Pelan Pemulihan Negara (PPN) Negeri Selangor
Pelan Pemulihan Negara (PPN) Negeri Selangor l Assalamualaikum. Semalam ada rasa happy sikit lah bila tengok graf harian kes Covid-19 KKM di negeri Selangor. Kes dah turun kepada 2.1k saja berbanding sebelum ni hampir 6k kes sehari. Harap teruslah menurun ye. Walau kes dah menurun, namun setakat semalam Selangor masih berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
Pelan Pemulihan Negara (PPN) Negeri Selangor
Bila tengok kes di Selangor menunjukkan penurunan, dalam hati kata ni mesti sebab ramai yang dah amik vaksin ni. In fact ibu-ibu mengandung pun dah boleh divaksin. Bila tengok statistik untuk Lembah Klang, hampir 97% orang dewasa dah lengkap vaksin mereka. So maybe ini yang menyumbang pada penurunan kes di Selangor. Korang rasa macam tu juga ke?
Nak jadi cerita, malam Ahad hari tu tengok berita. Kebetulan ada laporan tentang pusat beli-belah terkemuka di Selangor dibanjiri orang ramai. Yang paling Ana terkejut, ada parents yang bawa anak-anak sekali. Even yang bawa baby pun ada. Terperanjat beruk kejap Ana. Rasa macam eh aku sorang je ke tak tau yang boleh bawa anak-anak masuk mall sekarang provided parents dah lengkap 2 dos.
Maklumlah, kita ni memang kaki mall sebelum Covid-19 melanda. Tiap-tiap minggu wajib bawa Syafi makan-makan dekat mana-mana mall berdekatan. Suraya je lah yang tak merasa semua tu. Kadang jeles pulak tengok orang yang dah boleh dine-in ni. Tapi bila pikir balik, even dibenarkan bawa anak-anak masuk mall sekarang ni, Ana masih tak berani nak bawa dorang. Bukan anak-anak je, diri Ana sendiri pun tak berani nak ke sana selagi kes tak menurun pada tahap yang tak membimbangkan. Korang pulak macam mana? Ke ok je? As long jaga SOP, ok lah kan. InsyaAllah selamat.
Tapi tu lah. Bila lama sangat duduk rumah dan tak keluar pergi tempat-tempat awam ni kan, Ana jadi blurr sangat apa sebenarnya yang kita sebagai warga Selangor boleh buat masa Fasa 1 ni. Mujur ada website Pelan Pemulihan Negara, boleh lah rujuk apa yang boleh, dan apa yang masih tak dibenarkan. Nak bagi senang, Ana paste je dekat sini. Mudah untuk Ana rujuk nanti. Korang pun boleh tengok sekali kan. Hehe. Jom kita tengok.
Aktiviti Pelan Pemulihan Negara (PPN) Negeri Selangor
1. Aktiviti Pergerakan
Fasa 1
1. Pergerakan antara daerah / negeri / negara tidak dibenarkan.
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Kenderaan boleh membawa penumpang dengan kapasiti penuh
b) Hanya pasangan suami isteri dan bagi ibu bapa kepada anak bawah umur 18 tahun boleh merentas negeri / daerah dengan kebenaran PDRM
c) Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia, dan tiba dari luar negara, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah
Fasa 2
1. Pergerakan antara daerah / negeri / negara tidak dibenarkan
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Boleh merentas daerah
b) Kenderaan boleh membawa penumpang dengan kapasiti penuh
c) Hanya pasangan suami isteri dan bagi ibu bapa kepada anak bawah umur 18 tahun boleh merentas negeri dengan kebenaran PDRM
d) Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia, dan tiba dari luar negara, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah
Fasa 3
1. Pergerakan antara daerah dalam negeri yang sama dibenarkan
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Kenderaan boleh membawa penumpang dengan kapasiti penuh
b) Hanya pasangan suami isteri dan bagi ibu bapa kepada anak bawah umur 18 tahun boleh merentas negeri dengan kebenaran PDRM
c) Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia yang tiba dari luar negara, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah
Fasa 4
1. Pergerakan antara negeri fasa 4 sahaja dibenarkan
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia yang tiba dari luar negara, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah
2. Aktiviti Bekerja
Fasa 1
1. Sektor awam dihadkan 40% kapasiti tertakluk arahan Ketua Setiausaha Negara
2. Sektor swasta dihadkan 60% kapasiti, untuk sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi
3. Sektor pertanian dan komoditi dibenarkan beroperasi secara sepenuhnya
Fasa 2
1. Sektor awam dihadkan 60% kapasiti kehadiran pekerja tertakluk arahan Ketua Setiausaha Negara
2. Sektor swasta dihadkan 80% kapasiti kehadiran pekerja, untuk sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi
3. Sektor pertanian dan komoditi dibenarkan beroperasi secara sepenuhnya
Fasa 3
1. Sektor awam dihadkan 80% kehadiran pekerja di pejabat tertakluk arahan Ketua Setiausaha Negara
2. Sektor swasta dihadkan 80% kapasiti kehadiran pekerja, untuk sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi
3. Sektor pertanian dan komoditi dibenarkan beroperasi secara sepenuhnya
Fasa 4
1. Sektor awam dibenarkan beroperasi 100% kapasiti tertakluk arahan Ketua Setiausaha Negara
2. Sektor swasta dibenarkan beroperasi 100% kapasiti
3. Aktiviti Persekolahan
Fasa 1
1. Semua institusi pendidikan ditutup
2. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara maya sahaja
Fasa 2
1. Semua institusi pendidikan ditutup
2. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara maya sahaja
3. Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
Fasa 3
1. Semua institusi pendidikan dibuka; institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia dan penilaian risiko
2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersemuka dibenarkan; aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersemuka untuk institusi pendidikan tinggi tertakluk kepada had kapasiti pelajar 70% dan pematuhan SOP
Fasa 4
Semua institusi pendidikan dibuka semula, tertakluk kepada penilaian risiko semasa
4. Aktiviti Beribadah
Fasa 1
1. Had kehadiran di rumah ibadat tertakluk kepada Majlis Agama Negeri / Kementerian Perpaduan Negara
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Orang Islam boleh melaksanakan aktiviti di masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri
b) Orang bukan Islam boleh melaksanakan aktiviti di rumah ibadat selain Islam tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara

