Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak


Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak l Assalamualaikum. Baru-baru ni Dutch Lady telah menjalankan kajian dan mendapati 87% ibu bapa di Malaysia bukan saja mahukan anak-anak mereka bijak dalam akademik tapi memiliki nilai-nilai yang murni juga. Sebab tu Dutch Lady yang merupakan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak No. 1 di Malaysia mengandungi DHA2 paling tinggi yang Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Dalam tinjauan tersebut menunjukkan daripada 400 ibu bapa di Malaysia yang terlibat, seramai 370 daripada mereka memilih untuk membesarkan anak-anak yang memiliki kebijaksanaan dalam akademik dan nilai murni yang baik.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Menurut Cheryl Ann Fernando, seorang pakar pendidik yang juga Pengarah Global School Malaysia, kanak-kanak yang bijak ialah mereka yang mempunyai keputusan yang baik di sekolah serta  memahami dan mengamalkan ajaran nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh tentang cerita bagaimana kucing suka makan ikan. Bagi seorang kanak-kanak yang baik dalam akedemik, mereka akan tahu yang ikan adalah makan kesukaan seekor kucing. Tapi kanak-kanak bijak dalam keduanya ialah mereka yang boleh bertindak dengan memberi sisa ikan atau ikan kepada kucing. Ini menunjukkan salah satu contoh penerapan nilai-nilai murni pembelajaran yang diamalkan dalam kehidupan mereka.

Menarik lagi tentang tinjauan yang dibuat menunjukkan kira-kira 8% daripada ibu bapa memilih untuk membesarkan anak-anak mereka dengan nilai murni saja. Adakah ini bermakna mereka kurang mengambil berat tentang prestasi anak-anak mereka di sekolah??

Menurut Dr Yong Junina - pakar perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik, memiliki nilai murni hanya bukan sekadar kita bercakap tentang kebaikan malah ianya juga bermaksud berbuat baik kepada manusia lain, haiwan, atau hanya dengan melakukan kebaikan (di dunia) pada amnya melalui teladan yang ditunjukkan pada mereka. Kesannya kanak-kanak yang bijak ini lebih mudah dididik kerana dia memahami nilai-nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran di Dutch Lady Malaysia menyatakan, interaksi berterusan di antara ibu bapa dan Dutch Lady Malaysia membolehkan mereka memahami aspirasi ibu bapa Malaysia yang inginkan anak yang bijak dan pada masa yang sama mempunyai nilai-nilai yang murni seperti bersikap baik, bersedia membantu orang lain dan menjadi seorang dewasa yang dapat menyumbang kepada masyarakat.

Ashlee seterusnya menambah bahawa 60% daripada otak manusia terdiri daripada lemak, dan DHA, atau asid docosahexaenoic3, dimana ianya merupakan antara lemak yang paling utama dalam otak. Dan fasa perkembangan kanak-kanak di antara umur 1 hingga 3 tahun sangat penting kerana otak mereka berkembang dengan pesat pada tempoh tersebut.

Dalam menyokong perkembangan otak kanak-kanak, antara nutrien yang sangat penting ialah DHA. Sebab tu susu tepung kanak-kanak Dutch Lady yang dirumus untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan ke atas mengandungi 5X DHA4 untuk menyokong perkembangan anak-anak Malaysia dan  seterusnya merealisasikan aspirasi ibu bapa mereka untuk membesarkan anak-anak yang bijak.


Pada bulan Mac dan April tahun ni, Dutch Lady menjemput semua keluarga Malaysia untuk penyertai Smart Adventurer / Pengembara Bijak secara PERCUMA. Menariknya nSmart Adventurer / Pengembara Bijak ni diinspirasikan dari cerita animasi popular kanak-kanak - Upin & Ipin yang banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam cerita-cerita pengembaraan mereka.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Dalam Smart Adventurer / Pengembara Bijak ni banyak cabaran atau aktiviti yang menyeronokkan disediakan seperti maze pagar sesat yang membolehkan kanak-kanak belajar menyelesaikan masalah dan kemahiran kerja berpasukan bersama dengan ibu bapa, adik beradik atau rakan sebaya. 
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Sambil-sambil anak-anak tengah berseronok mengambil bahagian  dalam cabaran tu, para ibu bapa boleh lah mengambil peluang untuk memahami dengan lebih lanjut lagi tentang rangkaian susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady dengan 5X DHA4 yang disertakan dengan hadiah koleksi Upin & Ipin yang menarik seperti pinggan, bekas air, dan set jag serta gelas.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak
Untuk maklumat tentang lokasi dan tarikh, butiran hadiah dengan pembelian, sila layari www.smartmoments.com.my.
Dutch Lady Menyokong Perkembangan Otak Kanak-kanak Reviewed by Ana Suhana on April 18, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. dutch lady memang feveret kami sekeluarga. anak2 dari kecik sampai sekarang dan saya sendiri masih minum susu tepung dutch lady ^_^

    ReplyDelete
  2. Aktiviti bersama keluarga yang dianjurkan Dutch Lady memang bagus. Selain mengeratkan silaturrahim, ia juga bertujuan meningkatkan daya imaginasi anak-anak lebih lagi. Susu Dutch Lady ni pun sedap rasanya..

    ReplyDelete
  3. wahhh meriahnya kak ana! nak kena p tengok jugaklah siamang tunggal ni nti hehe

    ReplyDelete
  4. Salah satu susu pilihan Kak Sue sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. Dulu kecik2 selalu minun dutch lady juga. Sekarang jarang dh beli susu. Hehe

    ReplyDelete
  6. dutch lady antara susu yg paling suka minum.. mesti ada stok kat rumah..

    ReplyDelete
  7. anak2 abam kie semuanya minum susu dutch lady je. biarpun murah drp jenama2 lain namun khasiatnya banyak! berbaloi2!

    ReplyDelete
  8. susu legend... rasanya ramai yg membesar dgn minum susu ni..

    ReplyDelete
  9. bukan saja budak2 suka dutch lady.. busyra pun suka.. sedap sngt

    ReplyDelete
  10. Dutch lady mmg sedap.. mmg salah satu yg mesti ada kat rumah smpi skrng :)

    ReplyDelete
  11. dutch lady jenama dekat dengan pengguna.. harga mampu milik dengan khasiat yang ada,,

    ReplyDelete
  12. mmg susu favorite sekeluarga..yang tak pernah tak ada stok kat rumah..

    ReplyDelete
  13. susu ni mmeg sedap..wah menarik event dia

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.