atau askar. Masa tu mula lah dia akan selongkar kotak mainan dia cari pistol dan cermin mata. Siap dengan gaya dan bunyi lagi. Memang sebiji macam gaya seorang anggota polis dalam tv tu lah senang kata.
Bagi Ana, bermain seperti ini bagus kerana dapat menaikkan semangat untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Selain itu, aktiviti seperti ini juga bagus untuk meningkatkan proses komunikasi di mana semasa bermain, kanak-kanak akan berinteraksi dengan ibu bapa,  adik-beradik atau rakan-rakan. Ini sekaligus mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan mewujudkan suasana ceria.

Ana pasti anak-anak korang pun mesti main permainan yang sama macam Syafi kan. Itulah dunia kanak-kanak - penuh keceriaan. Jangan disekat apabila mereka ingin bermain kerana proses perkembangan mereka sedang membangun. Kita sebagai ibu bapa harus memainkan peranan dengan sebaiknya dengan menyokong dan membantu mereka seadanya.
Sesekali boleh je bawa mereka ke taman tema edutainment - KidZania. Di sini kanak-kanak akan dipersiapkan dengan dunia sebenar pekerjaan di mana terdapat lebih dari 60 establishments dengan lebih dari 100 simulasi pekerjaan sebenar untuk mereka cuba. Di sini anak-anak boleh belajar berdikari di mana mereka perlu melakukan semuanya sendiri dan juga belajar untuk bekerja secara berpasukan.

Selain itu mereka juga dapat mengembangkan lagi kemahiran yang ada dalam diri mereka bah kan mereka juga boleh belajar menguruskan kewangan hasil dari gaji yang diperohi dari kerja-kerja yang dibuat. Untuk maklumat lanjut tentang KidZania serta promosi terkini, korang boleh layari laman web KidZania di bawah ni :




17 comments:

  1. Bagus kan Ana aktiviti macam nie untuk anak kita. Comel Syafi..

    ReplyDelete
  2. seronoknya bila anak anak berkembang secara postif kan...

    ReplyDelete
  3. Masa saya kecil dulu, segala macam boleh jadi bahan mainan. Mak saya kata cebisan kertas pun boleh jadi makhluk hidup.
    Memang enjoy sangat sebab masa budak kita bukannya fikir logik apa pun kan. Imaginasi yang ada tu memang flow freely.

    Teruskan usaha untuk support syafi, kak ana❤️

    ReplyDelete
  4. Bagus kan aktiviti macam ni untuk anak2..berkembang sket otaknya..hihi

    ReplyDelete
  5. Aktiviti ni bagus sangat untuk perkembangan anak2...

    ReplyDelete
  6. mcm2 aktiviti utk perkembangan ank2..seronok syafi berangan atas pelampung tu hehe

    ReplyDelete
  7. Anak-anak belajar melalui bermain. Jadi jangan di sekat cuma kena selalu pantau.

    ReplyDelete
  8. Aktiviti seharian yang macam ni dapat membantu perkembangan otak, dan knowledge baru untuknya.. Good sharing Ana!

    Moga Syafi jadi anak yang pintar dan soleh sokmo💕
    Keep explore something new things

    Love aunty Husniey 🌸

    ReplyDelete
  9. Comel je syafi kak.moga jadi anak y soleh syafi. bgus aktiviti macam ni utk pekmbgan kanak2.. nice info

    ReplyDelete
  10. Aktiviti mcm ni mmg sesuai utk anak2 yg sedang membesar.. sgt berkesan utk elak anak2 dr bermain gadget elektronic

    ReplyDelete
  11. Aktiviti yg bagus utk kanak2 yg membesar dan nak jadi pemuzik kot Syafi tu

    ReplyDelete
  12. betul tu ana...anak2 kita kena didedahkan dgn aktiviti mcm ni..btw syafi cerdik dan comey hehe...

    ReplyDelete
  13. Ololo best moment untuk si tomel capi. Makin membesar makin encem anak bujang akak ni ehehe

    ReplyDelete
  14. Aktiviti mcm ni mmg bagus utk anak2 sbb merangsang minda mereka utk membesar dgn cergas dan positif. Bab main gitar tu uncle nak join boleh tak? :)

    ReplyDelete
  15. Kidzania ni bukan budak2 je suka masuk, kita yg dah bsr pnjg ni pun syiokkk..hee

    ReplyDelete
  16. memang kena bnyk berlakon..
    haha

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