August 2019 - Ana Suhana

Aug 19, 2019

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2

9:43 AM 2
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2

5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2 l Assalamualaikum. Korang dah tengok filem yang tengah hot dekat Malaysia ni? Kalau belum apa kata korang pergi tengok. Tak rugi pun tau sebab BoBoiBoy Movie 2 Setaraf Animasi Antarabangsa dah tau. Tak caya korang kena tengok sendiri.
BoBoiBoy Movie 2
BoBoiBoy Movie 2  
5 Sebab Kenapa Perlu Tonton BoBoiBoy Movie 2 

Sebab ramai yang kata best sangat dan sememangnya Syafi nan sorang peminat setia animasi BoBoiBoy ni, Ana pun layan je bawa Syafi tengok wayang Khamis lepas. As expected, memang full house. Lagipun tengah cuti sekolah kan. Even pergi weekdays pun tetap full seat.

Siapa yang dah tengok musim pertama iaitu BoBoiBoy Galaxy, korang kena tengok BoBoiBoy Movie 2 ni sebab jalan ceritanya merupakan kesinambungan dari musim pertama tadi tu. Jom tengok trailer BoBoiBoy Movie 2 ni.
BoboiBoy Movie 2 menceritakan tentang perjuangan BoBoiBoy dan kawan-kawan dalam menentang serangan Retak'ka, penguasa asal Kuasa Elemental yang sekarang dimiliki oleh BoBoiBoy. Retak'ka yang telah bebas ingin memiliki semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menjadi makhluk paling kuat kerana ingin menguasai galaksi. Satu demi satu Kuasa Elemental BoBoiBoy telah berjaya diserap oleh Retak'ka. BoBoiBoy dan kawan-kawan perlu cari cara untuk halang Retak'ka daripada memiliki Kuasa Elemental tersebut.
BoBoiBoy Movie 2
BoBoiBoy Movie 2 
Berjaya atau tak korang kena tengok sendiri. Kang kata spoiler detected pulak kan. Hehe. Cuma kali ni Ana nak share 5 sebab kenapa BoBoiBoy Movie 2 Setaraf Animasi Antarabangsa ni sesuai untuk tontonan sekeluarga.

1. Semangat Setiakawan
BoBoiBoy Movie 2
BoBoiBoy Movie 2 
Seperti yang kita tahu, BoBoiBoy mempunyai rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada di sisi BoBoiBoy. Walau apa yang terjadi, semangat setiakawan mereka tetap utuh.

2. Saling Bantu Membantu

Dalam BoBoiBoy Movie 2 ni, BoBoiBoy dan Gopal terpisah daripada rakan-rakannya yang lain (Ying, Yaya, Fang) dalam misi menyelamatkan Kuasa Elemental. Walaupun terpisah, BoBoiBoy dan rakan-rakan saling bantu membantu dalam menyelamatkan galaksi dari cengkaman Retak'ka.

3. Sifat Tamak Merosakkan Diri
BoBoiBoy Movie 2
BoBoiBoy Movie 2 
Kerana sifat tamak, Retak'ka telah menjadi makhluk yang sangat jahat. Bermula dengan satu kuasa elemental yang dimiliki, Retak'ka jadi semakin tamak dan berimpian untuk memiliki semua kuasa elemental yang ada. Akhirnya sifat tamak tersebut memakan diri Retak'ka sendiri.

4. Jangan Jemu Untuk Terus Belajar

Sifat yang baik ni dapat dilihat pada semangat BoBoiBoy yang pada mulanya berputus asa dalam berguru dengan Tok Kasa, tapi akhirnya sedar kekuatan dan kecekapan yang dimiliki semakin meningkat hasil dari rutin yang dilakukan setiap hari.

Lagi satu, sifat hormati guru juga dipertontonkan oleh BoBoiBoy dan Gopal dalam menuntun ilmu dengan Tok Kasa yang patut dicontohi anak-anak zaman sekarang.

