Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1 - Ana Suhana

Jul 31, 2017

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1


Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1 | Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam akhirnya Ana berkesempatan ke Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a yang bertempat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Gembiranya hati bila dapat melihat sendiri artifak-artifak peninggalan junjungan Nabi kesayangan kita. Mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi rasa kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 1


Terdapat sebanyak 27 artifak peninggalan Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat dapat dilihat di sini. Artifak ni dikatakan artifak yang asli kerana dikumpul dari seluruh dunia dan di bawa khas oleh pemegang persendirian dari Jordan, Turki, India,Syria, Mekah dan Madinah. Untuk bahagian satu ni Ana nak share tentang 7 artifak Baginda Nabi s.a.w untuk bacaan kita semua.

1. Serban Rasulullah s.a.w
Tahukah kita bahawa Rasulullah s.a.w selesa memakai penutup kepala. Baginda mempunyai serban penutup kepala dengan ciri-ciri yang berlainan iaitu serban yang diperbuat dari kulit kayu, kain dan kulit unta. Serban Baginda berukuran melebihi 5 meter berwarna hitam dan hijau. 2 warna ni warna kesukaan Baginda. Kbebiasaanya Baginda akan mengenakan "QALANSUAH" (kopiah) samada dengan "IMAMAH" (serban) atau tanpa serban. Pada masa-masa tertentu Baginda Nabi akan memakai "QITRI" (mafla/selendang) terutama di kepala ketika cuaca panas atau berdebu.

Banyak hadis menceritakan tentang serban Rasulullah s.a.w dan ciri-cirinya. Antaranya ialah bentuknya melonjong dan meruncing ke atas. Kain IMAMAH yang dililit pula separuh dari ketinggian kopiah dan berekor ke belakang separas dengan belikat.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Serban di atas ni di berikan oleh Rasulullah s.a.w kepada sahabatnya yang tersayang iaitu Mu'adz bin Jabal ketika Mu'adz ke Palestin untuk berdakwah. Akhirnya serban ini menjadi milik waris-warisnya.

2. Sandal Rasulullah s.a.w
Menurut hadis, Rasulullah memakai sandal. Ini merupakan sejenis kasut yang sesuai dengan alam sekitar bumi Hijjaz yang berpasir dan beriklim panas. Ianya telah di jahit dengan beberapa lapisan kulit kecoklatan bersama dengan beberapa tali (Sirak) yang melintasi kaki dan pergelangan kaki dan dua lagi tali berada di antara 2 jari kaki. The Scared Sandal merupakan ketukangan yang luar biasa.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

3. Cop Mohor Baginda s.a.w
Semasa zaman Baginda Rasulullah s.a.w, cop mohor digunakan untuk menghantar surat kepada kerajaan bukan Islam. Surat pertama Baginda di tulis di atas kulit binatang dan di cop menggunakan cop mohor yang berukuran 9cm x 3 cm panjang dan diperbuat daripada perak dan tembaga. Di atas cop mohor tu terdapat ukiran Kufi yang bertulis "Muhammad Rasul Allah" dan di pakai seperti cincin.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Cop mohor tersebut kemudian di serah kan kepada Abu Bakar As-Siqqiq, Umar Al-Khattab dan  akhir sekali kepada Utthman bin 'Aaffan untuk di simpan.  Utthman juga mempunyai cop yang lain yang dibuat dengan bentuk yang sama. Cop tersebut kemudian di serah kepada Bani Umayyah dan Abbasiyah. Akhir sekali cop berada di dalam simpanan Hussin,  Ali dan anaknya. Terdapat 7 koleksi cop mohor Baginda yang berada di dalam simpanan pembesar-pembesar Islam dan Sahabat terdekat.


4. Busur Rasulullah s.a.w
Busur Baginda berukuran 152cm panjang, 286g berat dan diperbuat daripada kayu Al-Ayusiah serta mempunyai mata yang tajam. Busur ini digunakan dalam istiadat pelepasan perang dan mempunyai 5 mata anak panah. Busur ini telah digunakan dalam 3 peperangan.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Antara busur milik Baginda bernama Az Safra yang bersempena dengan buluh yang digunakan dalam membuatnya. Busur ni berbentuk melengkung, berwarna coklat dan sedikit tinggi dari pedang Al Ma'thur.


