Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka | Assalamualaikum. Sekarang ni cuaca tak menentu kan. Kadang panas yang teramat, kemudian hujan pula turun selebatnya. Bila kata cuaca tak menentu ni, kesihatan kena jaga betul-betul. Silap hari bulan boleh jatuh demam. Cakap pasal hari panas, Ana nak share tentang tips nak Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka.
|
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka |
Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Melaka memang terkenal dengan cuaca yang sangat panas. Panas dia sampai melekit badan walaupun baru keluar dari tempat ber'aircond'. Ana kalau ke Melaka memang tak boleh lama-lama dekat luar. Bila rasa tak tahan cepat-cepat balik bilik hotel. Sebab tu Ana akan pilih hotel yang dekat dengan bandar macam
Hotel The Hatten, Hotel Ramada dan
Hotel Imperial Heritage. Senang nak berulang.
Bila dah kata cuaca panas, tekak automatik akan rasa haus dan kering. Masa ni lah sedap kalau dapat makan ABC atau cendol. Minuman macam ni korang boleh jumpa di Big Bowl Ice Kota Laksamana. Macam-macam jenis ais kisar berperisa korang boleh order. Rambang juga lah mata nak memilih.
Macam Ana hari tu Ana order
Durian Snow with Cornflakes. Amacam menarik kan nampak. Rasa dia haruslah sedap lagi-lagi masa tekak tengah kering. Part yang Ana suka ialah ais tu punya lah halus. Takde kasar langsung. Lembut je rasa bila ais tu lalu dekat tekak. Rasa durian pun kuat juga tapi tak terlalu pekat. Just nice. Memang terasa sejuk lah badan lepas makan tu.
Tak cukup dengan Durian Snow with Cornflakes tu, Ana tambah satu lagi menu iaitu
Milk Snow with Mango and Lychee pula. Haruslah order dua u olls. Tengah-tengah panas sure tak kan cukup satu bowl tu je. Menu ais ni Ana suka juga sebab buah mangga dan laici tu boleh buang rasa muak dan memang ngam dimakan dengan milky ice tu. Aishhh telan air liur kejap bila teringat kesedapan dan kehalusan ais kisar di Big Bowl Ice Kota Laksamana ni.
|
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka |
Bila dah ada minuman haruslah ada pasangan makanan dia kan. Haaa jangan tak tahu dekat Big Bowl Ice Kota Laksamana ni juga ada set makanan juga tau. Menu yang Ana pilih hari tu ialah
Waffle Delight. Boleh makan untuk 2-3 orang juga lah. Dalam tu ada 4 keping waffle, hashbrown, sosej dan scramble egg. Serius Ana suka sangat. Lebihan waffle tu Ana makan dengan milky ice tadi tu. Memang sedap. Takde sisa yang tertinggal sikit pun. Semua licin selicinnya.
|
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka |
Bab makanan Ana dah selesai cerita. Bab service macam mana pula?? Bab service memang mantap. Walau ramai customer apa yang kita order tu cepat sampai. Harga pun berpatutan. Tempat makan pula bersih, selesa dan luas. Yang penting haruslah sejuk. Hehe.
|
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka |
Pada yang plan nak JJCM ke Melaka, Ana cadangkan korang masukkan Big Bowl Ice ke dalam itinerary korang. Lepas berpanas jalan-jalan di sekitar bandar, jom Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice. Selamat mencuba.
cuaca panas dpt dessert ni sodapnya...yummmmy
ReplyDeleteBetul kak....cuaca panas terik.Sesekali hujan turun ada petir dan kilat.Allahu.Boleh masuk dalam list ni...kot-kot ke Melaka....boleh singgah dan cuba...
ReplyDeleteMengancam betul appetizer kat sini. Rasa nak kena g cari abc ke apa2 ni..hahaha sejuk tekak terasa walaupon xmakan
ReplyDeleteGoncang iman singgah sini time nak dekat tengah hari hahah ^^
ReplyDeletealahai sedapnya. sha sekarang pagi pagi pun makan ais sebab panas sangat hahaha
ReplyDeleteDurian snow dia.. Ya ampunn Ana 😍
ReplyDeleteSedapnyaa
drooling sgt niii
ReplyDeleteCuaca panas..lepas tu makan plak dessert..memang best la..lepas tu cepat je sakit tekak..then batuk
ReplyDeletefulamak sedapnya.. nanti boleh cuba lah bila ke melaka
ReplyDeletealamak nampak sedap, cun laa makan waktu cuaca panas2 macam ni...
ReplyDeleteHappynya muka AS dengan sedulang foodink tu hehehe...
ReplyDeleteIbu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis Ana. Amboi besarnya tray
ReplyDeleteBaru tahu pasal kedai ni. Sedap pulak tengok ice kisar tu. Panas-panas memang best makan benda sejuk. Kalau ke melaka nanti bolehlah singgah.
ReplyDeleteFuhhh time time macam ni kalau dapat semangkuk memang sedap.
ReplyDeleteFuhh tengok gambar dia mengancamm
ReplyDeleteMmg sejuk masuk ke mulut Dan menyejukkan..tg 2nd mom gini pun kalau dapat mmg sedap gak nihh
ReplyDeleteSukanya tengok dessert dia nampak menarik & sedap lah. Lama x jalan melaka.
ReplyDeleteTime panas panas memang sesuaiii sangatlah makan ni Ana buat sejuk badan dan tekak..hehehe
ReplyDeleteya Allah sedapnya...kalau santai2 boleh lah nk makan mcm ni kan
ReplyDeleteMak aii.. sedapnya Ana ooii.. Nak kena cuba nie bila pi Melaka nanti..
ReplyDeletewaduh waduh sedapnya menu2 dekat sini Ana... cuaca pns skrg mmg kedai mcm ni dicari..
ReplyDeleteSedapnye kalau dapat dinikmati sekarang.. cuaca sangat panas.. rasa nikmat kalau dpt ! Minggu depan g Melaka nak carilah
ReplyDeletePanas2 gini memang kena klau makan ais. Memang selera la
ReplyDeletekalau ke sana boleh cuba ni. nampak sedapppp
ReplyDeleteSedapnya musim musim panas boleh legakan badan di ice bowl ni. Legaaaa
ReplyDeleteamboi sedapnya tengok syafi makan aiskrim
ReplyDeleteCuaca panas memang best kalau dapat ini.. sejuk je dia lalu tekak..
ReplyDeleteaduh..sedapnya durian snowflakes tu. musim panas syoklah makan sejukkan badan
ReplyDeletepanas2 ni telan yg sejuk2.. fuhhh mmg lega dek tekakkk.. sedapnya!
ReplyDeleteaddoiii....tetengah tekak haus ni...baca entry ni pulak..nampak sedap sangat !
ReplyDelete