Ana Suhana

Nov 23, 2017

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

10:43 AM 12
Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru | Assalamualaikum. Masa bercuti di Johor bulan lepas, memandangkan takde sedara mara di sana jadinya kena lah menginap di hotel. Semasa di sana Ana menginap di Hotel Grand BlueWave Johor Bahru selama 4 hari 3 malam. Hotel ni dipilih sendiri En Suami lepas review beberapa hotel yang lain. Ana ok je lah sebab dia yang bayar kan. Hehe.

Hotel Review - Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Memandangkan Ana check in weekdays so proses check in sangat cepat. Ana sampai dalam pukul 3 macam tu so memang sedang elok lah untuk check in kan. En Suami yang uruskan proses check in. Ana duduk je lah menunggu dalam kereta. Tak sampai 10 minit dia datang semula dan boleh terus naik bilik dari parking lot tu. 
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Asalnya En Suami book bilik Studio Queen tapi rezeki kami sekeluarga dapat bilik yang di upgrade ke bilik Queen Executive. Memang best sangat. Bilik dia punya lah besar untuk kami berempat. Syafi siap boleh marathon dalam bilik tu.

Masuk-masuk nampak ruang tamu yang luas. Ada sofa untuk melepak sambil menonton, meja kerja di tepi pintu dan juga meja makan bulat.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

View bilik menghadap tambak Johor. Nampak lah juga bot-bot lalu dekat situ. Kalau dulu view dia memang best sebab kita boleh nampak tambak tu dengan jelas. Tapi sekarang agak terhalang sebab ada pembinaan berhadapan hotel Grand BlueWave ni.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Jalan ke dalam sikit nampak ruang pantry. Luas juga kawasan pantry ni. Kelengkapan seperti microwave, stove, mini bar, kettle, cawan pinggan semua ada. Tinggal nak guna je. 
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Lepas dari pantry baru jumpa bilik tidur. Pun luas juga. Rasa macam kaya sekejap dapat bilik besar macam ni. Haha. Dalam bilik pun ada tv tapi jenis yang lama lah. Bilik air hanya ada dalam bilik je. Siap ada bath tub lagi. Syafi lah paling seronok dapat berendam dalam tu.
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru
Hotel Grand BlueWave Johor Bahru

Bab bilik memang puas hati. Setiap pagi ada surat khabar dihantar depan pintu bilik. Ana kalau duduk di hotel menang tak kan minta housekeeping datang kemas bilik. Hanya kaan request toiletries dan coffee and tea je. 

Cuma bab sarapan je ada fail sikit. Bukan fail apa pun hanya menu sarapan benda yang sama je. Tak berapa nak banyak pilihan. Cuma tukar jenis mee dan nasi je. Yang lain sama saja. Ana hanya turun sarapan 2 kali je sepanjang 4 hari di sana. So far ok jer sebab tak sarapan banyak pun kan.

Baca juga : Sarapan di Restoran Kacang Pool Haji Larkin

Overall Ana sekeluarga memang puas hati lah stay di Grand BlueWave ni. Service semua baik. Korang kalau nak ke JBCS  Mall, pihak hotel ada sediakan shuttle van untuk hantar korang ke sana. Cuma perlu confirm dengan receptionist je. 

Nov 22, 2017

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap

10:29 AM 17
Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara- Harga Murah Servis Mantap

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota  Damansara - Harga Murah Servis Mantap | Assalammualaikum. Malam Sabtu yang lepas, konon plan nak makan shell out dekat satu cafe di Selayang. Sekali masa sampai tengok orang punya ramai dan ada yang tengah berdiri tunggu meja kosong. Nak book memang tak boleh. Jadi bincang punya bincang Ana makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe cawangan Kota Damansara. Restoran ni ada juga di Kota Bahru, Tanah Merah dan Melaka. So korang yang duduk dekat area ni boleh lah ke cawangan yang terdekat.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Makan-makan di D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara - Harga Murah Servis Mantap

Selayang ke Kota Damansara dalam 20 minit je. Mujur tak jammed sebab dah malam kan. Nak cari restoran ni senang sangat sebab boleh guna waze je. Lagipun restoran ni terletak sederet dengan butik-butik terkenal seperti Mumu Scarves, Vendville Ash&Annas. So senang jumpa. 

