Kelebihan Luar Biasa Puasa Tarwiyyah dan Puasa Arafah - Ana Suhana

Aug 9, 2019

Kelebihan Luar Biasa Puasa Tarwiyyah dan Puasa Arafah


Kelebihan Luar Biasa Puasa Tarwiyyah dan Puasa Arafah l Assalamualaikum dan salam Jumaat. Hari ni merupakan 8 Zulhijjah manakala esok dah masuk hari Arafah. Hari ni dan esok ada ibadah yang SANGAT LUAR BIASA jika kita mengerjakannya iaitu ibadan puasa sunat Tarwiyyah dan puasa sunat Arafah.
Kelebihan Luar Biasa Puasa Tarwiyyah dan Puasa Arafah

Untuk pengetahun korang, puasa sunah Tarwiyah dan Arafah adalah salah satu sunah yang sangat dianjurkan bagi umat muslim di seluruh dunia. Ini bertujuan supaya kita dapat merasai nikmat seperti mereka yang melaksanakan ibadah haji. Cuma jemaah haji diharamkan untuk berpuasa di hari Arafah di mana mereka akan melakukan ibadah wukuf di padang Arafah.

Terdapat banyak kelebihan atau keutamaan puasa Tarwiyah dan Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadis Nabi Muhammad saw. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah :

1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah, dosa setahun yang lalu yang telah berlalu akan dipadamkan.

2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arafah akan dihapus dosa selama 2 tahun iaitu pada 1 tahun yang lepas dan 1 tahun yang akan datang.

3. Dan bagi mereka yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugerahkan oleh Allah SWT dengan 10 kemuliaan iaitu:

1. Allah akan memberi keberkatan kehidupan.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangga.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

MasyaAllah banyakkan kebaikan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi mereka yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah ni. Tapi kalau tak mampu untuk puasa 2 hari berturit takpe, sekurangnya kita grab kelebihan yang ada dalam puasa Arafah esok.

Niat Puasa Tarwiyah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
“ Aku niat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah ta’ala.”

Niat Puasa Arafah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ  

“Sahaja Aku berpuasa pada  hari  Arafah , sunat  kerana Allah ta’ala.” 


Selain dari kelebihan-kelebihan di atas, ada lagi keistimewaan 2 hari yang istimewa ni. Keistimewaan tersebut ialah insyaAllah doa kita dimakbulkan.

Baca juga : Doa Hari Arafah Waktu Mustajab Doa

Jadi jom perbanyakkan berdoa dan kurangkan bercakap. Semoga Allah  sudi memakbulkan doa-doa kita dan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu atau pada masa akan datang. Amin.

6 comments:

  1. Selamat berpuasa bagi semua yang berpuasa hari ni...

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar.. besar sungguh ganjaran orang yg berpuasa Arafah dan Tarwiyah ni.. thanks for sharing ana..

    ReplyDelete
  3. sama2 la kita rebut peluang berpuasa ni..byk ganjarannya

    ReplyDelete
  4. Good sharing ana semog Kita beroleh nikmat

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