Pengalaman Penyakit Anxiety Disorder - Ana Suhana

Jul 17, 2019

Pengalaman Penyakit Anxiety Disorder


Pengalaman Penyakit Anxiety Disorder  l Assalamualaikum. Pengalaman Penyakit Anxiety Disorder. Ramai yang tak tahu Ana ada AD ni kan. Ana sendiri tak jangka akan dapat 'penyakit' yang tak diundang ni.
Pengalaman Penyakit Anxiety Disorder 

Sebenarnya Ana baru je tau tentang AD ni bila Ana baca pengalaman Yuyu Zulaikha yang pernah kena AD ni. Ramai rupanya yang ada AD ni cuma sedar tak sedar je. Antara ciri-ciri AD yang common ialah berdebar, takut tanpa sebab, sesak nafas, cramp badan, rasa nak pitam, berpeluh etc.

Mesti korang nampak Ana happy je kan, makan sedap sedap, jalan sana sini, tapi disebalik tu takde sorang pun tau tentang AD yang Ana alami ni. Eh bukan sorang, tapi ada beberapa orang iaitu family Ana dan yang paling banyak tau for sure lah suami Ana. Hehe. Dia lah yang banyak berkorban untuk Ana. Baik dari segi kewangan dan masa. Ye korang. AD ni pun guna duit tau. Huh.

Simptom AD setiap orang berbeza. Ada yang rasa rendah diri sampai rasa takut nak bercakap dengan orang, ada orang tak boleh pergi tempat yang ramai orang, ada yang rasa looser sampai tak nak hidup dah dan banyak lagi. 

Alhamdulillah AD yang Ana alami ni dah semakin berkurang. Boleh kata kurang banyak lah. Cuma kadang-kadang ada lah juga AD tu datang balik tapi sehari dua je.

Punca AD?
.
.
.
Takde punca specific. Rata-rata pesakit kena AD ni secara TIBA-TIBA. Contohnya ketika tengah kemas rumah tetiba datang rasa takut, cemas, berdebar. Dan perasaan tu kerap menghantui mereka. Macam tak logik kan!!.

Sama macam Ana. AD Ana pula lebih pada takut nak mati. Semua jadi lepas Ana terbaca berita Shea Rasol meninggal tahun 2017 yang lepas. Pelik sangat pelik sebab Ana tak kenal dan tak pernah ikut pun cerita tentang arwah. Cuma persamaannya arwah pernah menjadi blogger. Berita kematian arwah beri kesan yang sangat mendalam dalam diri Ana. Ana rasa terpukul sebab masa tu Ana terbayang yang Ana pun akan mati sama.

Bila dah 24/7 rasa macam nak dekat je dengan mati tu, semua benda jadi tak lalu nak buat. Ibarat macam mayat hidup lah senang kata. Makan tak lalu, anak 'terbiar', takde mood nak buat semua. Asyik menangis je.

Perasaan teruk AD tu berlarutan selama 2 minggu. Nak lagi teruk bila Ana period. Lagi jadi lah lemah selemahnya. Bila dah suci, Ana cepat-cepat solat dan berdoa. Doa tak henti-henti minta kekuatan. Ada sekali tu Ana doa sampai menangis dengan teruk. TAPI kesan lepas tu Ana rasa lega-seleganya. Rasa hilang semua bebanan dan ketakutan. Kuasa dan mukjizat doa!! Bayangkan daripada Ana dok takut tentang kematian, takut bila dengar ada orang meninggal, Ana berjaya lawan bila Ana mampu mandikan jenazah sepupu Ana sendiri. Tu kekuatan paling kuat Ana dapat sejak kena AD dulu.

Syukur perasaan ketakutan tu semakin hilang. Cumanya kesan dari AD tu Ana kena gastrik buat pertama kalinya. Dan rata-rata orang yang ada AD ni mesti ada gastrik.

