Kenapa Kanak-kanak Dilarang Melawat Orang Sakit Di Hospital


Kenapa Kanak-kanak Dilarang Melawat Orang Sakit Di Hospital | Assalamualaikum. Baru-baru ni mak Ana sekali lagi warded sebab infection dekat paru-paru. So bila dah warded tu memang Ana akan melawat kan. Sekali dengan Syafi lah Ana angkut. Selang beberapa hari, Ana sekeluarga start nak demam semua. 
Kenapa Kanak-kanak Dilarang Melawat Orang Sakit Di Hospital

Bila dah nak demam tu semua berfikir apa punca nya kan. Lepas tu baru teringat yang kami ada ke hospital. Rasa nyesal pula sebab bawa Syafi sama walaupun Ana dah pakaikan sanitizer dekat semua. Sebelum ni pihak hospital larang bawa kanak-kanak bawah 12 tahun naik ke wad tapi sekarang dah open semula. Tu yang jadinya Ana bawa Syafi naik sekali. Bila dah jadi macam tu memang Ana akan beringat lah lepas ni.

Terbaru Ana ada terbaca dari WhatsApp group tentang satu artikel ni berkaitan Kenapa Kanak-janak Dilarang Melawat Orang Sakit Di Hospital. Dan Ana rasa artikel tu sangat bagus untuk di kongsi bersama. Jom sama-sama kita baca dan hadam.
.
.
.
.
.
.
.
Hospital - nampak jer bersih, hakikatnya lantai hospital penuh dengan bekas nanah, darah dan urin pesakit. Sebab utama pihak hospital melarang pelawat daripada membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk melawat adalah lebih kepada keselamatan daripada ancaman virus.

Malangnya, kebanyakan ibu bapa di luar sana tidak mengambil serius tentang nasihat yang diberikan oleh pihak hospital. Malah, mereka masih lagi berdegil dan membawa kanak-kanak datang ke hospital. 

Paling teruk, mereka langsung tidak pedulikan kebersihan dan keselamatan mereka..Contohnya seperti situasi memasukkan kembali puting anak yang telah jatuh di lantai hospital TANPA membasuhnya. Bukankah ianya hanya membahayakan anak sendiri?

Seorang pengguna Facebook iaitu Faisal Firdaus telah membincangkan isu ini dengan serius dan juga menyenaraikan kesan buruk yang bakal menimpa kanak-kanak jika kebersihan tidak diutamakan

Baca perkongsian penuh di bawah:

Berkilatkan lantai depan ICU ni? Sampaikan ada pelawat boleh duduk, bawa kanak-kanak dan baring-baring di atas lantai. Puting anak jatuh lepas itu dimasukkan balik dalam mulut anak. Tak basuh pun, hanya kemam-kemam je dan terus bagi anak. ADOIIII!!!!

Kak, abg, pakcik, makcik, apa yang kalian nampak tu tak sebersih rumah anda. Ya, memang betul kami mop, buffing lantai setiap hari. Tapi apa sebenarnya yang tertumpah atas lantai itu?

Darah, nanah, lendir, urin pesakit yang dimasukkan ke hospital. Memang tak nampak sebab dah dibersihkan. Namun, kuman masih ada disitu. Tak 100% bersih pun.

Menurut seorang Doktor iaitu Dr Mohd Sany, antara ‘monster’ yang bakal membunuh anak kalian adalah:

Pseudomonas, Acinetobacter, Klebsiella, E coli, Staph aureus, Streptocococus, Bukholderia dan pelbagai lagi penyakit berbahaya yang lain.

Jika anda tak sayangkan anak-anak, biarkanlah mereka bergolek-goleh di atas kuman-kuman itu. Maaf jika bahasa terkasar. Hospital ini bukan tempat rekreasi tuan puan. Ini adalah tempat berkumpulnya segala penyakit. Semua jenis penyakit ada di sini.

Dan anda sebagai yang cerdik dan pandai bawa anak-anak untuk mencari penyakit lalu kongsi dengan yang lain? Tidak sepatutnya.

Saya sebagai staff hospital mohon anda minimakan kehadiran ke hospital bersama anak-anak. Yang sakit, anda lawatlah. Tapi kanak-kanak yang sihat biarkan mereka sihat. Penyakit di sini bukan calang-calang. Dan kebanyakannya sangat tinggi risiko untuk membawa maut kepada anak anda.

Fikirlah sendiri wahai ibu bapa di luar sana. Jika sayangkan anak, anda tahu apa yang terbaik buat mereka.


