Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam bahagian 2


Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 2 | Assalamualaikum. Sebelum ni Ana dah share di entri tentang artifak peninggalan Baginda Nabi s.a.w di Bahagian 1. Untuk hari ni Ana nak share lagi tentang artifak yang dipamerkan dk sini dan antaranya beberapa artifak para Sahabat. Di Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a terdapat 27 artifak yang tulen di terbangkan khas oleh pemegang persendirian dari beberapa buah negara seperti Turki, Syria, Mekah, dan Madinah. Kesemua artifak ni telah di insurankan dengan nilai yang sangat tinggi. Contohnya kain penutup makam Rasulullah s.a.w telah di insurankan sebanyak RM49juta.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam Bahagian 2

Bercakap tentang Para Sahabat, seperti yang kita semua tahu, sahabat Nabi s.a.w bermaksud mereka yang hidup semasa zaman Baginda, mengenali dan menjadi rakan seperjuangan Baginda semasa perkembangan Islam. Para sahabat yang utama mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Nabi s.a.w kerana mereka merupakan penolong Nabi dan juga menjadi murid Nabi serta orang yang meneruskan ajaran Baginda dalam menyebarkan Islam. Peranan para Sahabat sangat penting dalam dunia Islam kerana mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menyampaikan hadis dan sunah Rasulullah s.a.w yang telah di riwayatkan. Besar sungguh peranan Para Sahabat dalam perkembangan Islam sehingga kini.



1. Kelambu Kaabah / Kiswah

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Menurut sejarah, kelambu Kaabah atau kiswah yang pertama diperbuat dari kain tenunan berjalur Yemen berwarna merah. Kiswah juga pernah berwarna putih, hijau dan kuning selepas itu. Akhirnya pada pemerintahan Abbasiyah, kiswah telah ditetapkan pada warna hitam. Semasa zaman keagungan Islam, setiap khalifah bertanggungjawab untuk melaksanakan pembuatan kiswah. Kiswah juga dikatakan diperbuat daripada sutera hitam dari Mesir bermula pada zaman Sultan Sulaiman (950an) sehingga zaman Muhammad Ali Pasya (1920). Pada masa itu kiswah dihantar ke Mekah melalui jalan darat menggunakan tandu indah yang disebut mahmal.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Bagaimanapun kerana pernah terjadi kelewatan kiswah tiba di Mekah pada bulan Zulhijjah,  Raja Ibnu Saud (pengasas kerajaan Arab Saudi)  membuat keputusan untuk membuat sendiri kiswah dengan mendirikan kilang di Mekah. Untuk menghasilkan kiswah sebanyak 120 kg benang emas tulen, 120 kg benang perak dan 670 kg sutera digunakan. Kerja sulaman ayat suci Al-Quran pula dilakukan secara manual oleh pekerja tempatan. Antara ayat yang ada di kiswah ialah syahadah, surah Ali Imran ayat 96, al-Baqarah ayat 144, al-Fatihah dan al-Ikhlas. Kos untuk menyiapkan sebuah kiswah mencecah RM23.7


2. Pedang Mu'adz bin Jabbal r.a

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Artifak di atas merupakan hasil rampasan perang Badar dan ianya di simpan di Jordan. Panjang ukuran pedang ni ialah 94 cm panjang dengan berat 989 gram. Ukiran yang terdapat pada pedang ni berasal dari negara Parsi dan berbentuk cangkuk pada hujung bilahnya.


3. Pedang Amr ibn Al-As r.a

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pedang ni juga merupakan harta rampasan perang berukuran 94 cm panjang dengan berat 994 gram dan diperbuat dari besi secara keseluruhannya. Ukiran pedang bermotifkan negara Monggul dan bilahnya yang melengkung mempunyai ukiran ayat di belakangnya. Di pengujung hulu pula mempunyai ukiran kepala singa. Pedang ni turut di simpan di Jordan.


