Mesti Cuba Ayam Panggang Sedap di Grillez Sunway Putra Mall


Mesti Cuba Ayam Panggang Sedap di Grillez Sunway Putra Mall | Assalamualaikum. Masa Ana join event Thomas and Friends Adventure sabtu lepas, Ana dan family berpeluang untuk makan di salah satu kedai makan yang baru saja beroperasi di  tingkat 4 Sunway Putra Mall awal bulan Ogos ni iaitu Grillez. Kalau tengok nama kedai tu je kita dah boleh tau menu yang dihidangkan berkonsepkan panggang (Grill). Dua hidangan utama yang ada di sini ialah ayam panggang dan juga beberapa jenis burger.

Update : Grillez di SPM sudah ditutup.
Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall

Mesti Cuba Ayam Panggang Sedap di Grillez Sunway Putra Mall

Kalau tengok pada menu di bawah ni, harga untuk quarter chicken grill bermula pada harga RM9.90 tanpa gravy dan side dish. Kira tu menu basic untuk chicken grill dekat sini. Untuk add on, terdapat 4 jenis gravy dan 5 jenis side dish yang korang boleh customize ikut selera korang. Untuk kali pertama ni Ana order 3 set quarter chicken grill, add on gravy dan 2 set side dish each set. So ada 6 side dish untuk Ana dan family.

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall

Set 1 : Quarter Chicken Grilled with mushroom sauce, white rice and mash potato

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall 

Set 1 ni untuk Ana. Tengok lah ayam dia punya lah besar. Jenuh juga nak habiskan sorang-sorang ayam ni. Kuah mushroom dia memang sedap lepas tu isi mushroom dalam tu pun banyak. Tengoklah gambar dekat atas dan bawah ni. Boleh nampak mushroom tu kan. Makan pula dengan nasi putih memang tak pandang kiri kanan dah. Mash potato dia pun sedap. Tak boleh berhenti menyuap ke mulut ok. Rasa lemak-lemak kentang tu dengan gravy yang di atas tu memang ngamm hoo. Memang kenyang sampai ke malam makan set ni.

Set 2 : Quarter Chicken Grilled with mushroom sauce, white rice and coleslaw

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall 

Jangan tak tahu set ni untuk si kecik tu tau. Nampak tak betapa besar selera makan dia. Bukan main suka dia makan nasi dengan ayam dengan mushroom sauce tu. Menganga saja mulut setiap kali sudu sampai ke mulut dia. Kena sangat lah dengan selera dia. Cuma coleslaw tu En Suami yang makan sebab Syafi kata dia tak makan sayur. Haha.

Set 3 : Quarter Chicken Grilled with black pepper sauce, mash potato and coleslaw

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall 

Menu untuk En Suami ni Ana order gravy black pepper. Nak rasa juga macam mana rasa black pepper dia kan. Memang tak rugi order sebab kuah black pepper dia pun sedap juga. En Suami pun puas hati. Coleslaw dia pun sama. En Suami suka sangat. Sedap katanya. Sekejapan coleslaw dalam pinggan licin selicinnya. Memang kena dengan selera sungguh tu.

Sementara nak tunggu 3-3 set chicken grilled tu siap, Ana order dua mushroom soup sebagai starter. Tak sangka Syafi suka ok. Selama ni kalau bagi dia mushroom soup tu bukan main susan nak telan. Maksudnya apa tu? Semestinya sedap kan. Makan pula dengan roti yang ada atas tu, sedap sangat. Kalau ikut hati nak je order lagi tapi kang kenyang sangat pula.

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall

Untuk air pula Ana order iced rosemary tea. First time ni Ana rasa teh rosemary. Mula-mula rasa macam pelik sikit tapi bila lama-lama minum sedap juga.

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall

Akhir sekali kami dapat aiskrim vanila sebagai dessert. Lepas makan dapat makan aiskrim memang rasa fresh je. Hilang muak makan ayam besar tadi.

