Tips Atasi Bayi Kuat Menangis Dengan Mamaway Baby Ring Sling
Tips Atasi Bayi Kuat Menangis Dengan Mamaway Baby Ring Sling l Assalamualaikum. Sejak ada Suraya, banyak benda yang Ana belajar. Walaupun ni anak kedua, tapi setiap bayi berbeza karakter mereka. Macam Syafi dulu, dia tak kuat menangis. Berbeza dengan Suraya. Dia kerap menangis dan nak kena dukung jer.
Tips Atasi Bayi Kuat Menangis Dengan Mamaway Baby Ring Sling
Bayi Kuat Menangis Ialah High Need Baby
Biasa lah kalau bayi menangis kan. Tapi kalau selalu sangat menangis dan asyik nak berdukung je, bayi kita boleh di kategori sebagai high need baby. Bayi jenis ni selalunya mereka akan :
1. Kerap menangis tanpa sebab
2. Menyusu lebih lama dan kerap
3. Kurang tidur dan kerap terjaga
4. Tak suka dibedung
5. Nak selalu berdukung atau didodoikan
Dalam banyak ciri-ciri dekat atas, yang no 5 paling susah. Sama macam Suraya. Masa awal-awal dulu, Ana tak boleh nak buat kerja langsung sebabnya Suraya nak melekat 24 jam dengan Ana. Even nak makan pun susah. Letak dekat atas katil kejap je dia dah terjaga dan sambung menangis. Tapi bila Ana amik dan dukung dia semula, automatik dia akan senyap dan sambung tidur. So terpaksa makan sambil dukung dia. Susah tau!!
Bila jadi macam ni, siapa yang tak stress kan. Rasa penat yang amat sangat. Sampai buntu tak tahu nak buat apa. Ana tak nak lah sampai stress dan penat, kang effect plak susu badan walau dah minum susu sejak mengandung lagi.
Tak kan nak berdukung saja. Mana larat!! Tak tahan keadaan macam tu, Ana pun tanya En Google. Dan Ana jumpa salah satu caranya ialah dengan guna baby ring sling. Nampak menarik.
Mamaway Baby Ring Sling Pilihan Terbaik
Sebelum beli baby sling ni Ana start survey satu jenama dengan jenama yang lain. Ye lah, kena lah pastikan yang ianya betul-betul selamat dan berkualiti. Survey punya survey, Ana tertarik nak cuba Mamaway Baby Ring Sling ni.
Bagi yang first time dengar nama Mamaway, Mamaway merupakan sebuah butik yang menyediakan keperluan maternity yang sangat membantu baik dari saat korang pregnant sampai lah dah bersalin dan tengah menyusu. Semua yang korang perlu ada dijual dibawah satu bumbung. Mudah sangat!!
Ok back to topic. Apa yang buat Ana tertarik dengan Mamaway Baby Ring Sling ni? Of course ciri keselamatan yang ada pada produk ni sendiri terutama pada ring yang diguna. Untuk pengetahuan korang, Mamaway's Baby Ring Sling menggunakan ring yang dihasikan dari bahan yang digunakan pada payung terjun. So ianya sangat selamat dan kuat untuk menampung berat bayi sehingga toddler.
Selain tu ada banyak lagi ciri menarik yang Ana suka tentang Mamaway Baby Ring Sling ni. Antaranya seperti :
Ciri-ciri Best Pada Mamaway Baby Ring Sling Carrier
1. Bayi Kurang Menangis dan Cepat Tidur
High need baby macam Suraya selalunya akan berasa tak selamat kalau jauh dari kita. Sebab tu bila kita dukung mereka, mereka akan tenang dan senyap. Kalau dukung sekejap-sekejap boleh tahan lagi. Tapi kalau dah berjam, boleh sakit pinggang!!
Sejak guna ring sling Mamaway ni, Ana perasan Suraya jadi lebih tenang dan selesa sebab dia rasa macam Ana tengah peluk dia. Tau tau dah tertidur dalam tu. Senang sangat. Memang sangat membantu rutin seharian Ana. Nak guna pun mudah.
2. Skin to Skin Contact
Sama seperti kita dukung bayi, penggunaan ring sling juga dapat membina ikatan semulajadi (natural bonding) antara ibu dan bayi kerana wujudnya Skin to Skin Contact.
3. Selamat untuk Diguna
Macam Ana bagitau dekat atas tadi, ring sling dari Mamaway ni selamat dan kuat untuk digunakan. Ini kerana ianya telah diuji dan memenuhi standard keselamatan antarabangsa.
Ujian SGS No.: HV401830XA membuktikan yang N66 Double Ring yang diguna mampu menahan beban sehingga 50kg!!. So takde isu ring tu akan bengkok, regang, patah atau berubah bentuk. Dari adik sampai lah abang dan kakak boleh guna. Jimat duit!
4. Selamat Untuk Pinggul Bayi
Seperti yang kita tahu, badan bayi sangat lembut. Penggunaan produk yang tak sesuai boleh mengganggu pembesaran tulang mereka. Tapi dengan Mamaway Ring Sling Carrier, korang jangan risau sebab ianya telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai “hip-healthy” product.
