Lindungi Kulit Dari Sinar UV Dengan Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30


Lindungi Kulit Dari Sinar UV Dengan Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 l Assalamualaikum. Panasnya lah kan Malaysia sekarang ni. Kalau keluar jemur kain waktu pagi pun dah terasa bahang dia. Cepat nau berpeluh di buatnya. Ni kalau make up mau cepat cair di buatnya. Musim panas ni kita kena sentiasa minum air yang banyak supaya kulit kekal sihat. Lepas tu kena Lindungi Kulit Dari Sinar UV. Macam Ana, Ana pakai Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30.
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Lindungi Kulit Dari Sinar UV Dengan Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30

Seperti yang kita tahu, sinar matahari atau sinar UV sangat bahaya untuk kulit kita especially pada korang yang perlu untuk sentiasa berada di luar. Kalau tak dilindungi sebaiknya, kulit atau epidermis akan cepat rosak dan boleh juga menyebabkan kanser kulit. Sebab tu penggunaan sunscreen yang baik sangat penting untuk menghalang sinaran bahaya tersebut menembusi ke dalam kulit di bahagian yang terdedah.

Sunscreen dengan SPF!! Korang perasan tak bila kita beli satu-satu sunscreen tu mesti ada perkataan SPF. Apa maksud SPF tu? SPF bermaksud Sun Protection Factor di mana ianya adalah ukuran relatif berapa lama sesebuah sunscreen (pelindung matahari) itu dapat melindungi kulit korang dari sinar UV. Dan setiap SPF ada nombor di belakangnya.
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Macam Murad Invisiblur Perfecting Shield ianya mempunyai SPF 30, SPF yang paling biasa digunakan untuk semua jenis kulit. SPF 30 ni berfungsi menghalang hampir 97% sinar UV dari kulit korang. Dan perbezaan SPF 50 dengan SPF 30 hanya 1% halangan sinar UV saja. So SPF 30 pun dah cukup baik untuk melindungi kulit korang.

Cakap tentang jenama Murad ni, ianya merupakan salah satu jenama yang Ana percaya. Sebabnya since last 2 months Ana consistent pakai one of the Murad's best seller product iaitu Murad Dew A Little Travel and Ana memang nampak lah kesannya dekat kulit Ana which is wrinkle Ana less visible sekarang ni. Maintain awet muda orang kata. Siapa tak happy kan? That's why Ana decide untuk cuba produk ni pula.

So apa kelebihan Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30  ni?

1. SPF 30 Dengan  Perlindungan 100% Tanpa Capuk
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Ada sesetengah sunscreen bila pakai akan buat muka kita nampak bercapuk atau orang kata nampak lah lapisan putih yang ketara dekat muka kita. Tapi dengan Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 ni, korang tak perlu risau sebab muka korang akan nampak natural bila apply sunscreen yang bertekstur gel tanpa warna ni.  Dan SPF 30 yang ada melindungi kulit korang dengan sepenuhnya dari sinar UVA / UVB.

2. Primer Untuk Solekan Kekal 12 Jam

Salah satu fungsi utama Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 ni ialah ianya boleh digunakan sebagai primer atau base make up di mana dengan Soft-Focus Complex yang diformulasi dengan Mushroom Peptides mampu bertindak melicinkan kulit dan juga menutup sebarang cela serta meningkatkan tona dan tekstur yang ideal untuk solekan dan kekal sehingga 12 jam. Lama kan?

3. Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan

Part ni yang paling Ana suka. Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan 71% pengguna bersetuju garis halus dan kedutan di wajah mereka semakin berkurang. Ini kerana Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 berfungsi memulihkan keanjalan dan daya ketahanan kulit agar kelihatan muda.

Selain dari tu Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 juga berfungsi meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan agar kekal sihat dan berseri.

4. Mengecilkan Pori Besar

Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 juga mampu membantu mengurangkan penampilan liang atau pori besar di wajah sebanyak 30% dengan penggunaan yang tetap dan ujian klinikal juga menunjukkan 94% pengguna bersetuju yang tekstur kulit wajah mereka kini lebih lembut dan sekata.

5. Formulasi Tanpa Paraben Untuk Semua Jenis Kulit

Antara bahan utama yang diguna di dalam Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 ini ialah Mushroom Peptides, ekstrak barli, bunga matahari dan juga timun.
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30
Selain dari tu, Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 diformulasi tanpa paraben, sulfates, phthalates, gluten dan juga bahan dari haiwan. So ianya selamat untuk diguna setiap hari dan sesuai untuk semua jenis kulit (normal / berminyak / kombinasi  / kering).

