Pengalaman Naik Glass Floor Gondola Awana Skyway


Pengalaman Naik Glass Floor Gondola Awana Skyway | Assalamulaikum. Korang ada yang dah naik cable car yang baru di Genting Highlands? Ana bertahun tak naik walau dekat je dengan rumah. Adalah dalam 9-10 tahun macam tu. Bila tengok orang share pengalaman naik glass florlor gondola Awana Skyway ni, Ana jadi teruja sama nak cuba naik. Padahal Ana seorang yang gayat tau. Berani ke tak jom kita tengok.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Pengalaman Naik Glass Floor Gondola Awana Skyway

Glass floor gondola ni mula beroperasi sekitar awal tahun lepas. Masa tu memang ramai yang teruja nak cuba naik glass floor gondola ni. Dan baru-baru ni, lepas selesai review Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House, Awana Genting, Ana berpeluang untuk merasa keterujaan menaiki glass floor gondola ni. Memang teruja sangat terutama si kecik tu. Sabar je lah.

Kalau korang dari Awana Hotel macam Ana, korang boleh naik perkhidmatan shuttle bus percuma yang disediakan ke Awana Skyway. Shuttle bus tu bermula seawal pukul 7 pagi sehingga lewat malam. Tapi kalau korang drive sendiri, korang boleh je park kereta dekat Awana Car Park di mana terdapat lebih 4,500 petak parkir disediakan. Manakala kalau korang naik bas, nanti bas akan berhenti di Awana Bus Terminal. So dari situ korang naik ke tingkat 4 untuk menuju ke kaunter cable car. Jangan risau sesat sebab ada signage yang jelas di sepanjang bangunan.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Kalau korang nak tau, Awana Skyway  ini berketinggian 1,105 meter dari aras laut manakala ketinggian SkyAvenue Station ialah 1,725 meter dari aras laut dengan beza ketinggian 2 stesen setinggi 620 meter.

Jarak antara 2 stesen pula adalah sejauh 2.8km dengan masa perjalanan menaiki gondola selama 10 minit. Antara 2 stesen tu korang akan melalui sebanyak 22 buah menara (tower) dan menara yang paling tinggi adalah setinggi 53 meter iaitu ketika gondola menuju ke arah puncak.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Sebanyak 99 buah gondola termasuk 10 buah gondola jenis glass floor akan berjalan setiap masa. Setiap satu gondola jenis biasa boleh memuatkan seramai 10 orang setiap satu manakala glass floor gondola boleh memuatkan maximum 6 orang. So kira-kira 3,000 orang di anggarkan setiap satu jam untuk perjalanan sehala. Ramai kan. So don't worry kalau kena beratur panjang sebab masa beratur sangat pendek.

Baca Juga : Snow World Resort World Genting
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Bila tengok gambar nampak macam tinggi je kan tapi percayalah, bila dah berada dalam gondola tu, perasaan teruja mengatasi rasa gayat tu. Serius ni. Tengoklah Ana siap boleh bersila dan berdiri atas glass floor tu. Takde langsung rasa gayat. Korang pun kena cuba. Baru tau betapa tak gayat pun naik glass floor gondola ni. Rugi tak cuba tau.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Sepanjang dalam gondola tu korang boleh menikmati pemandangan hutan hujan yang sangat indah yang berusia 130 juta tahun. Menarik kan? Kalau korang naik waktu pagi, lagi cun view tau. Boleh nampak pemandangan awan dekat bawah tu. Rasa macam berada di atas awan lah pula. So breathtaking. Sila lah rakam saat-saat berada dalam gondola tu banyak-banyak. Tapi kalau tetiba bateri handphone korang kong, jangan risau sebab korang boleh caj dalam gondola tu. Ada port untuk caj handphone disediakan. Tak perlu lah nak sedih-sedih ok.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Oh ya, dari Awana Skyway ke SkyAvenue Station, korang boleh turun di Chin Swee Station tau. Dekat sini ada pagoda tinggi di tepi bukit kalau korang nak jalan-jalan tengok. Kemudian korang boleh teruskan perjalan untuk naik ke SkyAvenue guna tiket yang sama saja. Tak perlu nak beli tiket yang baru. Senang sangat kan.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Masa dah sampai dekat atas nanti, korang akan nampak projek pembinaan outdoor thema park dan fox movie di sekeliling korang. Katanya kedua-dua projek ni akan siap dalam tahun ni juga. Mesti bertambah meriah bila kedua-dua projek tu dah siap kan.
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
Glass Floor Gondola Awana Skyway
Glass Floor Gondola Awana Skyway 
So nanti stesen terakhir adalah di Level 4, SkyAvenue. Dekat sana korang boleh lah jjcm dan window shopping sebab banyak kedai-kedai baru di buka. Siap ada diskaun sama sini lagi. Memang rambang mata dibuatnya. Dan kalau dah penat berjalan dan rasa lapar, Ana cadang korang ke Medan Selera SkyAvenue yang terletak di tingkat bawah sekali. Macam-macam menu menarik menanti korang dengan harga yang sangat berpatutan. Selamat mencuba.

