Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam

Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam l Assalamualaikum. Last weekend Ana teman adik Ana ke showroom Jubin Cantik di Shah Alam. Fuhhh memang betul-betul cantik mozek dan jubin dekat sini. Dah lah banyak pilihan, harga pula sangat mampu milik. No wonder ramai yang bagi review best-best tentang pengalaman dorang berurusan dengan team Jubin Cantik. Jom Ana belanja korang cuci mata mozek dan jubin yang ada dekat sini.

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam


Siapa kata nak rumah nampak lawa dan eksklusif kena belanja mahal-mahal?? Kalau pandai mix and match perabot dengan hiasan dalaman rumah yang sesuai dengan bajet kita, sure korang boleh dapat rumah idaman korang tu tanpa berbelanja lebih.


Salah satu tips nak dapatkan rumah yang nampak eksklusif dan tahan lama adalah dengan menggunakan sentuhan mozek dan jubin dalam hiasan rumah kita. Tak perlu pasang dekat seluruh rumah pun. Pasang dekat bahagian-bahagian utama rumah seperti dinding ruang tamu atau ruang makan pun dah okey. Tapi kalau ada bajet lebih, why not pasang dekat banyak bahagian kan. Lagi lah extra cantik rumah korang jadinya.



Jenis-jenis Mozek & Jubin di Jubin Cantik


Masa Ana lawat showroom Jubin Cantik di Shah Alam ni, baru Ana tau ada pelbagai jenis mozek dan jubin yang ada. Tapi yang pasti, setiap  rekaan mozek dan jubin dekat sini semua cantik-cantik belaka. Memang padan sangat dengan tagline dorang - Yang Cantik-cantik Sahaja!! Dan lagi penting, harga yang ditawarkan tersangatlah mampu milik. Tak caya, korang sambung lah baca dekat bawah ni.



1. Pattern Tiles

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Jenis pertama ialah pattern tiles atau jubin berpaten.  Jubin ni bersaiz 200mm x 200mm dan mempunyai permukaan bertekstur matt (tidak licin). Disebabkan permukaan pattern tiles ni tidak licin, maka ianya sesuai dipasang bukan saja di bahagian dinding rumah malah boleh dipasang di bahagian lantai bilik air dan lantai dapur. Nak jadikan sebagai kitchen backsplash pun cun sangat.


Fyi, kebanyakan rekaan pattern tiles di sini adalah rekaan eksklusif Jubin Cantik sendiri dan terdiri daripada gaya encaustic dan juga reka bentuk vintaj. Harga yang ditawarkan pula serendah RM5 sekeping dengan pembelian minimum 1 karton (30 keping).


Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam

Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam

Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam

Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam

Terbaru Jubin Cantik telah melancarkan rekaan berwarna-warni Maghribi di bawah Pattern Tiles: Moroccan Tile. Moroccan tile yang diinspirasikan dari corak ala Moroccan Style dan Islamic design ni sangat sesuai dipasang di bilik atau ruang solat dan juga digunakan di masjid-masjid atau surau-surau serta tempat-tempat komersial. Mempunyai permukaan gloss dan bertekstur, korang boleh dapatkan Moroccan Tiles dalam 4 rekaan yang ceria dengan warna-warni iaitu Riad, Alhambra, Andalusia dan Casablanca. Harganya pula serendah RM7 sekeping dengan minimum pembelian minimum 1 karton (28 keping).



2. Large Format Tiles

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Selain dari jubin bersaiz kecil (pattern tiles), Jubin Cantik juga ada jubin bersaiz besar dan terdiri daripada beberapa jenis seperti :


・Feature Tiles


Dalam banyak-banyak jubin yang ada di sini, Ana paling berkenan dengan feature tiles yang diinspirasi dari rekaan wallpaper Italy. Memang cun habis. Sebab tu ianya dilancarkan secara ekslusif hanya di Jubin Cantik tau. Tak jumpa kat tempat lain. Terbaru ada 3 rekaan yang Jubin Cantik baru lancarkan iaitu Bellino, Organza dan Panorama Feature Tile.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Feature tiles ni kalau pasang dekat dinding rumah, confirm tetamu-tetamu yang datang tak henti-henti puji kecantikan dinding rumah korang tu. 


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Dengan bersaiz 4 kaki x 2 kaki, ianya memang sesuai dipasang sebagai feature wall di dinding ruang tamu, ruang makan dan juga bilik air. Oh ya, selain dari rekaannya yang cantik, antara faktor kenapa Ana berkenan sangat dengan feature tiles ni ialah ianya bukan saja mampu milik (jimat kos) malah mampu tahan bertahun-tahun lamanya. Kena air pun takde masalah. Senang nak bersihkan lagi. Berbeza dengan wallpaper yang biasa tu, dalam beberapa tahun je dah rosak dan koyak. Lagi-lagi bila cuaca panas dan terkena air. Mula lah kertas dia kembang sana sini. Dah kena tukar yang baru. Yang tertanya harga feature tiles ni, ianya berharga serendah RM150 sekeping dan minimum pembelian 2 keping.



