Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown


Salted Egg Burger dan Salted Egg Chicken Menu Terbaru Marrybrown l Assalamualaikum and hi guys. Ni Ana nak share berita gembira buat peminat sos telur masin dekat luar sana. Marrybrown kini ada menu terbaru berasaskan sos telur masin yang egg-stra padu untuk penuhi citarasa korang tau. Ana dah cuba. Korang pun wajib cuba. Jom check it out.
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown

Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown


Berpeluang untuk menjadi orang yang terawal untuk merasa sendiri keenakan menu terbaru Marrybrown ni memang Ana tak kan tolak. Egg-cited giler kot. Dah lah Ana memang seorang  peminat tegar sos telur masin ni. Rugi pula rasanya kalau tak cuba!!

Seperti yang kita semua tahu, menu berasaskan telur masin telah menjadi satu fenomena selama bertahun lamanya di Malaysia. Macam-macam resipi yang kita boleh hasilkan menggunakan telur masin ni. Dan hasilnya memang tak pernah mengecewakan. Malah boleh bangkitkan selera makan lagi. Bau dia je pun dah mengancam. Disebabkan fenomena ini, Marrybrown tekad untuk keluarkan menu berasaskan telur masin untuk menu terbaru mereka.
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Dengan menggunakan hanya telur masin dan bahan-bahan sebenar, keenakkan dan kerangupan limpahan sos telur masin yang membanjiri ayam dan kepingan isi ayam di dalam burger memang tak dapat dinafikan lagi. Memang egg-stra padu!!!

Dalam setiap kunyahan, Ana boleh rasa kemewahan citarasa tempatan dalam 2 menu terbaru Marrybrown ni. Dengan rasa sos telur masin yang creamy, bergabung pula dengan bau wangi daun kari dan kepedasan yang ringan dari rempah ratus yang diguna, menu telur masin terbaru ni sangat sempurna untuk memenuhi selera semua rakyat Malaysia.

Sebagai peminat sos telur masin, Ana sangat puas hati dengan rasa dan tekstur sos telur masin yang dihasilkan. Tahniah Marrybrown!!! Punya lah sedap sampai tau tau habis licin set Ana tu. Rasa tak cukup plak. Hehe.

Harga Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Marrybrown


Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 menu Salted Egg yang korang boleh cuba iaitu Salted Egg Burger atau Salted Egg Ayam. Kedua-dua menu ni di datangkan dalam bentuk kombo pada harga yang sangat berpatutan.
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Bagi yang nak cuba Salted Egg Burger, korang boleh try set kombo yang ada burger, french fries dan juga air heaven and Earth Ice Lemon Tea ni. Semuanya dalam saiz regular dan harga dari RM15 sahaja.
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
Manakala untuk peminat setia ayam goreng, korang boleh dapatkan set menu kombo Salted Egg Ayam 2 ketul atau 3 ketul ayam dengan harga dari RM15.90 dan RM18.80 masing-masing. Setiap set didatangkan dengan ayam, mashed potato, vegetable salad dan air heaven and Earth Ice Lemon Tea. Semuanya juga dalam saiz regular. Kalau korang rasa tak cukup makan ayam je especially masa lunch kan, apa kata korang add on nasi then makan dengan Salted Egg Ayam tu. Perghhh sure terangkat. Lagi-lagi makan masa panas. Menjilat jari beb!!! Confirm tak nyesal.
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown
So tunggu apa lagi. Jom dapatkan menu terbaru Marrybrown ni. InsyaAllah korang akan puas hati dengan keenakan sos telur masin pada kedua-dua menu ni. Korang boleh dapatkan menu ni di semua cawangan Marrybrown di seluruh Malaysia sekarang atau order secara online di MB Delivery.

Untuk maklumat lanjut tentang menu-menu Marrybrown atau promosi yang sedang berlangsung, korang boleh layari website atau media sosial Marrybrown seperti di bawah :

Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
Salted Egg Burger dan Salted Egg Ayam Menu Terbaru Marrybrown Reviewed by Ana Suhana on June 01, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. Wah masing2 tayang mcd salted egg ni.
    Membakar berul

    ReplyDelete
  2. Memang sedap sangat kan?! Kak min suka giler

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Faveret IQ salted egg ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya menu salted egg. Feveret ni. Kena terjah MB nampak gayanya.

    ReplyDelete
  5. Alahai sedapnya! Nak kena pi cari MB ni
    Terliur sudaaa

    ReplyDelete
  6. Ramainya yang cuba menu salted egg ni. Mesti sedap.

    ReplyDelete
  7. tgk pun dah tahu sedap.. terliur lah tgk menu baru MB nie

    ReplyDelete
  8. Mana boleh bakar line. Merata rata tengok orang makan MB. Hehe

    ReplyDelete
  9. ramai dah post nie..nak tak nak nanti kena terjah juga Marry Brown ni..bikin kecur air liur

    ReplyDelete
  10. Nak cuba try nanti. Tengok pun dah ngencess

    ReplyDelete
  11. Huda mmg suka makanan yg ada rasa salted egg. Nnt nak try lah

    ReplyDelete
  12. Memang sedap.. Dh rasa.. Nak repeat semula.. Tengok sos dia melimpah

    ReplyDelete
  13. Menu baru. Tengok ramai blogger post pasal marrybrown ni. Nanti boleh la nak cuba makan

    ReplyDelete
  14. Dah merasa dah sedap. Nak repeat ni

    ReplyDelete
  15. burger dia sedap
    2 kali dah makan
    nak repeat kali ketiga

    ReplyDelete
  16. terliur tengok sbb salted egg ni memang favorite akak ni...ishh mmg nak kena ke MB jugak ni

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.