Ring sling dari Mamaway ini direka berdasarkan teori Spread Squat Position (M&J) yang memberi manfaat besar untuk perkembangan pinggul dan kaki semulajadi bayi. Apa tu M&J Position?
M Position
- Peha tidak boleh dibiarkan tergantung di luar carrier
Jockey Position
- Pinggul bayi dibengkokkan dengan kedudukan lutut lebih tinggi sedikit daripada punggung
5. Premium Combed Cotton
Mamaway Ring Sling menggunakan material kain yang berkualiti, lembut, selamat untuk kulit bernafas dan juga mampu menyerap peluh. Terdapat pelbagai design yang menarik untuk korang pilih. Macam Ana, Ana pilih design Sherlock. Cantik sangat.
6. Saiz Mudah Bawa
Mamaway Ring Sling mempunyai reka bentuk poket simpanan yang tersembunyi yang mudah untuk dilipat dan dibawa ke mana saja. Masuk dalam bag pun muat. Tak perlu nak susah payah bawa stroller yang berat dan besar tu dah. Mudah hidup.
7. Berfungsi Sebagai Nursing Cover
Last but not least, ring sling ni juga boleh dijadikan sebagai nursing cover. Kainnya yang panjang boleh digunakan sebagai nursing cover yang sempurna terutama ketika di tempat awam. Lepas ni bebila bayi nak susu, boleh terus bagi. Takde masalah!!
Jom Dapatkan Mamaway Baby Ring Sling Carrier
Macam mana, best kan features ring sling dari Mamaway ni. Tak perlu ragu-ragu dah nak guna. Memudahkan hidup para ibu lagi. Ana sendiri dah cuba dan Ana recommend untuk korang cuba sendiri. Dan Ana perasan Suraya pun dah tak kerap menangis macam dulu sebab sekarang dia selesa dapat 'berkepit' dengan Ana. Ana pun dah boleh buat macam-macam kerja sebab tangan dah bebas kan. Tak perlu nak pegang atau dukung Suraya selalu.
So pada korang yang mengalami situasi sama macam Ana - yang ada high need baby ni, jangan serabut dan pening-pening kepala dah. Beli je Mamaway Baby Ring Sling Carrier ni. Selamat, praktikal dan mudah untuk digunakan.
Pada yang berminat nak beli Mamaway Baby Ring Sling Carrier atau nak tengok pelbagai produk keperluan bayi dan ibu yang lain, korang boleh layari website dan laman sosial Mamaway seperti di bawah :
Tips Atasi Bayi Kuat Menangis Dengan Mamaway Baby Ring Sling
Reviewed by Ana Suhana
on
August 20, 2020
Rating:
Nampak dia selesa sangat duduk dalam tu kann, macam duk dalam perut semula hehehe..
ReplyDeleteAnak Sis dulu semua takde merasa duduk dukung gitu.. ada jual pendukung gini, tapi Sis yang takde beli, sebab alhamdulilah semua tiga-tiga elok jee diam..
Tq for sharing nice this entry
ReplyDeleteMemang bagus Ring Sling Carrier macam ni. bAby pun rasa dekat dengan kita. ^^
ReplyDeleteNampak selesa baby kat dalam carrier tu.. Best ni banyak fungsinya boleh jadi nursing cover juga.. 😍
ReplyDeleteNice sharing Ana.. Nanti travel senanglah nak bawa Suraya 😍🤗
Suraya sungguh-sungguh nak me time bukan sendiri tapi dengan mama ya sayang.
ReplyDeleteBagus ni
ReplyDeleteTerasa nak ada baby baru pulak. Haha. Tapi mmg sling carrier sgt bagus.
ReplyDeleteNad pun ade satu. Paka masa adik kevik.. Sennag naknguna dia. Tak sakit bahu sebb ring dia besar.. Ehehe..
ReplyDeleteNampak selesa baby suraya kat dalam tu.
ReplyDeleteComelnya lah Suraya nie tau.. geram ja.. hehehe.. Zaman Kak Sue dulu pakai macam nie juga lah tapi yang jenis lain, memang senang kita nak bergerak kan.. anak pun rasa selesa dan tenang..
ReplyDeletealolo tomeynya.. bagu baby sling ni baby pun terasa mcm dipeluk aje kan
ReplyDeletenice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletemujurlah anak2 abam kie x de kuat menangis atau kena sawan tangis bagai. Bagi ibu2 muda kena beli la baby ring swing ni. mudah nak dukung baby sambil buat kerja rumah.
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeletewaa.. bestnya Suraya duduk dalam pelukan onde ye.. Liez pun suka macam ni sebab anak selesa dan kita pun selesa.. belum cuba lagi dekat Najla.. nnt nak juga pakai baby sling ni
ReplyDeleteNampak selesa Suraya dalam baby sling tu ye.
ReplyDeleteehehe seronok la baby kena dukung cemtu..
ReplyDeleteselain support baby.. kena bagus untuk support mummy juga..
Mudah ada baby ring sling ni. Selesa untuk baby dan ibu. Ada baby nanti boleh cuba beli gak ni
ReplyDelete