Menu Diet Membosankan? Tak Lagi Dengan Poke Bowl di Fitlicous


Menu Diet Membosankan? Tak Lagi Dengan Poke Bowl di Fitlicous l Assalamualaikum. Poke bowl!! Apa tu?? Haa bagi yang tengah mengamalkan pemakanan yang sihat, Ana pasti korang dah biasa dengar dengan perkataan ni kan. Ana pun sebenarnya baru tau tentang poke bowl ni lepas diperkenalkan dengan menu-menu diet yang sihat dan menarik dengan Poke Bowl di Fitlicous Damansara baru-baru ni.
Poke Bowl Fitlicous Damansara

Menu Diet Membosankan? Tak Lagi Dengan Poke Bowl di Fitlicous 


Tapi sebelum Ana cerita tentang Menu Diet Yang Sedap dengan Poke Bowl di Fitlicous ni, Ana nak share dulu tentang apa tu POKE sebenarnya. First thing first, korang kalau nak sebut POKE ni korang kena pronounce macam ni tau - PO-KAY. Bukan po-kee atau poke. Kang salah sebut lain pulak maksud dia. Hehe.

Apa poke ni? Haa kalau korang nak tau poke ni sebenarnya merupakan salah satu hidangan utama masakan atau pembuka selera yang penuh dengan khasiat bagi Native Hawaiian di Hawai.

Kalau korang perasan sekarang ni, kesedaran untuk amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang dah semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Ye lah sekarang ni banyak je kes sakit yang berpunca dari pemakanan kan. So lebih baik cegah sebelum terlambat. Selain dari bersukan, bab pemakanan yang paling penting yang perlu di jaga.

Disebabkan tu, Fitlicious melalui singkatan perkataan FIT dan DELICIOUS mengetengahkan poke bowl yang terdiri daripada menu-menu yang bukan saja sihat dan penuh khasiat, malah menarik dari segi platting dan presentation untuk menyokong dan menggalakan rakyat Malaysia untuk terus amalkan pemakanan yang betul.

Jom kita tengok menu-menu diet yang sedap dengan poke bowl di Fitlicious ni!!
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Haaa amacam, mengancam lagi tertarik ko memang de boom kan menu-menu poke bowl di Fitlicious ni. Lengkap dengan dressing dan topping lagi. Dari rasa tak nak diet terus rasa nak diet kan? Siapa kata menu diet tu membosankan?? Kalau ada yang kata macam tu, korang cadangkan dorang cuba poke bowl di Fitlicious ni haa.

Bila datang dekat Fitlicious ni, korang boleh je rujuk menu-menu yang ada untuk order. Tapi kalau kata nak DIY menu poke bowl tu, boleh je sebenarnya. Korang hanya perlu isi borang yang disediakan tapi perlu ikut portion yang dicadangkan. Kalau kata korang seorang vegetarian pun takde masalah sebab korang boleh je ganti bahagian protein dan karbo tu kepada pelbagai jenis sayuran yang ada.
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Ana dan rakan-rakan blogger yang lain sempat lah juga buat poke bowl sendiri selepas melihat demostrasi yang diajar oleh saudara Azukii. Korang boleh tengok dekat video di bawah ni.
Menurut Azukki, satu poke bowl haruslah terdiri daripada 1 portion karbo, 1 portion protein dan 4 portion sayur dan buahan. Memang selari dengan portion pengambilan makanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan.
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Taraa...ni lah poke bowl yang Ana DIY sendiri. Maaf lah presentation memang ke laut, tapi rasa dia, sedap yak mat. Cukup rasa semua terutama bila ada kimchi yang banyak tersembunyi di lapisan bawah sayur-sayur tu.
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Oh ya sayur-sayuran dan isi ayam tu semua dah dikukus terlebih dahulu. Kecuali isi ikan salmon tu. Sedap woo makan salmon mentah-mentah. Lagipun salmon kaya dengan protein berkualiti tinggi, vitamin dan mineral (termasuk kalium, selenium dan vitamin B12) serta kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi. Memang sesuai untuk korang yang tengah amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Selain dari poke bowl, korang juga boleh dapatkan beberapa lagi produk lain yang turut dijual di sini seperti vegan peanut spread, fruit juice, homemadr potato cookies dan almond milk. Istimewanya produk-produk tersebut juga sesuai untuk mereka yang sedang diet sebab hanya menggunakan bahan-bahan yang berkhasiat dan segar.
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Poke Bowl Fitlicous Damansara
Poke Bowl Fitlicous Damansara
So pada korang yang nak cuba keenakan poke bowl Fitlicious ni, korang boleh lah ke Fitlicious Subang Jaya atau Fitlicious Uptown Damasara. Oh ya sebenarnya Fitlicious Uptown Damansara baru saja dibuka dan bersempena dengan pembukaannya, Fitlicious sedang adakan promosi beli 1 percuma 1 untuk semua jenis poke bowl pada setiap hari ISNIN HINGGA AHAD (setiap hari) sepanjang OKTOBER ni. So jangan lepaskan peluang ni  Ajak kawan-kawan dan sedara-mara makan di Fitlicious Damansara.

Poke bowl Fitlicious juga boleh available di aplikasi FoodPanda untuk kedua-dua lokasi. Bagi yang berada luar dari kawasan perkhidmatan FoodPanda, jangan sedih sebab korang masih boleh mencuba menu-menu diet yang sedap di Fitlicious ni melalui laman sesawang mereka. Selamat mencuba semua.


Fitlicious (Damansara) Sdn. Bhd.
41, Jalan SS 21/1a,
47400 Uptown Damansara,
Petaling Jaya,
Selangor.

Fitlicious Sdn. Bhd.
44G, Jalan SS15/4B, SS15,
47500 Subang Jaya,
Selangor.

** Fitlicious telah menghantar permohonan halal dan masih menunggu jawapan dari pihak JAKIM. 
** Kesemua bahan-bahan yang digunakan mempunyai sijil halal yang diperakui.


Menu Diet Membosankan? Tak Lagi Dengan Poke Bowl di Fitlicous Reviewed by Ana Suhana on October 01, 2019 Rating: 5

7 comments:

  1. Bukan senang nak cari makanan sehat skrg ni. Pilihan cuma 2: kalau tak buat sendiri, ya terpaksa makan junk food. hahahaha.. Dah ada Fitlicious tak payah lah nak susah2 buat sendiri skrg nie. :D

    ReplyDelete
  2. Sesuai la utk yg nak diet. All in one. Nmpk pun sedap.

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa kalau ada dekat. Lagi best kalau boleh sediakan semua tu sendiri! Mesti lagi jimat :3

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok semua menunya.. klau kerja dekat ofis berhampiran, memang layan makan dekat sini je la.. boleh gak kurus kannnn

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.