Malam tu Ana makan malam dengan satu keluarga except ayah Ana. Ayah memang susah nak bawa pergi makan. Nak bawa pergi jalan pun kena tau apa yang dia suka. Hehe. Masa sampai dekat sini dalam pukul 9. Pelanggan masih ramai masa tu tapi masih ada tempat duduk kosong. Dont worry.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Duduk-duduk je pelayan terus bagi menu. Tak susah nak pilih menu dekat sini sebab menu dia tak terlalu banyak. Bagus juga sebab kalau lagi banyak lagi susah dan lama nak pilih kan. Dan selesai bab order sementara menunggu tu moh ler kita bergambar dulu. Acara wajib seorang blogger katanya. Haha.
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Tengah-tengah bergambar tup tup air dan makanan pun sampai. Memang cepat gilerrr orang kata. Superb service. Tak dan nak menunggu lama dah. Ni antara makanan yang Ana sekeluarga order malam tu.

1. Sizzling Chicken Chop + Nasi Goreng - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

2. Chicken Chop  - RM10.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

3. Chicken Chop Crispy + Sphagetti Bolognese - RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
4. Ayam Penyet - RM9.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

5. Chicken Chop Crispy Cheese Leleh- RM12.90
D'Apple Restoran & Kafe Kota Damansara

Overall memang sangat puas hati. Harga dah lah murah. Tak lebih RM15 setiap menu yang ada. Makanan semua sedap. Portion pun agak besar. Siap boleh kongsi dengan orang lagi. Pelayan pun friendly and helpful. Tengok lah gambar atas tu siap dia masuk bergambar sekali. Haha. Restoran pun bersih dan terang serta fully aircond. Senang cakap sangat selesa lah makan dekat sini. No complaint masa Ana ke sini. Satu keluarga puas hati. Nak belanja orang makan dekat sini pun boleh sangat. Korang kalau nak ke sini boleh lah waze D'Apple Cafe & Restaurant Kota Damansara.

Menu :

Instagram :

Alamat :
No. 36G - 32G
Jalan PJU 5 / 20D
The Strand Damansara
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor

Waktu Operasi :
Sabtu – Khamis
12:30 petang – 11.30 malam
Jumaat
5.15 petang – 11.30 malam

Nov 21, 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

10:47 AM 9
Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Prof Hariz Internet Marketing by Policy Street | Assalamualaikum. Korang jom join Contest paling mudah ni. Hanya copy and paste je. Contest oleh Emas Putih (Uzu) ni akan berakhir pada 26 November 2017. Banyak masa lagi ni. Jom korang. Mana tau ada rezeki kita semua kan.

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
     -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada  Mac 2015
       -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
       -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
       -  Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

Nov 20, 2017

Tasneem Naturel - Baby Balm Berasaskan Pati Minyak Tumbuhan

11:19 AM 22
Tasneem Naturel - Baby Balm Berasaskan Pati Minyak Tumbuhan

Tasneem Natural - Baby Balm Berasaskan Pati Minyak Tumbuhan l Assalamualaikum. Sejak dah jadi mak budak 3 tahun yang lepas, stok ubat-ubatan dan minyak panas antara benda yang wajib ada di rumah dan bila travel. Ye lah kita tak tahu kan bila-bila kita akan perlu benda-benda ni semua. Kadang tu tengah tidur malam atau tengah bercuti pun boleh jatuh sakit macam sakit perut, selesema, deman dan sebagainya. Padahal sebelum tu semua sihat je. Lagi-lagi kalau melibatkan si kecil. Cemas lah juga seketika. Belajar dari pengalaman sebab tu Ana dah sediakan awal-awal ubat yang sangat membantu Ana untuk saat-saat yang tak dijangka tu. Bila-bila perlu sapu je dekat tempat sakit tu untuk melegakan rasa ketidakselesaan dan sakit. InsyaAllah ok lepas tu. Produk yang Ana maksudkan ialah balm dari Tasneem Naturel - produk balm yang berasaskan pati minyak tumbuhan.
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm

Tasneem Naturel - Baby Balm Berasaskan Pati Minyak Tumbuhan

Seperti yang Ana bagitau tadi, kesemua produk Tasneem Naturel adalah 100% berasaskan bahan semulajadi iaitu dengan menggunakan minyak pati tumbuhan (essential oil). Minyak pati tumbuhan selalunya mempunyai aroma tersendiri dan diekstrak daripada kelopak bunga, daun, buah dan kulit pokok yang terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang dipanggil kelenjar tumbuhan. Ianya diekstrak dengan cara penyulingan, enfleurage atau teknik maceration. Pati minyak ini terdiri daripada molekul-molekul yang kecil yang mampu meresap ke dalam kulit, paru-paru dan merangsang sistem limbik iaitu pusat kawalan emosi termasuk kawalan stress, perilaku, perasaan, keseimbangan hormon dan memori manusia. Molekul-molekul tersebut akan melalui peredaran darah, limfa dan tisu seterusnya ke seluruh tubuh untuk memberi kesan kesembuhan.

