Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up | Assalamualaikum. Amboi kemain tajuk entri hari ni. haha. Sebenarnya seram sejuk Ana nak share tentang Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up ni. Ye lah Ana bukan nya kaki make up. Apa orang kata - tangan bangku. Yang Ana tau just calit lipstick dan pakai krim atau serum dan sunscreen sebelum keluar rumah. Selesai. Tapi bila diberi amanah nak tak nak kena lah buat juga. Bila lagi kan nak cuba cuba bersolek ni kan.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up
Ana jenis orang yang sangat suka pada yang ringkas aka simplicity. So bila masuk bab make up Ana lebih suka pada jenis make up yang simple, natural dan more to nude color. Mudah nak suaikan dengan apa-apa acara pun kan. Yang penting tak makan masa yang lama nak bersolek. Hehe. Jom baca Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up yang Ana buat ni.
Macam biasa, sebelum make up kita kena lah cuci muka dulu kan. Lepas tu pakai toner dan krim / serum untuk lembapkan kulit muka kita. So that tak lah make up jadi cakey sebab kulit kering. Untuk part ni Ana pakai set
The Bare Essentials.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Kemudian nak pakai sunscreen pun boleh. Tapi macam Ana, Ana skip sebab tutorial je kan. Selalu Ana pakai sunscreen dari
Petal Velvet Sunaway ni. Best sebab muka tak nampak bercapuk bila pakai. Nampak natural gitchuw.
Dah selesai semua tu baru boleh start make up. Untuk basic make up Ana apply concealer dari
Flawless Creamy Concealer dulu. Sebab kata simple make up kan, so concealer ni Ana jadikan ala ala foundation terus. Senang cerita. The best part is concealer ni boleh tutup cela dan noda yang ada pada wajah dengan sangat baik. Nak apply pun senang sebab applicator yang ada pada concealer ni senang nak handle. Cuma masa nak ratakan tu make sure sponge korang betul-betul basah sebab kalau lambat sikit, concealer akan mengering dan susah nak blend.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Untuk Flawless Creamy Concealer ni ada 4 color semuanya iaitu
Honey, Ginger, Vanilla dan
Mocha. Untuk ton kulit Ana, Ana pakai Honey untuk bahagian dalam dan Mocha untuk bahagian luar dan contour. Tips nak tau warna concealer yang sesuai dengan kita mudah je. Kita pegang concealer tu dekat tepi pipi kita then kita compare warna yang sesuai. Selalunya orang akan amik satu tona lebih cerah dari warna kulit.
Bila concealer dah rata, Ana cover dengan
Petal Velvet Powder kod
#23 Warm Beige. Just dap dap je dekat muka then ratakan denga berus. Nak pakai compact powder pun boleh tapi Ana suka pakai Petal Velvet Powder ni sebab dia boleh serap minyak-minyak yang ada pada wajah.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Sekarang kita make up bahagian mata pula. Untuk eye shadow, Ana gunakan
Eye Pallete Sunrise & Moonrise yang merupakan produk terbaru hasil kolaborasi bintang popular Indonesia; Bunga Cinta Lestari x Althea. Cantik dan nampak eksklusif kan packaging eye shadow ni. Like it so much.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Menarik tentang eye shadow ni ialah ianya mempunyai 8 pigmented shades yang mewakili warna sunrise dan juga moonrise yang bertekstur
matte, shimmer dan
glitter yang mudah dan cantik bila di blend bersama. Korang boleh guna berus atau pun guna jari je ikut keselesaan korang. Macam Ana guna dua-dua. Dan disebabkan eye shadow tu terlalu pigmented, Ana hanya guna sedikit saja untuk kekalkan natural and simple look tu. Tapi seriously memang best giler warna-warna eyeshadow ni. Best eye shodow everrrrr.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Untuk tutorial kali ni Ana hanya guna warna-warna ala sunrise yang bernombor 2 (matte) - as a base shades, 4 (glitter) dan 5 (shimmer).
