Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka


Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka | Assalamualaikum. Sekarang ni cuaca tak menentu kan. Kadang panas yang teramat, kemudian hujan pula turun selebatnya. Bila kata cuaca tak menentu ni, kesihatan kena jaga betul-betul. Silap hari bulan boleh jatuh demam. Cakap pasal hari panas, Ana nak share tentang tips nak Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka.
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka

Melaka memang terkenal dengan cuaca yang sangat panas. Panas dia sampai melekit badan walaupun baru keluar dari tempat ber'aircond'.  Ana kalau ke Melaka memang tak boleh lama-lama dekat luar. Bila rasa tak tahan cepat-cepat balik bilik hotel.  Sebab tu Ana akan pilih hotel yang dekat dengan bandar macam Hotel The Hatten, Hotel Ramada dan Hotel Imperial Heritage. Senang nak berulang. 

Bila dah kata cuaca panas, tekak automatik akan rasa haus dan kering. Masa ni lah sedap kalau dapat makan ABC atau cendol. Minuman macam ni korang boleh jumpa di Big Bowl Ice Kota Laksamana. Macam-macam jenis ais kisar berperisa korang boleh order. Rambang juga lah mata nak memilih. 
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on
Macam Ana hari tu Ana order Durian Snow with Cornflakes. Amacam menarik kan nampak. Rasa dia haruslah sedap lagi-lagi masa tekak tengah kering. Part yang Ana suka ialah ais tu punya lah halus. Takde kasar langsung. Lembut je rasa bila ais tu lalu dekat tekak. Rasa durian pun kuat juga tapi tak terlalu pekat. Just nice. Memang terasa sejuk lah badan lepas makan tu.
A post shared by Ana Suhana (@suhanashohairi) on

Tak cukup dengan Durian Snow with Cornflakes tu,  Ana tambah satu lagi menu iaitu Milk Snow with Mango and Lychee pula. Haruslah order dua u olls. Tengah-tengah panas sure tak kan cukup satu bowl tu je. Menu ais ni Ana suka juga sebab buah mangga dan laici tu boleh buang rasa muak dan memang ngam dimakan dengan milky ice tu. Aishhh telan air liur kejap bila teringat kesedapan dan kehalusan ais kisar di Big Bowl Ice Kota Laksamana ni.
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Bila dah ada minuman haruslah ada pasangan makanan dia kan. Haaa jangan tak tahu dekat Big Bowl Ice Kota Laksamana ni juga ada set makanan juga tau. Menu yang Ana pilih hari tu ialah Waffle Delight. Boleh makan untuk 2-3 orang juga lah. Dalam tu ada 4 keping waffle, hashbrown, sosej dan scramble egg. Serius Ana suka sangat. Lebihan waffle tu Ana makan dengan milky ice tadi tu. Memang sedap. Takde sisa yang tertinggal sikit pun. Semua licin selicinnya.
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Bab makanan Ana dah selesai cerita. Bab service macam mana pula?? Bab service memang mantap. Walau ramai customer apa yang kita order tu cepat sampai. Harga pun berpatutan. Tempat makan pula bersih, selesa dan luas. Yang penting haruslah sejuk. Hehe.
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka
Pada yang plan nak JJCM ke Melaka, Ana cadangkan korang masukkan Big Bowl Ice ke dalam itinerary korang. Lepas berpanas jalan-jalan di sekitar bandar, jom Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice. Selamat mencuba.


Redakan Panas Badan Di Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka Reviewed by Ana Suhana on April 14, 2018 Rating: 5

30 comments:

  1. cuaca panas dpt dessert ni sodapnya...yummmmy

    ReplyDelete
  2. Betul kak....cuaca panas terik.Sesekali hujan turun ada petir dan kilat.Allahu.Boleh masuk dalam list ni...kot-kot ke Melaka....boleh singgah dan cuba...

    ReplyDelete
  3. Mengancam betul appetizer kat sini. Rasa nak kena g cari abc ke apa2 ni..hahaha sejuk tekak terasa walaupon xmakan

    ReplyDelete
  4. Goncang iman singgah sini time nak dekat tengah hari hahah ^^

    ReplyDelete
  5. alahai sedapnya. sha sekarang pagi pagi pun makan ais sebab panas sangat hahaha

    ReplyDelete
  6. Durian snow dia.. Ya ampunn Ana 😍

    Sedapnyaa

    ReplyDelete
  7. Cuaca panas..lepas tu makan plak dessert..memang best la..lepas tu cepat je sakit tekak..then batuk

    ReplyDelete
  8. fulamak sedapnya.. nanti boleh cuba lah bila ke melaka

    ReplyDelete
  9. alamak nampak sedap, cun laa makan waktu cuaca panas2 macam ni...

    ReplyDelete
  10. Happynya muka AS dengan sedulang foodink tu hehehe...

    ReplyDelete
  11. Ibu singgah blog walking. Semoga sihat hari ni sis Ana. Amboi besarnya tray

    ReplyDelete
  12. Baru tahu pasal kedai ni. Sedap pulak tengok ice kisar tu. Panas-panas memang best makan benda sejuk. Kalau ke melaka nanti bolehlah singgah.

    ReplyDelete
  13. Fuhhh time time macam ni kalau dapat semangkuk memang sedap.

    ReplyDelete
  14. Fuhh tengok gambar dia mengancamm

    ReplyDelete
  15. Mmg sejuk masuk ke mulut Dan menyejukkan..tg 2nd mom gini pun kalau dapat mmg sedap gak nihh

    ReplyDelete
  16. Sukanya tengok dessert dia nampak menarik & sedap lah. Lama x jalan melaka.

    ReplyDelete
  17. Time panas panas memang sesuaiii sangatlah makan ni Ana buat sejuk badan dan tekak..hehehe

    ReplyDelete
  18. ya Allah sedapnya...kalau santai2 boleh lah nk makan mcm ni kan

    ReplyDelete
  19. Mak aii.. sedapnya Ana ooii.. Nak kena cuba nie bila pi Melaka nanti..

    ReplyDelete
  20. waduh waduh sedapnya menu2 dekat sini Ana... cuaca pns skrg mmg kedai mcm ni dicari..

    ReplyDelete
  21. Sedapnye kalau dapat dinikmati sekarang.. cuaca sangat panas.. rasa nikmat kalau dpt ! Minggu depan g Melaka nak carilah

    ReplyDelete
  22. Panas2 gini memang kena klau makan ais. Memang selera la

    ReplyDelete
  23. kalau ke sana boleh cuba ni. nampak sedapppp

    ReplyDelete
  24. Sedapnya musim musim panas boleh legakan badan di ice bowl ni. Legaaaa

    ReplyDelete
  25. amboi sedapnya tengok syafi makan aiskrim

    ReplyDelete
  26. Cuaca panas memang best kalau dapat ini.. sejuk je dia lalu tekak..

    ReplyDelete
  27. aduh..sedapnya durian snowflakes tu. musim panas syoklah makan sejukkan badan

    ReplyDelete
  28. panas2 ni telan yg sejuk2.. fuhhh mmg lega dek tekakkk.. sedapnya!

    ReplyDelete
  29. addoiii....tetengah tekak haus ni...baca entry ni pulak..nampak sedap sangat !

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.