Bufet Ramadan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites | Assalamulaikum. Minggu lepas Ana sekeluarga berpeluang untuk menghadiri media review Bufet Ramadan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites. Nak tau apa yang menarik di sini jom baca perkongsian Ana di bawah ni.
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Bufet Ramadan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites
Pacific Regency Hotel Suites terletak berdekatan dengan salah satu tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur (KL) Lebih tepat lagi ianya berhadapan dengan Menara KL. Berada di Restoran Soi 23 di tingkat 23 memang menjanjikan pemandangan kota raya KL yang indah. Suasana di Restoran Soi 23 ni pun sangat selesa dan cozy. Sangat sesuai untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga atau sahabat handai.
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Bufet Ramadan di Pacific Regency Hotel Suites tahun ini membawakan tema
Juadah Warisan dengan mengetengahkan masakan Melayu Asli. Istimewanya tentang masakan Melayu Asli ini ialah resipinya
diilhamkan dari resipi kampung para Chef di sini. Kalau dah kata resipi dari kampung dah tentu lah sedap dan original rasa dia kan.
Terdapat lebih daripada 100 juadah menarik bakal dihidang kepada para pengunjung yang berbuka di sini. Ana pasti mereka akan rambang mata nak pilih makanan dari menu-menu yang ada. Ana pun sama hari tu. Rasa nak rasa je semua menu yang ada sebab semua pun nampak sangat menyelerakan.
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Dalam banyak-banyak tu Ana paling suka dengan Rendang Tok Wan dan sambal udang. Rasa dia memang sedap sangat. Terasa semua bumbu dalam rendang tu dan daging rendang tu pun sangat lembut. Ana makan rendang tu dengan nasi impit je. Memang ngam. Bau lah terasa suasana raya. Sambal udang pun terbaik. Saiz udang gebu-gebu pula tu. Puas hati.
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Tak cukup dengan tu, ada lagi menu-menu tradisi tambahan yang sama hebatnya dengan menu utama tadi. Antaranya ialah
Ikan Bakar, Briyani Pak Arab dengan Kambing Golek Bakar, Satay Kajang, Ayam Percik, laksa dan
Bubur Lambuk. Satay Kajang tu korang wajib cuba. Memang terbaik. Terasa perapan yang ada dalam satay tu. Lama dah tak rasa satay ayam yang sedap macam tu. Selalu kalau beli satay, kering je isi dia kan. Tapi yang ni juicy dan lembut tekstur isi ayam dia. Tu yang sampai 2-3 kali repeat makan. Hehe.
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Kalau korang nak menu yang light, korang boleh cuba
Laksa,
Jemput-jemput Bonzer Dato' Keramat dan juga
Pasembor Padang Kota. Rasa tak lari sama macam yang original. Memang berbaloi untuk mencuba especially laksa tu. Ana suka sangat sebab masam kuah laksa tu dah cukup sempurna dengan selera Ana.
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Pada yang berminat untuk berbuka di sini atau nak maklumat lebih lanjut, korang boleh lah hubungi nombor atau emel di alamat seperti di bawah ni. Jangan lambat-lambat nanti takut melepas sebab Restoran Soi 23 ni selalu penuh masa bulan puasa tau :
|
Juadah Warisan Pacific Regency Hotel Suites |
Telefon : 03-2332 7788
Harga : RM98.00 ++ ( Dewasa) / RM49.00++ (Kanak-kanak / Warga Emas)
Tarikh : 19 Mei 2018 - 13 Jun 2018
ana, da timbang berat lom? akak tgk anak sakan gi review. best sgt :)
ReplyDeletei wish i can join uolls @ kl.
aida ni tabiat nyer, kalu gini, aida akan terjah dessert area dulu tau.
lauk pauk no 2. fruit tart nyer tu ada lain skit ekk. mangkuk nyer mcm coklat plak aida peratikan gambo ana ni.
kelainan dessert gini yg menambat hati aida.
cantiknya tempat ni. sha geram tengok udang tu sedapnyaaaaaaa
ReplyDeleteTengok bubur lambuk tu...aduss..sedap..
ReplyDeleteBerbuka sambil tengok pemandangan KL memang nice kay! tempat dia pun selesa. Terliur pulak aih tengok makanan tu tak sabar nak berpuasa!
ReplyDeletebln ni makan je la kn...xlama lg nk puasa hehe....meriah menu2 nya
ReplyDeleteSeriously makanan tu semua memang sangat menggodakan. Kalau time bulan puasa boleh giler rasa nak ngap semua.
ReplyDeletesaya suka dengan dessert tu. biasa la kan. kalau bulan puasa memang akan rasa mulut kosong je. bila masuk manisan dalam mulut, rasanya akan heaven. tak boleh ke order sahaja semata-mata dessert? makanan yang lain berat. sepinggan sahaja dah cukup. selain daripada itu rasanya lebih kepada membazir. membazir tak baik tau!