Harga Cable Car :
Glass Floor Gondola : RM35 round trip
Normal Gondola :RM8 round trip 
Express Lane : RM25 round trip

Kaunter Tiket :
•  Level 4 Awana SkyAvenue 
• Level 4 Awana Skyway

Masa Operasi
7 pagi - tengah malam

Hari Operasi :
7 hari seminggu


    Pengalaman Naik Glass Floor Gondola Awana Skyway Reviewed by Ana Suhana on May 01, 2018 Rating: 5

    39 comments:

    1. Awal2 je nervous selalu nya. Tapi excited tu nsk rasa dan tengok sekeliling hilang. Lama pula rasa nya x gi sana

      ReplyDelete
    2. Seriau pulak menengok kaca gondola itu. Tapi sy pasti, ia satu pengalaman yg sangat menyeronokkan untuk melihat keindahan bumi hijau di gunung-gunung. Harga 35 ringgit utk round trip itu masih dikira berpatutan jika mahu dibandingkan dgn negara luar. Kalau tahu hri tu, sy cuba glass gondola nie. Mohon Syafi jgn lompat2 dlm gondola yer. Takut nak pijak permukaan gelas tu. Hahaha

      ReplyDelete
    3. Naik yang biasa pun dah rasa seriau. Tambah yang glass ni pula. Yang gayat tu mohon kuatkan semangat ye. Hahaha.

      ReplyDelete
    4. Aaaahh... tidaak. Hahahaa.. naik gondola yang berlantai kaca? Jujur Abby blom berani. Blom pernah nyoba sih. Kalaupun harus naik mungki Abby gak pernah tengok ke bawaahh. Waahh adrenalin aku bisa meningkat nih.

      ReplyDelete
    5. kalau kin naik ni, memang tutup mata jelahhh. gayat!

      ReplyDelete
    6. I a bit scare when ride on the skyway. I usually sit tight at one corner and don't dare to look down. But the price is affordable.

      ReplyDelete
    7. Tak tau la Kak Sue berani naik ke tak nie, gayat tahap apa pun tak tau.. Tapi nampak macam best juga.. hehehe..

      ReplyDelete
    8. Gayat tak? Hahhaha. Tapi best juga dapat tengok
      Keindahan alam dari bawah... tapi cam ayu fikir banyak kali nak naik heheh. Spesis takut ketinggian

      ReplyDelete
    9. bestnyaaaaa .... teringin nak naikk tp tak berkesempatan lagi. inn shaa ALLAH kalau ade rezeki :D

      ReplyDelete
    10. Last year saya ke sini dengan family masa tu harga rm50. Nak naik tapi seriau dan gayat. Tapi cantik la gambar akak share bila nampak bawah tu. nanti anak besar sikit nak repeat pergi naik yang transparent ni pulak

      ReplyDelete
    11. belum ada kesempatan nak p genting hehehe teringin nya nak p!

      ReplyDelete
    12. Minta maaf la kalau nak suruh naik glass floor ni. Takuttttttttttt....akak memang gayat ketinggian. HUHUHU. Pengalaman yang menarik untuk mereka yang berani mencuba. Nak naik titi yang nampak bawah pun tak berani....segala macam benda yang see through dan kena pulak kat tempat tinggi memang tak lah.

      ReplyDelete
    13. Seronoknya...teringin nak pegi...nak mencuba.Bila rasa gembira gayat pun hilang itu yang seronok...

      ReplyDelete
    14. Wah nampak mmang best tapi sis gayat.. Haha tp tak salah mencuba kan.. Untuk pengalaman diri dan anak2.. Da naik msti seronok

      ReplyDelete
    15. glass floor sekarang ni memang tengah famous ramai org nak try..