Nak kasi lawa sikit Ana pakai lah mascara dan juga
Spotlight Eye Glitter untuk hujung mata di bahagian dalam. Kasi nampak glamor lah sikit.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Ada 2 warna untuk Spotlight Eye Glitter ni - Gold & Pink. Untuk tutorial ni Ana guna Gold color untuk samakan dengan warna eye shadow tadi.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Nak guna Spotlight Eye Glitter ni senang sangat. Satu sebab holder dia slim macam eyeliner dan kedua berus eye glitter ni nipis di bahagian hujung, so senang untuk kita apply di mana-mana bahagian mata. Warna dia jangan cakap lah. Very sparkling and glamourous yet the color is long lasting as well as smudge-proof.
Akhir sekali kita touch up bibir dengan pipi pula dengan
Watercolor Cream Tint yang sangatlah pigmented dan color dia semua bold and long lasting. Ada 4 color kesemuanya iaitu
#01 Plum Cream, #02 Strawberry Cream, #03 Peach Cream dan
#04 Maroon Cream.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Untuk tutorial ni Ana guna kod #04 Maroon Cream sebab color tu antara yang paling rendah dari segi kepekatan warna merah dia. Guna sikit juga sebagai blusher. Jimat dan mudah kan. Tapi make sure masa nak dap dap kat pipi kena cepat cepat sebab color dia cepat melekap dekat kulit.
Taraa....dah selesai. Amacam on ke tak on??
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Ana ada juga try make up ala ala moonrise tapi Ana rasa warna tu terlalu menyerlah untuk ton kulit Ana.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Oh ya kalau korang yang ada masalah jerawat tengah tumbuh dengan meriah masa korang nak bersolek, korang boleh pakai
Skin Relief Spot Film Gel ni. Gel ni berfungsi seperti canvas atas jerawat korang supaya make up korang lebih flawless tanpa cacat cela.
|
Tutorial Simple Make Up dengan Althea's Make Up |
Skin Relief Spot Film Gel ni juga bertindak merawat jerawat dengan kuasa tea tree oil manakala ekstrak Centella and pokok pine membantu mengurangkan masalah kemerahan pada jerawat. Nak guna mudah je. Basuh muka terlebih dahulu. Kemudian picit sedikit gel ke atas jari dan sapu rata ke atas permukaan jerawat. Tunggu sehingga kering baru boleh muka rutin make up korang.
Ok lah tu je Ana nak kongsi kali ni. Pada yang berminat nak conteng conteng muka dengan make up Althea ni korang boleh ke laman web atau muat turun aplikasi Althea secara percuma.
Okey dah tu, pandia jugak Ana mekap, akak pun x pandai buat tutorial mekap...cantik kan make up keluaran Althea..akak suka concealer, lip tint dan eye palette. Make up Althea ni memang sesuai untuk semua warna kulit wanita asia..kena pandai mix and match kaler tu
ReplyDeletesweet ... moonrise tu pun lawa ana guna...
ReplyDeleteCantik sebab tak sarat sangat make up yang kak Ana guna.Best.
ReplyDeleteSweet la.. kita pun masih mencuba lagi ni hehe
ReplyDeleteCantik gila warna eyeshadow dari althea ni.. Lips color tu pun nice sgt..
ReplyDeleteHala hala.. comelnya.. suka eyeshadow tu.
ReplyDeleteBangku2 pun jadiiiii...terbaikk.
ReplyDeletecantiklah walaupun amatur...keep it up !! chaiyokkk!!!
ReplyDeleteBestnya dapat koleksi make up macam nie.. Kak Sue pun suka simple macam nie juga, good sharing Ana..
ReplyDeleteAnaaaaaaaaaaaaaa....cunyaaa...suka suka tgk ana make up dengan produk althea ni
ReplyDeletecomel kak ana..hehee..lepas ni main makeup selalu ye..hehe
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeletelawa ana.. makeup althea ni memang boleh tahankan coverage-nya
ReplyDeleteCantik2 color eyeshadow dia
ReplyDelete