Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan
Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan | Assalamualaikum. Semalam akhirnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai jemaah kabinet terasnya. Dan senarai itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V untuk mendapat perkenan Baginda.
Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan
Sejak PH menerajui negara minggu lepas, senarai Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan adalah yang paling di nanti-nanti. Ini kerana sejak seminggu ini hanya beberapa nama sahaja diumumkan untuk berada di dalam kabinet tertinggi baru kerajaan.
Menerusi pengumuman semalam, terdapat 13 kementerian diwujudkan yang bakal disandang oleh wakil-wakil Parlimen daripada parti-parti yang berada di bawah Pakatan Harapan termasuklah Menteri Besar kesayangan rakyat Selangor; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Dan akan datang akan ada lagi beberapa kementerian akan diwujudkan untuk mengukuhkan jemaah kabinet.
Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan ini di jadualkan akan mengangkat sumpah pada hari Isnin bersamaan 21 Mei 2018 pada pukul 11.30 pagi di Istana Negara.
PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
MENTERI DALAM NEGERI
Tan Sri Muhyiddin Yassin
MENTERI PENDIDIKAN
Dr Maszlee Malik
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Rina Harun
MENTERI WANITA & PEMBANGUNAN NEGARA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
MENTERI HAL EHWAL NEGERI
Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
MENTERI PERUMAHAN &KERAJAAN TEMPATAN
Datuk Zuraida Kamaruddin
MENTERI KEWANGAN
Lim Guan Eng
MENTERI PENGANGKUTAN
Anthony Loke Siew Fook
MENTERI KOMUNIKASI & MULTIMEDIA
Gobind Singh Deo
MENTERI TENAGA MANUSIA
M Kulasegaran
MENTERI PERTAHANAN
Mohamad Sabu
MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI
Salahuddin Ayub
MENTERI KESIHATAN
Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan
Reviewed by Ana Suhana
on
May 19, 2018
Rating:

Thanks a lot for sharing this kak Ana ^^ Budak form 6 kena banyak ambik tau pasal ni >_<
ReplyDeleteHarap ada pembaharuan Malaysia Baharu nie kan Ana.. 😉
ReplyDeleteSalahuddin Ayub tu orang kampung akak tu.
ReplyDeleteteringat zaman dia bawak motor scrambler.
I truly hope they would prove that they're the best selection for a better nation... huhu..
ReplyDeletesemoga mereka dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya
ReplyDeletementeri kesihatan tu ..fil pd kwn akak..
ReplyDeletetak sabar tengok senarai penuh kabinet nanti
ReplyDeleteMenteri pendidikan. Lecterur uia. Semoga yang dilantik dpt mnjlnkan tugas dan tanggungjawab dengan jujur da saksama
ReplyDelete