Ingat habis takat tu je AD Ana. Rupanya tak bila rasa tak selesa perut yang berlarutan selama 4 bulan setiap hari. Masa tu mula lah pikir yang bukan-bukan. 3-4 klinik yang Ana pergi semua kata gastrik. Lepas pergi klinik ke-5, baru ok. Maybe masa tu Ana confident dengan explanation doktor tu. Alhamdulillah gastrik Ana semakin ok cuma on off lah sampai hari ni. Kelakarnya ada sekali tu Ana rasa tak selesa dada. Pergi KK buat ECG, doktor tu suspek Ana kena sakit jantung. Masa tu dah meleleh air mata weiiii. Kena refer terus ke emergency Hospital Selayang. Ana ada cerita kat SINI. Macam-macam hal.

Nak jadi cerita lepas baik sikit gastrik, Ana kena tension headache pulak. Non stop ujian yang Ana kena. Setiap hari kepala rasa sakit. Asal bangun tidur je dah boleh rasa sakit kepala tu. Bukan sakit yang berdenyut tapi sakit macam rasa lebam sekeliling kepala. Macam kena ikat benda ketat pun ada. Sampai tahap nak tengok handphone nak buat job pun tak larat.

Memula Ana ingat sebab migrain doktor kata macam tu. Tapi dah makan caffox pun tak hilang-hilang sakit tu. Tak cukup pergi klinik, Ana ke pusat urat saraf pula. Pun kata ok je takde masalah. Lepas tu pergi akupuntur pula. Dia kata pinca dari mata letih. So kena datang buat rawatan lagi. Tapi sebab sakit akupuntur tu Ana pergi sekali je. Ulang alik klinik dah banyak kali dah. Masa ni lah AD tu datang lagi. Down lah kejap masa tu.

Almost 8 bulan juga Ana kena tension headache tu. And Ana tak ingat macam mana Ana sembuh. Macam-macam suppliment dan ubat Ana telan. Cuma salah satu rutin yang Ana buat ialah senaman kiropraktik yang suami ajar. Alhamdulillah Ana pulih sepenuhnya.
Keadaan AD sekarang? Alhamdulillah Ana boleh kata 95% AD Ana dah hilang. Walau kurang lagi 5% tapi Ana bersyukur sebab ada orang amik masa lama untuk  pulih. Ada tu sampai 10 tahun untuk sembuh. Sedangkan Ana hanya kurang dari 2 tahun.

Pokok pangkal kena kawal pemikiran dan hati kita. Lihat dunia dengan luas. Jangan biar kita hanyut dengan perasaan tu. Bergaul dengan ramai orang untuk hilangkan rasa sunyi dan takut tu.

Tu lah kisah Ana dengan AD ni. Bila baca macam kelakar je kan. Tapi nak atasi dia bukan senang. Mental emosi kena kuat. Tapi Ana selalu kata pada diri, ada HIKMAH di sebalik AD ni. Hikmahnya Ana lebih rasa nak dekat dengan Allah. Tentang kematian, kita tak tahu bila kita akan mati. Takde siapa tahu. Memang lah mati tu menakutkan sebab amalan kita ni besar mana je. Ntah ada ntah takde. Tapi at least kita usaha untuk jadi lebih baik.

Cuba bayangkan Allah tak hadirkan AD ni dalam diri Ana. Ye mungkin Ana 24/7 happy tapi adakah Ana akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Mungkin tak!! Mungkin Ana akan terus hanyut dan lalai dengan nikmat-nikmat dunia yang ada. At the end of the day, Ana anggap AD ni salah satu cara Allah nak tegur Ana. Tanda Allah sayang Ana. Terima kasih Allah.

29 comments:

  1. Semoga Ana terus sihat ya.. walaupun Kak Sue tak AD nie tapi Kak Sue faham aja Ana. Dulu masa remaja ada juga lah nak rasa macam tu tapi tetiba hilang.. Alhamdullilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh je kawal AD ni kak. cuma kena kuat dan positif selalu. :)

      Delete
  2. Sama la kita ni ana..AD akak dah makin hilang..bayang kan dari bulan 10 tahun lepas akak kena kan..cuma akak ada masalah gastrik dan gerd ni...entah la..adakala tension gak kan...tapi akak buat buat x tau..busy kan diri...tapi ubat makan la..tinggal nak buat scope jer lagi nanti..itupun akak rasa macam x nak buat..rasa takut tu tetap ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AD selalu dikaitkan dengan GERD / gastrik kan kak. semoga urusan akak dipermudahkan. take care.

