Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi


Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi l Assalamualaikum. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Bila kedua redha ni dah ada, InsyaAllah kebahagiaan dan kejayaan pasti jadi milik kita. Hari ni Ana nak share dengan korang semua tentang kisah Puan Ju untuk renungan kita semua.
Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi

Puan Jue atau lebih selesa dikenali dengan panggilan Ummy Ju baru berusia 39 tahun telah sudi berkongsi sedikit sebanyak kisah hidupnya dengan kita. Jom kita baca.

Aku membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup seorang ummi dalam mencari rezeki untuk membesarkan kami adik beradik.
Dalam keadaan yang payah ini lah aku membesar dan belajar banyak tentang erti INGIN BERUSAHA demi untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi. Aku tak nak tengok ummi berterusan bersusah payah membesarkan kami.
Ummi membesarkan kami hanya dengan berniaga kantin kilang. Tak senang nak jadi senang. Sebab tu dari zaman sekolah lagi aku dah mula bekerja part time untuk bantu ummi dan adik beradik.

Itu lah kisah pengorbanan seorang ibu dan kasihnya seorang anak. Melihat kepayahan ibu dalam membesarkan Puan Jue adik beradik, beliau nekad untuk membahagiakan ibunya, Puan Sharifah Rauzah,68 tahun.
Menjadikan ibunya sebagai idola
Puan Jue sangat menjadikan ibunya sebagai idola dan sumber inspirasi  dalam kehidupan mahu pun dalam perniagaan yang dijalankannya. Puan Jue meletakan ibunya dihadapan dalam apa juga yang dilakukan.

Pada tahun 2017, Puan Jue nekad untuk menghasilkan produknya sendiri iaitu SERI LADY.
Puan Jue dan Seri Lady
Ini kerana beliau berasa "bengang" mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan berisi. Disebabkan ini lah beliau berazam dan terus bersemangat untuk meneruskan perniagaannya walau banyak dugaan yang harus ditempuhi.
Puan Jue merupakan anak didik Azizan Osma (Titanium)
Berkat kesabaran dan pada masa yang sama beliau tetap tak melupakan jasa ibunya, beliau terus menjalankan perniagaan SERI LADY sehingga hari ini. Kini, SERI LADY telah mempunyai seramai 70 orang ejen jualan yang berkualiti dari serata Malaysia, Indonesia dan juga Brunei.
Bersama tulang belakang Seri Lady
Walaupun dah berjaya, Puan Jue tak pernah lupakan usaha keras ejen-ejen di bawahnya kerana bagi beliau ejen-ejen tersebut merupakan tulang belakang SERI LADY.
Bersama tulang belakang Seri Lady
Malah ejen jualan SERI LADY menjadikan Puan Jue sebagai sumber inspirasi kerana sifat beliau yang rendah diri dan semangatnya yang kuat dan tabah dalam menaikkan perniagannya.
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Puan Jue turut berpesan supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Pengorbanan mereka adalah sumber inspirasi kita untuk berjaya.
Menghadiahkan pakej umrah Ramadan 2019 buat ibunya
Dan setiap pengalaman dan kepayahan yang dilalui merupakan pelajaran yang tiada nilainya. Jangan impikan kejayaan mahupun kekayaan jika kita derhaka pada ibu bapa. 
Keluarga besar Puan Jue. Beliau anak ke-2 dari 4 beradik
Bersama suami, En Zamri dan anak-anak yang sentiasa memberi semangat 
Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY.
Ok lah tu sedikit sebanyak kisah yang Ana nak share dengan korang. Semoga ada kebaikan  dan manfaat yang kita dapat dari perkongsian Puan Jue hendaknya. Ingat, hargai ibu bapa kita selagi mereka hidup di dunia ni. Perginya mereka, maka hilang lah satu keberkatan kita di dunia ni.
Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi Reviewed by ana suhana on August 14, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Betul.. Redha ibu bapa sangat-sangat penting.. Nampak macam kecil dah mudah.. Tapi kesannya..

    ReplyDelete
  2. nak hidup dalam keberkatan berbakti la pada keluarga.. restu dan redha ibu ayah tu sangat penting..

    ReplyDelete
  3. doa seorg ibu tu mustajab kan dan buat yg masih punya ibu, jangan lupa jasa ibu

    ReplyDelete
  4. Setuju... Redha Ibu Ayah tu sangat penting. Dan juga redha suami selaku kita ni isteri yang perlu taat pada suami. LeYa sangat terinspirasi dengan kejayaan Puan Jue, founder Seri Lady ni. Semangat lebih nak berjaya juga macam beliau.

    ReplyDelete
  5. hebat profile dan semangat dia. terbaiklah!

    ReplyDelete
  6. Perkongsian kisah yg bagus ni Ana. Dari susah berusaha utk berubah.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Puan Jue.. semoga terus succes. Nak juga berjaya macam nie satu hari nanti.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Ini org panggil kejayaan dunia dan akhirat... Insya-Allah!

    ReplyDelete
  9. bgus dia,,ada semangat yang tinggi..sebb tu dia berjaya sampai ke hari ni..

    ReplyDelete
  10. Betul tu. Bila kita niat nak bahagiakan ibu memang akan berjaya dunia akhirat kan Ana

    ReplyDelete
  11. Nak berjaya kena ada semangat usaha lebih kan

    ReplyDelete
  12. Packaging produkkk cantikk pinkk hee

    ReplyDelete
  13. Berkat letakkan ibu sentiasa dihadapan....alhamdulillah

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.