Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik - Ana Suhana

Jul 11, 2019

Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik


Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik l Assalamualaikum. Sekarang ni kemain meriah wall di Facebook dan feed IG dengan raja buah nan satu ni. Memasing berlumba upload gambar durian yang dorang beli. Tak tahan godaan, Ana pun terjebak. Tapi terjebak beli lah di Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik.
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik

Sejak dua menjak ni musim durian boleh dikatakan hampir sepanjang tahun. Kalau dulu setahun sekali baru dapat rasa durian. Ni kalau pergi dekat pasar borong Selayang ni berderet peniaga tayang buah durian atas rak-rak meja dorang.

Kalau sebelum ni Ana rajin beli dekat pasar borong Selayang. Tapi biasa lah bila beli berbiji-biji tu ada je yang rosak. Rasa ralat lah kejap sebab bukan murah buah durian ni. Dah lah timbang  kilo kan. Kulit je dah berapa kg. Hehe. Serik lah juga.

Baca juga : Resepi Pengat Durian & Roti Jala

Baru-baru ni En Suami offer nak durian tak. Giler ko tak nak. Mesti lah nak. Siap request nak Musang King atau D24. Durian kampung tak nak. Amboi kemain lagi demand. Bukan apa durian kampung selalu rasa dia tawar dan isi sikit. Tak puas makan. So alang-alang nak makan tu, beli lah yang baik terus kan.

Baca juga : Nikmat Bila Dapat Makan Durian

Ingat En Suami beli dekat pasar borong Selayang rupanya dia beli dekat Ezy Durian di Taman Bolton, Batu Caves. First time Ana dengar tentang Ezy Durian ni tapi rupanya ramai yang dah tau tentang The Trusted Durian Supplier ni. Korang pun mesti dah tau kan?
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Dekat Ezy Durian ni korang boleh je nak beli ikut biji. Macam En Suami, dia kata jimat lagi beli isi terus sebab kalau beli biji, dia timbang kilo juga. At the end of the day, berapa ulas je durian yang korang akan dapat kan. Tapi terserah pada keinginan memasing.

Baca juga : Rezeki Berganda Jual Durian Tanpa Kulit

Untuk hari tu En Suami beli sebekas durian Musang King dan sebekas durian IOI. Setiap satu bekas tu ada 1kg isi durian.
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Tentang harga pula, Ezy Durian akan ikut harga pasaran semasa. Maknanya harga setiap hari tak sama. Masa En Suami beli last week, untuk durian Musang King ialah RM110/sekilo manakala harga durian IOI pula RM75/sekilo.

Kalau dengar rasa macam mahal kan tapi bila tengok sendiri isi buah durian tu memang puas hati. Bukan main tebal isi durian tu. Makan seulas dua pun dah cukup. 2 bekas tu tahan lah 3-4 hari untuk kitorang 3 beranak makan.
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Ezy Durian Jual Isi Buah Durian Terbaik
Dalam banyak isi durian, Ana paling suka yang rasa dia pahit pahit manis. Korang pulak suka yang macam mana?

Ezy Durian
No 13, Jalan TIB 1/1
Taman Industri Bolton
68100 Batu Caves
Selangor.



22 comments:

  1. suka yg isi kuning..kalo yg tk brp kuning tk suka hehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ana. Baru tau Ezy durian ni. Akak dekat dah dengan taman bolton tu. Boleh singgah nanti nak rasa yg pahit manis kuning hehehe

    ReplyDelete
  3. kebetulan, ahad lepas aida dpt la merasa 2 biji durian kampung.
    alhamdulillah.
    ok ok la. aida laki bini bukan la kaki durian sgt :)
    sedap. pahit,manis. biji nyer kesep je, ana.

    ReplyDelete
  4. kebetulan, ahad lepas aida dpt la merasa 2 biji durian kampung.
    alhamdulillah.
    ok ok la. aida laki bini bukan la kaki durian sgt :)
    sedap. pahit,manis. biji nyer kesep je, ana.

    ReplyDelete
  5. aduhaiiii....ini mmg btul² buat nieyl meleleh air liur ni kak oiii...

    ReplyDelete
  6. Suka lagi kalau dia jual gi.. Timbang isi dari beli sebiji sebiji tu.. cam tak berbaloi..
    Nanti ada rezeki lebih, bolehlah try beli dengan diorang nie..

    ReplyDelete
  7. lebih puas hati kalau beli isi durian macam tu.

    ReplyDelete
  8. Seronok sekarang pergi mana-mana ada orang jual durian..aromanya tu.wow.Memang tengah musim sangat-sangat ni kan kak Ana..berlumba harga masing-masing..tinggal kena pandai pilih jelah..

    ReplyDelete
  9. Wah baru tau ada Ezy Durian nie Ana.. puashati kan beli isi macam nie, puas makan..

    ReplyDelete
  10. Durian. Bestnya. Sini blm musim lagi

    ReplyDelete
  11. aaaaa bestnya makan durian! suka man yang rasa berlemak manis tu

    ReplyDelete
  12. Aduhai bestnya makan durian. Rabia lama dah tak makan durian

    ReplyDelete
  13. aduhhhh... terliur dah...nak g cari la weeeknd ni..niyaz suka ni hihihi

    ReplyDelete
  14. memang kuning sungguh isinya. boleh bayangkan betapa sedap dimakan

    ReplyDelete
  15. Puas makan memang suka sangat la. Xpela bayar setanding harga

    ReplyDelete
  16. Uiih sedapnya baru ni ada juga beli durian kahwin okaylah isinya sedap berlemak ni tengok Syafi makan jadi terliur balik, hihi.. Meriah rasanya musim buah durian tahun ni.. 😍

    ReplyDelete
  17. adoiii sana sini durian..nikmatnya dpt mkn durian kan?

    ReplyDelete
  18. puashati kalau gini!!! ini baru betul best

    ReplyDelete
  19. Saya segala durian makan je hehee.. bagus juga ada packing mcm ni. Lebih mudah, lepas beli koyak plastik terus makan :)

    ReplyDelete
  20. Sedapnya..nasib baik baru lepas makan durian jugak pagi ni, takde craving sangat..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