1. Had kehadiran di rumah ibadat tertaklk kepada Majlis Agama Negeri / Kementerian Perpaduan Negara
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Orang Islam boleh melaksanakan aktiviti di masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri
b) Orang bukan Islam boleh melaksanakan aktiviti di rumah ibadat selain Islam tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara
Fasa 4
1. Had kehadiran di rumah ibadat tertakluk kepada Majlis Agama Negeri / Kementerian Perpaduan Negara
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Orang Islam boleh melaksanakan aktiviti di masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri
b) Orang bukan Islam boleh melaksanakan aktiviti di rumah ibadat selain Islam tertakluk kepada ketetapan Kementerian Perpaduan Negara
5. Aktiviti Makan Di Luar
Fasa 1
1. Hanya pembungkusan dan penghantaran makanan/minuman dibenarkan
a) Dibenarkan menjamu di tempat makan dengan 50% kapasiti meja, jarakan sosial, dan pemantauan SOP
Fasa 2
1. Hanya pembungkusan dan penghantaran makanan/minuman dibenarkan
2. Individu Divaksin Lengkap
a) Dibenarkan menjamu di tempat makan dengan 50% kapasiti meja, jarakan sosial, dan pemantauan SOP
Fasa 3
Boleh menjamu di tempat makan dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
Fasa 4
Boleh menjamu di tempat makan dengan penjarakan sosial
6. Aktiviti Pasar
Fasa 1
1. Pasar harian, tani kekal, segar terkawal, dan borong dibuka
2. Pasar pagi, malam, mingguan dan tani boleh beroperasi hanya untuk pelanggan yang telah divaksinasi dengan lengkap
Fasa 2
Pasar tani tidak kekal, dan pasar pagi dibukaFasa 3
Semua pasar dibuka dengan SOPFasa 4
Semua pasar dibuka dengan SOP7. Aktiviti Membeli Belah
Fasa 1
Hanya 2 wakil keluarga dalam kereta untuk membeli belah dalam radius 10km
Fasa 2
Hanya 2 wakil keluarga dalam kereta untuk membeli belah dalam radius 10km
Fasa 3
Hanya 3 wakil keluarga dalam kereta dibenarkan untuk membeli belah
Fasa 4
Bilangan orang tertakluk kepada kapasiti kenderaan
8. Aktiviti Bersosial
Fasa 1
Kegiatan bersosial dan menziarah dilarang
Fasa 2
Kegiatan bersosial dan menziarah dilarang
Fasa 3
Kegiatan bersosial dan menziarah dilarang
Fasa 4
Kegiatan bersosial dan menziarah, terhad kepada 50% kapasiti ruang dan penjarakan fizikal
9. Aktiviti Bersukan
Fasa 1
1. Jogging, berbasikal dan bersenam secara individu dibenarkan dengan penjarakan fizikal, di kawasan kejiranan sahaja
2. Individu Divaksin Lengkap
Boleh bersukan tanpa had radius dengan penjarakan fizikal tanpa sentuhan dan dilakukan di kawasan terbuka / separa terbuka; 6 pagi - 8 malam
Fasa 2
1. Sukan di luar tanpa kontak dibenarkan sekitar radius 10km dari rumah dengan SO
2. Individu Divaksin Lengkap
Boleh bersukan tanpa had radius dengan penjarakan fizikal tanpa sentuhan dan dilakukan di kawasan terbuka / separa terbuka; 6 pagi - 10 malam
Fasa 3
Semua sukan tanpa kontak dibenarkan dengan SOP
Fasa 4
Semua sukan dibenarkan dengan SOP
10. Aktiviti Hiburan
Fasa 1
1. Acara dan persembahan siaran langsung tidak dibenarkan
2. Hanya penyiaran secara rakaman atau siaran langsung dibenarkan
Fasa 2
1. Acara dan persembahan siaran langsung tidak dibenarkan
2. Hanya penyiaran secara rakaman atau siaran langsung dibenarkan
Fasa 3
Acara dan persembahan siaran langsung dibenarkan tanpa penonton
Fasa 4
Acara dan persembahan siaran langsung dibenarkan tertakluk kepada keluasan ruang dan penjarakan fizikal
11. Aktiviti Perkahwinan
Fasa 1
Pendaftaran perkahwinan dibenarkan
Fasa 2
Pendaftaran perkahwinan dibenarkan
Fasa 3
Pendaftaran perkahwinan dibenarkan
Fasa 4
Pendaftaran dan majlis perkahwinan dibenarkan
12. Aktiviti Pengebumian
Fasa 1
1. Acara pengebumian dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama / Kementerian Perpaduan Negara
2. Pergerakan bagi kes kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia

Acara pengebumian dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama / Kementerian Perpaduan Negara

Tak apalah penurunan sikit-sikit tapi sentiasa ada penurunan..lama-lama kembali ok.
ReplyDeleteNampaknya kes2 C19 kat Selangor dah semakin menurun dengan banyaknya
ReplyDelete