5. Percaya Dengan Kebolehan Sendiri

Walau BoBoiBoy telah kehilangan banyak Kuasa Elemental, namun BoBoiBoy percaya yang kebolehan diri sendiri mampu mengatasi segala halangan. Tiada yang mustahil selagi kita percaya dan berfikiran positif untuk berjaya.
BoBoiBoy Movie 2
BoBoiBoy Movie 2 
Ok lah tu je yang Ana nak share kali ni. Overall memang Ana sangat puas hati dengan jalan cerita dan teknologi yang diguna. Memang dah setaraf dengan filen animasi antarabangsa.
BoBoiBoy Movie 2
BoBoiBoy Movie 2 
Dengan sound effect yang power, memang layan habis. Tambah lagi bila ada scene yang kelakar, satu panggung pecah perut ketawa especially scene Papa Zola dan Pipi Zola tu. Aishh cakap banyak pun tak guna, korang kena tengok sendiri ok.

Apa pun ni pendapat peribadi Ana. Mungkin ada yang rasa bosan (for the adult lah), tapi at the end of the day movie ni pun target market dia kanak-kanak. So tepuk mata tanya pendapat. Hehr. So selamat menonton.

Aug 17, 2019

Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur

10:34 AM 23
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur

Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur l Assalamualaikum. Masalah kelemumur adalah perkara biasa yang dialami rakyat Malaysia. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca panas di sini kan. Kemain gatal kepala dibuatnya. Tak boleh nak tahan dari menggaru. Kenapa nak terus gatal kepaa kalau sekarang ni korang boleh Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur

Walaupun kelemumur perkara biasa tapi kesannya boleh menjejaskan keyakinan seseorang tau. Lagi-lagi bagi wanita yang berhijab. Rasa tak selesa seharian boleh menyebabkan kerja seharian terjejas serta hubungan dengan rakan sekerja terganggu.

Apa tu kelemumur? Kalau korang nak tau, kelemumur merupakan satu proses pengelupasan sel-sel kulit kepala yang boleh menyebabkan kegatalan kepada kulit kepala. Selalunya ianya disebabkan oleh jangkita kulat Malssezia namun ianya tidak berjangkit.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya masalah kelemumur. Antaranya ialah disebabkan oleh kulit kering, dermatitis seborrhoeic, tak cuci kulit kepala dengan sempurna, terlalu menggunakam syampu rambut, kulit sensitif, ekzema dan juga psoriasis.

Namun menurut kajian, punva terjadinya kelemumur adalah hasil daripada tiga faktor iaitu:

1. Minyak pada kulit yang dikenali sebagai sebum atau rembesan sebum.

2. Mikroorganisma kulit daripada produk metabolik kulit atau lebih spesifik, kulat Malassezia.

3. Individu yang sensitif kepada alahan.

Terdapat beberapa cara untuk atasi masalah kelemumur yang sering menghantui kita. Salah satu cara mudah adalah dengan menggunakan produk penjagaan rambut anti-kelemumur yang sesuai seperti set Safi Shayla Anti Kelemumur ni.
Dekat bawah ni Ana sharekan step by step cara untuk guna produk Safi Shayla Anti Kelemumur untul rujukan korang :

1. Safi Shayla Minyak Rambut Anti Kelemumur

Mula kan penjagaan rambut dengan  minyak rambut Safi Shayla. Ianya penting kerana minyak rambut bertindak menjadikan rambut lebih lembut, licin serta memberikan kilauan rambut yang sihat menawan.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Selain tu minyak rambut Safi Shayla juga mampu mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberi kesegaran kepada kulit kepala dengan rasa sensasi dingin hanya dengan 3 bahan utama iaitu :

Minyak Organik Habbatus Sauda
• Berfungsi memberi nutrien dan kelembutan kepada rambut serta bertindak sebagai anti bakteria dan pelindung matahari

Minyak Zaitun Tulen
• Memelihara atau memberi kelembapan pada rambut kering, kusam dan kerinting

Ejen Anti Kelemumur & Mentol
• Bertindak mengurangkan kelemumur, minyak dan kegatalan kulit kepala serta memberi kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan yang berterusan

Cara penggunaan : Goncang sebelum guna. Kemudian urut minyak dekat kepala secara perlahan sehingga hujung rambut. Biarkan selama 3-5 minit. Masa nak bersihkan, guna syampu dengan amaun yang banyak sedikit, urut dan biarkan seketika sebelum bilas sehingga bersih. Guna 1-2 kali seminggu.

2. Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur

Seterusnya gunakann syampu Safi Shayla Anti Kelemumur yang berfungsi menghilangkan 99.9% masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala dari cucian pertama dengan haruman kekal sehingga 24 jam.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
Safi Shayla Anti Kelemumur
Ianya diformulasi menggunakan kombinasi Micro Bamboo Charcoal dan Habbatus Sauda serta Micro ZPT Complex yang bertindak aktif menentang kelemumur.

Micro Bamboo Charcoal
• bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau dari kulit kepala dan rambut

Habbatus Sauda
• menghalang pembiakan bakteria serta menyihat, melindung dan mencantikkan rambut

Micro ZPT Complex
• merupakan ejen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur

Cara penggunaan : Buihkan syampu pada rambut yang basah dan bilas sehingga bersih.

3. Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal

Akhir sekali gunakan Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal terbukti mampu mengurangkan masalah kelemumur dalam cucian pertama berdasarkan ujian ke atas 100 orang. 
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Dihasilkan menggunakan bahan aktif seperti Micro Bambo Charcoal+Minyak Organik, Habbatus Sauda dan Mentol yang bertindak menyegarkan dan menyamankan kulit kepala.

Cara penggunaan : Ratakan masker pada kulit kepala dan urut kulit kepala perlahan-lahan selama 1 minit. Kemudian bilas. Untuk hasil terbaik gunakan dengan Syampu Safi Shayla.

We Bare Bears Sling Pouch LE x Safi Shayla

Pada korang yang berminat nak cuba rangkaian Safi Shayla ni, korang boleh dapatkan segera di Tesco, Econsave, Giant, Aeon Big dan hypermarket berdekatan korang.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Ni Ana nak share dengan korang yang korang boleh bawa pulang We Bare Bears Sling Pouch Limited Edition secara percuma sepanjang Ogos hingga Oktober 2019 dengan produk Safi Shayla. Ada 4 koleksi kesemuanya.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Tapi dengan syarat korang beli produk Safi Shayla minimum RM35 dalam satu resit. Rugi kalau tak grab sebab pouch beg ni tersangat lah comel. Limited edition lagi. Mesti anak-anak korang suka.
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
 Safi Shayla Anti Kelemumur
Atasi Masalah Kelemumur Dengan
Safi Shayla Anti Kelemumur
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Safi Shayla, korang boleh layari laman sesawang  SAFI MALAYSIA seperti di bawah ini :

Facebook :

Instagram :
@safimalaysia

Youtube :



Aug 15, 2019

Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang

11:57 AM 21
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang

Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang l Assalamualaikum. Comel je kan nama Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni kan. Tapi disebabkan nama dan harga yang dijual tu, ayam goreng ni popular tau kat sini. Sebut je ayam macho, semua orang Selayang dah tau.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang

Kekadang tu bila Ana satu family rasa nak makan ayam goreng tapi rasa muak nak makan ayam kepci, atau perut rasa pedih nak makan ayam pedas mekdi, Ayam Goreng Macho lah kitorang tuju. Tokey tu kalau nampak mak atau suami Ana dari jauh dah angkat tangan. Maklumlah regular customer. Kadang tak perlu beratur pun. Terasa layanan VVIP sekejap. Haha.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni memang setiap hari beratur orang nak beli. Apa lagi kalau bulan puasa. Dah lah murah, sedap dan rangup pulak tu. Harga maintain je setiap tahun. Beza dengan ayam golek popular dekat sini. Setiap tahun mesti naik seringgit. Haha.

Ada sekali tu masa adik lelaki Ana kahwin, kitorang tempah lah ayam macho ni. Konon supaya senang kitorang tak perlu basuh dan masak ayam. Sekali jadi huru hara. Haha. Sebabnya orang berebut nak makan ayam macho tu. 
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Kitorang ingat ayam macho tu side menu je sebab banyak menu-menu utama yang ada. Bayangkan baru je siap goreng, orang dah beratur nak amik ayam macho. Tak sempat sampai dekat tray makanan. Haha. Mak mertua dengan adik ipar Ana sampai teringat-ingat ayam macho ni lepas dari kenduri tu. Sedap katanya.

