Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care


Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care l Assalamualaikum. Antara masalah utama yang dihadapi oleh wanita bertudung - rambut berbau, kelumumur, rosak dan bercabang serta gatal pada kulit kepala. Stress kan? Sebenarnya banyak cara yang kita boleh buat untuk atasi masalah tersebut. Salah satunya dengan memilih syampu yang tepat dan sesuai. Macam Ana, Ana memilih Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care.
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care

Orang kata wanita bertudung ni mudah keje. Tak perlu nak pening kepala pikir gaya rambut sehari-harian. Tapi hakikatnya, wanita bertudung lah yang lebih cenderung untuk menghadapi masalah rambut. Kalau tak dijaga dengan betul, boleh menimbulkan ketidakselesaan pada diri sendiri dan orang di sekeliling. Sampai tahap boleh menggangu produktiviti kerja kita tau. Jangan pandang ringan tau. Dan jangan pula jadikan alasan bertudung sebagai penghalang untuk kita dapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Ada beberapa tips yang Ana rasa wanita bertudung perlu amik berat untuk pastikan rambut kekal sihat dan cantik. Antaranya ialah :

✔️ Elakkan memakai tudung ketika rambut masih basah atau belum kering sepenuhnya
✔️ Pakai tudung dari fabrik yang sesuai dan selesa
✔️ Elak dari memakai tudung yang tebal dan berlapis-lapis supaya aliran udara mencukupi - lagi baik elakkan dari memakai tudung berwarna gelap kerana cuaca panas di Malaysia akan menyebabkan haba yang lebih banyak diserap masuk ke dalam tudung dan menyebabkan kulit kepala berpeluh
✔️  Biarkan rambut bebas ketika berada di rumah biar rambut bebas. Kalau boleh elakkan dari ikat rambut dengan ketat
✔️ Gunakan syampu yang sesuai yang bebas bahan kimia.

Cakap pasal syampu bebas dari bahan kimia, Ana nak share dengan korang tentang Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care yang terdiri daripada Syampu Bunga Raya Plus, Sevenis Hair Oil dan Hair Moisturizer with Serum. Ana sendiri dah guna tau ketiga-tiga produk ni. Best ke tak, korang kena baca sampai habis.
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Sebelum tu Ana nak cerita sikit tentang syarikat ni dulu. Syarikat MHAM Sdn Bhd telah beroperasi sejak 3 tahun lalu dan berpusat di Bentong Pahang. Matlamat utama syarikat adalah untuk membantu masyarakat meningkatkan kesihatan dengan membekalkan produk kesihatan yang selamat dan berkualiti.
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Sepanjang tempoh ini telah banyak produk berasaskan herba dan bahan semulajadi telah berjaya dipasarkan dan mendapat sambutan yang sangat baik terutama Asmak Baby Care (set penjagaan bayi). Selain tu ada juga produk pemakanan, set penjagaan diri dan juga Kaisa Skincare yang dikeluarkan di bawah Syarikat MHAM Sdn Bhd.

Asmak Hair Care - Set Penjagaan Diri

BUNGA RAYA SHAMPOO PLUS
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Bunga Raya Plus diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang sesuai untuk penjagaan kulit kepala dan rambut terutama untuk wanita bertudung kerana mampu mengurangkan masalah rambut kelumumur dan kegatalan kulit kepala akibat berpeluh. Antara bahan-bahan semulajadi yang digunakan di dalam Syampu Bunga Raya Plus ni ialah :

Bunga Raya
- merawat masalah keguguran rambut, kegatalan kulit kepala serta membantu melebatkan, menghitamkan dan melembutkan rambut

Coconut Oil
- melindungi rambut dari kerosakan akibat sinar matahari, menyubur / melembut / menyihatkan / melembapkan rambut, berfungsi sebagai kondisioner, mengurangkan masalah kelumumur, mengatasi masalah rambut bercabang, membekalkan protein kepada rambut dan membantu mencegah uban

Babassu Oil
- berfungsi menyegarkan kulit kepala dan mencegah dari kegatalan akibat cuaca panas dan peluh

Tea Tree Oil
- bertindak melembapkan kulit sekaligus membantu mengurangkan masalah kelumumur dan rambut gugur

Jojoba Oil
- membantu mengurangkan masalah rambut kusut dan gugur, mengelakkan masalah rambut bercabang dan menjadikan rambut lebih lembut dan bersinar

