Absolute Natural Beauty 1618 Produk Mesra Wuduk Dari Minyak Rosehip Tulen

Absolute Natural Beauty 1618 Produk Mesra Wuduk Dari Minyak Rosehip Tulen l Assalamualaikum. Pertama kali bila dengar jenama ni, Ana macam was was nak guna. Ye lah tak pernah dengar kan. Tapi lepas teliti bahan-bahan yang diguna dan dimaklumkan dengan beberapa fakta mengenai produk ni termasuk fakta yang mengatakan orang yang sedang jalani rawatan chemo pun selamat pakai, Ana pun jadi yakin nak guna. So hari ni Ana nak share dengan korang tentang 2 produk dari Absolute Natural Beauty 1618 ni.
Absolute Natural Beauty 1618


Absolute Natural Beauty  1618 Produk Mesra Wuduk Dari Minyak Rosehip Tulen


Sebelum Ana share tentang produk ni, Ana nak cerita tentang macam mana boleh wujudnya jenama Absolute Natural Beauty 1618 ni dulu.

Absolute Natural Beauty 1618 (Absolute) diilhamkan oleh 2 orang sepupu iaitu Mior Ghazi dan Sharifah Jasmine setelah melihat bagaimana ibu dan ibu saudara mereka DIY produk kosmetik sendiri menggunakan bahan-bahan organik. Baik untuk sabun, serum dan mist. Semua hanya menggunakan bahan semulajadi.

Terinspirasi dari itu dan dengan matlamat untuk hasilkan produk kosmetik berkualiti dari bahan semulajadi yang selamat, tanpa gunakan bahan-bahan kimia yang berbahaya pada kulit, mereka cabar diri dengan menceburkan diri dalam perniagaan bidang kosmetik. Akhirnya tertubuhlah jenama Absolute Natural Beauty 1618 yang diilhamkan dari 2 elemen iaitu :

i.  Natural - produk jenama Absolute hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi.

ii.  1618 - merupakan nisbah emas (Golden Ratio) di mana formula dan bahan yang digunakan dipilih dengan begitu sempurna dan teliti menggunakan metodologi yang ketat.

Notifikasi Not KKM Absolute Natural Beauty 1618


Macam Ana cerita dekat atas, produk Absolute ni bebas dari bahan toksik dan bukan komedogenik. Ini kerana ianya diformulasi dari 100% minyak Rosehip tulen dan vitamin semulajadi untuk memberi manfaat yang maksimum kepada kulit. Selain tu produk Absolute juga mesra wuduk,  mesra vegan dan bebas kekejaman (cruelty-free).

Jenama Absolute ni juga telah didaftarkan di bawah Akta Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, KKM dan telah mengikuti Garis Panduan Kawalan Dadah dan Kosmetik (NPRA) Malaysia. Korang boleh rujuk nombor notifikasi NOT KKM dekat bawah ni:
Absolute Natural Beauty 1618

i.  Absolute Premier Serum - NOT190504247K
ii. Absolute Superlight Mineral Foundation - NOT190504224K

Jenama ni juga dalam proses memohon sijil Halal tapi sebab sekarang musim PKP,  so proses tu makan masa. Tapi korang jangan risau, bahan-bahan yang diguna semuanya halal. 

Absolute Premier Serum

Absolute Natural Beauty 1618

Sejak dah masuk 30 series ni, serum lah benda paling utama Ana akan pakai setiap hari. Sebabnya supaya kulit kekal terhidrat dan tak kering. Kalau kulit kering, macam-macam masalah kulit akan timbul termasuk kulit akan nampak tua dari umur sebenar. Nak ke u olls? Hehe.

Tengah cari serum yang best? Ana cadang korang try Absolute Primer Serum ni. Diformulasi dari bahan-bahan aktif semulajadi seperti 100% minyak Rosehip tulen, stem cells dan juga Vitamin E yang sangat baik untuk kecantikan kulit.

Kalau korang nak tau,  minyak Rosehip sangat baik untuk kulit tau. Ianya berfungsi untuk mengurangkan penampilan garis halus, melembapkan kulit dari dalam, kaya dengan vitamin dan tinggi dengan antioksidan supaya kulit kekal muda dan terhidrat.

Best tau pakai primer serum ni sebab ianya cepat meresap ke dalam kulit kita. Kalau korang jenis kulit yang berminyak, memang elok pakai sebab serum ni dapat kawal penghasilan minyak dengan baik. So kulit korang jadi lebih sihat dan berseri-seri gitu. Bau pun wangi je. Siap ada serbuk-serbuk emas lagi.
Absolute Natural Beauty 1618

Selain tu primer serum ni juga tinggi dengan antioksidan serta mempunyai SPF30 yang bertindak untuk melindungi kulit dari penuaan pramatang dan bahaya sinar UV. Ianya juga bagus dijadikan sebagai asas solekan untuk solekan tahan lama.

