Homemade and Fresh Sandwiches dari Garsa Kitchen Wangsa Maju


Homemade and Fresh Sandwiches dari Garsa Kitchen Wangsa Maju| Assalamualaikum. Siapa suka makan sandwich angkat tangan? Kalau korang suka boleh lah geng dengan Ana. Teringat masa belajar dulu, kalau tak sempat nak sarapan di dewan makan, wajib akan beli sandwich dan makan dalam kelas sementara tunggu lecturer datang. Kalau dulu sandwich ada dua jenis je kan. Satu sandwich sardin/tuna lagi satu sandwich telur. Tak macam sekarang ni. Pelbagai jenis sandwich kita boleh jumpa seperti mana sandwich yang di jual du Garsa Kitchen ni.

Homemade and Fresh Sandwiches dari Garsa Kitchen Wangsa Maju 



Garsa Kitchen Wangsa Maju
Garsa Kitchen Wangsa Maju

Di Garsa Kitchen ni terdapat lebih dari 10 jenis sandwich tau. Silap hari bulan korang jadi rambang mata tak tahu mana nak beli. Semuanya sedap dan sangat menyelerakan. Yang penting sandwich  di Garsa Kitchen semestinya FRESH, HOMEMADE dan HALAL. Jadi tak perlu lah nak risau dan was-was untuk order kan. Boleh makan dengan senang hati. Lagipun sandwich kan antara snack yang baik untuk kita makan compare dengan fast-food. Dalam satu sandwich tu ada semua khasiat yang diperlukan badan kita. Dari roti, sayur sampai lah filling (ayam / telur/ ikan) yang digunakan.

Garsa Kitchen Wangsa Maju
Garsa Kitchen Wangsa Maju

Tak cukup dengan lebih dari 10 menu sandwich yang ada, baru-baru ni Garsa Kitchen sekali lagi memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Salted Egg Chicken Sandwiches. Tengok nama menu macam pelik je kan. Boleh ke telur masin serasi dengan ayam dan di jadikan sandwich pulak tu kan. Mesti korang tak leh compute kan. Hehe.

Garsa Kitchen Wangsa Maju
Garsa Kitchen Wangsa Maju

Haaa..bak kata orang tua-tua, belum cuba belum tahu. Jadi Ana tak nak lepaskan peluang untuk cuba sendiri menu terbaru mereka ni. And as expected, rasa salted egg chicken sandwich ni memang sedap. Bila makan tu tak rasa pelik langsung. Rasa dia macam korang makan butter prawn tapi versi ayam. Seriously. Terasa pedas-pedas kari dalam ayam tu. Memang cukup perapan isi sandwich tu. In fact, aroma wangi kari tu korang dah boleh bau masa buka kotak sandwich tu lagi. Kunyah pula dengan helaian salad yang ada dalam tu, boleh terasa kesegaran sandwich tu. Punyalah suka makan salted egg chicken sandwich ni sampai tak sedar habis satu kotak individual set tu Ana makan sorang. Nyesal pula order satu set je.

Garsa Kitchen Wangsa Maju
Garsa Kitchen Wangsa Maju

Dekat Garsa Kitchen ni korang boleh pilih samada sandwich tu nak guna roti biasa atau roti wholemeal. Harga pula bergantung pada jenis roti dan set yang korang pilih bermula pada set individu 4 unit sandwich sampai lah set besar 24 unit sandwich sekotak. Yang pasti harga memang berpatutan.