Acerola Oil
- berfungsi menguatkan rambut hingga ke akar, mengurangkan masalah rambut gugur dan membekalkan vitamin pada rambut supaya kekal sihat

Nak guna Syampu Bunga Raya Plus ni sama macam syampu-syampu yang lain. Apa yang korang kena buat hanya :

1. Basahkan rambut sehingga kulit kepala.
2. Picit sedikit Syampu Bunga Raya Plus pada tapak tangan dengan kadar yang diperlukan.
3. Urutkan Syampu Bunga Raya Plus pada rambut dan kulit kepala yang basah.
4. Biarkan syampu selamam 2 minit supaya zat pada syampu meresap masuk ke dalam rambut.
5. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

SEVENIS HAIR OIL
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Nak dapatkan rambut yang sihat, kuat  dan bersinar tak terhad pada penggunan syampu je. Kena ada extra penjagaan orang kata. Untuk Asmak Hair Care ni, korang juga boleh cuba guna Sevenis Hair Oil ni. The best way nak guna ialah korang sapu kan hair oil ni pada rambut dan kulit kepala pada sebelah malam atau sebelum tidur, kemudian balut nipis rambut korang tu. Esok pagi dah boleh cuci guna Syampu Buga Raya Plus. Hasilnya rambut korang akan bercahaya, sihat dan masalah kegatalan dan rambut gugur dapat dikurangkan. Antara kandungan yang ada dalam Sevenis Hair Oil ni ialah :

Light Mineral Oil
- berfungsi mengekalkan kelembapan, mencega rambut daripada kusut dan menjadikan rambut lebih bersinar

Tea Tree Oil
- melembapkan kulit sekaligus membantu mengurangkan masalah kelumumur dan rambut gugur

Babassu Oil
- berfungsi menyegarkan kulit kepala dan mencegah dari kegatalan akibat cuaca panas dan peluh

Virgin Coconut Oil
- melembutkan rambut serta mengurangkan masalah rambut gugur dan kelumumur


Castor Oil
- membantu melebatkan rambut

Olive Oil
- bertindak memberi kelembapan pada kulit kepala dan mengurangkan rambut gugur serta membantu menyihatkan rambut

Argan Oil
- berfungsi merawat rambut yang rosak dengan menguatkan rambut hingga ke akar

HAIR MOISTURIZER WITH SERUM
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Selain dari syampu dan hair oil, penggunaan serum juga penting dalam rutin penjagaan rambut terutama bagi wanita bertudung. Asmak Hair Moisturizer with Serum mempunyai fungsi 3 dalam 1 - pelembap, serum dan minyak. So kalau korang dah guna serum ni tak perlu dah nak guna hair oil dekat atas ni.

Hair Moisturizer with Serum berfungsi dengan membekalkan vitamin yang diperlukan oleh rambut  dari luar hingga ke akare rambut supaya rambut kekal lembap dan mudah dirapikan. serum ni juga berfungsi 2 kali lebih bagus dalam mengurangkan masalah rambut gugur. Masa yang terbaik untuk guna Asmak Hair Moisturizer with Serum ni ialah selepas syampu rambut. Tapi make sure korang keringkan rambut terlebih dahulu. Kemudian picit serum ke tapak tangan dan urut dari akar hingga ke hujung rambut. Serum ni tak perlu guna setiap hari. Hanya 3 kali seminggu dah cukup. Bahan-bahan yang ada dalam serum ni ialah :

Bunga Raya
- merawat masalah keguguran rambut, kegatalan kulit kepala serta membantu melebatkan, menghitamkan dan melembutkan rambut

Argan Oil
- berfungsi merawat rambut yang rosak dengan menguatkan rambut hingga ke akar

Olive Oil
- bertindak memberi kelembapan pada kulit kepala dan mengurangkan rambut gugur serta membantu menyihatkan rambut

Coconut Oil
- melindungi rambut dari kerosakan akibat sinar matahari, menyubur / melembut / menyihatkan / melembapkan rambut, berfungsi sebagai kondisioner, mengurangkan masalah kelumumur, mengatasi masalah rambut bercabang, membekalkan protein kepada rambut dan membantu mencegah uban