・Marble Tile


Marble tile ni sama saiz macam feature tiles di atas iaitu 4 kaki x 2 kaki. Cuma bezanya dari segi rekaan, kegunaan dan harga. Dah nama pun marble tile, of course rekaan dia berinspirasikan marble dan ianya lebih mudah dijaga dan dibersihkan berbanding marble sebenar.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Marble tile ni diperbuat daripada porselin dan mempunyai 2 jenis permukaan iaitu permukaan jenis velvet (matte) dan polished (licin). Permukaan velvet sesuai dipasang di bahagian dinding dan lantai rumah. Manakala permukaan jenis polished tidak sesuai dipasang di lantai tetapi boleh digunakan sebagai kitchen backsplash, counter-top, feature wall di ruang tamu atau ruang makan dan bilik air.


Bab harga pula, ianya lebih murah dari harga feature wall iaitu serendah RM75.90 sekeping dengan minimum pembelian 2 keping. Murah kan? Murah murah pun, korang tengok lah hasilnya nanti. Auto nampak mewah rumah korang tu jadinya.



・ Terrazzo Tile

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Next kita ada terrazzo tile yang bersaiz 2 kaki x 2 kaki. Korang yang suka jubin yag menawarkan rekaan ala terrazzo sebenar, korang wajib datang ke Jubin Cantik sebab dekat sini je ada 13 rekaan terrazzo tile yang korang boleh pilih. Antara koleksi terrazzo yang terbanyak di Malaysia berbanding kedai jubin yang lain.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Antara kebaikan terrazzo tile ni ialah ianya mudah untuk dijaga berbanding dengan terrazzo sebenar. Diperbuat daripada porselin berkualiti tinggi dengan permukaan jenis matt (tidak licin). Sesuai digunakan sebagai counter top dan dipasang di  dinding dan juga lantai termasuk lantai bilik air. Harga terazzo tile ialah RM29 sekeping dengan minimum pembelian 4 keping.



・ Wood Tile

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Korang yang suka rekaan berasaskan kayu-kayuan yang lebih nampak klasik dan kontemporari ala ala Scandinavian dan English classic look, korang boleh try guna wood tile. Wood tile menawarkan 5 rekaan yang bersaiz 2 kaki x 2 kaki dan berinspirasikan kayu sebenar. Sesuai dipasang di lantai ruang tamu, dapur dan bilik air. Confirm bila pasang, orang akan ingat korang guna kayu asli gitu. Padahal guna jubin je. Lagi mudah nak jaga dan selenggara. Harga wood tile ialah RM29 sekeping dengan minimum pembelian 4 keping.



・ Paving Tile


Bagi yang tercari-cari jubin untuk bahagian luar rumah seperti ruang parkir (car porch), korang boleh pilih paving tile. Dengan saiz 2 kaki x 2 kaki, ianya bersifat tahan lama dengan jenis permukaan yang bertekstur.


Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam


In case jubin pecah disebabkan penggunaan yang lasak, korang jangan risau sebab ianya jubin jenis homogenous tile atau full body. Bermaksud warna jubin di bahagian dalam adalah sama seperti warna jubin seperti di permukaan. So tak lah nampak ketara bahagian yang pecah tu. Harga paving tile ialah serendah RM24.90 sekeping dengan minimum pembelian 4 keping.



・ Plain Tile

Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam


Untuk yang nak cari jubin kosong supaya mudah nak match dengan jubin bercorak seperti jubin-jubin di atas, Jubin Cantik ada menawarkan beberapa plain tile bersaiz 2 kaki x 2 kaki pada harga serendah RM22 sekeping dengan minimum pembelian 1 kotak ( 4 keping).



3. Subway Tiles

Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam

Yang nak beli jubin bersaiz kecil untuk digunakan sebagai kitchen backsplash, hiasan dinding bilik, bilik dobi, bilik air dan mana-mana bahagian lain, korang boleh guna subway tile atau metro tile dari Jubin Cantik ni. Dengan rekaan yang minimalist yangg tak ditelan zaman, korang boleh dapatnya pada harga serendah RM1.20 sekeping dengan pembelian minimum 1 kotak.



