Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond


Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond l Assalamualaikum. Korang tau tak salah satu punca bil elektrik naik adalah kerana aircond tidak dibersihkan. Bila aircond kotor, aircond akan bekerja keras dan guna banyak elektrik untuk sejukan bilik. So hari ni Ana nak share dengan korang Cara Mudah dan murah Untuk Bersihkan Aircond. Sejuk sikit nak duduk dalam rumah idaman korang tu bersama dengan keluarga tersayang kan. 
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond

Hari ni Ana yakin setiap rumah di Malaysia ni mesti ada at least sebiji penghawa dingin kan. Dengan cuaca panas yang boleh dikatakan tinggi menjadi punca demand untuk aircond semakin tinggi.

Tapiiiii bukan murah harga sebiji aircond tu. Rata-rata harga sebiji paling kurang RM1000. Tu belum lagi yang ada ciri-ciri khas. Boleh cecah lebih dari seribu ringgit. Huhuhu kejap. Tapi sebab keperluan kan, kena lah beli juga.

Bila dah beli memahal tu, tak kan nak pakai kejap je kan. Mesti lah kalau boleh nak pakai untuk tempoh masa yang lama dan dalam keadaan yang baik dan cekap.

Haa nak make sure supaya aircond kita tu berfungsi dengan baik, service secara rutin kena betul-betul jaga. Kalau tak mohon sediakan bajet lebih untuk kos-kos penyelenggaraan kerosakan kronik yang berlaku.

Tapi korang tau tak ada Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond?? Cara dia dengan service secara DIY. Senang je nak service aircond sendiri.  Rumah Ana, 2-2 biji aircond En Suami service sendiri. Dah jimat RM200 dekat situ. Macam mana cara dia?
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond
1.Pastikan sambungan kuasa telah diputuskan sepenuhnya.

2. Keluarkan penapis unit penghawa dingin dan cuci habuk yang melekat pada penapis

3. Sembur 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER pada sirip penyejuk secara menegak dari arah kiri ke kanan. Pastikan semburan menutupi keseluruhan permukaan sirip.

4. Biarkan agen pembersih menembusi sirip. Tunggu selama 10 minit kemudian pasang semula penapis unit

5. Hidupkan penyaman udara selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk memastikan mana-mana kotoran yang melekat keluar melalui hos saliran.

Senang gilerr kan?? Tak sampai 20 minit dah selesai semua. Lepas tu bukan selalu kena buat. 3 bulan sekali dah ok.

Menariknya bila kita guna 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER l ni, kita tak perlu nak bilas dengan air bagai. Sebabnya 3-IN-ONE® PROFESSIONAL AIR CONDITIONER CLEANER ni merupakan agen mencuci yang berasaskan air yang bertindak menguraikan gris, kotoran, kulat dan lain-lain dari gegelung penyejuk aircond kita. So aircond kita akan jadi lebih cepat sejuk dan secara tak langsung, elektrik pun tak guna banyak bila penggunaan elektrik berkurang. Suka tak?? :)

Ok lah untuk lebih banyak idea dan tip macam mana nak mempertingkatkan kualiti penyelenggaraan di rumah korang atau pun untuk tugas-tugas berat industri profesional, dengan produk yang tepat, korang boleh layari http://wd40.asia.
Cara Mudah dan Murah Untuk Bersihkan Aircond Reviewed by Ana Suhana on July 16, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Hujung bulan ni nak buat sendiri la cuci ekon bilik akak..bukan apa..kalau panggil orang servis terbang RM200, Beli WD40 ni tak sampai pun RM100 kan..bleh guna lama plak tu...

    ReplyDelete
  2. klu panggil org dtg service dah tentu rm200 terbang..lagi la umah nieyl ni ade 3 biji..pengsannnn..boleh buat sndri ni...

    ReplyDelete
  3. La mudah rupanya kalau guna benda ni ya.
    Betul tu memang melayang duit seratus dua sebab Mrs. A selalu panggil Alex je hahahaa...

    ReplyDelete
  4. owh senang betul caranya. simple je. camtu takyah panggil org lah. aircond kat rumah ni mmg dah berhabuk tebal dah rasanya, bukak lama2 rasa tersumbat hidung

    ReplyDelete
  5. Jimat dan boleh dipraktikkan bila perlu..agak-agak rasa tak ok je..boleh cepat-cepat bersihkan sendiri..

    ReplyDelete
  6. Bagus juga ni.. hari tu sebelum raya ada bersihkan aircon, tp asyik bersin je tak henti.. hadoii huhu. Boleh belilah ni nanti ni.

    ReplyDelete
  7. Agaknya kena beli ni, kesian suami bersihkan aircond berhabuk je..

    ReplyDelete
  8. Agaknya kena beli ni, kesian suami bersihkan aircond berhabuk je..

    ReplyDelete
  9. I need to learn this. Always hire people to service only

    ReplyDelete
  10. yeahh jenama yg dipercayai dan patut ada kat setiap umah...

    ReplyDelete
  11. Bagus ada produk macam nie kan boleh buat sendiri kat rumah, jimat dah..

    ReplyDelete
  12. Betul tu Kak Ana. Panggil orang servis memang mahal.

    Boleh lah Ruby pergi cari WD40 lepas ni. Servis sendiri lagi jimat :)

    Tq sharing.

    ReplyDelete
  13. Oh mudah juga rupanya ek nak bersihkan.. Uma kita ni sllu pggl org servis skli bersihkn.. Sbb xtau..hahaha

    ReplyDelete
  14. Wah, nampak senang je... Kalau tak bersihkan tak rasa sejuk pula kan dah bazir electric

    ReplyDelete
  15. Husband pun try cuci sendiri aircond. Senang je rupanya. Nanti boleh try brand ni pula

    ReplyDelete
  16. Menarik info ni. Boleh la share dekat family yang ada guna aircond.. Jimat dah duit selenggara..

    ReplyDelete
  17. Boleh cuba ni nanti.. Dekat rumah husniey pun baru pasang. Hahaa tak tahan panas malam hari 😌

    ReplyDelete
  18. Kena la jaga kalau nak tahan lama kan. thanks sharing info

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.