Absolute Superlight Mineral Foundation

Absolute Natural Beauty 1618

Serum dan foundation ibarat adik beradik. Takde salah satu, solekan akan nampak tak cantik dan capuk sana sini.

So alang alang dah guna Absolute Premier Serum, apa salahnya Ana cuba Absolute Superlight Mineral Foundation ni juga kan. Baru lengkap asas solekan.

Selalu bila nak beli foundation,  susah nak pilik kod yang sesuai dengan warna kulit kita kan. Kadang terlebih cerah lah, tergelap lah. Nyampah sangat. Tapi dengan foundation dari Absolute ni, korang tak yah pening-pening kepala. Sebab uniknya foundation ni ialah ia mampu berfungsi menyesuaikan dengan semua warna kulit. So apa jenis warna kulit pun boleh masuk. Macam gambar bawah ni Ana hanya apply serum dan foundation jer. Tak pakai solekan lain. Pun dah nampak ok sangat kan!! 
Absolute Natural Beauty 1618

Absolute Natural Beauty 1618

Seperti premier serum, Absolute Superlight Mineral Foundation, juga diformulasi dari bahan aktif semujadi seperti 100% minyak Rosehip tulen, titanium dioksida, isononyl isononanoate dengan kilauan semula jadi dari mineral mosovite mica.

Apa yang best tentang foundation ni ialah teksturnya yang amat ringan. So kulit boleh bernafas dengan baik dan paling penting mudah nak cuci masa amik wuduk.

Oh ya foundation ni juga mempunyai SPF60 untuk lindung kulit dari bahaya sinar UV. So kulit kita akan kekal lembap, anjal,  muda dan berseri.

Cara Untuk Beli Produk Absolute Natural Beauty 1618


Bagi yang berminat untuk cuba produk Absolute ni, korang boleh dapatkan secara atas talian di laman web, Facebook atau IG mereka. Dekat Lazada pun boleh. Harga setiap satu ialah RM79.90. Tapi sekarang tengah ada promo di mana korang boleh beli pada harga RM65 setiap satu. Manakala pembelian kombo hanya RM110 sahaja. Jimat RM50 juga tu.

Bagi yang duduk dekat UK pun boleh beli tau sebab jenama Absolute ni tersenarai di Halalstreet.Co.Uk di bawah program Matrade e-trade.

Bagi yang nak buat side income pulak, korang boleh lah apply dengan jadi ejen Absolute ni. Mana tau ada rezeki korang dengan jenama ni sebabnya dengar cerita team Absolute nak masuk pasaran Asia melalui Halal Expo di Brunei dan Doha. Selain tu team Absolute juga ada plan untuk collaborate dengan jenama lain untuk kembangkan produk mereka. So apply lah sekarang.
Absolute Natural Beauty 1618 Produk Mesra Wuduk Dari Minyak Rosehip Tulen Reviewed by Ana Suhana on June 03, 2020 Rating: 5

19 comments:

  1. Banyaknya brand yang ai baru tau. Nampak sangat tak ikuti perkembangan skin care semasa. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. menarik tu Ana...memang penting produk mesra wuduk lebih2 lagi produk bumiputra ni

    ReplyDelete
  3. Menginjak usia 30an ni sesuai la pakai serum ..nak kukit anjal gitu

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnya. IQ tengah cari serum baru ni. Teringin la nak cuba!

    ReplyDelete
  5. Bahan dia menariknya 💯 peratus minyak rosehip tulen tu, halal dan mesra wuduk.. Nice sharing Ana.. 👍

    ReplyDelete
  6. Suka lah foundation dia.. npk menarik..

    ReplyDelete
  7. Bagus ni ana mesra wuduk...lulus KKM. Tak was was nak guna.

    ReplyDelete
  8. kak long pun guna ni sekarang AS :)

    ReplyDelete
  9. Dia punya botol menarik.. Nama pun sedap.. Tgk serum dna foundtaion macam best

    ReplyDelete
  10. Tertarik dengan foundation dia. Paling best part mesra wuduk. Best ni

    ReplyDelete
  11. menarik ni..tak pernah cuba pakai serum lagi..rasa2 mcm kena cuba dh ni

    ReplyDelete
  12. Thanks sharing Ana. Suka produk natural ni. Pakai mmg best

    ReplyDelete
  13. Jenama baru ye. First time tahu.packaging dia cantik

    ReplyDelete
  14. Suka tengok pakaging dia laa, nampak eklusif sangat dan mewah...tapi yang best mesra wuduk, so tak payah le nak banyak dan lama sangat duk nak lap muka kan sebelum solat...

    ReplyDelete
  15. Kak Sue pun tengah cuba produk nie juga, memang best. Rasa ringan, pastu glowing ja kat kulit muka..

    ReplyDelete
  16. Menarik..banyak bende berkenaan skin care apa bende semua ni bunda kurang tahu..

    Salam kenal.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.