Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah


Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah l Assalamualaikum. Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a yang Ana pergi baru-baru ni bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Masjid yang terletak di Seksyen 14 ni merupakan salah satu tempat menarik di Shah Alam. Ramai pelancong dan pengunjung ke sini saban hari untuk melihat senibina masjid yang sangat cantik ni. Sebelum ke sini Ana sempat baca fakta tentang senibina masjid Biru ni dan sempat melihat sendiri senibina tersebut. Memang sangat indah dan terperinci hasilnya.
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara dan lebih di kenali sebagai masjid biru kerana berkubah biru. Masjid Negeri ni melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama rasmi di Malaysia. Boleh memuatkan hampir 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Terdapat banyak kemudahan di sediakan di sini  di tingkat bawah seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas agama dan yang paling menarik mempunyai ruang amik wuduk yang canggih. Masa Ana ke sana hampir kesemua kelas penuh digunakan untuk kelas agama. Di tingkat satu menempatkan dewan solat utama manakala di tingkat dua menempatkan galeri.
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Menurut fakta masjid yang di bina di atas tapak seluas 35 ekar ni mengambil masa selama 12 tahun untuk di siapkan bermula pada tahun 1983 dan menerapkan seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli. Sultan Salahudin turut menyumbang idea dan pandangan serta menyumbang 4 lampu chandelier bernilai lebih RM2 juta untuk masjid ni. Lampu ni ditempatkan di pintu masuk utama dan direka sendiri oleh Sultan Salahudin. Sultan Salahuddin juga menghadiahkan jam antik berumur 600 tahun bernilai RM200,000 yang di beli di Hong Kong. Baginda juga turut menyumbangkan elaun baginda selama 4 bulan kepada masjid negeri ni.

Baca juga : Tempat Menarik di Putrajaya : Masjid Putra 
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Keistimewaan masjid biru ni ialah ia mempunyai kubah yang terbesar di dunia dan dikelilingi empat buah menara tinggi. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium yang di saluti emas berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru dan tidak akan karat dan mampu bertahan hingga beratus tahun. Panel enamel tersebut juga dihiasi khat Al-Quran berwarna biru dan berlatar belakangkan panel kelabu. Tulisan khat tersebut merupakan hasil kerja penulis khat dari Mesir iaitu Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi.
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Kesemua lantai di saluti permaidani yang diperbuat daripada benang bulu bercorak geometri berlatar belakangkan warna biru. Manakala tiang dan dinding disaluti batu marmar putih Mahsuri dari Langkawi.
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Dewan solat yang terletak di tingkat satu mempunyai keluasan 162,000 kaki persegi secara keseluruhan dan ditutupi dengan satu kubah besar yang disokong oleh lapan tiang berbentuk 4 persegi. Dewan solat ni dibentuk dalam dua peringkat dan tempat solat wanita berada tingkat atas. 
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Di bahagian Mehrab pula, dinding Mehrab di saluti batu marmar antik Turki dan dihiasi dengan ayat-ayat Al-Quran dalam bentuk tradisional. Mimbar yang terletak di bahagian mehrab dibuat oleh pengukir tempatan dan coraknya mengikut masjid-masjid lama di Malaysia. Mimbar yang berketinggian 7 kaki ni berdiri di atas empat tiang berbumbungkan batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Di atasnya di hiasi dengan bintang dan bulan sabit emas.

Sumber : Wikipedia dan MSSAS




Tempat Menarik di Shah Alam : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Reviewed by Ana Suhana on August 04, 2017 Rating: 5

21 comments:

  1. masjid ni memang selalu bawa family yg baru dtg kl p sini...sbb sangat unik dan cantik

    ReplyDelete
  2. cantikkan...suka tengok masjid-masjid yang menarik senibinanya....kagum

    ReplyDelete
  3. Masjid ni memang cantik! Pernah solat kat sini. Tenang sungguh!

    ReplyDelete
  4. Selain putrajaya akak suka masjid shah alam sebab senibina yang cantik...

    ReplyDelete
  5. Lama tu nak bina. 12 tahun. Masjid ni memang best untuk bawa anak-anak kecil yang aktif.

    ReplyDelete
  6. Masjid Biru ni antara masjid tempat pelancongan kat Selangor..mmg cantik senibina dia..rasa tenang jer

    ReplyDelete
  7. Sha suka singgah masjid ini.. Best dan tenang je..

    ReplyDelete
  8. Pernah sembahyang kat sini... modern kan.. luas...

    ReplyDelete
  9. Kira-kira berusia 34 tahun la ya Sis masjid ni...cantik..

    ReplyDelete
  10. Tenang je Hati bila ke sini. Lagipun Ada kedai nasi Arab sedap kt situ tau.. mkn dlm dulang

    ReplyDelete
  11. masjid ni cantik.. aril slalu prgi .. dkat je dngn uitm shah alam ..

    ReplyDelete
  12. wahhh cantik bhgn dlm masjid.. x pernah masuk lagi masjid ni..

    ReplyDelete
  13. Haritu kawan buat majlis nikah dia dekat sini. Cantik dekat dalam masjid ni.

    Btw, saya tag sis join GA ni, mana tahu ada rezeki sis https://myramyra89.blogspot.my/2017/07/happy-1st-anniversary-wardrobe-migha.html

    ReplyDelete
  14. mahai nya lampuuu. menarik ni kalau nak berjalan-jalan kejap.

    // afifahaddnan : "Rate My Blogging Skill"

    ReplyDelete
  15. Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke masjid biru nie adalah pada bulan Mei tahun nie..

    ReplyDelete
  16. MasyaAllah.. Cantiknya warna biru putih kombinasi yang indah.. Semoga bisa lah solat kat mesjid ni nanti

    ReplyDelete
  17. I do believe all the concepts you have offered to your post. They're very convincing and can certainly work. Still, the posts are too quick for newbies. May just you please prolong them a little from subsequent time? Thanks for the post. aol login

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.