Syoknya Bercuti di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson


Syoknya Bercuti di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson l Assalamualaikum dan hi semua. Rasanya macam dah lama tak cuti cuti Malaysia di Port Dickson. Last awal tahun 2017 tak silap. Masa tu Syafi kecik lagi. So hanya berehat di hotel je. Kali ni Ana plan nak bawa dia ke Muzium Tentera sebab dia nak tengok kereta kebal. Setelah berbincang, kitorang decide untuk stay semalam je sana.

D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Syoknya Bercuti di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson 


Berbaloi ke stay semalam je? Tu yang Ana fikir mula-mula. Tapi memandangkan jarak Port Dickson dengan KL kurang dari 2 jam, so kira ok sangat lah tu. Nak lagi berbaloi, lokasi hotel mestilah strategik dan dekat dengan tempat-tempat menarik serta tempat makan.

Lepas survey punya survey, Ana setuju untuk stay di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson yang terletak di tengah-tengah bandar. Nak lebih tepat lagi di PD Waterfront. Kenapa Ana pilih hotel ni, korang kena baca review Ana di bawah ni.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Masa Ana sampai di hotel dalam pukul 2 lebih. Masa untuk daftar masuk di sini ialah pukul 3. Tapi saja lah cuba nasib. Dan rezeki kami, bilik yang ditempah dah tersedia.

Tapi kalau kata bilik belum ready, tak jadi masalah sebab lobi di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson ni luas dan sangat selesa. Dekorasi pun cantik.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Bilik Luas dan Lengkap Dengan Kelengkapan


Bilik Ana terletak di tingkat 8. Masa nak tekan tingkat 8 lif tu, Ana kena touch kad bilik yang diberi terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk jamin keselamatan para tetamu. Kalau kita tak touch, lif tu tak kan bergerak. So maksudnya orang luar yang tak ada kad bilik tak akan boleh naik atas hotel.

Oh ya masa daftar masuk tu, selain dari kita akan dapat kad bilik dan kupon sarapan, pihak hotel juga ada bagi complimentary coupun untuk tujuan riadah. Antaranya ialah kupon bowling, memanah, karaoke serta kupon diskaun untuk makan di kafe hotel. Best kan?

Ok kali ni Ana tempah bilik jenis family. Atau nama lain dia Premier Suite. Memang sangat luas dan boleh menampung 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak dengan selesa.

Masuk je dalam tu, pertamanya korang akan nampak ruang tamu atau ruang menonton. Ada sebuah sofa empuk dan meja kopi berhadapan dengan tv. Maklumat hotel dan borang maklum balas turut disediakan.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Ni pula ruang dapur. Luas dan lengkap dengan kelengkapan yang diperlukan. Ada microwave, jag elektrik, pembuat teh dan kopi, peti sejuk mini, sinki serta pinggan, sudu dan garfu.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Bersebelahan dengan ruang dapur pula ada meja makan bar yang memuatkan 2 orang. Berkenan pula Ana tengok konsep bilik hotel ni. Minimalist sangat.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Memandangkan bilik ni jenis Premier Suite dan boleh muatkan 4 orang dewasa, 2 buah katil saiz queen disediakan. Satu di dalam bilik utama, dan satu lagi di ruang belakang tv. Walaubagaimana pun, hanya ada satu tandas lengkap dengan toiletries terletak bersebelahan bilik utama.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Selain dari bilik yang luas, bersih dan lengkap dengan kemudahan, bilik ni juga menawarkan pemandangan laut yang sangat cantik. Dari atas katil lagi Ana dah boleh nampak laut yang membiru dan aktiviti para nelayan. Sangat menenangkan.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

50 meter Dari PD Waterfront & Lokasi-lokasi Menarik


Macam Ana bagitau, staycation kali ni sangat singkat. So kalau boleh Ana nak lepak je dekat hotel. Nak buat aktiviti pun, nak yang dekat-dekat. Sebab nak elak jammed. Maklum lah cuti sekolah kan. Mujur semua tu Ana boleh buat di sini je tanpa perlu drive keluar. In fact pasaraya besar seperti TF Value Mart dan Pasaraya Billion serta deretan bank juga terletak berdekatan dengan hotel. Best sangat!!

