Cantiknya Koleksi Tudung dari Louisa Scarf Ni. Mudah Dibentuk dan Awning on Point!!

Cantiknya Koleksi Tudung dari Louisa Scarf Ni. Mudah Dibentuk dan Awning on Point!! l Assalamualaikum. Baru-baru ni Ana ternampak Louisa Scarf tengah buat live launching di IG untuk koleksi tudung terbaru mereka. Memula Ana niat nak tengok sekali lalu je tapi tak sangka boleh lekat tengok satu-satu koleksi yang dilancarkan tu. Eh cantik-cantik koleksi tudung square aka tudung bawal dorang tu tau korang.

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Cantiknya Koleksi Tudung dari Louisa Scarf Ni. Mudah Dibentuk dan Awning on Point!!


Nak cerita pasal shopping tudung ni, lama dah sebenarnya Ana tak beli tudung sebab tak keluar ke mana pun. Kalau keluar pun dok pakai tudung yang sama je sebab malas nak iron. Maklumlah mak ada anak kecik kan, nak yang mudah dan senang kerja je. Korang pun faham kan.


Tapi masa bile tengok koleksi tudung terbaru Louisa Scraft hari tu, eh tetiba hati ni terberkenan nak beli sehelai as hadiah untuk diri sendiri. Kononnya. Padahal yang sebenarnya memang dah terjatuh hati bila tengok koleksi-koleksi tudung Louisa Scarf hari tu. Memang cantik giler semuanya. Semangat membeli tu lagi kuat bila Louisa Scarf buat promosi pengenalan. Hmmm memang mengundang lah orang kata. Tak pikir panjang, Ana terus grab sehelai tudung hari tu. Lepas tu menyesal sebab beli satu je!!!


Untuk pengetahuan korang, masa hari pelancaran tudung hari tu, Louisa Scarf bukan lancarkan satu atau dua jenis koleksi, tapi empat koleksi terus okey. Ada koleksi Sarah, Ziyan, Laura dan Aayra. Setiap koleksi menampilkan motif dan corak yang berbeza. Yang pasti semuanya cantik menarik kebabom. Tak caya korang tengok lah gambar dekat bawah ni haaa.



Koleksi Sarah


Koleksi Sarah menampilkan rekaan cetakan bermotifkan bunga klasik yang menonjolkan simbol cinta, berani dan yakin. Sesuai untuk korang yang suka dengan reka bentuk yang berani tapi dalam masa yang sama masih nak kekalkan ciri kemanisan gadis Melayu gitu. Ada 5 corak bunga-bungaan yang korang boleh pilih di bawah koleksi Sarah iaitu :


Sarah Square - Milky Grey

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Sarah Square - Black Snowy

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Sarah Square - Classy Cotta

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Sarah Square - Lilac Purple

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Sarah Square - Pastel Green

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk



Koleksi Laura


Koleksi Laura juga menampilkan corak bermotifkan bunga-bungaan cuma rekaan bunganya lebih moden berbanding dengan corak bunga klasik dari koleksi Sarah. Koleksi Laura menonjolkan simbol menawan, penuh harapan dan bersemangat untuk si pemakai. Sesuai untuk korang yang penuh dengan keyakinan dan keazaman. Koleksi Laura menampilkan 5 corak berbunga iaitu :


Laura Square - Greeny
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Laura Square - Murvy
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Laura Square - Grechy
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Laura Square - Mauvy
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Laura Square - Bluwy
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk


Koleksi Aayra


Bagi peminat tudung bermotifkan monogram, koleksi Aayra adalah pilihan yang tepat. Koleksi Aayra menonjolkan simbol sopan, pintar dan bersemangat. Sesuai untuk korang yang ingin nampak sederhana tapi dalam masa yang sama penuh dengan semangat dalam mengejar apa yang dicitakan. Koleksi Aayra menampilkan 6 corak monogram yang sangat cantik iaitu :


Aayra Square - Light Grey
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Aayra Square - Sky Blue

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Aayra Square - Peach

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Aayra Square - Olive
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Aayra Square - Nude
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Aayra Square -  Maroon


Koleksi Ziyan


Koleksi yang terakhir ialah koleksi Ziyan, yang menampilkan corak dengan rekaan geometri. Sesuai dengan simbol yang ingin ditonjolkan iaitu berazam, bertimbang rasa dan unik tapi tetap mengekalkan imej penuh sopan dan manis bagi si pemakai. Ada 5 corak yang menarik dalam koleksi Ziyan iaitu :


Ziyan Square - Icy Blue
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Ziyan Square - Mauvelous
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Ziyan Square - Red Valvet
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Ziyan Square - Black Sesame
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Ziyan Square - Sugar Pink
Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk


Koleksi Ziyan Square Jadi Pilihan Hati


Haaa cantik-cantikan koleksi Louisa Scarf ni. Mana tak rambang mata ni dibuatnya. Nakal betul lah dorang ni kan. Suka mempermainkan emosi pembeli macam Ana ni haa. Tapi dalam banyak-banyak koleksi tudung Louisa Scarf tu, Ana paling berkenan dengan koleksi Ziyan iaitu Ziyan Square - Mauvelous. dan dah selamat sampai pun tudung tu. Pantas kan? Hehe.