Produk Tasneem Naturel terbahagi kepada 4 jenis balm yang bertindak dengan efektif ke atas badan manusia. Kesemua balm ini bersifat tidak panas jadi ianya sangat sesuai untuk di sapu ke atas kulit bayi dan kanak-kanak. Ana dah cuba keempat-empat balm ni. Memang sangat bagus dan membantu dalam memudahlan kerja-kerja seharian Ana.

1. Tummy Time
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm

Dalam fasa nak membesar, Syafi memang kuat makan. Apa saja yang ada depan mata dia makan. Kadang tu tak beringat sampai terlebih makan. Bila dah makan macam-macam mula lah perut dia tak selesa.. Masa ni lah Ana akan gunakan Tummy Time. Hanya sapu Tummy Time pada perut dan tapak kaki dan biarkan ia bertindak sendiri. Alhamdulillah sakit perut tu akan hilang tak lama lepas tu.

Tummy Time ni berfungsi untuk membantu mencegah dan melegakan masalah ketidakselesaan perut seperti kembung perut, cirit birit dan sembelit. Antara pati minyak tumbuhan yang digunakan ialah halia, Tangerine, Patchouli, Junipers dan Fennel. Fennel sangat terkenal dan telah lama digunakan dalam rawatan berkaitan masalah ketidakhadaman. 

Tummy Time juga bagus membantu pesakit gastrik seperti Ana. Kira mak dengan anak pun berebut guna Tummy Time ni. Ia bertindak sebagai antispasmodic ke atas otot licin dalam perut dan usus sekaligus mengurangkan kesakitan gastrik dan ketidakselesaan yang berkaitan dengan senak, loya, angin dan sendawa.

2. Sleep Time
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm

Masa tidur antara masa paling mencabar buat Ana sebabnya Syafi sangat aktif dan susah nak suruh masuk tidur. Dalam kepala dia asyik nak main je. Jenuh nak pujuk suruh tidur. Bila-bila Ana rasa dah tak larat nak pujuk, Ana akan gunakan bantuan Sleep Time. Hanya sapu Sleep Time dengan cara urutan lembut di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga dan pergelangan tangan Syafi. Orang kata sentuhan ibu ni ada magisnya. Aroma lavender dari balm tu pun turun memainkan peranan. Tak lama lepas tu Syafi mula lah berkhayal dan tau-tau dah tertidur.
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Sleep Time dihasilkan dari pati minyak Cedar Wood, Chamomile, Orange, Ylang-ylang, Bergamot dan Lavender yang bertindak membantu anak-anak yang mengalami masalah sukar untuk tidur dan kerap atau senang terjaga dari tidur.

Aroma harum Lavender yang ada dalam Sleep Time bertindak untuk menenangkan anak-anak seterusnya memudahkan mereka untuk tidur dengan lena dan membolehkan mereka mendapat tidur yang berkualiti. Ini kerana satu kajian mendapati pengunaan minyak Lavender dapat meningkatkan keinginan untuk tidur sebanyak 65%. Campuran Lavender dan Chamomile adalah campuran terbaik untuk meningkatkan kualiti tidur. Korang kalau ada masalah sukar nak tidur boleh lah cuba juga.

3. CF-Rub (Cough Flu Rub)
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm

Sekarang ni bila tiba hujung tahun, negara kita akan mengalami musim tengkujuh. Hujan boleh dikatakan turun setiap hari dan kadang berselang dengan cuaca yang sangat panas. Disebabkan cuaca yang tidak menentu ni, kita mudah jatuh demam, mendapat batuk dan selesema. Apa lagi kanak-kanak kan.

Sebagai langkah berjaga, Ana dah sediakan CF-Rub siap-siap di rumah sebagai back up. Hanya perlu sapu CF-Rub di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga dan pergelangan tangan untuk membantu mencairkan kahak, mengurangkan selesema, melegakan asma dan juga membantu menurunkan suhu badan ketika demam.