      Delete
  3. teruk juga kesannya tu tp bila tgk org tktau sbb mcm org tk nmpk kan..cuma yg mengalami je yg rasa..smoga cpt sembuh sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak. yg alami je yg tau rasa dia. alhamdulillah ana dah ok sgt dh skrg. dh back to normal life pun :)

      Delete
  4. Allahu.. semoga Ana sihat sepenuhnya.. bahaya jugak AD ni kan.. kadang kita tak sedar kita ada simptom2 AD ni.. orang luar lagi la tak tahu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dilah. bahaya kalau terlalu ikut perasaan. kena kuat untuk stay positive dan bergaul dengan org ramai pun sgt membantu.

      Delete
  5. berat dugaan ana.. sampai makan masa 8 bulan tu.. akak doakan ana sentiasa sihat lepas ni ye.. kalau baca simptom2 tu akak pun ada juga AD ni tapi mild kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua tu ada hikmah kak. alhamdulillah skrg dah sembuh sepenuhnya.

      Delete
  6. Replies
    1. terima kasih. alhamdulillah skrg dah sembuh :)

      Delete
  7. Semoga ALLAH beri kesihatan yg baik kpd Ana.. Apapun jgan lupa utk dapatkan nasihat daripada doktor. Dorg akan refer kpd yg pakar kesihatan mental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Tika. Alhamdulillah kak ana ok dah skrg. Kena kuat dan stay positive and open. Tu je :)

      Delete
  8. InshaAllah kak Ana boleh pulih seratus peratus kerana selagi ada usaha dan doa..selagi itu bantuan Allah SWT akan ada sama ada terus kepada kak Ana atau melalui perantara Allah SWT beri.Pandang Syafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah PC. Doakan untuk kak ana terus kuat untuk capai 5% tu lagi. :)

      Delete
  9. Semoga tabah dik. AD ni memang susah nak hilang. Sentiasa positif dan kuatkan iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan. Iman kena mantap, hati kena kental dan sentiasa positif. Terima kasih atas ucapan tuan.

      Delete
  10. Semoga Ana kembali sembuh dan sihat sepenuhnya.. kawan liez pun ada seorang macam Ana.. dia dpt ad lepas tgk sendiri ayah dia terjatuh dari tingkat dua rumah dia.. terus dtg AD dan smp sekrang masih dlm treatment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih liez. AD ni boleh serang sesiapa je cuma cara kita handle je yg berbeza. Semoga kawan liez kembali sembuh. Amin.

      Delete
  11. Betul tu Kak Ana. Simptom AD ni setipa orang berbeza. Ruby pun ada juga AD. dalam bab penakut. Dan cemas tak tentu pasal. Hehe

    Lama Kak Ana sakit sampai makan 8 bulan. Allahu.

    Jaga kesihatan ya. Sentiasa berdoa. Doa senjata mukmin.

    Benar, ujian itu tanda kasih sayang Allah pada hambaNya. Setiap yang berlaku ada hikmah, tiada yang sia-sia Allah tetapkan.

    Alhamdulillah syukur. Ujian ni mendekatkan Kak Ana dengan DIA.

    Semoga Kak Ana kuat ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana faham perasaan takut dan cemas tak menentu tu. Hehe. Padahal xde apa pun kan 😅

      Delete
  12. Allahu. Semoga k.ana sentiasa diberikan kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  13. Teringat masa kita jumpa, suami Ana mention tak boleh tempat ramai orang, rasa serabut. Husniey ingat masa tu simptom biasa je. Lama tuu terfikir juga Ana maybe ada sakit tapi tak nak cerita lebih kan.. Benda ni lama juga makan masa, husniey pun rasa macam ada tanda tanda AD ni harapnya kuat dan positif sentiasa.. Serius kena kuat bergantung pada Allah kan.. Semoga Ana sihat dan ceria sokmo.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu Ana baru tau tu AD. Skrg kalau ada rasa mcm tu Ana tau dah nak buat apa. Hehe.

      Delete
  14. Alhamdulillah. Smga trs kuat. Btw sy follower br. Jemput follow my blog. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan. Terima kasih sudi follow blog saya :)

      Delete
  15. Syafakillah.

    sisadiq.wordpress.com

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