Garsa Kitchen Wangsa Maju
Garsa Kitchen Wangsa Maju

Sandwich di Garsa Kitchen ni bukan untuk makan dekat rumah je tau, dekat pejabat pun boleh sangat-sangat. Rata-rata pelanggan tetap mereka ialah orang yang bekerja di pejabat. Lepas ni kalau tetiba ada jamuan atau potluck di pejabat dan korang takde idea nak bawa apa, korang boleh lah order sandwich dari Garsa Kitchen ni. Senang kerja kan. Macam-macam menu korang boleh pilih. Lagipun sandwich boleh makan bila-bila masa je kan. Sambil menaip tu sempat je masukkan seketul dalam mulut. Hehe. Takde specific time untuk makan. Yang bestnya Garsa Kitchen boleh hantar sampai depan pintu pejabat korang tau. Bertambah mudah lah kerja kan. Tinggal siapkan duit untuk bayar je. Dengar cerita perkhidmatan penghantaran mereka pun terbaik. Tapi make sure order awal lah kan sebab sandwich Garsa Kitchen memang hot selling.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang menu yang ada di Garsa Kitchen dan perkhidmatan yang ditawarkan, korang boleh terjah laman sesawang dan media sosial mereka.
Alamat : 
27, Jalan 2/27e Seksyen 10,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.






Homemade and Fresh Sandwiches dari Garsa Kitchen Wangsa Maju Reviewed by Ana Suhana on August 28, 2017 Rating: 5

26 comments:

  1. Kak Sue pun suka Salted Egg Sandwich tu Ana.. sedap kan..

    ReplyDelete
  2. best bila boleh makan tanpa rasa was2.. bahan pun semua fresh!

    ReplyDelete
  3. Best kan..untung la dptvterus pi kedai..nanti senang..

    ReplyDelete
  4. Eh sama entry kita pg ni..Mmg sedap menu baru garsa kitchen ni..salted egg chicken sandwich..yummm

    ReplyDelete
  5. Tak sangka sandwich pun boleh dikomersialkan sampai boleh buka outlet.. Kena pandai variety filling tu biar rare dan tak jemu kann.. Menarik juga Ana.. 💕

    ReplyDelete
  6. 3x repat ode dgn garsa kitchen ni hehehe

    ReplyDelete
  7. tak pernah tahu pun ada sandich sedap kat wangsa maju..

    ReplyDelete
  8. akak suka sandwich..menarikm nampak semua sandwich nya tu

    ReplyDelete
  9. byk nya menu hanya dengan sandwich =D

    ReplyDelete
  10. Samelah. Suka sgt salted egg chicken tu. Byk rupanya sandwich kt sni. blh try yg lain ni.

    ReplyDelete
  11. alooo....sedapnya ana...lina suka gile sandwich ni....kenapa lah kat bangi xde...jauh nak ke wangsa maju tu..hihi

    ReplyDelete
  12. Sis Ana, si food hunter ni dengan gambar yang menarik, buat saya lapar je... huhu

    ReplyDelete
  13. Sandwich memg favourite Mimi tau.baca entry nih buat tekak mengidam je.hahaha

    ReplyDelete
  14. Dilah pun suka sangat makan sandwich tau ana.. tp betul la ana ckp, skrg ada mcm2 jenis sanwich kan.. boleh rambang mata dibuatnya.. haha

    ReplyDelete
  15. kalau pi sana nanti, kena try jugak ni =)

    ReplyDelete
  16. saya peminat sandwich. kena pergi nanti ni. nyumm

    ReplyDelete
  17. Kalau la dekat dah lama paah pergi cuba... Jauhnya la mak ai paah ni... Huhu...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/29/pengalaman-puan-hanisah-kecutkan-cyst-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
  18. Alahai.. Tetibe terlapar pula lepas tengok entry Ana nie..

    ReplyDelete
  19. sedapnya kak anaa. busyra mmg suka makan sandwich. yummy!

    ReplyDelete
  20. Kalau la dekat.leh terus terjag ni.

    ReplyDelete
  21. Wow siap ada delivery. Nampak sedap semuanya.

    ReplyDelete
  22. Nadia pernah makan Garsa sandwich tapi masa tue dpt rasa sebab manager yg order . Memang sedap tapi nadia baru tahu yang Garsa ada kedai . Terbaik lah . Tapi nak g wangsa maju , jauhnyaaa lah

    ReplyDelete
  23. saya sukar untuk makan sambil bekerja...walaupun selalu buat..hehehehe

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.