Minyak pati tumbuhan yang digunakan di dalam CF-Rub ini ialah Geranium, Marjoram, Roman Chamomile dan Bergamot. Menurut kajian, Bergamot dipercayai dapat mengurangkan demam dan menurunkan suhu badan di mana ia bertindak sebagai antibiotik melawan jangkitan bakteria dan virus yang menyebabkan demam. Baunya yang segar dapat meransang hidung yang tersumbat akibat selesema.

4. Calm Time
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm

Ana percaya setiap dari anak kita mesti ada sikap tantrum mereka yang tersendiri kan seperti suka menjerit, melempar barang dan suka memukul. Syafi pun tak terkecuali juga cuma tak lah teruk sangat. Nak tengok dia tantrum masa panggil nak mandi. Dan paling pantang kalau daddy dia mandikan. Sebolehnya dia nak Ana yang mandikan dia. Bila daddy yang mandikan mula lah menangis tak henti-henti siap suruh Ana mandikan dia semula. Jadi masa nak pakaikan baju tu sambil pujuk dia Ana sapukan Calm Time ni dekat bahagian belakang badan, tapak kaki dan pergelangan tangan. Alhamdulillah Syafi lebih relax lepas tu walaupun masih tersedu-sedu.

Dengan pati minyak tumbuhan seperti Frankincense, Lavender, Geranium dan Marjoram, Calm Time dapat membantu anak-anak menjadi lebih tenang dan tidak meragam sekaligus mengurangkan tekanan dan keletihan. Calm Time dapat memperlahankan aktiviti sistem saraf, memberi rasa tenang dan meningkatkan mood bagi anak-anak yang sering mengalami gangguan tidur. Frankincense dikatakan telah digunakan sejak dahulu kala dalam melegakan tekanan dan emosi yang tidak terkawal. Manakala pati Lavender dan Marjoram dapat memberi rasa tenang dan menstabilkan emosi.

Kelebihan Tasneem Naturel 

1. Mendapat Kelulusan KKM

Semua produk berupa ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan KKM sebelum dipasarkan kepada pengguna. Produk yang berdaftar dengan KKM akan mempunyai nombor pendaftaran MAL / NOT pada pembungkusnya. Dan keempat-keempat produk Tasneem Naturel mempunyai nombor pendaftaran NOT pada kotaknya. Jadi ini membuktikan produk Tasneem Naturel adalah selamat digunakan.

2. Mendapat sijil GMP

Selain dari mendapat kelulusan KKM, produk Tasneem Naturel juga memperolehi sijil GMP iaitu sijil Amalan Pengilangan Yang Baik. Ini menunjukkan produk Tasneem Naturel telah mencapai piawai pengeluaran yang tinggi dan sekaligus memenuhi kehendak keselamatan.

3. Sesuai untuk dijadikan hadiah

Pembungkusan yang comel dan berwarna-warni membuatkan balm dari Tasneem Naturel amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada ahli keluarga dan sahabat yang baru menimang cahaya mata. Tak perlu dah nak pening pikir nak belikan hadiah apa. Nanti kalau beli baju takut tak kena dengan saiz, nak beli hamper kang sama pula dengan orang lain. So kalau korang belikan balm Tasneem Naturel ni confirm lain dari yang lain dan boleh digunakan dengan selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Malah balm Tasneem Naturel ni wajib dijadikan sebagai salah satu barang keperluan dalam checklist bersalin.

4. Saiz Mudah Bawa

Dengan saiz nya yang kecil, balm baby ni mudah dibawa ke mana saja. Nak letak dalam handbag ibu boleh, nak masukkan dalam porch beg ayah pun boleh, nak letak dalam bag jalan anak pun boleh. Tak berat dan tak makan ruang pun. Senang nak guna bila-bila masa terutamanya bila pergi melancong atau balik kampung.

5. Sesuai untuk Seisi Keluarga

Baby balm ni tidak terhad untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak sahaja. Malah ia sangat sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga. Contohnya Tummy Time boleh digunakan untuk melegakan sakit perut akibat gastrik. Sebotol balm ni boleh tahan sehingga 2 bulan dan ianya amat menjimatkan.