Baca juga : Nasi Daging Bakar Dapur Jumanji

Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni ada 2 bahagian je yang dia jual. Satu peha, satu lagi bahagian kepak. Macam Syafi hantu bahagian peha. Ana pulak lebih suka bahagian kepak sebab tak banyak isi. Tak lah cepat muak.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Kalau nak sedap lagi makan dengan nasi lemak yang dia jual. Tapi Ana sekeluarga lagi suka ratah macam tu je. Terasa kesedapan kerangupan tepung yang digunakan.

Pada yang teringin nak rasa Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni korang boleh je search dekat Google Maps Nasi Lemak Ayam Macho. Nanti akan keluar lah.
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang
Lokasi dia pun senang nak jumpa sebab berdekatan dengan jalan utama nak ke Pasar Borong Selayang kalau dari arah Selayang / Sungai Tua. Waktu operasi setiap Isnin - Jumaat bermula pukul 5 petang hingga habis lah senang kata. So selamat mencuba.

Ayam Goreng Macho
Jalan 11A
Selayang Baru
68100 Batu Caves
Selangor 

Aug 14, 2019

Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi

8:25 AM 16
Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi

Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi l Assalamualaikum. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Bila kedua redha ni dah ada, InsyaAllah kebahagiaan dan kejayaan pasti jadi milik kita. Hari ni Ana nak share dengan korang semua tentang kisah Puan Ju untuk renungan kita semua.
Niat Nak Bahagiakan Ibu, Kejayaan Founder Seri Lady Jadi Sumber Inspirasi

Puan Jue atau lebih selesa dikenali dengan panggilan Ummy Ju baru berusia 39 tahun telah sudi berkongsi sedikit sebanyak kisah hidupnya dengan kita. Jom kita baca.

Aku membesar dengan melihat kesengsaraan, kepayahan, ketabahan serta kesabaran hidup seorang ummi dalam mencari rezeki untuk membesarkan kami adik beradik.
Dalam keadaan yang payah ini lah aku membesar dan belajar banyak tentang erti INGIN BERUSAHA demi untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi. Aku tak nak tengok ummi berterusan bersusah payah membesarkan kami.
Ummi membesarkan kami hanya dengan berniaga kantin kilang. Tak senang nak jadi senang. Sebab tu dari zaman sekolah lagi aku dah mula bekerja part time untuk bantu ummi dan adik beradik.

Itu lah kisah pengorbanan seorang ibu dan kasihnya seorang anak. Melihat kepayahan ibu dalam membesarkan Puan Jue adik beradik, beliau nekad untuk membahagiakan ibunya, Puan Sharifah Rauzah,68 tahun.
Menjadikan ibunya sebagai idola
Puan Jue sangat menjadikan ibunya sebagai idola dan sumber inspirasi  dalam kehidupan mahu pun dalam perniagaan yang dijalankannya. Puan Jue meletakan ibunya dihadapan dalam apa juga yang dilakukan.

Pada tahun 2017, Puan Jue nekad untuk menghasilkan produknya sendiri iaitu SERI LADY.
Puan Jue dan Seri Lady
Ini kerana beliau berasa "bengang" mempunyai susuk tubuh yang boleh dikatakan berisi. Disebabkan ini lah beliau berazam dan terus bersemangat untuk meneruskan perniagaannya walau banyak dugaan yang harus ditempuhi.
Puan Jue merupakan anak didik Azizan Osma (Titanium)
Berkat kesabaran dan pada masa yang sama beliau tetap tak melupakan jasa ibunya, beliau terus menjalankan perniagaan SERI LADY sehingga hari ini. Kini, SERI LADY telah mempunyai seramai 70 orang ejen jualan yang berkualiti dari serata Malaysia, Indonesia dan juga Brunei.
Bersama tulang belakang Seri Lady
Walaupun dah berjaya, Puan Jue tak pernah lupakan usaha keras ejen-ejen di bawahnya kerana bagi beliau ejen-ejen tersebut merupakan tulang belakang SERI LADY.
Bersama tulang belakang Seri Lady
Malah ejen jualan SERI LADY menjadikan Puan Jue sebagai sumber inspirasi kerana sifat beliau yang rendah diri dan semangatnya yang kuat dan tabah dalam menaikkan perniagannya.
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Menjadi sumber inspirasi ejen jualan
Puan Jue turut berpesan supaya sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa selagi mereka masih hidup. Pengorbanan mereka adalah sumber inspirasi kita untuk berjaya.
Menghadiahkan pakej umrah Ramadan 2019 buat ibunya
Dan setiap pengalaman dan kepayahan yang dilalui merupakan pelajaran yang tiada nilainya. Jangan impikan kejayaan mahupun kekayaan jika kita derhaka pada ibu bapa. 
Keluarga besar Puan Jue. Beliau anak ke-2 dari 4 beradik
Bersama suami, En Zamri dan anak-anak yang sentiasa memberi semangat 
Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY.
Ok lah tu sedikit sebanyak kisah yang Ana nak share dengan korang. Semoga ada kebaikan  dan manfaat yang kita dapat dari perkongsian Puan Jue hendaknya. Ingat, hargai ibu bapa kita selagi mereka hidup di dunia ni. Perginya mereka, maka hilang lah satu keberkatan kita di dunia ni.