4. Batu Dinding Kaabah

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a

Menurut sejarah Kaabah di bina sebanyak 12 kali dan pembinaan pertama di lakukan oleh Nabi Adam a.s di ikuti oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Selepas itu berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Baginda Nabi. Selepas satu kejadian banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Pembinaan semula perlu dilakukan semula. Tugas pembinaan di bahagikan kepada 4 puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam pembinaan tersebut. Setelah dindingnya di bina, tiba masanya untuk batu Hajarulaswad diletak semula di dinding Timur Kaabah dan ini menyebabkan pertelingkahan berlaku. Ini kerana semua puak ingin mendapatkan penghormatan meletakkan batu Hajarulaswad di tempatnya. Akhirnya Rasulullah memutuskan agar batu hitam itu di letak di atas sebelai kain dan setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain tersebut di angkat ke tempat yang hendak di letak dan kemudian Rasulullah mengambil batu hitam tersebut dan meletakkan di dinding Kaabah. Semua puak gembira dengan keputusan tersebut.


5. Al-Quran Bertahta Emas

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a
Al-Quran bertahta emas ni terdapat di dalam 2 naskha. Senaskah berada di negara Turki manakala lagi senaskah berada di negara Pakistan.


Itu saja perkongsian Ana tentang Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam. Masih ada seminggu lagi untuk orang-orang yang tinggal berdekatan untuk grab peluang yang jarang-jarang ada ni. Jom dekati dan kenali sejarah peninggalan Baginda Nabi yang sangat kita cintai dan para Sahabat Baginda yang tersayang. Mudah-mudahan ada ganjaran Allah ke atas kita. InsyaAllah. Berita baik untuk korang, kerana sambutan yang sangat baik, pameran artifak ni di lanjutkan lagi sehingga 28 Ogos 2017. Masih ada masa untuk korang ke sini. Jangan cakap hakak tak payung ok.

Pameran Artifak Asli Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a di Shah Alam bahagian 2 Reviewed by Ana Suhana on August 07, 2017 Rating: 5

16 comments:

  1. tengok gambar dan baca cerita pun rasa nak menangis kalau tengok sendiri tak tahulah macammana

    ReplyDelete
  2. woah..menarik ni.rugi sape tak pergi

    ReplyDelete
  3. bestnye !! atie belum berkesempatan nak menyinggah lagi.. huu~

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,sis diberi kesempatan menyaksikan sendiri... sis guna server apa ya? Sbb blog sis tak tembus bila saya guna line ofis... just nak survey...

    ReplyDelete
  5. Menarik pameran ini. Kena selit masa untuk datang.

    ReplyDelete
  6. Memang sangat menarik pameran macam ni. Nany rasa sangat2 sesuai kalau dijadikan aktiviti outing bersama pasangan dan anak-anak. Selama ni tahu pasal Nabi dari buku teks. Kalau bawak sini, lagilah derang akan lebih hargai. Anak2 pernah tanya juga apa dalam Kaabah. Mama pun tak tau apa nak jawab. Haishhh...InshaALLAh, ada masa nak juga pergi ni. Weekends ajer ade aktiviti. Haihssss

    ReplyDelete
  7. Bila tengok gambar nie, hati nie sentiasa berdoa agar kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana..

    ReplyDelete
  8. Menarik pameran ini.
    Bestnya kalau dapat pergi.
    Benang Kiswah sekarang ini emaslah ya

    ReplyDelete
  9. Suka tengok kiswah tu Sis...bertuah kepada yang Allah izin menjejakkan kaki ke tanah suci mekah...boleh melihat depan mata indahnya kiswah...

    ReplyDelete
  10. Frankly speaking Ana bila tengok gambar artifak asli Rasulullah saw terasa sebak dan sayu.. Teringat peristiwa zaman Nabi..

    Tak silap pameran berakhir Ahad ni kann Ana..

    ReplyDelete
  11. bestkan dapat peluang tengok depan mata begini

    ReplyDelete
  12. bestnya pameran ni kak anaa.. teringinnnyaa nak ke tempat suci Allah.. <3

    ReplyDelete
  13. memang menarik. inilah antara yang dapat mendekatkan kita dengan sejarah islam & antara sebahagian kisah Rasulullah SAW


    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

    ReplyDelete
  14. tak sangka pulak kiswah ada banyak warna sebelum ni. Tapi warna hitam tulisan kuning juga menawan hati :D

    ReplyDelete
  15. bestnyaa pameran macam nih kak. kalau lah ada peluang, memang nak pergi.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.