Grillez Sunway Putra Mall
Grillez Sunway Putra Mall

Overall Ana sangat puas hati dengan makanan dekat sini. Semuanya sedap dan berbaloi untuk dibayar.  Next time Ana nak cuba burger dia pula. Korang kalau nak buat private function dekat sini pun boleh sebab memang ada ruangan khas disediakan di bahagian belakang. Keadaan kedai pun selesa dan ruang udara pun sangat baik. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman sesawang Grillez seperti di bawah ni:

Facebook :

Instagram :








Mesti Cuba Ayam Panggang Sedap di Grillez Sunway Putra Mall Reviewed by Ana Suhana on August 23, 2017 Rating: 5

29 comments:

  1. wah nampak memang sedap tu ana,ada masa bolehlah akak cuba juga

    ReplyDelete
  2. Huhu... sedapnya sis ana... terliur baca..

    ReplyDelete
  3. Menarik la Sis...puas hati kalau tengok portion set..nak tengok kot ada cawangan dia boleh pegi..eh...hihi.

    ReplyDelete
  4. Suka makanan berkonsepkan grill 😍😍
    nampak sedapp semuanya

    ReplyDelete
  5. nampak sedap! Terliur tengok mash potato dia. Harga pun okay. Nanti kalau ke sana boleh la singgah

    ReplyDelete
  6. Baca masa tgh rest lunch.adoii lapar terussss.. tp memang nampak menarik dan sedap.

    ReplyDelete
  7. nampak menarik..ishh grill chicken ni mmg menggiurkan..hehe

    ReplyDelete
  8. ok ai scroll sambil telan air liur..and im done! hahha

    ReplyDelete
  9. Menarik...makanan macam ni sihat kan..grill..ok nanti akak pi terjah

    ReplyDelete
  10. Banyak betul makanan yang ana suhana cuba semuanya ayam

    Hehe

    ReplyDelete
  11. Habis ke tu ana.hii. besar gedabak nya ayam .. sepinggan .

    ReplyDelete
  12. Pergghhh besar ayam nye... puas boleh meratah kan hehe 😁

    ReplyDelete
  13. Wahh besarnya ayam tue dan nampak macam sedap aje..nak kena cari nie..hubby jom...

    ReplyDelete
  14. Sedapnya ayam!! Nampak ayam tu memang syok kalau ratah ni :D

    Besar haa selera Syafi. Hihi. Mushroom sup Siqah biasa makan yang kat Piza Hut dan Secret Resepi je :D

    ReplyDelete
  15. Siapa suka grilled chicken berbaloi pergi sinikan harganya berbaloi-baloi compare dengan KRR.

    ReplyDelete
  16. semuanya lazat. hope dapat rasa chicken burger tu kak ana. sedappp. :D

    ReplyDelete
  17. Gambar burger dia memang tangkap selera betul... Best niii

    ReplyDelete
  18. Nasi mmg tak boleh tinggal nampaknya tu hihi....
    Lebih kurang Kenny Rogers lah ni ek. Tak pernah sampai lagi Sunway Mall ni.

    ReplyDelete
  19. Alahai nampak LG ayam panggang ni dah telan2 air liur dah ni

    ReplyDelete
  20. wahh mmg bpatutan bila dpt menu bsesuaian dgn harga =D

    ReplyDelete
  21. dulu ingat sunway putra mall ni kat sunway..hehe.thanks share.dekat je ni.nanti nak singgah

    ReplyDelete
  22. Nampak sedap tambah2 yg grill wif black-pepper tu, nyummmy!

    ReplyDelete
  23. sedapnya kak ana. aishhh nak kena pergi laaa nih. madah jilat skrin je hahaah.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  24. ya Allah sedapnyaaa kak anaaaaa. *menangis bucu katil*** hehehe

    ReplyDelete
  25. Grilled chicken tu nampak sedap betul :D

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.