5. Tongkat Rasulullah s.a.w
Dalam tamadun Islam, memakai tongkat adalah salah satu akhlak atau tatacara kehidupan para Nabi, orang-orang soleh dan ulama-ulama Islam zaman dahulu.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Ibnu Abbas r.a berkata yang bermaksud "Bertumpu kepada tongkat adalah termasuk dalam akhlak para Nabi.  Dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri bertumpu pada tongka".

Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa tongkat adalah tanda orang beriman dan merupakan sunnah Nabi.


6. Rambut Rasulullah s.a.w
Dalam satu riwayat dari Anas bin Malik diungkapkan bahawa rambut Rasulullah s.a.w mencapai pertengahan kedua telinga.

Aisyah r.a pernah berkata : Aku dan Rasulullah s.a.w mandi dari bekas yang sama. Baginda memiliki rambut yang panjangnya sampai di bahu dan di bawah cuping telinga.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik r.a tentang rambut Rasulullah s.a.w. Anas menjawab: "Rambutnya tidak terlampau kerinting, tidak pula lurus kaku. Rambutnya mencapai kedua cuping  telinganya"

Dalam satu riwayat bersumberkan Hasan bin Ali dikatakan beliau pernah bertanya kepada bapa saudaranya bernama Hind binAbi tentang sifat Nabi. Hind menjawab : ' Rasulullah s.a.w  adalah seorang yang berjiwa besar dan berwibawa. Wajahnya cerah bagaikan bulan di malam purnama. Baginda lebih tinggi dari orang yang rendah, dan lebih pendek dari orang yang tinggi serta berjiwa pelindung. Rambutnya bergelombang. Apabila Baginda menyikat rambut, maka dibelahnya menjadi dua, Bila tidak, maka hujung rambutnya tidak melampaui daun telinga. Rambutnya di sikat rapi sehingga nampak selalu bersih"


7. Kain Penutup Makam Rasulullah s.a.w
Sebahagian besar ruangan makan Baginda tertutup dengan kain tenunan yang di buat dari kain sutera asli, berwarna hijau lembut dengan kain katun yang kua, dan dimahkotai oleh sabuk yang mirip dengan penutup Kaabah tetapi berwarna merah. Seperempat bahagian dari kain bertuliskan ayat Al-Quran yang mulia dari surah Al-Fath, terbuat dari garis kapas dan benang emas dan perak. Omar al-Midwahy menyebutkan bahawa penutup ruangan makan Baginda tidak di ganti saban tahun seperti penutup Kaabah kerana makan Nabi terletak di ruangan tertutup dan tidak di sentuh oleh sesiapa. Penggantian hanya di lakukan apabila perlu.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Penutup makam di atas ni telah di gunakan selama 29 tahun dan kali terakhir pada tahun 1971M. Penutup makam ni telah diinsurankan sebanyak RM49 juta.


Ok itu saja untuk entri bahagian pertama ni. InsyaAllah nanti Ana sambung lagi. Pada yang belum berkesempatan untuk pameran ni, jangan risau sebab Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a ni di lanjutkan sehingga 13 Ogos 2017. Masih berbaki 2 minggu untuk korang grab peluang yang sangat hebat ni.



Tarikh : 10 Julai – 13 Ogos 2017

Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam



Harga tiket seperti di bawah :
Dewasa – RM20.00 seorang
Pelajar – RM10.00 seorang
Warga Emas – RM10.00 seorang
OKU – RM10.00 seorang
Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

9 comments:

  1. dekat je masjid negeri ni dengan ofis akak,hari2 pun parking dekat masjid tapi tak juga pergi lagi berkunjung ke pameran ni

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing....mmg plan nak pegi, tapi tak tahu dekat mana. huhu.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ana.. jadi pengunjung bertuah.. bagus pameran macam ini..

    ReplyDelete
  4. Seronoknya Ana dpt pergi pameran ni..dulu pernah pergi pameran artifak rasulullah tahun 1996, lama dah kan..time tu mrs pip form 5, kebetulan ada pameran kat muzium sabah....

    ReplyDelete
  5. Bila meligat peninggalan Rasulullah SAW,,pasti terasa sayu kan Sis...moga buat ummat semakin dekat dan sentiasa ingat untuk berselawat..

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar...masih ada peninggalan nabi kita Muhammad S.A.W.

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa kak anaaa... selalulah kita selawat keatasNYA.. amin..

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat pegi melawat pameran tu.
    Belum ada kesempatan lagi.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