** Senarai penuh kandungan bahan :
Isododecane, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Caprylyl Methicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Phenyl Trimethicone, Diethylhexyl 2,6-Naphthalate, Propylene Glycol Dicaprate, Hydrogenated Soybean Oil, Hydrogenated Soy Polyglycerides, C15-23 Alkane, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Cake, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Extract, Octyldodecanol, Octyldodecyl Oleate, PEG -8 Dimethicone, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Alcohol, Hordeum Vulgare (Barley) Extract, Butylene Glycol, Lentinus Edodes (Shiitake Mushroom) Extract, Mucor Miehei Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Silica, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Solidago Virgaurea (Goldenrod) Extract, Benzyl Benzoate, Citral, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonene, Linalool, Fragrance (Parfum)

Nak guna Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 ni senang je. Lepas cuci muka korang pam sikit Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 ni tapak tangan dan urut ke muka, leher dan dada. Teksturnya yang ringat dan tidak berminyak akan mudah meresap ke dalam kulit. Korang boleh lihat perbezaan seawal 3 hari tau tapi bergantung pada jenis dan kondisi kulit korang lah.

Pada yang nak beli atau pun nak ingin maklumat lanjut tentang Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 ni korang boleh layari https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30 pada harga RM328. Mahal tapi berbaloi dan tahan lama :)



Lindungi Kulit Dari Sinar UV Dengan Murad Invisiblur Perfecting Shield SPF 30 Reviewed by Ana Suhana on March 14, 2019 Rating: 5

25 comments:

  1. Mesti ramai lelaki yang iri hati dengan Murad ni. Menjadi sebutan dan rebutan wanita.
    Nak singgahlah laman webnya. Terima kasih kak perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Sinar UV matahari memang akan merosakkan tona kulit kita. Sebagai seorang wanita yang juga sememangnya menjaga penampilan, pasti LeYa akan menggunakan sunscreen utk penjagaan kulit sempurna. Tetapi setelah membaca review dari Kak Ana ni, baru tahu tentang keberkesanan produk Murad ni dan ada rasa nak mencubanya nanti. Thanks berkongsi pengalaman yang best.hee..

    ReplyDelete
  3. tak aci ni...dia dah cantiknakcantik lagi...hihihi tapi mmg dr murad brand penjagaan kulit yang dah lama dipasaran..maknanya bagus dan berkesan

    ReplyDelete
  4. Mimi suka pakai ni Ana. Sebelum mekap sapu ni kat muka Mekap memang tahan lama dan flawless

    ReplyDelete
  5. Mesti best guna Murad ni kan..dah lama aim beliau ni..

    ReplyDelete
  6. Bagusnyaa produk ni Ana.. 😍 Semua fungsi tu penting untuk kulit kita

    ReplyDelete
  7. Bagus produk ni. Kiranya macam 2 dalam 1 - merawat sambil menampilkan kecantikan

    ReplyDelete
  8. TB suka effect dia yang boleh mengecilkan liang pori besar tu.. sebab TB pun ada liang pori besar.. namapk tak smooth je kulit kalau zoom.. hehehee

    ReplyDelete
  9. Rawlins suka saiznya yang mudah bawa ke mana jua tapi bila tengok harga, nak je sebut mahal. Tapi berbaloi dengan fungsinya yang pelbagai untuk kesihatan dan juga kecantikan. Macam teringin gak nak try nie.

    ReplyDelete
  10. Actually murad ni mmg trusted brand yang dah lama wujud jadi semua produk dia best2 heheh..tapi tertarik la dgn primer tu

    ReplyDelete
  11. Yes, produk Dr Murad nie mmg bagus dan ramai yg pakai. Banyak yg bagi review yg positif. Packaging Dr murad selalunya mmg travel friendly dan comel je. Senang nak bawa ke mana2. Teringin nak cuba lah

    ReplyDelete
  12. ramai ckp bagus... tergoda kita nk try tau :D

    ReplyDelete
  13. Heyy ramai jugak rupanya pengguna jenama murad ni. Emi sendiri pernah ada kenalan yg pakai skincare jenama murad. memang improved la kulit dia..

    ReplyDelete
  14. Dah pakai juga dekat 2 wks. Last week pi function orang amek gambar semua beritahu flawless kulit akk hehehe. Make up tak capuk, nampak natural

    ReplyDelete
  15. Biasa dengar jugak Brand Murad ni, tapi hakak pakai brand biasa biasa je Ana, nasiblah kulit muka hakak ni jenis tak memilih hihi

    ReplyDelete
  16. Sinaran UV memang bahaya untk kulit. Terbaik ada produk Murad ni

    ReplyDelete
  17. Bagus produk ni. Nak nak. Musim panas skang ni. Memang nak kena cuba beli n pakai ni. Mana tau serasi kan.

    ReplyDelete
  18. kalo krim o serum tu x melekit kita suka. apply terus serap memang kita suka sangat la. ada je yang jenis x meresap adoiyai seksa..

    ReplyDelete
  19. Murad ni mmg jenama yg dipercayai. Produk yg mmg terbukti berkesan dan bnyk testimoni yg bagus.

    ReplyDelete
  20. Best guna product murad night, kak pun pernah pakai and pg buat facial kat Murad

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.