ReplyDeleteAduyai. .. Tetiba lapar lak walau baru lepas makan ni. Menu ² Ana bikin Nina terliur. Huhuuu. . . .
ReplyDeleteLawa laaaa gambar you!
amboii sedapnya semua makanan
ReplyDeleteSedapnya ana! Teringin nak makan satay tu tkstak semunmenu nampak menarik dan menyelerakan.nak datang sini la nanti
ReplyDeleteMenu semua juadah warisan, memang tak lapuk dek arus zaman. Orang KL mesti ramai yang datang nanti.. Bolehla pelepas rindu dekat masakan di kampung kan 😍
ReplyDeleteThe fruit tarts and all the food there look delicious. I going to bring my children there to try it out and let them taste the Malays food.
ReplyDeletekalau warisan ni surelah makanan nenek moyang kita..tentu best ni sedap semuanya
ReplyDeleteMeriah sangat makanannya! Rindu nak makan makanan Melayu makin membuak-buak bila baca post ni :D
ReplyDeletekena dengan tekak lina ni ana...sedap2 menu nya..
ReplyDeleteWah! Menarik la semua hidangan yang disajikan. Kecur airliur saya tengok. Rasa nak cuba juga la lepas ni.
ReplyDeleteHarga yang ditawarkan pun not bad. Memang sesiapa yang pun patut cuba kalau nak kelainan dalam santapan kan. Waaaa
Tart buah tu nampak memanggil2 je...anaaaa....
ReplyDeletebest yer semua menu buffet ramadan di hotel Pacific Regency ni. best tengok macam-macam ulam ada. Semua menu nampak sedap! Sambal udang tu memang terliur jer tengok ni ha... esok nak kena g cari udang masak sambal ni..
ReplyDeleteamboi makanan dia nampak sangat sedap! orang kata lokasi ini antara yang tersedap setiap tahun. teringin nak cuba sebenarnya
ReplyDeletePacific Ragency ni lama tak pergi hehehe kat sini masa hari tu dapat pergi tengok menara KL depan mata terpegun juga. Kali ni tengok makanan banyak best juga...
ReplyDeletesedap belaka tu! Rambang mata abe kie dibuatnya.
ReplyDeleteSedap n banyak pilihan kan, Kak Sue suka tart buah tu..
ReplyDeleteMemang menarik juadah tu..pasti buat kita rambang mata dalam memilih kan
ReplyDeleteBestnya kak ana dapat berbuka puasa sambil tengok view. Lepastu menu tu semua memang kena dengan tekak melayu ni ha siap ada sambal belacan memang tak pandang orang dah hihi
ReplyDeleterugi liez tak join.. tgk banyak makanan yang liez suka. tgk sambal udang besar tu lagi terliur. memang sgt menarik dan rugi kalau tak pergi cuba kan
ReplyDeleteMak aihh! terangsang terus deria rasa lidah ni haha >_< Mengancam sangat tu kak Ana :3 hehe nice review <3
ReplyDeletewahhh harga sebegitu di area KL agak susah untuk dapatkan. tambah pula dengan hidangan yang ditawarkan seperti itu. lagilah berbaloi ! banyak pilihan menu untuk dimakan. pasti rambang mata tak tahu nak start yg mana satu dulu.
ReplyDeletekemainn Syafi ya jadi food blogger sekarang.
Tengok juadah-juadah yang disediakan untuk preview Ramadan ni, terasa dah tak sabar-sabar nak sambut puasa. Nak cuba yang sini, nak cuba yang sana..hehehe. Nampak gaya badan akan naik bertambah-tambah lagi le nanti ni...:D
ReplyDeleteAssalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis ana.
ReplyDeleteRamadhan dah dekat. Apa persiapan kita untuk puasa?
Wow byknya pilihan makanan. Berbaloi harganya dgn makanan yg disediakan. Smeua nampak sedap!.
ReplyDeleteBanyaknya makanan Ana oi. Macam macam pilihan ada.memang tak terhabis semua. Rasa sikit sikit jela.Tapi berbaloilah harga yang ditawarkan dengan pelbagai menu yang disediakan.
ReplyDeletemeleleh air liru tengok makanan sedap-sedap ni. waktu bulan ramadhan la semua ni ade dekat hotel. memng uji iman betul. harga pun berbaloi dengan pelbagai menu yang disediakan.
ReplyDeleteseronok lah sampai awal
ReplyDeletedapat ambil gambar makanan lawa2
Wah sukanya tengok hidangan makanan yang menyelerakan ni. Dari hidangan utama sampai ke pencuci mulut semuanya nampak sedap lah.
ReplyDeleteWahhh banyak nya hidangan makanan yg sedapppp
ReplyDelete