Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak-Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior. Tidak Ada Penyakit Tiada Penawar
Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak-Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior. Tidak Ada Penyakit Tiada Penawar | Assalamualaikum. Kebanyakkan negeri kini telah pun masuk ke Pelan Pemulihan Negara Fasa ke-4 di mana banyak sektor sosial dan ekonomi telah dibuka dan ramai di antara kita dah pun mula kerja seperti biasa. Sekolah pun ketika ini telah dibuka untuk proses pembelajaran secara bersemuka, tidak seperti sebelum ini hanya melalui online sahaja.
Ikhtiar Perlindungan Untuk Kanak-Kanak Dengan Eskayvie Diffenz Junior. Tidak Ada Penyakit Tiada Penawar
Ana
pasti ramai ibu bapa di luar sana yang bimbang dengan keselamatan anak-anak
selepas sekolah dibuka memandangkan kes harian Covid-19 masih lagi tinggi. Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan
Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tentang kadar kebolehjangkitan
COVID-19 (R-Naught) di negara ini telah meningkat kepada angka 1.0 dan ini
mungkin tanda awal kes positif wabak itu akan melonjak.
Sumber gambar: Utusan Online |
Sebagai
seorang ibu, Ana juga bimbang dengan keselamatan anak yang hadir ke sekolah.
Tapi, kita tiada pilihan. Hampir 2 tahun anak-anak tidak dapat belajar secara
bersemuka dengan cikgu dan hanya bergantung kepada proses pembelajaran secara
online dari rumah. Ana percaya ramai yang bersetuju proses pembelajaran dari
rumah ini agak kurang berkesan berbanding pembelajaran di sekolah secara
bersemuka dengan cikgu.
Rata-rata
mereka yang berumur 12 tahun ke atas termasuk kanak-kanak dah pun lengkap 2 dos
vaksin, tapi bagaimana dengan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah? Mereka
ini antara golongan yang mudah terdedah dengan kuman dan virus. Kerajaan juga
masih lagi mengkaji keperluan untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun ini
diberikan vaksin.
Kita Ikhtiar Dengan Eskayvie Diffenz
Junior
Eskayvie
sekarang ni telah melancarkan produk terbaru mereka Diffenz Junior yang
berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak berumur 12 tahun ke
bawah untuk tingkatkan sistem imun badan mereka.
Untuk
pengetahuan korang, Eskayvie merupakan antara pengeluar suplemen tambahan
yang semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia ketika ini. Ramai yang
dah amalkan Eskayvie Diffenz sebagai perlindungan ketika pandemik Covid-19
melanda negara kita. Banyak testimoni pengguna dan bekas pesakit Covid-19 yang
berikan maklum balas positif selepas ambil Diffenz.
Jadi
ibu bapa diluar sana tidak perlu risau lagi kerana anak-anak anda kini boleh
dapatkan perlindungan tambahan dengan adanya produk keluaran terbaharu khas
untuk kanak-kanak iaitu Diffenz Junior.
Surah Yunus Ayat 57
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi
s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila
menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka
sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat
Muslim dan Ahmad)
Nabi menyatakan: "Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh".
Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat
yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah
diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.
Berdasarkan
ayat Al-Quran dan Habis di atas, setiap penyakit itu ada penawarnya. Terpulang
kepada kita nak mencarinya atau pun tidak. Tidak guna jika kita hanya
bertawakal sahaja tetapi tidak berusaha mencarinya. Jadi tugas ibu bapa, korang
perlu dapatkan perlindungan yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka
terhindar daripada virus yang berbahaya.
Kandungan Utama Diffenz Junior
Mesti
ramai yang tertanya apakah kandungan Diffenz Junior ini yang boleh berikan
perlindungan terbaik kepada anak-anak kan?
Untuk
pengetahuan korang, Diffenz Junior ini mengandungi Cendawan Susu Harimau, Kolostrum,
Multivitamin dan Mineral, Buah Camu-Camu Vitamin C dan Vitamin D. Semua
bahan-bahan ini dapat menyokong tumbersaran dan sistem imun anak-anak.
Khasiat Cendawan Susu Harimau
Bayangkan
betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Kuasa. Sejenis tumbuhan semulajadi yang hanya
boleh didapati di lantai hutan rupanya menjadi khazanah berharga. Namun siapa
yang mampu masuk jauh ke dalam hutan untuk semata-mata mencari cendawan yang
tumbuh daripada titisan susu harimau?
Di
sini lah peranan saintis bagi memudahkan manusia mendapat khasiat daripada
nutrisi anugerah Ilahi dengan cara mengekstrak bahan berharga dan kaya khasiat
tersebut seterusnya menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan
dengan hanya dalam satu tablet.
KOLOSTRUM
Siapa
sangka khasiat cecair melekit berwarna kuning pada susu awal ibu kaya dengan
kolostrum yang mempunyai banyak khasiat sehingga digelar susu emas. Namun, ia
hanya bertahan sekitar tiga hari selepas kelahiran bayi.
Kolostrum
merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas
untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari
Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga
dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu
formula.
Apakah
sifat sifat cecair yang amat istimewa ini?
Kolostrum
ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di
dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak kanak. Ia
juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga
mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan
vitamin A.
Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan tumbesaran anak yang tercinta. Di sini lah saintis turut memainkan peranan dalam memudahkan para ibu untuk terus memberi khasiat kolostrum kepada anak-anak melalui nutrisi kolostrum daripada susu lembu. Ia bukan hanya mempunyai khasiat hampir sama seperti susu ibu, malah disediakan dalam bentuk yang lebih mudah.
Apa yang penting kita ikhtiar selagi ada nyawa di badan. Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.
Berminat nak dapatkan Diffenz Junior?
Dapatkan
Diffenz Junior hari ini juga sebagai perlindungan terbaik untuk anak-anak
korang. Kes harian Covid-19 masih lagi tinggi dengan angka 5,000 hingga 6,000 kes
positif sehari dan angka ini masih lagi tidak nampak penurunan dan dijangka
angka ini akan semakin naik jika ramai yang tidak menjaga SOP yang ditetapkan
oleh kerajaan.
Jadi,
sebagai ibu bapa kita ikhtiar yang terbaik untuk anak-anak kita, jom berikan mereka perlindungan yang terbaik dengan Diffenz Junior.
Korang
boleh layari laman web dan media sosial di bawah untuk dapatkan Diffenz Junior.
yang penting kena usaha kan. kesihatan adalah nikmat terunggul takde gantinya
ReplyDelete