Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap? - Ana Suhana

Sep 3, 2019

Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap?


Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap? l Assalamualaikum. Lately ni kemain meriah iklan dekat tv dok promote 2 menu terbaru McD dsan KFC ni. Actually tak lah baru mana sebab dah pernah ada dulu kan. Sebab terpengaruh + craving + saja nak cuba, so Ana order lah 2 menu ni. So Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down? Mana Yang Sedap?

Sebelum ni kalau terasa nak makan KFC, Ana kena pergi beli sendiri dekat outlet di stadium Selayang tu sebab katanya delivery tak masuk kat kawasan Ana. Padahal sebelah taman je pun. Nasib baik McD cover delivery ke sini so ada lah pilihan juga bebila rasa teringin nak makan fast food ni kan.

Thanks to Food Panda. Sekarang baik KFC atau McD, dua-dua dah masuk area rumah Ana. Rasa heaven kejap sebab dah ada banyak pilihan makanan yang boleh order dari rumah. Ada makanan Melayu, western, utara, timur, India dan banyak lagi. Pilih je mana yang terasa nak makan. 

Baca juga : Ayam Goreng Macho RM1

Berbalik pada tajuk cerita hari ni, last weekend tetiba Syafi kata nak makan ayam kepci. Ana ok je lah. Tapi En Suami pulak kata nak cuba Nasi Lemak Mekdi. Ahhh sudah. Pikir punya pikir we all decide, hari Jumaat order KFC Syafi, esoknya hari Sabtu order McD daddy Syafi. Ana on je sebab tak yah nak pening masak makan malam. Hehe. Untung kan?

Alang-alang dah order KFC, Ana order lah sekali KFC Zinger Double Down tu. Nak lah try sedap ke tidak kan. Selalu makan burger Zinger tu je.
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Untuk KFC Zinger Double Down ni, dia terdiri daripada 2 kepingan isi ayam aka zinger fillet, chicken strip dan kepingan keju serta di limpahi dengan sos keju dan mayonis. Untuk orang yang suka makan isi ayam, korang boleh cuba menu ni. Semata-mata isi ayam.
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nampak macam kecik kan tapi kembang tekak juga lah nak perabiskan KFC Zinger Double Down ni. Memang betul-betul dia down kan Ana. Haha. Personally, Ana rasa burger Zinger much better dari yang ni. Sebabnya kepingan Zinger untuk KFC Zinger Double Down tu terlalu berminyak, bila makan dengan keju dan sos keju, rasa muak tu jadi berganda. Mungkin kalau ada salad atau sayur dalam tu lagi ok sebab boleh buang rasa muak tu sekurangnya. En Suami pun berpendapat yang sama macam Ana. Nak repeat order? Rasanya tak dah kot. Better order burger Zinger je.
.
.
.
.
.
Keesokan malamnya kitorang order McD lak. En Suami sure lah nak Nasi Lemak McD. Ana macam was was nak order sebab penah order dulu dan rasa dia tak menepati selera Ana. So Ana order bubur ayam McD je. Syafi dia dah kenyang makan nasi. So nak aiskrim Oreo je. Ok fine.

Memandangkan nasi lemak McD ni dia ketak dalam bekas bubur (ikut cawangan rasanya sebab ada yang letak dalam kotak ayam goreng kan), so Ana kena lah salin nasi lemak McD tu ke atas pinggan (gambar takde sebab presentation tak cantik. Hehe). Masa buka bekas tu, perghh kemain sedap bau lemak santan dia. Dah tergugat selera dah masa ni. Haha. Tapi buat buat cool tak nak nampak macam menyesal tak order kan. Ye lah sebab tu baru bau belum rasa. Kot masih tak kena dengan selera Ana kan. Tapi presentation untuk nasi lemak tu memang complete dengan sambal, ikan bilis, telur mata, timun dan 2 ketul ayam goreng McD.
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Nasi Lemak McD atau KFC Zinger Double Down?
Macam biasa bila share dengan Syafi memang "menyakitkan hati". Memula masa tanya Bila Ana tengok En Suami makan, menampakkan lagi kesedapan nasi lemak McD tu. Aish tak leh jadi. Nak lah try sesudu dua. Ana amik lah sikit nasi, ikan bilis dan sambal. Bila dah masuk mulut, rasa menyesal tu datang berganda. Haha. Apa hal rasa sedap pula nasi lemak McD kali ni. Kuang ajar betul. Ikan bilis tu kemain rangup. Sambal pulak tak pedas sangat. Kena sangat dengan rasa lemak nasi tu. Cuma ada rasa halia yang agak kuat but still pada Ana, sedap. Hurmmmmmm nyesal sekejap.

Selang 2 hari lepas rasa nyesal tu, guess what, Ana pulak order Nasi Lemak McD tu. Haha. Konon nak share dengan En Suami sekali habis makan sorang je. Ngeeee. Diet? Persetankan. Hahaha. Lepas tu nyesal kuasa dua sebab makan banyak. Aishh pening lah orang perempuan ni kan.

Haaa korang yang baca ni, dah cuba ke KFC Zinger Double Down dan Nasi Lemak McD ni? Mana satu yang korang suka? Kot ada yang sama pendapat dengan Ana kan. Kalau tak sama takpe. Rasa sedap setiap orang tu kan subjektif. Apa ada hal. Ngeeeee.



13 comments:

  1. Camni kena pergi try nasi lemak McD ni

    ReplyDelete
  2. dedua belum try. kfc agak mudah la nak beli di pekan kampung ni. tapi mekdi tu kena pi ke bandar besar, memang dak la. huhuhu

    ReplyDelete
  3. dua-dua belum cuba..tapi yang nasi lemak tu en suami ada bersuara juga..ada chance ni..kikiki.

    ReplyDelete
  4. Teringat dulu2 KFC ada juga nasi lemak, itulah menu pertama arwah tok wan makan di KFC. Arwah susah sikit nak makan fastfood ni...

    ReplyDelete
  5. long prefer nasi lemak makcik tepi jalan lg murah pastu sedap plak... hahaha

    ReplyDelete
  6. dua2 belum pernah cuba lagi setakat ni hehe

    ReplyDelete
  7. liez tak rasa lagi dua-dua ni.. memang nak cuba tapi tak tahu bila.. tapi mmg nak cuba juga

    ReplyDelete
  8. Alamak, belum cuba lagi dua-dua ni. kena rasa dulu baru boleh komen tentang rasa tu :)

    ReplyDelete
  9. Kak Sue belum rasa lagi dedua.. nanti nak try lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Dua dua belum sempat rasa lagi, nasi lemak tu memang ramai orang cakap sedap kan kak Ana. Nak try jugak nanti.

    ReplyDelete
  11. zinger burger is my feveret. tp ZDD ni belum cuba lagi. terasa seram pula nk cuba bila review ana macm tu..haha
    tp tetap kena cuba juga sekali :-)

    ReplyDelete
  12. Dah dua makan Zinger Double Doen.. Sedap

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