Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti Orang Asli Changkat Bintang


Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti Orang Asli Changkat Bintang l Assalamualaikum. Kesan Covic-19 bukan saja dirasai oleh kita yang tinggal di bandar, malah mereka yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan pedalaman juga tak terkecuali. Ini termasuk komuniti Orang Asli.

Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti Orang Asli Changkat Bintang


Wabak Covic-19 yang melanda dunia telah menyebabkan mata pencarian Orang Asli turut terjejas. Ini disebabkan kurangnya peluang ekonomi buat mereka.

Memahami masalah yang melanda komuniti Orang Asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) telah bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Selangor melalui pantri komuniti.

Untuk pengetahuan korang, pantri komuniti #AyamBersamaMu ini diwujudkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan sehingga hari ini, pantri komuniti tersebut telah wujud di 13 lokasi di seluruh negara. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan yang mengambil keperluan harian seperti makanan. Projek ini juga disokong oleh Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero yang memberi sumbangan dari segi barangan produk-produk mereka.

Terbaru kempen kebajikan komuniti ini telah diberi versi baru yang diubahsuai dan telah dilancarkan di Kampung Orang Asli Changkat Bintang. Di majlis tersebut, bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 39 keluarga Orang Asli telah disalurkan.

Menurut Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo, sumbangan makanan keperluan menerusi kempen #AyamBersamaMu ini diperlukan sebagai tanda sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi terhadap komuniti Orang Asli terutama dalam tempoh yang sukar ini.

“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan dari segi sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan Tok Batin dan orang tua-tua di kampung dalam usaha untuk mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama tetap mengamalkan penjarakan sosial.

“Komuniti-komuniti ini amat terjejas dari segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah dijalankan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

Selain dari itu, kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu ini juga memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini. Hebat kan!!

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan kami berpuas hati bekerjasama dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

Bagi  komuniti Kampung Orang Asli Changkat Bintang di Selangor pula, kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang.

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 39 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang Tok Batin Hassan bin Kaku.
Menurut seorang lagi penduduk kampung, sumbangan yang diberi ini diibarat sebagak durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Changkat Bintang.

“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi kami anggap ianya makanan mewah dan hanya untuk di majlis istimewa. Dan kini kami ada bekalan yang cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan. Kami rasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

Begitulah bagaimana kempen #AyamBersamaMu membantu dan menolonf mereka yang memerlukan. Sekalung tahniah buat Ayam Brand dan syarikat-syarikat lain yang telah menyokong dan memberi sumbangan terhadap kempen ini. Semoga akan ada lebih banyak syarikat dan organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu ini.

Untuk info dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, korang boleh layari https://www.ayambrand.com.my.
Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti Orang Asli Changkat Bintang Reviewed by Ana Suhana on August 22, 2020 Rating: 5

5 comments:

  1. alhamdulillah.. bagus event macam ni
    semoga dipermudahkan untuk mereka

    ReplyDelete
  2. Selain bagi sumbangan produk ayam brand
    kena bagi sumbangan mask juga nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Ayam Brand.Memang tidak dinafikan COVID-19 memberi kesan besar kepada seluruh masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Dalam kita senang, memang kita kena bantu juga orang-orang yang memerlukan. Alhamdulillah... LeYa bangga jadi rakyat Malaysia. sebab banyak bantuan2 disalurkan kepada yang memerlukan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.