Kalau kata korang nak jalan-jalan sekitar PD pun, tak jadi masalah sebab D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson Hotel ni hanya beberapa km saja dari pantai-pantai peranginan utama di sini seperti Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Gemuk, Pantai Cahaya Negeri dan banyak lagi. Dalam 10-15 minit macam tu je. Dekat sangat lah.

Petang tu, lepas puas lepak dalam bilik, Syafi dah start bosan. Sibuk ajak keluar. So kitorang decide untuk turun dekat bawah hotel je. Kalau korang nak tau, hotel ni hanya 50 meter je dari PD Waterfront.

Dekat PD Waterfront ni, ada banyak aktiviti seisi keluarga korang boleh buat. Antaranya mini train, berbasikal, main soap bubble, mewarna dan banyak lagi lah. Kitorang lepak dekat dataran tu sampai tengah malam tau. Memang sangat meriah. Kedai-kedai jual sourvenir pun ada. Pilih je mana yang berkenan.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Tadi Ana ada cakap hotel ada bagi complimentary coupun masa kita daftar masuk kan. Dan salah satu kupon tu kita boleh redeem untuk aktiviti memanah di PD Waterfront ni. Kemain teruja En Suami dapat memanah. Siap tambah 2nd round lagi. Hehe.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Bila dah penat buat macam-macam aktiviti, perut mula lah lapar. Nak makan mana? Haa jangan pening kepala. Kalau korang suka makan fastfood, dekat PD Waterfront tadi tu ada McDonald, Kenny Rogers dan Starbuck.

Tapi kalau kata nak makan makanan bergoreng, korang boleh ke food truck park bersebelahan hotel tu je. Cumanya food truck ni hanya ada pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula pukul 5 petang hingga 12 malam. Ada macam-macam menu yang korang boleh cuba. Siap ada busking lagi.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Perut dah kenyang, badan pun dah penat, jom kita naik bilik berehat. Sambil-sambil rehat tu kita layan GV di Youtube guna wifi percuma hotel. Kemain laju dia pergi. Takde tersekat-sekat pun.

Esok pagi, seawal pukul 7 Ana dah turun sarapan di tingkat 3.  Pelbagai menu tempatan dan antarabangsa dihidangkan. Ada nasi lemak, mee goreng, scrambled egg, sosej, roti, bubur, salad, kek dan puding serta banyak lagi.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Dah makan, masa untuk budak kecik tu beraksi. Kasi can lah sebelum daftar keluar kan. Dekat tingkat 3 ni ada kemudahan swimming pool, taman permainan kanak-kanak dan juga pusat kesihatan untuk orang dewasa. So seisi keluarga boleh beriadah di satu tempat saja. Terdapat juga port-port menarik yang disediakan untuk keselesaan para tetamu.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Dah puas main dan berendam dalam pool, masa untuk siap siap daftar keluar. Tapi sebelum tu ada masa lagi. Sempat lah kami main game arcade di tingkat G. Syafi lah paling suka.
D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson

Tepat pukul 12 kami dah sedia untuk daftar keluar. Berat pula rasa hati nak tinggalkan D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson Hotel ni. Walau hanya semalam, tapi Ana sekeluarga sangat puas hati dan gembira sepanjang berada di sini. Banyak aktiviti yang kami dapat buat bersama. Kalau ada rezeki lagi, Ana nak bawa mak ayah pula stay sini. Korang yang plan nak bercuti di PD tu, Ana recommend sangat korang stay di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson Hotel ni. InsyaAllah korang akan puas hati.






