Hadramawt The Curve

Assalamualaikum


Seperti yang dijanjikan, kali nie Sis nak cerita pasal makanan arab. Memandangkan birthday women suka nau makan nasi arab, so kami adik beradik bawa dia ke The Curve untuk mencuba nasi Arab dekat sini pulak. Kami sampai The Curve dalam pukul 2 lebih so customer dah tak ramai. 

Menu dekat sini sama jer macam restoran makanan arab yang lain. Menu utama mestilah nasi arab (mandy, kabsah) , kebab dan manisan arab.


Cik Esah memang selalu fail bila bergambar 


Dua2 muka lapar. Sabar sat naaa.




Kitchen area jer yang sempat nak snap 


Menu 1: Sheesh Tawook  ala2 chicken kebab. Rm22.
Menu 2: Mosahab chic. Rm22. Rasa sama sebijik macam kebab kat atas nie. Sedap dan sesuai untuk orang yang tengah diet. Ada roti sekali dalam set nie.


Menu 3: Mendy chicken rice. Rm25. 


Menu 4: Mendy lamb rice. Rm27. Nasi dia memang terbaik. Makan macam tue saja pun puas hati. Ayam dan kambing dimasak sehingga lembut. Orang takde gigi pun boleh makan.


Kuah kari untuk set nasi 




Total 6 orang after include GST Ngeeeee

Overall makanan dia memang sedap dan puas hati. Harga tak lah mahal sangat. Dalam Rm30++ seorang. Tapi berbaloi dengan saiz hidangan dia tau korang. Bagi yang perut kecik dinasihatkan untuk share 2 orang. Kalau tak membazir nanti. Sayang jer kan. .

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