4. Mosaic Tiles

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik


Nak dapatkan kitchen backsplash yang next level ala ala orang kaya tanpa koyakkan akaun bank korang, korang boleh try pasang mosaic tiles. Kalau korang nak tau, Jubin Cantik kedai jubin pertama di Malaysia yang menawarkan mosaic jenis fish scale atau fan shape tau. Sebab tu Jubin Cantik selalu menjadi pilihan utama pelanggan yang nak beli jubin. Selalu ada rekaan jubin terkini yang cantik pada harga berpatutan.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam


Menawarkan pelbagai bentuk dan warna yang cantik lagi menawan, mosaic tiles di Jubin Cantik terdiri daripada bentuk fish scale, hexagon, kit kat, penny round, Morrocan style dan banyak lagi. Confirm korang akan rambang mata. Sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi don't worry sebab staff dekat sini tersangatlah membantu. Korang tanya je lah apa-apa pasal jubin dekat dorang, semua dorang boleh jawab.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam

Kalau korang nak tau, mosaic tiles di sini diperbuat daripada porselin dan ada juga daripada seramik. Serta sesetengahnya mempunyai permukaan jenis matt, so ianya boleh dipasang di bahagian lantai rumah. Harga mosaic tiles ni bergantung pada jenis dan rekaan dan korang boleh beli pada harga serendah RM70 sekotak.



5. Breeze Block

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam


Ingat tak rumah kampung dulu-dulu ada angin-angin (breeze block) dekat bahagian atas dinding. Tujuannya supaya aliran angin sentiasa mengalir dan rumah tak panas. Ye lah dulu mana ada orang guna aircond kan. Now breeze block digunakan bukan setakat sebagai angin-angin, malah ianya digunakan sebagai hiasan dinding atau partition terutama di bilik atau ruang solat.


Di Jubin Cantik, ada beberapa rekaan breeze block yang ditawarkan. Ianya dihasilkan daripada 100% tanah liat semulajadi. Harga pula adalah serendah RM7 sepetak dengan pembelian minimum 1 kotak.



Jubin Emas Berkolaborasi Dengan Sorento


Cantik pulak shower set warna gold ni haa. Dipadankan pula dengan feature tile Jubin Cantik ni, auto nampak mewah bilik air jadinya. Lepas ni kalau berjam-jam duduk dalam bilik air tu jangan lah tanya kenapa. Haha.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam


Ok fyi, shower set yang Ana pegang tu merupakan produk bilik air dari Sorento - jenama sanitaryware terkemuka di Malaysia. Sekarang ni Jubin Cantik berkolaborasi dengan Sorento di mana terdapat beberapa pakej ditawarkan seperti kitchen package, powder room package dan bathroom package.


Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam


Untuk bathroom package, terdapat beberapa pilihan tema warna bilik air ditawarkan iaitu Golden Yellow, Gun Metal dan Matt Black & Rose Gold dengan kelengkapan lengkap bilik air seperti shower set, hand bidet, sinki dan water tap beserta cermin. Korang juga boleh cuba dan alami sendiri kecanggihan Sorento Water Closet dengan smart sensor hanya di Showroom Jubin Cantik Shah Alam. Tak perlu dah nak tekan flush button lepas ni, just guna sensor tangan je tandas tu auto flush. 


Dengan kolaborasi Jubin Cantik x Sorento ini sebagai destinasi One-Stop Solution diharapkan dapat menjimatkan masa para pelanggan dalam mencari kelengkapan bilik mandi atau dapur. Korang yang berminat boleh dapatkan pakej tersebut di Jubin Cantik x Sorento. Istimewa lagi, dengan setiap pembelian jubin di Jubin Cantik,  korang boleh dapat diskaun menarik tau. Tunggu apa lagi??



Jom Lawat Showroom Jubin Cantik Shah Alam

Mozek dan Jubin Cantik & Murah di Jubin Cantik Shah Alam


Pada korang yang dah tertarik dengan jubin-jubin yang cantik dengan rekaan terkini dari Jubin Cantik ni, jom lah ke showroom Jubin Cantik Shah Alam. Nak ke HQ di Kajang pun boleh. Nak datang untuk cuci mata atau nak dapatkan idea dulu pun boleh, takde masalah. Nanti bila bajet dah cukup, boleh lah datang semula. Tapi jangan risau lah, harga Jubin Cantik sangat mampu milik dan berpatutan. Alamat dan waktu operasi seperti di bawah :


Jubin Cantik Shah Alam

A1-2, Ground Floor, Jalan Serai Wangi F 16/F,

Persiaran Selangor, Alam Avenue, 

Padang Jawa, 40200 Shah Alam,

Selangor, Malaysia.


Waktu Operasi

9.30am – 6.00pm (Isnin – Sabtu). 

Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.



Untuk info lebih lanjut atau info berkaitan promosi yang sedang dijalankan, korang boleh layari website atau laman sosial media Jubin Cantik.


Website

https://jubincantik.com/


Facebook

https://www.facebook.com/jubin.cantik


Instagram

https://www.instagram.com/jubincantik/


Tiktok

https://www.tiktok.com/@jubincantik





Mozek & Jubin Rekaan Terkini Pada Harga Mampu Milik Hanya di Jubin Cantik Shah Alam Reviewed by Ana Suhana on September 27, 2023 Rating: 5

No comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.