Aug 9, 2019

Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island

3:27 PM 11
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island

Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island l Assalamualaikum. Pejam celik dah 3 tahun Ana ke Korea. Rindu pulak rasanya. Bila belek entri-entri Korea, Ana perasan entri pengalaman melawat Sangumburi Crater Jeju Island takde dalam radar. Pelik. Sekali tengok dalam kotak draft daaaa. Haha. Sayang pulak rasanya kalau tak abadikan dalam blog kan. Moh ler kita publish kan entri ni.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island

Itinerary ke Sangumburi Crater Jeju Island ni jatuh pada hari ke-4 Ana di Korea. Nak jadi cerita, cuaca hari tu tak berapa nak cun sebab hujan lebat sepanjang hari dari pagi sampai lah ke malam. Bila dah hujan ni faham-fahamlah, aktiviti pun limited. Mujur semua plan sendiri. Tapi itinerary kena diteruskan.

Dari Seongup Folk Village Ana patah balik ke Sangumburi Crater. Dari tempat parking nak masuk ke dalam agak jauh juga. Tapi hujan pun hujan lah. Ana kentalkan jiwa masuk juga ke dalam. Banyak je pelancong-pelancong lain yang redah hujan. Bezanya Ana sorang je yang dukung anak dalam hujan. Haha.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tiket nak masuk ke Sangumburi Crater Jeju Island ni ialah 3000won dan arah gps ke sini ialah +82-64-783-9990. Ana spend dalam sejam lebih juga lah dalam ni. Tapi sebab hujan kan, nak bergambar pun jadi susah. Rasa ralat juga sebab ingat boleh bergambar dengan lalang lalang tinggi yang cantik tu kan. Tapi takpe rezeki. Mungkin ada rezeki untuk datang semula kan. Mana tau.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Mesti korang tertanya apa sebenarnya Sangumburi Crater ni? Haa kalau korang nak tau Sangumburi Crater merupakan satu kawah rata yang berbentuk seakan-akan stadium dengan kawasan tapak seluas 460,000m dan telah diwartakan sebagai Monumen Semulajadi No. 263 (Natural Monument No. 263).
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Di sini korang boleh temui hampir 400 spesies tumbuhan liar, burung dan haiwan lain yang membiak dan tumbuh dengan pesat. Ini kerana kawasan Sangumburi Crater ni merupakan persekitaran yang dilindungi. No wonder Sangumburi Crater ni menjadi tarikan wajib singgah di Jeju oleh hampir ratusan ribu pengunjung setiap tahun.

 Baca juga : 10 Tempat Menarik di Jeju Island Hanya Dengan Memandu Sendiri
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tapi macam Ana cakap masa Ana ke sini hujan sangat lah lebat. So tarikan utama dekat sini iaitu kawah gunung berapi yang masih ada keluarkan asap terlindung dengan kabus tebal macam dalam gambar bawah ni. Kalau tak boleh nampak betapa cantik kawah  tu kan. 
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tapi yang peliknya kan, dalam dalam hujan lebat tu dak kecik ni boleh lena tidur. Memang sepanjang tawaf dalam Sangumburi Crater tu dia tidur. Tak terganggu langsung even Ana berganti-ganti dukung dia dengan En Suami. Sabar jer lah,
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Tapiiii..elok jer masa nak balik tu baru dia bangun. Sabar je lah. Tapi sebab hujan dia tak nak jalan walaupun hujan dah mula reda. Walau hujan dah reda tapi kabus masih tebal. So no point lah kalau nak tunggu sebab ada a few places yang Ana nak terjah lepas tu.
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
Pengalaman Melawat Sangumburi Crater Jeju Island
So macam tu lah kisah pengalaman Ana melawat Sangumburi Crater Jeju Island ni. Walau hujan tapi Ana puas lah hati juga dapat jejak kaki ke sini. Suasana dekat sini sangat tenang dan rasa aman damai sebab kita dikelilingi dengan suasana yang penuh dengan kehijauan. Korang kalau datang ke Jeju Island ni make sure masukkan Sangumburi Crater ni dalam list korang ok. Kalau tak tak lengkap percutian korang.

Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events

2:27 PM 37
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events

Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events l Assalamualaikum. Hujung tahun dah nak dekat ni. Ada yang masih survey Pakej Perkahwinan Lengkap untuk majlis perkahwinan korang? Kalau ada, Ana nak cadangkan korang untuk tengok pakej-pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan oleh MAHSA Events ni. 
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events

Sekarang ni terlalu banyak pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh perancang perkahwinan di luar sana. Tapi sebelum memilih satu-satu pakej yang ditawarkan, banyak benda yang bakal pengantin kena teliti. Baik dari segi lokasi dewan, kredibiliti pihak katerer, kelengkapan perkahwinan yang disediakan dan banyak lagi. Bukan apa takut-takut tersalah pilih pakej, merana tuan punya badan.

Dalam banyak pakej-pakej perkahwinan yang ditawarkan, pakej perkahwinan lengkap antara pakej yang menjadi pilihan utama oleh bakal raja sehari hari ni. Rata-rata mereka nak senang keje. Tak nak peningkan kepala dan susahkan kaum keluarga dengan persiapan perkahwinan yang agak rumit. Kerana sambutan untuk pakej perkahwinan lengkap sangat releven pada hari ni, MASHA Events turut menawarkan pakej-pakej perkahwinan yang sangat menarik.

Siapa MAHSA Events

Sebelum tu Ana nak cerita sikit tentang MAHSA Events. Kot ada yang tak familiar kan. MAHSA Events ni sebenarnya salah satu unit dibawah pentadbiran MAHSA - sebuah pusat kecemerlangan terkenal di Malaysia. Jurusan di MAHSA pada mulanya (tahun 2005) memfokuskan pada bidang kesihatan, kejuruteraan dan perniagaan. Namun kemajuan demi kemajuan telah mendorong MAHSA untuk mewujudkan satu lagi bidang baru iaitu industri perhotelan di mana MAHSA Events ini ditubuhkan dibawahnya.

Antara perkhidmatan utama MAHSA Events ialah menawarkan pelbagai jenis ruang acara (events spaces) beserta dengan kemudahan yang lengkap untuk pelbagai jenis majlis termasuklah majlis perkahwinan, konvokesyen, persidangan, konsert / persembahan, pelancaran produk dan banyak lagi.

Terdapat 6 lokasi yang korang boleh pilih untuk disesuaikan dengan majlis atau acara yang korang rancang iaitu di The Ballroom (pilihan pertama utama wedding reception) dan Twelfth Floor di Bandar Saujana Putra, The Grounds dan M Theatre di MAHSA Avenue KL, yang akan datang adalah The Event Hall, Klang dan. The Park, Bandar Saujana Putra (Tempahan ruang acara dibuka tahun 2020).
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Selain tu MAHSA Events juga menawarkan kemudahan seperti laboratories, clinical skills lab, stimulation ward, dewan kuliah dan auditorium untuk syarikat-syarikat atau pusat-pusat kecemerlangan luar.

Tapi untuk kali ni Ana just nak share dengan korang kan tentang Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events di salah satu lokasi utama mereka iaitu di The Ballroom by MAHSA Events, Bandar Saujana Putra.

