Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati - Ana Suhana

Sep 16, 2017

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati


Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati | Assalamualaikum. Kelakar bila teringat masa sekolah dulu selalu keliru antara Bukit Malawati dengan Taman Melawati. Bila setiap kali orang sebut Bukit Malawati setiap kali tu lah Ana akan ingat yang bukit ni terletak dia Taman Melawati. Ye lah masa tu mana tau bab-bab jalan ni sebab memang kami tak mampu nak berjalan sana sini. La ni bila dah dewasa baru tau yang Bukit Malawati dan Taman Melawati merupakan 2 tempat yang berbeza dan terletak jauh antara satu sama lain. Hehe. Dan Bukit Malawati antara tempat menarik yang ada di Kuala Selangor ni.

Baca juga: Tempat Menarik di Selangor : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati 


Dari Selayang nak ke Kuala Selangor sekarang dah senang dan cepat bila dah ada Latar. Dalam 45 minit dah boleh sampai depend pada kesesakan lalu lintas. Cuma tol je lah banyak. Ada 3 tol tak silap. Nak cepat kan. Bayar je lah nak. Hehe. Masa Latar ni baru di buka memang aman damai sunyi sepi dan tol pun belum di aktifkan lagi. Memang seronok lalu sini. Cuba sekarang ni sepanjang masa sibuk Latar ni.

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Bukit Malawati atau nama lainnya Bukit Selangor terletak di kedudukan yang sangat strategik di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra. Kerana kedudukannya itu,  Bukit Malawatai dahulunya pernah menjadi pusat pentadbiran dan kubu pertahanan kerajaan Kesultanan Selangor pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. Semasa zaman pemerintahan Sultan Ibrahim pada tahun 1782 hingga 1826, sebuah kubu yang kuat di bina di atas puncak bukit untuk melindungi negara daripada pencerobohan Belanda. Dan kubu tersebut di lengkapkan dengan meriam-meriam. Dan meriam-meriam tersebut masih ada lagi sampai sekarang.

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Pada tahun 1784, kubu tersebut jatuh ke tangan Belanda dan dinamakan sebagai Kota Altingsburg bersempena nama gabenor Belanda pada masa itu. Namun pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1785, Sultan Ibrahim bersama pahlawan-pahlawan dari Pahang telah berjaya menawan kubu tersebut kembali.

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Salah satu tarikan yang ada di atas bukit ini ialah Rumah Api Kuala Selangor. Rumah api yang di bina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasmi pada tahun 1970 oleh penjajah British ni berketinggian 83 meter dari dasar laut dan 27 meter dari darat. Sinaran lampunya boleh memancar sehingga 56 km dengan lampu cerah akan berpusing dan berkelip 2 kali setiap 15 saat. Pada mulanya lampu rumah api ni menggunakan minyak tanah dan generator dan kemudian ditukar kepada tenaga elektrik kerana lebih jimat dan bersih. Rumah api ni juga menjadi isyarat kepada pelayar di Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Gambar Kredit : SINI

Di atas Bukit Melawati ni juga terdapat sebuah menara tinjau (Baitulhilal) yang digunakan untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan bulan Ramadhan dan Syawal bagi umat Islam di Malaysia.

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Terdapat satu lagi tarikan di atas Bukit Malawati ni di mana beratus ekor lotong menanti korang di sini. Lotong-lotong di sini di kategorikan sebagai jinak namun boleh menjadi sangat agresif kalau nampak korang bawa makanan dekat tangan. Silap hari bulan lotong ni rampas je apa yang ada dekat tangan korang tu. Kalau korang nak merasa bagi lotong-lotong tu makan, korang boleh lah beli kacang panjang yang ada di jual dekat atas ni. Seikat dalam RM3 tak silap Ana. Lepas tu tunggu lah untuk dikerumi si ekor hitam ni. Ana pun takut-takut nak bagi lotong ni makan pada awalnya tapi lepas tu ok dah. Tapi kena pandai sorok kacang panjang tu sebab lotong-lotong dekat sini bijak tau. Hehe. Macam-macam aksi lotong dan manusia kita boleh tengok dekat sini tau. Ada yang menjerit terperanjat, ada yang kena panjat dan tak kurang ada yang berebut nak bagi lotong makan. Memang seronok sangat.