      ReplyDelete
    16. wow ada glass floor! saya dah lama sangat tak dtg genting. last pegi masa 2007 rasanya

      ReplyDelete
    17. teringn sangat nak naik. tapi sy ni afraid of heights. harap harap bila sampai kat sana nanti tak gayat sgt. anyway, x tahu plak genting ada floor gondola ni.scenery lawa kat sana

      ReplyDelete
    18. Husniey last naik gondola cable car ni masa di Langkawi 2015,hehe seram naik yang tu.. Tinggi sangat.. Yang Ana naik ni, nampak okay je.. Tak gayat sangat. Murah pula tu bolehlah mencuba nanti😍

      ReplyDelete
    19. Saya dah lama tak naik Genting. Dah banyak kali dah baca pasal benda-benda baru dekat Genting ni tapi tak tahulah bila nak dapat peluang pergi Genting lagi.

      ReplyDelete
    20. Dah pernah naik glass floor gondola ni..memang teruja sangat dapat melihat kebawah melalui lantai cermin tu. Mula2 memang seriau tapi lama2 jadi seronok

      ReplyDelete
    21. Dah lama tak naik Genting. Bestnye gondola terbaru ni. Ada rezeki pasti akan ke Genting lagi.

      ReplyDelete
    22. Seronoknya dapat naik genting.budak-budak mesti teruja kan.airah memang tak pernah lagi la naik genting sedih je

      ReplyDelete
    23. Alamak gondola bawahnya transparent juga. Fatina ni seram sikit nak naik tapi nak juga naik hehe Lama tak pegi Genting ni, banyak dah benda menarik ada kat sana. :)

      Fatina Mudz

      ReplyDelete
    24. Wah menariknya naik gondola ni. Kalau ika sure suka sangat wah. Boleh tengok pemandangan

      ReplyDelete
    25. Lama betul tak pergi Genting Highland lagi-lagi naik gondola. Naik glass floor gondola belum pernah lagi. Nak cuba lah sebab nampak view terus dari lantai tempat duduk. Adventure gitu. Kalau siapa gayat memang tutup mata lah

      ReplyDelete
    26. Siqah nak naik jugak glass floor gondola. Tapi nak kena cari teman dulu. Hihi. Suami tak layan naik gondola pulok :D

      ReplyDelete
    27. Tak pernah lagi merasa naik Glass Gondola ni.. mesti syok kan dapat tengok pemandang hijau dari atas.. si kecik tu tak gayat pulak yea.. selalu budak kan akan nangis bila kat tempat tinggi macam tu

      ReplyDelete
    28. last ainy pergi genting tahun 2011 dulu tak silap. mesti banyak dah perubahan yang berlaku kat genting kan ana? apa je aktiviti boleh buat kat sana selain naik cable car?

      ReplyDelete
    29. Adudududu gayatnya tengok haaa. Mau pitam ruby kalau nampak kat bawah tu. Hahaha. Atau bila naik glass door ni, pandang atas dan kiri kanan aje. Tapi macam rugi pula tak tengok bawah. Hahahaha. Acaner ni kak, saya takleh la nak naik gondola ni. Any tips?

      ReplyDelete
    30. Lahai kalau dah sampai puncak tu tengok view bawah rasanya memang kaki vibrate tak berhenti kalau ira huhuhu

      ReplyDelete
    31. syok die naik gondola see thru tu...tgk bwh sure gayat juga tu...lama btul tk naik cable car kt genting sbb slalunya drive smp atas...tq share info ticket ni

      ReplyDelete
    32. gayat ooo naik gondola glass, mau zie duduk keras kat situ hahahaa

      ReplyDelete
    33. OMG!!! that is so cool and fun. I have not try this glass floor gondola yet.

      ReplyDelete
    34. Kalau Sha, memang tak naiklah.. Seram.. Kikiki..

      ReplyDelete
    35. So glad this is my second time on Glass ganola... During my first experience, really think a lot before the arrival but when we are on it... At least one is not that scary but so excited weiiiiii....

      ReplyDelete
    36. Nak repeat lagi sangat best naik atas tu...

      ReplyDelete
    37. Kalo I dah gayat dah tu..naik gondola yang biasa jerr..hehe

      ReplyDelete
    38. seronok sangat ni jalan-jalan sambil naik gendola. Gayat pula Del tengok. haha

      ReplyDelete

    Yang kurik itu kendi
    Yang merah itu saga
    Yang molek itu budi
    Yang indah itu bahasa

    Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

    All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
    Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *

    Powered by Blogger.