Aveeno® dan Aveeno Baby® - Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan Kuasa Oat - Ana Suhana

Aug 10, 2018

Aveeno® dan Aveeno Baby® - Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan Kuasa Oat


Aveeno® dan Aveeno Baby® - Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan Kuasa Oat Kini di Malaysia | Assalamualaikum. Aveeno® dan Aveeno Baby® - Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan Kuasa Oat Kini di Malaysia. Aveeno® dan Aveeno Baby® merupakan jenama #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S. kerana menggunakan ramuan semula jadi. Kini rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati kecantikan semula jadi dan kesejahteraan hidup.
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® dan Aveeno Baby® - Melegakan, Memulihkan & Melindungi dengan Kuasa Oat Kini di Malaysia

Semenjak 1945, Aveeno® berkisarkan tentang penemuan rahsia alam semula jadi  yang ditemui menerusi kemajuan sains di mana jenama ini menemui cara untuk memelihara dan mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi

Diasaskan oleh pasangan adik beradik; Albert dan Sidney Musher, nama Aveeno® diilhamkan daripada Avena Sativa, perkataan Latin untuk ‘oat’ yang menjadi bahan utama dalam rangkaian produk Aveeno®. 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® percaya bahawa oat mempunyai kebolehan untuk melega dan memulihkan, dan menjadikan wanita di seluruh dunia menyedari potensi kecantikan semula jadi mereka dengan menjalani kehidupan semula jadi dengan sepenuhnya.

Menurut Julia Teo, Ketua Jenama dan Peluasan Pembeli Johnson & Johnson Malaysia, pengenalan Aveeno® dan Aveeno Baby® di pasaran Malaysia merupakan usaha syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap produk penjagaan kulit dengan ramuan semula jadi.

“Kesedaran dan daya tarikan untuk produk penjagaan kulit berasaskan ramuan semula jadi kini semakin mendapat permintaan berbanding dahulu. Namun bukan mudah untuk mencari produk yang bersesuaian untuk kulit sensitif. Dengan adanya Aveeno® dan Aveeno Baby®, kami yakin dapat memenuhi permintaan di pasaran dan rakyat Malaysia akan dapat menikmati rutin harian penjagaan kulit mereka dengan produk kami, bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk anak-anak mereka,” menurutnya lagi.

ACTIVE NATURALS – Ramuan Daripada Sumber Semula Jadi Yang Memberikan Kebaikan Sebenar!

Ciri paling unik tentang Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS yang digunakan di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi yang ditanam dalam persekitaran yang sempurna sahaja akan dipilih dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit kebaikan yang sebenar. 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Dalam usaha untuk merapatkan jurang dari segi kesihatan dan kecantikan, Aveeno® berbangga kerana menggunakan ramuan yang diperoleh daripada alam semula jadi untuk mencapai hasil yang diingini. Setiap pengalaman dengan Aveeno® adalah satu nikmat yang baik untuk kulit dan juga deria. Ia adalah produk tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit. 
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 

Fungsi Kulit dan Kebaikan Oat Untuk Kulit

Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Ia memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dengan alam sekitar di mana ianya berfungsi untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan. Oleh itu, mengoptimumkan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi.

Sejarah menemukan kaitan yang panjang tentang oat untuk kegunaan dalam penjagaan kulit di mana oat memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering,  rengsa dan gatal. Oleh itu, produk Aveeno ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut. Dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno® dengan gabungan tiga ramuan yang unik untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti oksida.

Aveeno Baby®: Hasil Kasih Sayang Oleh Ibu Untuk Ibu

Tahap keprihatinan yang sama turut diberikan kepada produk Aveeno Baby® – yang turut dirumuskan dengan ACTIVE NATURALS Oats, diadunkan dengan ramuan pelembapan yang kaya untuk membantu melindungi kulit bayi yang halus, termasuk bayi baru lahir.

Aveeno Baby® menyediakan produk untuk kegunaan harian dan penjagaan istimewa turut memenuhi keperluan produk penjagaan badan yang selamat dengan ramuan semula jadi untuk mencegah kulit gatal, kering atau merengsa daripada berulang
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 

Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic.
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 
Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan
Aveeno® dan Aveeno Baby®
Aveeno® dan Aveeno Baby® 

Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di :





15 comments:

  1. Wahhhhh produk berasaskan oat. Mesti best bau dia pun lemak² je kan. Blh try kat zarra ni sbb kulit kering.

    ReplyDelete
  2. pernah dengar pasal brand ni tapi takpernah try. best ni kalau guna oat, mesti kulit lembut!

    ReplyDelete
  3. tk pernh tgk product ni...product berasaskan oat...tq for sharing

    ReplyDelete
  4. Kalau sebut oat lazimnya untuk makanan tambahan kesihatan bagi menfawal kolrstrol atau berat badan....tapi ni oat dah dijadikan salah satu bahan utama untuk penjagaan kesihatan luaran tubuh...OAT lebih universal sekarang...untuk penjagaan dalaman dan luaran tubuh..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah dengar nama produk nie Ana.. tapi nampak menarik nie..

    ReplyDelete
  6. Belum pernah jumpa lagi produk ni ke Mrs. A tak perasan hahaha...

    ReplyDelete
  7. Bestnya produk ada oat ni..sebeblum ni tahu oat utk makan je.

    Ye lah kan..kukit baby kena extra care

    ReplyDelete
  8. First time tengok produk berasaskan oat gini. Menarikknya.. Banyak manfaat rupanya! Nice sharing

    ReplyDelete
  9. First time dengar produk aveeno ni. Produk berasaskan oat. Menarik.

    ReplyDelete
  10. first time dgr..thanks share ni Ana
    model pun comell

    ReplyDelete
  11. Produk produk yang base pada bahan natural memang bagus digunakan.selamat pun selamat kan ana

    ReplyDelete
  12. Firstime terbaca tentang produk Aveeno ni, packinging nampak menarik dan produk ni guna dari bahan natural dan organik... terima kasih atas perkongsian nnt nak sugget adik ipar

    ReplyDelete
  13. Uish.. Produk baru ye Ana.. Nampak menarik nie..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