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Gambar Kredit : SINI

Selain dari menara tinjau dan rumah api, ada beberapa lagi tarikan yang ada di atas Bukit Malawati ni. Antaranya ialah makam 3 Sultan dan kerabat di Raja, batu hampar yang di gunakan untuk memancung kepala pesalah, telaga tujuh yang dulu dikatakan airnya tidak pernah kering namun kini hanya tinggal beberapa telaga saja dan juga telaga beracun yang mengandungi air beracun dari pucuk buluh gatal dan digunakan untuk menyeksa pengkhianat dengan meletakkan mereka di dalam sumur dengan air setinggi paras dagu.
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati
Tempat Menarik di Kuala Selangor : Bukit Malawati

Untuk naik ke tempat-tempat yang Ana cerita dekat atas ni korang boleh naik tram yang disediakan. Tapi trem hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad saja tau. Dan waktu operasi bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang. Harga tram bermula dari RM3.20 untuk dewasa dan RM2.10 untuk kanak-kanak 3-12 tahun.

Banyak lagi tempat menarik yang ada di Kuala Selangor ni. Antaranya aktiviti naik bot untuk eagle feeding, bersampan tengok kelip-kelip di Kampung Kuantan, menikmati angin petang di Pantai Remis dan banyak lagi. Nanti Ana kongsi di entri akan datang ye.













18 comments:

  1. masa outstation kt kuala selangor ada lalu kt tmpt ni tp idak la singgah sbb dh lewat ptg...mmg ada tgk juga kwn2 pegi bw ank2 ke sini..tp takut la tgk lotong yg byk tu..jinak ek..riso kot kena gigit sbb ms kt penang dlu pernah kena jd fobia hehe

    ReplyDelete
  2. seronok nampak aman tiada kesibukan boleh hilang stress ni.(^_^)

    ReplyDelete
  3. La ye ke .....hakak pun mcm yg Ana sangkakan hihi.... Bukit Melawati letaknya kat Taman Melawati....bukan ek. Mcm tak pernah pergilah rasanya. Rasanya kalau pergi pun mesti boring kan.... Aduh setakat bagi makan lotong baik akak tengok baju Ana haha....

    ReplyDelete
  4. Ok bila tau pasal perigi tu, anis dah tertarik nak pergi.. Curious sgt nak tngok perigi beracun tu.. D:

    ReplyDelete
  5. dah menjadi kebiasaan melawat di sini buat kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. Selalu dengar nama Bukit Malawati ni tapi tak tahu pulak ada macam-macam kat sini hahaha....

    ReplyDelete
  7. ermmm...kenapalah tak pernah terfikir nak pergi bukit malawati hihi...ingatkan xde apa yang menarik kat sana...

    ReplyDelete
  8. masa akk pergi sini 2 tahun sudah kot..mmg seriau sebab monyet2 tu tak takut orang..hhee

    ReplyDelete
  9. Ahad lepas nak jalan-jalan dekat sini tapi kena tutup haihhh sedih betul

    ReplyDelete
  10. Sebelum ni lama juga PC duduk di KL..tapi sayangnya tidak sampai ke sini..nampaknya boleh usahakan bila ke KL lagi ni...ke Kuala Selangor..

    ReplyDelete
  11. Wah ana

    Monyet lotong tu boleh tak lari di pegang ya

    Jinak

    ReplyDelete
  12. Belum pernah sampai lagi Kak Sue ke sini Ana.. teringin juga nak pergi..

    ReplyDelete
  13. Tak pernah sampai sini lagi. Jadi bila ke selangor boleh jadikan wishlist..hihi

    ReplyDelete
  14. last datang sini masa kecik2 dulu..teringat lagi batu hampar tu, memang meremang tengkuk.tapi rasanya 90an dulu tak banyak lotong

    ReplyDelete
  15. pernah pergi ke sini, risau aku kat lotong-lotong tu, kadang bertindak ganas

    ReplyDelete
  16. owh tak sangka ada tempat menarik area sini. memang nampak best :)

    ReplyDelete
  17. tempat zie membesar ni Ana.. dulu masa zie dtg masa tu senja.. kat batu hamparan tu bau hanyir mcm bau darah.. tu la jalan lagi time maghrib hahaa

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