Rose Canina Fruit Oil
- membantu merangsang pertumbuhan rambut baru

Pengalaman Menggunakan Asmak Hair Care

Macam Ana bila masuk bab nak beli syampu, Ana mesti akan cari syampu yang boleh membantu  mengurangkan kegatalan kulit kepala. Tu yang paling penting. Bila baca yang Syampu Bunga Raya Plus ni mempunyai fungsi yang Ana nak tu, Ana terus setuju untuk cuba.
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Masa awal-awal unbox pacakging Asmak Hair Care ni, satu bilik dah bau semerbak. Haish belum guna lagi dah bau wangi. Bertambah excited Ana nak cuba. Produk pertama yang Ana cuba mesti lah Syampu Bunga Raya Plus tu. Tesktur Syampu Bunga Raya Plus ni seakan campuran syampu dan kondisiner - sedikit licin seakan minyak pada tangan tapi bila dah diramas pada rambut rasa licin tu terus hilang. Dan yang paling menarik, syampu ni tak menghasilkan buih tapi mampu membersih dan menyingkirkan segala kekotoran dan minyak pada kulit kepala dan rambut.

Bab bau jangan cakap lah, semerbak harum. Bau macam baru lepas keluar dari salon rambut je. Even after 12 jam rambut masih berbau harum tau. Tu yang Ana suka sangat. Kegatalan kulit kepala dan masalah kulit berminyak pun makin berkurang. Rasa bertambah sihat rambut dibuatnya.

Lepas rambut dah kering, baru Ana apply Hair Moisturizer with Serum. Guna sedikit je dah cukup tapi kuantiti tu bergantung pada kepanjangan dan ketebalan rambut masing-masing lah. Ana suka pakai Hair Moisturizer with Serum ni sebab dia jadikan rambut Ana kekal lembap dan nampak lebih sihat. Tesktur serum pun tak berminyak dan mudah disapu pada rambut.

Disebabkan produk Asmak Hair care diperbuat dari bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk setiap peringkat umur, jadi takde masalah nak pakaikan dekat anak-anak. Macam Ana, Ana pakaikan Sevenis Hair Oil dekat Syafi setiap hari sebelum dia ke sekolah. Bukan main suka Syafi sebab rambut dia berbau wangi sampai masa dia balik sekolah. Rambut pun terletak elok dan nampak lebih bersinar.
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care
Overall Ana memang puas hati dan suka dengan set Asmak Hair Care ni dan Ana recommend sangat untuk korang cuba. Satu sebab produk-produk ni selamat dan satu lagi boleh dipakai seisi keluarga. Tak perlu nak beli banyak-banyak syampu dah. In term of price, bagi Ana ok jer bila compare dengan saiz dan kuantiti produk tu. Lagi pun produk Asmak Hair Care semuanya berkualiti tinggi. No complaint at all.

Untuk Membeli

Kalau korang berminat nak beli set atau salah satu Asmak Hair Care ni atau inginkan maklumat lanjut tentang produk yang ada di bawah Syarikat MHAM Sdn Bhd ni, korang boleh hubungi mereka di talian hotline atau WhatsApp nombor di bawah. Pada yang nak buat duit sampingan sebagai ejen atau pengedar juga dialu-aluakan.





Syampu Wanita Bertudung Dari Asmak Hair Care Reviewed by Ana Suhana on February 25, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. Tak pernah dengar lagi pasal jenama Asmak ni. Hee. Thanks for sharing kak ana :) Nampak mcm best.

    Ika datang singgah sini kak sha https://ikashoid.blogspot.com/2019/02/book-haul-feb-2019.html

    ReplyDelete
  2. Bahan2 semulajadi mmg jadi pilihan kan sbb mmg elok dan bagus untuk digunakan.

    ReplyDelete
  3. Syampu bebas dari bahan kimia itu penting kerana yang selalu dipentingkan bebas bahan kimia pada bahan kosmetik sahaja.

    ReplyDelete
  4. Eh..eh...dah keluar produk penjagaan rambut pulak ye...best la...

    ReplyDelete
  5. teringin plak nak cuba syampu ni

    ReplyDelete
  6. Wah, syampu wanita bertudung, mesti wangi

    ReplyDelete
  7. Nice sharing.. Banyak tips tu.. Menarik gak produk ni

    ReplyDelete
  8. wangi kan? syampu ni betul-betul membantu masalah rambut.. best

    ReplyDelete
  9. mek pakai yang minyak rambut dia. so far okei dengan mek.

    ReplyDelete
  10. dulu tau satu je produk asmak..sekarang ada macam-macam ye

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.