Syoknya Bercuti di D'Wharf Hotel & Servised Residence Port Dickson Reviewed by Ana Suhana on December 12, 2019 Rating: 5

26 comments:

  1. Ngeeee bestnya dapat jejalan stay situ. menarik juga view dekat sini kan. Facilities pun banyakkan. TQ sharing ana

    ReplyDelete
  2. bestnye ..semua dekat dengan hotel.. tak payah susah susah naik kete cari makan.. boleh la masuk dalam wishlist nnti..hehehe.. thanks ana for sharing.

    ReplyDelete
  3. Rasanya next la akak check in sini most of hotel kat PD mahal cuti sekolah ni....kena pi bukan musim cuti sekolah nampaknya..kena amik cuti hari biasa..

    ReplyDelete
  4. bestnya AS lama dah kak ana tak pi PD ni, boleh lah usyaa2 nanti :)

    ReplyDelete
  5. puas hati ek kalau pilih hotel cam ni. berbaloi. nowadays mmg dah kena touch2 kat lift gitu. safety kan.

    ReplyDelete
  6. Dwharf ni memang strategik sangat lokasinya. Dekat dengan tf, mcd, dominos, kfc dan lain lain.jalan kaki je. Selalu balik PD memang nampak Dwharf ni.

    ReplyDelete
  7. semalamn pun best juga bila dapat duduk hotel..lagi dekat denagn macam2 tempat mcm ni..takde la bosan

    ReplyDelete
  8. Siap ada dood truck kat bawah ye. Ada aktiviti memanah... Syok pula tengok

    ReplyDelete
  9. sesekali nnt p sana leh cuba stay sini

    ReplyDelete
  10. Wow bestnya.. Siap ada complementary coupon lagi tu, best.

    ReplyDelete
  11. Walau semalam tapi berbaloi dan anak sorang tu mesti gembira sangat.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Puas hati kan dapat bercuti ni..zaza pun minggu depan nak bercuti dgn family akk

    ReplyDelete
  13. Best sangat nie Ana.. kalau ada rezeki boleh lah Kak Sue plan cuti-cuti kat sini nanti..

    ReplyDelete
  14. berapalah kadar satu mlm bilik tu? teruja nak stay di sana bila ke PD..

    ReplyDelete
  15. Yeah! PD dah banyak juga tempat best. LeYa yang asal sini pun bila balik n stay sini semula terkejut tengok macam-macam dah ada.. Kalau Kak Ana belum singgah Wild West Indoor Theme Park kat Dataran Segar, area nak ke Lukut.. situ pun mesti Syafi suka..

    ReplyDelete
  16. wah dpt voucher percuma utk riadah tu...mcm2 aktiviti bole buat...bilik pn luas tu selesa...

    ReplyDelete
  17. Dulu pernah nak stay sini sebab nak bilik seaview tu. Tapi tak jadi pulak bercuti kat PD. tengok entry kak Ana ni kena masukkan semula Dwhart Hotel dalam wishlist.

    ReplyDelete
  18. Wah bestnya bilik dia ana....luas dan ada ruangan tersendiri. Senang kan

    ReplyDelete
  19. bestnya dwharf ni. pool ada, bilik selesa. lokasi pun ok bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  20. wah nice la..kite g PD stay kat lexis hibiscus je..xde lak dpt complementary coupon waaa syok tau

    ReplyDelete
  21. Serious lah meriahnya hotel ni.. Nak bookmark 😍

    ReplyDelete
  22. Boleh masuk wishlist Sha nii... tak pernah lagi jalan-jalan Port Dickson... memang teringin... nanti target next holiday laa macam niii

    ReplyDelete
  23. selesa biliknya, Na.
    bersih!
    aida lama x ke pd. sebab dekat sgt hi hi hi :)
    umah MIL kat seremban jer.
    so kami terlupa nak holiday ke pd hi hi hi :)

    ReplyDelete
  24. Wah.. siap ada mini arcade.. memang seronok bila kemudahan pelbagai.. bilik pun best..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.