Kolaborasi SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah

Kolaborasi SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah l Assalamualaikum. Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-66 tahun ini, jenama tudung terkenal Sofea Rose telah berkolaborasi dengan pelakon terkenal tanah air, Maya Karin bagi menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita; Tun Fatimah dengan tema Dua Zaman, Satu Jiwa.

 

SofeaRose x Maya Karin :  Srikandi Tun Fatimah

Kolaborasi SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah


Tak dinafikan tanah Melayu mempunyai ramai tokoh yang dikagumi dan diminati oleh golongan muda. Namun kebanyakkannya adalah tokoh dari golongan lelaki. Sedangkan tanah Melayu juga mempunyai ramai srikandi yang sama hebat dengan tokoh lelaki. Antaranya seperti Tun Fatimah, seorang puteri yang mempunyai sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri yang penuh di dada dan bijak dari aspek kempimpinan sehingga berani mempertahankan Melaka dari serangan Portugis pada suatu masa dahulu.


Sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater, Maya Karim mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita yang  hebat ini. Dengan rasa bertanggungjawab dalam memperjuangkan warisan dan peninggalan tokoh negara, beliau berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia sama-sama berusaha mempertahankan dan menghidupkan kisah-kisah perwira tanahair ini agar kisah hebat tersebut kekal selamanya.



4 Siri Tudung dan 3 Tote Bag Untuk Direbut


Istimewa sempena sambutan bulan Merdeka tahun ini, kolekai Srikandi Tun Fatimah tampil dengan 4 siri tudung yang unik yang menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni. Ini sekaligus akan membuat si pemakai lebih menghargai dan merasai keindahan warisan Melayu dalam zaman moden.


Antara elemen tradisi yang diserap ke dalam koleksi Srikandi Tun Fatimah ialah seperti motif keris, corak batik, kipas tangan dan lakaran abstrak. Elemen-elemen ini bertujuan dapat menghidupkan jiwa kepahlawanan Melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan.



1.  CARISSA MAGIKA

SofeaRose x Maya Karin :  Srikandi Tun Fatimah

• Tudung jenis bawal

• Material - Premium Cotton Voile 

• Terdapat dalam 2 saiz -  bidang 45 & 48

• Mempunyai elemen tradisional keris sebagai motif utama yang melambangkan kepahlawanan wanita, Tun Fatimah.



2. DURRA SEROJA

SofeaRose x Maya Karin :  Srikandi Tun Fatimah

• Tudung jenis bawal dan shawl

• Material - Premium Dobby Chiffon 

• Terdapat dalam 2 saiz : Bawal - bidang 45 & 48 / Selendang - 1.8m & 2m

• Mempunyai seni rekaan batik yang merupakan seni warisan melayu lama



3. LANEEYA MESTIKA

SofeaRose x Maya Karin :  Srikandi Tun Fatimah


• Tudung jenis bawal dan shawl

• Material - Tyara Satin CSilk

• Terdapat dalam 2 saiz : Bawal - bidang 45 & 48 / Selendang - 1.8m & 2m

• Rekaan bermotifkan kipas tangan tradisional



4. SRIKANDI SULAM

SofeaRose x Maya Karin :  Srikandi Tun Fatimah


• Tudung jenis bawal dan shawl

• Material - Premium Korean Chiffon 

• Terdapat dalam 2 saiz : Bawal - bidang 45 & 48 / Selendang - 1.8m & 2m

• Sulaman diinspirasikan dari corak senibina rumah Melayu lama



5. TUN FATIMAH TOTEBAG

SofeaRose x Maya Karin :  Srikandi Tun Fatimah

• Tersedia dalam 3 rekaan dengan warna yang berbeza

• Material - Weavy Cotton Canvas

• Corak rekaan diinspirasikan dari ukiran batik melayu tradisional



Bagi yang berhajat untuk dapatkan Koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah ni, korang boleh dapatkannya di semua butik SofeaRose dan secara atas talian bermula pada 1 Ogos 2023. Beli cepat-cepat sebab semua ni koleksi edisi terhad tau!!! Diharapkan koleksi Srikandi Tun Fatimah ini dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni dan semua rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia.


Pada yang tak pernah cuba tudung SoreaRose ni, korang jangan ragu-ragu untuk beli sebab selama hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal kualiti. Sebab tu lah SofeaRose sangat dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri.


Ana sendiri dah ada beberapa koleksi tudung dari SofeaRose ni. Memang berbaloi beli. Bukan je rekaan tudung mereka cantik, paling penting material yang digunakan tu memang terbaik. Memang senang nak bentuk walaupun korang bercermin mata.




Untuk info lebih lanjut tentang promosi dan aktiviti terbaru SofeaRose, korang boleh layari website atau sosial media mereka seperti di bawah :


Facebook : www.facebook.com/sofearose.my

Instagram : www.instagram.com/sofearose_hq

Tik Tok : www.tiktok.com/@sofearose_hq

Twitter : www.twitter.com/sofearose_hq

Website : www.sofearose.com



Kolaborasi SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Srikandi Tun Fatimah Reviewed by Ana Suhana on August 07, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. yang ana pakai tu cantik.. menonjol warna dan designnya

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.