The Ballroom by MAHSA Events

Bagi korang yang tercari-cari lokasi perkahwinan yang sangat selesa, luas dan mewah, The Ballroom by MAHSA Events, Bandar Saujana Putra ni adalah tempat yang paling tepat sekali.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Masa memula Ana dengar nama lokasi majlis perkahwinan ni Ana tak expect something yang mewah. Ye lah ballroom universiti je kot. Tapi tanggapan Ana meleset sama sekali. The Ballroom ni nampak sangat eksklusif serta mempunyai sentuhan mewah untuk menjadikan majlis korang tu satu majlis yang akan diingati oleh para tetamu.

Antara elemen yang menjadikan The Ballroom ni satu lokasi majlis perkahwinan yang nampak eksklusif ialah bentuk dewan itu sendiri yang sangat gah serta kehebatan 6 biji chandelier besar yang memancarkan cahaya LED keemasan di dalam dewan. Memang cantik sangat.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Tu belum masuk lagi dengan pelamin yang tersergam indah di atas pentas yang besar, meja makan beradab dan meja VIP yang dihias cantik, walkaway aisle yang dipenuhi dengan bunga-bungaan serta laluan karpet merah untuk para tetamu. Wow sangat kan.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pada yang tertanya tentang keluasan dewan, The Ballroom ini mampu menampung seramai 800-1000 orang dengan selesa pada satu-satu masa.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Mungkin ada yang terfikir bila dah ramai, kalau duduk jauh-jauh macam mana nak tengok pengantin bersanding kan? Jangan risau bab tu sebab ada 3 skrin disediakan untuk para tetamu - 1 LED skrin di bahagian tengah dengan 4k resolutions siap dengan sokongan audio visual dan 2 skrin sisi di kiri dan kanan dewan.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Selain tu apa The Ballroom juga mempunyai foyer ala taman di bahagian luar yang dihiasi dengan siling kaca yang tinggi. Bila cahaya matahari masuk ke ruang foyer, suasana dalam tu nampak cantik sangat.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Actually kawasan foyer ni korang boleh guna untuk jadikan tempat akad nikah yang simple and sweet.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Cantik kan? Senang sangat lah bila semua acara boleh dijalankan dalam satu tempat. Takde dah isu terkejar dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bilik persalinan untuk kegunaan pengantin pun ada disediakan. Tak perlu nak sewa hotel semata nak siapkan pengantin.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Kemudahan seperti tandas yang bersih, surau yang selesa dan tempat parkir yang luas dan selamat turut disediakan.

Pakej-pakej Perkahwinan Lengkap The Ballroom MAHSA University

Ok jom kita tengok pula pakej-pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan oleh MAHSA Events ni. So far terdapat 3 pakej yang ditawarkan iaitu untuk 500, 800 dan 1000 pek yang bermula dari harga RM41,000 hingga lah RM98,000.

Harga yang dicaj termasuk harga dewan, pelamin, meja tetamu, meja makan beradab, PA system, fotographer, katering, hiasan dewan dan banyak lagi mengikut pakej yang korang nak tu. Makin tinggi harga pakej makin banyak perkhidmatan yang korang boleh dapat. Butiran pakej korang boleh refer pakej-pakej di bawah ni.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Oh ya cakap tentang katering, untuk pakej perkahwinan di MAHSA Events ni, semua menu akan disajikan oleh Makngah Catering.  Ana dah rasa menu-menu yang disajikan hari tu, memang semua sedap-sedap belaka especially lauk-lauk kampung seperti daging salai masak lemak, sambal udang petai dan asam pedas pari.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Kuih muih pun tak kurang hebat. Cukup rasa lemak semua. Rasa seperti kuih muih yang mak mak kita buat sendiri di rumah. Kuih kole kacang Makngah Catering ni yang paling Ana suka. Bertambah-tambah kitorang makan. Haha.
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events
So macam mana, tertarik dengan keindahan dan kemewahan yang ada di The Ballroom ni? Pada sesiapa yang berimpian nak melangsungkan perkahwinan yang ada sentuhan kemewahan, korang patut pilih Pakej Perkahwinan Lengkap MAHSA Events ni. Dengan kecekapan dan dedikasi kakitangan yang profesional, MAHSA Events akan memastikan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.

Untuk makumat lanjut tentang pakej-pakej perkahwinan dan pakej-pakej lain yang ditawarkan, korang boleh hubungi MAHSA Events seperti butiran di bawah :

Telefon : 
016-8520583 / 010-9033709

Emel :

Facebook : 

Instagram :