Massimo Memperkenalkan Roti Artisan Benih Multigrain Dengan Barli Edisi Khas


The Italian Baker Sdn. Bhd., pembuat roti dan kek Massimo, telah mencipta roti multigrain artisan dengan gabungan berkhasiat barli premium Kanada, flaxseed, biji chia, biji bunga matahari dan bijan hitam, yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ditawarkan untuk tempoh terhad, Roti Benih Multigrain Dengan Barli (Seeded Multigrain with Barley) Massimo menggandingkan isi padat lagi lembut dan bijirin ranggup yang enak.

Massimo mempunyai pelbagai pilihan roti sandwich yang enak lagi berkhasiat seperti Roti Sandwic dengan Germa Gandum (Sandwich Loaf with Wheat Germ), Roti Gandum Penuh 100% (100% Wholewheat Loaf), Roti Fine Wholemeal (Fine Wholemeal Loaf), sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada pembeli termasuk memperkenalkan  roti-roti artisan tradisional dan pilihan pelbagai bijirin yang lebih bermanfaat untuk kesihatan.


Pengerusi The Italian Baker Sdn. Bhd., Jeremy Goon berkata, “Kami amat teruja  memperkenalkan roti sandwic artisan buat julung kalinya. Ia menggabungkan tradisi penghasilan roti Massimo bersama rasa barli yang unik serta khasiat nutrisi barli yang telah dikaji secara terperinci.”


Menurut kajian, Barli tergolong sebagai ‘super food’ yang kaya dengan serat dan mempunyai kandungan bahan antioksidan tokotrienol yang tinggi serta beta-glukan yang boleh mengurangkan kolesterol. Pengambilan barli sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan sihat telah terbukti dapat mengukuhkan sistem imun badan, membantu dalam pengurusan berat badan, melancarkan sistem penghadaman serta membantu kesihatan usus, merendahkan kolestrol dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melindungi daripada penyakit diabetes. Roti yang diperbuat daripada barli  mempunyai sejarah purba di Timur Tengah, di mana ia dianggap sebagai  makanan ruji. 



Beliau menambah, “Semenjak pandemik COVID-19 melanda, pengambilan roti semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, yang kebanyakan berada di rumah sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan keluarga tersayang. Mengamalkan diet yang berkhasiat sangatlah penting demi mengekalkan kesihatan, terutamanya pada masa kini bila kita lebih kerap makan kerana berada di rumah.  Oleh demikian, pembuat roti, saintis makanan, pakar pemakanan serta pasukan penyelidikan dan pembangunan kami telah bekerjasama untuk mengembangkan roti multigrain artisan pertama kami dengan mengimbangkan keperluan nutrisi dan keenakan rasa dengan teliti.”


Pasukan Massimo telah mengumpul dan menganalisis data pengguna yang relevan serta  pembelajaran utama daripada Perintah Kawalan Pergerakan pertama (PKP 1.0), serta daripada pelbagai statistik kesihatan rakyat Malaysia termasuk Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi  (NHMS) 2019. Roti Benih Multigrain Dengan Barli Massimo telah dikembangkan untuk  memupuk tabiat pemakanan yang lebih sihat, serta  memberikan kepuasan selera dan cita rasa rakyat Malaysia. 



Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Massimo telah menjadi makanan harian rakyat Malaysia dengan menyediakan kepelbagaian pilihan roti yang menerajui kebaikan menyeluruh. Roti Massimo terkenal dengan rasanya yang enak lagi berkhasiat. Makan begitu saja pun sedap. Untuk kanak-kanak, boleh gandingkan dengan mentega atau jem manakala untuk ibu hamil, boleh gandingkan dengan air susu untuk ibu mengandung. Rasa enak roti Massimo ini berasaskan penggunaan bahan-bahan bermutu tinggi dengan jaminan kualiti yang ketat untuk kepuasan pengguna, sementara innovasi pengedap keselamatan Tamper-Evident jenama ini memberi ketenangan kepada para pengguna.


Roti Benih Multigrain Denga Barli Massimo (360g), yang merupakan pilihan ideal untuk sandwic, roti bakar atau dimakan begitu sahaja, boleh didapati di kebanyakan peruncit seluruh negara pada harga RM4.90 setiap pek. Ditawarkan untuk tempoh terhad, jangan lepaskan peluang untuk menikmati kepingan penuh kebaikan ini. 


Massimo Memperkenalkan Roti Artisan Benih Multigrain Dengan Barli Edisi Khas Reviewed by Ana Suhana on July 07, 2021 Rating: 5

1 comment:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.