Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap


Resipi Puding Telur Karamel Mudah dan Sedap l Assalamualaikum. Hari ni Ana nak share satu resipi pencuci mulut yang memang popular especially semasa berbuka iaitu resipi puding karamel mudah dan sedap. Ana memang suka giler makan puding karamel ni. Kadang-kadang bila nampak orang jual memang wajib beli tapi tu lah rasa macam tak berbaloi bila beli. Baik buat sendiri. Boleh makan ramai-ramai. Baru puas hati. Bahan-bahan dan cara penyediaan pun senang. InsyaAllah yang tak pandai buat pun mesti boleh jadi punya. 


Resipi Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap
Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap

Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap


BAHAN-BAHAN

Sos Karamel
1. Gula - 1/2 cawan
2. Air - 1 sudu

Puding
1. 4 biji telur 
2. Susu Cair - 1 tin
3. Gula - 1/2 cawan
4. Esen Vanilla - 1 sudu kecil
5. Garam - kurang dari secubit (OPTIONAL) 

CARA-CARA

Sos Karamel
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan cairkan menggunakan api sederhana. 
2. Bila gula dah mula macam "mengeras" masukkan 1 sudu air dan kacau sehingga gula menjadi perang. 
3. Bila dah cair dan perang masukkan dalam bekas yang akan di gunakan untuk mengukus nanti dan sejukkan di dalam peti.

Puding
1. Masukkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tapis adunan di atas ke dalam bekas kukusan yang ada sos karamel.
3. Kukus sehingga masak dalam 40-45 minit. 
4. Sejukkan di luar terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti. 
5. Siap di hidang.


NOTA TAMBAHAN

1. Susu cair boleh di gantikan dengan susu segar.

2. Sos karamel tu boleh juga guna 1 cawan air untuk dapatkan sos yang lebih banyak.

3. Pastikan sentiasa kacau gula untuk sos karamel tu dengan api sederhana untuk elakkan gula cepat hangus.

4. Garam tu optional. Ana letak sikit sebab nak bagi rasa lemak-lemak.





Resipi : Puding Telur Karamel Mudah Dan Sedap Reviewed by Ana Suhana on May 29, 2017 Rating: 5

44 comments:

  1. Alaaaaa...sedapnyaaa..kenapa la akak tgok time ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya...tp akk ni dessert mcm mls sket..pos satu ! hehehe

    ReplyDelete
  3. penah gak rasa, sedap..tapi nak buat tu mmg tak berani..takut tak menjadi..hehe

    ReplyDelete
  4. Lama tak buat puding karamel ni.. Duk sendiri ni, tak de pengukus. Oven je ada.. Sedapnyaaa 😥

    ReplyDelete
  5. sedapnya ana.... time puasa ni tengok makanan semua terliur.. hehe

    ReplyDelete
  6. aduhhhh...menyanyi dah perut ni...sedapnya ana

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa..favourite dhubby dan anak2 akk ni..dh lama tak buat walau mmg wajib bila bulan puasa buat ni on weekend..

    ReplyDelete
  8. dah lama teringin nk buat pudin ni! thanks utk resipi

    ReplyDelete
  9. favourite!!!!!! selalu kan kalau nak beli dekat bazaar mesti habis. baik buat sendiri. nampak tak elsa dah rajin masuk dapur hahahaa

    ReplyDelete
  10. Perna try skali masa tgh viral puding karamel ni. Mmg sedap to lepastu xpena tbuat lagi utk kali kdua😄😄

    ReplyDelete
  11. Sedapnya.. feveret Kak Sue juga nie..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah harini baru ada masa nk blogwalking hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahhh sedapnya kak! hehehe nasib baik tengok waktu malam, kalau waktu puasa ni jilat screen la jawabnya.

    ReplyDelete
  14. Ni memang sedap, selalu juga mrs pip buat, simple jer resepi..
    Sesuai utk berbuka puasa, makan time sejuk2...yum yum...
    Eh, terasa mcm nak buat la pulak nnt petang....

    ReplyDelete
  15. Sedapnya ana. ummi suka sgt puding karemal ni. kalau g mne2 nampak puding ni mesti try mkn.
    thanks share resepi. pasni blh try bt sndiri.

    ReplyDelete
  16. Tq ana share resepi. Nak try buat la selama ne beli jew

    ReplyDelete
  17. Ngences ni nengoknya. Sesuwei kan bila ngap masuk mulut terus sesejuk lalu kot tekak. Hahah!

    ReplyDelete
  18. Sedapnya. Bila lah nk boleh buat, hihi

    ReplyDelete
  19. Sedap makan waktu berbuka.. Simpan dulu dalam peti ais bagi sejuk.. Memang wallah..

    ReplyDelete
  20. Memang buat sendiri lebih jimat. Banyak dapat boleh ulang-ulang makan...

    ReplyDelete
  21. waw feveret sepanjang zaman ni....tak aci betul la..rata2 post makanan..kita pulak alah tgk makanan..cam nak nangis dah ni sebab look so tempting sangat..

    ReplyDelete
  22. aida x rajin buat desert la ana.
    suka masak lauk je :-) ha ha
    tapi suka makan!

    ReplyDelete
  23. Bahan yg mmg ada kat rumah..nk try weekend ni

    ReplyDelete
  24. Eh simple nya, adik mintak buat haritu tapi malas je sbb ingatkan leceh. Walhal pernah je buat tapi lupa teros resepi nya. Hee.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete
  25. Akak tau, dari sehari ke sehari nak buat puding karamel nie tapi kelengkapan dapur x cukup, xde pengukus... 😂 huhu terbantut suma keja2 memasak...

    ReplyDelete
  26. Favorite desert ni tau. Saja ja buat kite terliur nih.

    ReplyDelete
  27. huhu tq senang nye sy wat dh brp kali x jd nk try yg puan ni plk..minat kuih ni

    ReplyDelete
  28. sedapnya.. cikyan suka mkn ni, tapi xpndai nk buat.. nak buiat pon takut tak jadi.. nebes.. hahaha

    ReplyDelete
  29. Favourite kita ni Kak Ana! Tapi fail betul nak buat caramel tu. kadang-kadang terpahit.

    ReplyDelete
  30. sha beli haritu satu slice 4 ke 5 entah huhuhu pasni buat sendiri la!

    ReplyDelete
  31. Sedap nyerr.. Tak susah ke nak terbalikkan nti? X melekat ke?

    ReplyDelete
  32. Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih kerana sudi mencuba.

      Delete
  33. saya nak guna resepi ini utk makan sendiri boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan sis. saya memang share utk semua. :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.