Kenapa Kanak-kanak Dilarang Melawat Orang Sakit Di Hospital Reviewed by Ana Suhana on November 17, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. W'salam Ana Suhana,
    Nice sharing.. LZ memang tak bawa anak kalau pergi melawat orang sakit di hospital. LZ rasakan persekitaran udara di hospital terutama ward dan kawasan sekitar kurang bersih. Jadi lebih baik mencegah dari mengubati..

    ReplyDelete
  2. Ada hospital tak benar ibu bapa atau sesiapa sahaja bawa kanak-kanak masuk sebagai pelawat..ada hospital sangat terbuka.Bagi hospital yang terbuka..terpulang pada ibu bapa kanak-kanak itu sendiri..wanita yang sedang hamil pun sebenarnya tidak digalakkan ke hospital untuk menjaga atau melawat pesakit..masing-masing jaga diri..selebihnya tawakkal pada-Nya.

    ReplyDelete
  3. nice sharing.. akak kalau ke hospital mmg tak pernah bawak anak2 masa kecik dulu.. mmg takut. agak sesak kan kalau weekend. sian budak.

    ReplyDelete
  4. Betul..kanak-kanak memang fragile..larangan keras mmg sepenuhnya di hospital kerajaan...patut hospital swasta pun kena buat peraturan wajib macam hospital kerajaan...

    ReplyDelete
  5. Baru-baru ni pergi HTJS melawat tok sedara Thahirah, ayah dia je la yang masuk kinah terpaksa ngikut dia tawaf hospital hahaha. Tapi sungguh masa tu memang ramai sangat parents bawak anak2 ke hospital kebetulan weekend pulak tu. Mungkin takde siapa nak jaga anak, tu terpaksa angkut sekali tu.

    ReplyDelete
  6. akak memang tak galakkan bawa anak ke Hospital sbb kanak2 ni daya ketahanan badan tu tak kuat lagi dan hospital tu kan tempat segala macam penyakit yg berjangkit dan tak berjangkit..

    ReplyDelete
  7. Setuju Kanak-kanak tak perlu masuk hospital sebab kanak-kanak memang mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Lagi pun kadang budak-budak tak faham hospital tu untu orang sakit, orang sakit kena banyak berehat dan memang tak sesuai kalau budak2 main-main, bekejaran dalam ward banyak peralatan digunakan untuk pesakit bimbang terjatuh akan memudaratkan pesakit dan kanak-kanak juga.

    ReplyDelete
  8. Mmg betul ana rupanya inilah sebab Kanak-kanak x dibrnarkan masuk.ke hospital tapi ramai yg x ambil berat bahaya ni

    ReplyDelete
  9. ada curtain hosp yg benarkan kanak2 naik wad.. tapi di HKL mmg larang kanak2 bawah 12 naik wad.. kat wad tu macam2 peyakit ada. antobidi kanak2 tak mampu nak lawan. better mana2 hosp tak payah bawak kanak2 naik wad..and always hand sanitizing. anyway good sharing ana.

    ReplyDelete
  10. betul tak digalakkan membawa anak ke hospital

    ReplyDelete
  11. Tulah kan kadang kadang mereka tak faham apa yg dibimbangkan oleh doktor dan nurse nurse kat sepital tu. Ataupun kadang kita tau tp sebab tak de org nak tengokkan anak, tu yg sebab kita hangkut jer tu....tawakkal aje...

    Apa pun pilihan ada ditangan kita, sama ada mau atau pun tidak nak ikut peraturan

    ReplyDelete
  12. Kanak kanak memang mudah dijangkiti kuman kan sebab tu dilarang kanak kanak datang masuk wad.

    ReplyDelete
  13. Spital gov bgs ikut rules ni. Knk2 tak boleh msk suka hati

    ReplyDelete
  14. Ramai yang ambil ringan bab jaga anak anak ketika di sesebuah tempat, hospital bukan tempat bersih.. Husniey kalau balik dari hospital mesti mandi terus bersihkan diri

    ReplyDelete
  15. Sha pun kalau gi spital, memang tak bawa anak-anak.. Melawat orang lepas bersalin pun Sha elakkan pegang baby..

    ReplyDelete
  16. mmg bagus pun cara mereka sebab di dalam sana mmg banyak kuman yg kita tak nmpak. budak2 pula antibodi mereka x ckup kuat untuk tampung smua tu. tq atas prkongsian kak ana. <3

    ReplyDelete
  17. Good sharing Ana.. kadang bab jatuh barang atas lantai tak basuh terus guna memang Kak Sue tak berkenan sangat.. tak kira la kat mana-mana pun..

    ReplyDelete
  18. info yang berguna.. mmg x digalakkan bawa kanak-kanak ke hospital..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.