Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah


Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah l Assalamualaikum. Kan best kalau ada satu produk yang boleh bantu kita membersih dan melembapkan kulit wajah dan badan pada masa yang sama. Tak perlu nak guna dua tiga produk yang lain - Pernah tak korang terfikir macam ni? Haaa kalau ada ni Ana nak share dengan korang satu berita baik di mana sekarang ni dah ada Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah di pasaran. Khas untuk korang yang nak rutin penjagaan diri yang ringkas dan jimat.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah

Memahami yang kebanyakan wanita hari ni mempunyai jadual harian yang padat, jenama penjagaan diri yang popular di Malaysia telah memperkenalkan revolusi terbaru mereka iaitu Shokubutsu Mochi Hada. Haa kalau korang nak tau Mochi Hada bermaksud kulit berseri lembut dan licin umpama Mochi di dalam bahasa Jepun.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah ni bertindak dengan melembap keseluruhan badan dan membersih secara efektif dalam menanggalkan bendasing seperti solekan ringan, kotoran, krim siang dan pencemaran alam sekitar semasa mandi.

Setuju tak kalau Ana kata kita lebih banyak fokus atau meluangkan lebih masa menjaga kecantikan kulit wajah berbanding 90% kulit di bahagian lain? Selalunya kita akan guna pelbagai produk kecantikan untuk pastikan yang kulit wajah kita cantik dan kekal awet muda. Tapi kalau korang nak tau, tindakan kita tu salah tau sebab kesan dari pengabaian tu, proses penuaan di bahagian badan berlaku dengan sangat cepat. Nanti muka je nampak muda tapi kulit badan tua dari usia sebenar. Nak ke macam tu?

Kalau Ana, for sure Ana tak nak. Mujur Ana diperkenalkan dengan Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah di majlis pelancaran Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower dan Face & Body Shower Oil di Sunway Pyramid Sabtu lepas. Majlis ni merupakan kerjasama Watsons Malaysia dan dihadiri oleh duta Shokubutso Mochi Hada iaitu Natalie Tong, seorang pelakon terkenal Hong Kong.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Menurut Natalie, dengan jadual kerjanya yang padat, beliau tak mempunyai masa yang banyak. Jadi dengan menggunakan Shokubutsu Mochi Hada dalam rutin kebersihan beliau, beliau bukan saja dapat jimatkan masa mandi malah dalam masa yang sama beliau dapat mengekalkan kulit badan dan wajah yang lembap secara efektif. Dalam masa 2 minggu saja, Natalie dah nampak perubahan yang positif ke atas kulit badan dan wajah beliau. Tapi serius bila tengok depan-depan, kemain cantik kulit Natalie ni tau. Punyalah bersih, licin dan nampak muda sangat. Jeles i!!! Haha.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
So bila Ana dah tau kelebihan Shokubutsu Mochi Hada ni, Ana rasa why not Ana share dengan korang semua kan. Biar kita semua sama-sama cantik dan awet muda. Sharing is caring!!! Jom kita tengok kenapa Shokubutsu Mochi Hada patut menjadi pilihan wanita-wanita di Malaysia

1. Mempunyai Teknologi Moisture-Lock Jepun

Shokubutsu Mochi Hada 'dilahirkan' dengan Teknologi Moisture-Lock Jepun di mana teknologi ni merupakan satu formulasi mandian cemerlang daripada  LION Corporation Japan yang bertindak memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit. Dengan ini, molekul-molekul air akan terkunci di dalam kulit dan sekaligus mengekalkan hidrasi kulit di wajah dan badan dengan efisien.

2. Menggunakan Ramuan Asli Jepun

Antara keistimewaan yang Ana suka tentang produk Shokubutsu ialah hanya bahan-bahan yang selamat dan semulajadi saja digunakan untuk menghasilkan produk mereka. Untuk Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower dan Face & Body Shower Oil ni, ianya diformulasi dengan Teknologi Moisture-Lock yang menggabungkan secara aktif Minyak Tsubaki, Ekstrak Tapai Beras dan Minyak Bran Beras.

Minyak Tsubaki ( Minyak Bunga Camelia Jepun)
Kalau korang nak tau, Minyak Tsubaki merupakan rahsia kecantikan para Geisha sejak dulu lagi. Ia memberi khasiat dan melindungi kulit wajah secara tradisional, mudah diserap, hipoalergenik dan bukan komedogenik. Selain tu Minyak Tsubaki juga berfungsi sebagai anti penuaan, melembut dan melembapkan kulit dengan mendalam hasil kombinasi kebaikan antioksidan, asid lemak dan vitamin E.

Ekstrak Tapai Beras
Ekstrak Tapai Beras merupakan air beras yang diproses secara penapaian. Ianya kaya dengan antioksidan dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan serta 

Minyak Bran Beras
Satu lagi rahsia anti penuaan di Jepun yang membantu kulit wajah nampak lebih anjal dan tegang selain dari mengekalkan kelembapan. Minyak Bran Beras kaya dengan vitamin dan zat-zat galian yang berfungsi menjadikan kulit lebih cerah, lembut, sihat dan licin. 

3. Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Pada korang yang mempunyai kulit sensitif, jangan risau sebab Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower dan Face & Body Shower Oil telah diuji secara dermatologikal dan lulus ujian kepedihan (stinging tested) yang terbukti lembut untuk digunakan ke atas kulit termasuk kulit wajah tanpa menyebabkan kerengsaan dan keradangan. Ianya juga bersifat bukan komedogenik yang tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

4. Kulit Lebih Licin, Lembut dan Cantik

Macam Ana cakap tadi yang Ana jeles tengok kulit Natalie hari tu. Cantik sangat. Tapiiiiii mesti korang kata ala kulit pelakon mesti lah sedia cantik. Sebab tu dia dijadikan duta. Haaaa meh sini Ana nak bagitau. Selain dari menjalani ujian dermatologikal dan ujian bukan komedogenik, Shokubutsu juga telah menjalani ujian penggunaan di rumah yang melibatkan 450 orang wanita. Hasilnya 80% mengatakan yang kulit mereka lebih licin, lembut dan berseri dalam masa 2 minggu penggunaan tau.  Dan mereka berpuas hati dengan perubahan positif yang dialami.

5. Harga Yang Berpatutan

Pada yang tertanya-tanya tentang harga Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower dan Face & Body Shower Oil ni jangan risau sebab harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu bermula dari RM19 sahaja. Berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan di atas tadi.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Produk Shokubutsu Mochi Hada terdapat dalam 3 variasi iaitu Shokubutsu Mochi Hada Shower Oil, Shower Lotion : Glow Radiance & Shower Lotion : Ultra Moisture dan boleh didapati secara eksklusif di rangkaian-rangkaian Watsons, secara dalam talian, di pasaraya-pasaraya utama dan juga stor e-dagang. Terdapat 2 saiz yang korang boleh beli iaitu saiz botol (525ml) dan saiz pek isian semula (450ml).
.
.
.
.
.
Ehem ehem. Mohon jangan jeles sebab Ana dah ada set lengkap Shokubutsu Mochi Hada ni. Siap dapat beg eksklusif, face roller massager dan baju kimono lagi. Berbunga bunga cinta hati i olls ni. Tak sabar nak dapatkan kulit cantik, lembut dan licin macam Natalie tu.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Sebagai seorang pengguna tegar Shokubutsu sebelum ni, Ana puas hati sangat dengan Shokubutsu Mochi Hada ni walau baru beberapa hari guna.
Shokubutsu Mochi Hada
So far bila Ana pakai dekat muka memang takde kesan rengsa atau tegang pada kulit Ana. Bau dia jangan cakap lah, memang wangi gilerrr. Serius!!! Macam bau minyak wangi pun ada. Tahan lama pula tu dekat kulit kita. Lagi-lagi kalau duduk dalam aircond. Tekstur shower pula tidak terlalu pekat dan lembut. Pakai sikit je dah cukup. Boleh tahan lama kalau pakai 2x sehari.
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Shokubutsu Mochi Hada
Eh Ana ada berita gembira nak bagitau korang ni. Korang nak tak memenangi kit mandian Shokubutsu Mochi Hada ni secara percuma? Kalau nak apa kata korang join kempen emochi dengan memuat naik gambar emochi atau gambar wajah 'smiley' di mana-mana bahagian badan korang ke media sosial beserta #LoveYourFaceLoveYourBody dalam bulan Ogos dan September ni. Kempen ni bertujuan untuk mengingatkan kaum wanita agar tak mengabaikan 90% bahagian lain kulit badan mereka yang sama penting seperti penjagaan kulit wajah.

Untuk maklumat lanjut tentang Shokubutsu Mochi Hada atau produk-produk lain di bawah jenama Shokubutsu, korang boleh layari http://shokubutsu.com.my/. Pelbagai info korang boleh dapat dekat sana. So selamat mencantikkan diri dengan Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah.
Shokubutsu Mochi Hada Pembersih Wajah dan Badan Dalam Satu Langkah Reviewed by Ana Suhana on August 07, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. Wow senanglah kan dua-dua sekali boleh. Badan boleh, muka pun boleh 😁

    ReplyDelete
  2. sejak dulu lagi sukakan sabun shokubutsu. dengan ada 2 dalam 1 ini lagi menarik

    ReplyDelete
  3. Suka tgk org2 jepun ni.. Kulit diorang lawa2 je kan.. Nanti boleh la cari produk baru ni

    ReplyDelete
  4. Kita kdg mmg guna shokubutsu ni..bau dia sedap..wah nak cari yang baru la..mesti lagi wangi..wah untung dapat kimono, beg semua tu

    ReplyDelete
  5. Macam menarik ja Ana.. nanti Kak Sue nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
  6. TB suka jugak bauan dari mandian dari produk shokubutsu.. wangi dan menyegarkan badan lepas mandi

    ReplyDelete
  7. Wah.. bestnya.. boleh cuci muka sekali.. nak cubalah nanti..

    ReplyDelete
  8. Macam bagus this new shower gel, nanti i nak try juga

    ReplyDelete
  9. Bagus la..sekali untuk muka dan badan..kena carik ni...

    ReplyDelete
  10. Selalu juga dngr brand ni tapi tak pernah try lagi. Baunya sedap tak

    ReplyDelete
  11. akak pernah guna brand ni..long time ago tapi sejak anak2 dh besar diaorg punya citarasa berubah...mcm kena guna balik ni sbb 2 dalam 1 kan

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.