Testimoni Pengguna Tasneem Naturel

Rata-rata pelanggan yang telah menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm semuanya berpuas hati kerana membantu mereka menguruskan masalah lazim yang dihadapi oleh anak-anak.
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm
Tasneem Naturel Baby Balm

Harga

Sebotol baby balm Tasneem Naturel bersaiz 18g berharga RM49 (sm) / RM52 (ss). Ia mampu tahan sehingga 2 bulan penggunaan. Untuk dapatkan harga kombo atau promo, korang boleh layari media sosial Tasneem Naturel atau terus hubungi pihak mereka seperti maklumat di bawah:

Facebook :

No Tel :
03-82114388

Nov 19, 2017

Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad di Pameran Rehlah Nabawiyyah

12:51 PM 15
Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad di Pameran Rehlah Nabawiyyah

Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad s.a.w di Pameran Rehlah Nabawiyyah | Assalamualaikum. Memandangkan cuti sekolah akan  bermula tidak lama lagi, Ana nak war war kan dekat korang semua ada satu aktiviti yang sangat bermanfaat dan bagus untuk dikunjungi seisi keluarga. Jom ramai-ramai kita menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad s.a.w di Rehlah Nabawiyyah.


Menyelusuri Sirah Baginda Nabi Muhammad s.a.w di Pameran Rehlah Nabawiyyah

Pameran Rehlah Nabawiyyah ini telah di buka kepada orang ramai bermula pada 18 November 2017 iaitu semalam bertempat di Galeri Utama, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam.

Pameran di buka bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Khamis) dan 9 pagi hingga 7 petang (Sabtu / Ahad). Tiket berharga RM15 untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah manakala RM25 untuk dewasa.

Objektif Pameran :

1. Keimanan - Mendekatkan ummah dengan Sirah dan pusaka peninggalan Nabi SAW

2. Teknologi - Memanfaatkan teknologi moden dan ICT sebagai medium dakwah yang sangat efektif

3. Dakwah - Mengajak masyarakat supaya mencintai ilmu dan para ulama

Untuk maklumat lebih lanjut korang layari www.rehlahnabawiyyah.com atau telefon 03-55119001 / 019-3893788.

Nov 18, 2017

Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu

4:54 PM 19
Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu


Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu | Assalamualaikum. Salah satu masakan Terengganu yang Ana suka selain dari nasi dagang dan nasi bukhari ialah laksa kuah putih. Kalau dekat KL Ana panggil tu kuah laksam. Cuma laksam dia makan dengan mee yang macam kuew teow tu tapi laksa kuah putih ni dia makan dengan laksa biasa tu. Samada laksa beras atau laksa biasa. Ada juga makan dengan spaghetti macam laksa johor tu. Dan kalau ikut orang Ganu asal dia akan campur dengan belacan dan pes cili masa makan tu. Dan cara nak makan ialah dengan guna tangan je bukan sudu macam Ana ni. Hehe. Ni resipi Ana salin dari mak mertua. Bila tengok senang sangat nak masak laksa kuah putih ni. Hasilnya memang sedap sangat tau korang. Satu mangkuk for sure tak cukup untuk sekali makan. Percayalah!!

Baca juga : Resipi Ketam Masak Kari Rempah Darat

Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu
Resipi Laksa Kuah Putih Terengganu

Resipi Laksa Kuah Putih

BAHAN-BAHAN

1. Laksa - 1 pek
2. Kelapa - 1-2 biji (parut bahagian putih dan perah dengan air masak untuk dapatkan dalam 4 cawan santan)
3. Ikan sardin / kembong - 4-5 ekor
4. Bawang besar - 1 biji (dikisar)
5. Sebuk lada hitam - sedikit
6. Asam Keping - 2 keping
7. Ulam-ulaman - kacang panjang, taugeh, timun, bunga kantan, limau nipis/kasturi (di hiris)
8. Belacan - di bakar sedikit
9. Pes cili

CARA-CARA

1. Laksa di rebus sehingga lembut. Kemudian tos airnya.

2. Ikan di siang sehingga bersih dan di rebus dengan sedikit air, garam dan asam keping. Kemudian ambil isi ikan sahaja dan di kisar.

3. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan  santan, isi ikan kisar, lada hitam dan bawang dan panaskan dengan api sederhana.

5. Masukkan garam sesedap rasa.

6. Kacau sehingga hampir mendidih (tidak  perlu sampai mendidih) dan tutup api.

7. Sedia di hidang. Masukkan laksa ke dalam mangkuk, kemudian isi kuah dan hiaskan dengan ulam-ulaman serta belacan dan pes cili.