Ok now jom kita tengok details koleksi terbaru Louisa Scarf ni.


1. Material - Matte Satin Silk

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Untuk semua koleksi Louisa Scarf kali ni, mereka gunakan material dari matte satin silk. Apa yang best tentang material ni ialah walaupun ianya lembut namun tidak licin, tak mudah kedut, ironless dan tak bergerak bila dah pakai. So kita akan rasa sangat selesa sepanjang masa. Nak lagi best, tudung Louisa Scarf ada ciri kalis air. So kalau kata air tertumpah dekat tudung, tak lah basah jadinya.


2. Saiz 45 x 45


Bagi yang tertanya, Louisa Scarf takde shawl ke?? Haaa buat masa ni Louisa Scarf hanya keluarkan tudung jenis bawal atau square je dengan saiz 45 x 45. Standard size orang kata. So korang boleh pakai ikut mana-man style yang korang selesa dan korang boleh je adjust labuh tudung tu masa nak pakai. Contoh macam style shawl yang Ana gayakan dalam video di bawah ni.



3. Lembut dan Beralun

Louisa Scarf Tudung Bawal Matte Satin Silk

Apa yang paling best dan yang Ana suka tentang tudung Louisa Scarf ni ialah tekstur tudungnya yang mudah dibentuk terutama di bahagian awning. Terletak elok je bila pakai even untuk orang yang pakai spek macam Ana ni. Orang kata on point gitu. Then tudung tu bila kita pakai, dia punya flow tu nampak cantik bila jatuh. Nampak mahal dan eksklusif, sesuai untuk dipakai dalam apa jua gaya.


4. Harga Promosi


Siapa kata nak nampak bergaya dan eksklusif kena beli barang yang mahal-mahal. Bagi menghargai semua kaum wanita dan inginkan mereka nampak lebih berkeyakinan dan bersinar, Louisa Scarf sedang menawarkan harga promosi sempena pelancaran koleksi tudung terbaru mereka baru-baru ni. Kalau ikut harga asal, setiap satu tudung Louisa Scarf berharga RM109 tapi korang boleh dapatkannya sekarang dengan hanya RM89 sahaja.


So pada yang dah start survey tudung raya tu kan, maklumlah dah nak masuk Ramadan lagi beberapa minggu je lagi ni kan, memang elok sangat lah beli Louisa Scarf ni sekarang. Dapat jimat 30% haa. Then kalau beli 3 helai boleh dapat 3 free gift percuma lagi. Syok tu. Korang boleh dapatkan koleksi tudung terbaru Louisa Scarf ni di laman web mereka seperti di bawah ni. Nanti bila OOTD dengan tudung Louisa Scarf ni jangan lupa tag Ana juga tau. Mana tau ada yang beli sama design kan. Gitu.


Website l Facebook l Instagram 







Cantiknya Koleksi Tudung dari Louisa Scarf Ni. Mudah Dibentuk dan Awning on Point!! Reviewed by Ana Suhana on March 23, 2022 Rating: 5

12 comments:

  1. Model tu mula-mula ingatkan Neelofa.hihi. Tapi tudung ni memang cantik sangat

    ReplyDelete
  2. Cantik jgk tengok corak2 tudung ni..material pun nampak lawa

    ReplyDelete
  3. Lawa-lawa design dia, nanti boleh pilih tuk raya 1 hehehe

    ReplyDelete
  4. Cantik cantiklah design tudung dia. Berkenan tengok. Boleh beli untuk raya nanti. Hehe

    ReplyDelete
  5. Cantik okey design Louisa nie. Banyak collection plak tu. Rawlins dah siap racun kengkawan agar beli sebab Rawlins suka tengok

    ReplyDelete
  6. Orang perempuan suka lah ada koleksi tudung banyak mcm ni hehehw tapi yang ni cantik juga warna and design sangat lembut jer sesuai dengan jiwa wanita muslimah gituwwww

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik design Louisa Scarf nih. Material pun nampak mudah dibentuk sesuai dengan muka. Boleh usha2 nanti nih..

    ReplyDelete
  8. tudung dari Louisa Scarf ni memang nampak cantik dan nampak exclusice. Jenis pun banyak, nampak elegen dan bergaya.

    ReplyDelete
  9. Cantik juga kan koleksi tudung2 Louisa ni! sure ramai yang teruja since boleh bergaya cantik2 this Raya with these tudung collection.. (Y)

    ReplyDelete
  10. Cantik kan semua koleksi ni. Ruby suka semua sebab material dia Matte Satin Silk. Tebal dan tidak jarang. Boleh repeat.

    ReplyDelete
  11. Cantik nyer scarf scarf ni semua, i like their material and also the corak. Warna pun lembut jer.

    ReplyDelete
  12. cantiknya satin... suka kaler yg ana pakai tu.. sesuai sgt la tgh musim nak cari tudung raya ni ana..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.