Alur Galley Suites - Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik - Ana Suhana

Jul 2, 2019

Alur Galley Suites - Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik


Alur Galley Suites - Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik l Assalamualaikum. Last week tercapai juga plan bawa family ke Terengganu sekali lagi. Tak tahu kenapa Ana suka sangat ke Terengganu. Macam ada tarikan yang memanggil-manggil gitu. Hehe. Kali ni Ana stay di Alur Galley Suites -  Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites - Homestay Depan Sungai Setiu Belakang Pantai Penarik

Macam biasa bila bawa ayah pergi bercuti wajib ada port memancing. Bila tanya dengan tuan rumah dan confirm ada port memancing, terus Ana lock date dan bayar deposit. Kitorang stay sana 4 hari 3 malam. Macam lama tapi sekejap je rasa.

Baca juga : Hotel Permai Kuala Terengganu

Ni port memancing kitorang hari tu - Sungai Setiu. Betul-betul berhadapan dengan homestay tu. Besar kan sungai Setiu ni. Memang syok memancing dekat sini. Katanya ada banyak jenis ikan. Tapi sebab kitorang guna perumpun, so susah sikit lah nak dapat. Yang kitorang dapat hari tu ikan duri saja. Ok lah kan dari tak dapat pape. Kalau nak dapat ikan siakap ke semua tu korang kena guna sotong sebagai umpan.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Sambil-sambil memancing kita selit-selit lah bergambar untuk kenang-kenangan.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Selain dari port memancing tu, the other reason kenapa Ana pilih Alur Galley Suites ni sebab homestay dia ala ala mini villa.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Ada 3 bilik dan 2 bilik air cukup untuk privacy 3 keluarga serta ada juga private pool dekat tepi rumah. So terjaga lah aurat kita tu. Terhalang dari pandangan luar. Homestay dia pun besar dan selesa untuk Ana sekeluarga.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Ok ni ruang tamu Alur Galley Suites ni. Ada sebuah sofa 3 seater untuk menonton televisyen Njoi channel. Tapi kami banyak habiskan masa berborak dan main Uno je dekat depan ni.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Ni bilik pertama dan kedua. Setiap bilik ada katil queen size dan berhawa dingin (wajib ada u olls. Terengganu is very hot). 2 bilik ni takde bilik air sendiri. 
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
So kita share bilik air ni. Sangat besar dan luas. Bersih of course lah kan. Basic toiletries seperti shower gel, shampoo dan towel 4 helai ada disediakan. 
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Ni pula bilik ketiga. Bilik ni pun katil queen size. Cuma bilik ni nampak kecik sebab dia ada bilik air sendiri.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Oh ya kalau korang nak tau, Alur Galley Suites ni baru 6 bulan di bina. Masih sedang dalam proses menaik taraf pelbagai kemudahan untuk masa akan datang. No wonder masa Ana masuk bilik, bau perabot masih kuat. Semuanya baru lagi rupanya.

Bagi yang tertanya, Alur Galley Suites ni terletak di Kampung Penarik di daerah Setiu. Kalau dari bandar Kuala Terengganu dalam 1 jam macam tu. Memang kawasan kampung sungguh area Alur Galley Suites ni. Jauh dari kesibukan bandar. Bila malam sunyi je. Best untuk korang yang nak berehat dengan tenang dan aman.

Tapi walau jauh dari bandar, ok je bagi Ana. Nak cari tempat makan sangat mudah. Baik untuk breakfast, lunch or dinner. Drive 5 minit dari Alur Galley Suites ni dah boleh jumpa deretan kedai makan. Jangan lupa cuba nasi dagang dekat sini. Terbaikkkk bohhhh. RM3 je sebungkus. Murr murr sangat kan. Mana nak dapat harga macam tu dekat KL ni weiii. Hehe.

Baca juga : NR Cafe Tok Jembal Restoran Daripada Buluh

Kedai-kedai celop tepung jangan cakap lah. Bersepah-sepah. Pilih je mana yang korang rasa nak cuba. Tapi kalau korang stay di Alur Galley Suites, korang entitle for 10% discount kalau makan dekat Mr Celup Tepung. Nanti masa check in tuan rumah akan bagi korang sekeping dicount coupun macam tu. Yang kitorang makan ni dekat kedai sederet tu juga.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Kalau kata korang tak nak beli, lebih suka masak sendiri sila kan. Semua peralatan memasak seperti dapur berserta hood, rice cooker, kuali, kettle, sendok, sudip, mangkuk, pinggan, sudu garfu, peti sejuk semua ada. Nak berBBQ pun boleh u olls. Barang-barang mentah seperti makanan laut korang boleh je beli dekat pasar Ikan Rhu 10 yang dibuka sehingga pukul 2-3 petang. Fresh fresh makanan laut dia. 
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Selain tu kemudahan mesin basuh baju juga ada disediakan. Yang ni pun Ana suka sebab boleh basuh baju setiap hari. So kurang lah baju kotor nak bawa balik tu. Sebab Terengganu ni panas sangat, sidai kejap je dah kering. Senang kerja akak.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Kalau korang nak buat aktiviti air, korang boleh book pakej pulau dengan Alur Galley Suites. Sebabnya dorang ada buat pakej balik hari ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Tak silap harga  RM120 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak. Pakej termasuk sewa bot dan makanan. Bagi korang yang bajet kecik boleh cuba naik bot untuk tengok kelip-kelip dan kutip kepah di Setiu Wetland. Harga RM35 je seorang.

Ana? Tak dapat join aktitiviti air tu sebab mak tetiba warded bila sampai dekat sini. So berulang alik kitorang dari homestay ke Hospital Setiu. Apa boleh buat, dah tu je rezeki yang ada. Yang penting kesihatan dan keselamatan mak terjaga. Macam kena repeat semula ke sini nampaknya lepas ni. Hehe.

Tak dapat buat aktiviti air kita lepak je lah tepi Pantai Penarik ni sekejap. Jadilah lepas kan lelah yang ada. Tak pernah tak cantik pemandangan pantai dekat Terengganu ni.
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Alur Galley Suites
Overall Ana sekeluarga sangat puas hati stay dekat Alur Galley Suites ni. Rasa macam seperti dekat rumah sendiri. Kelengkapan semua lengkap. Urusan untuk booking pun sangat senang. Very responsive.

Ok lah tu je Ana nak kongsi tentang staycation Ana sekeluarga di Alur Galley Suites. Kalau korang rasa nak staycation di sini juga korang boleh contact atau WhatsApp Cik Noli terus di +6019-9443929.

Rate semalam di Alur Galley Suites ni ialah RM420 (weekdays), RM450 (weekend & school holidays) dan RM480 (public holidays). Deposit sebanyak RM250 semalam kena dibayar terlebih dahulu untuk lock date yang korang nak tu. Waktu check in pukul 2 (boleh masuk awal kalau kosong) dan check out pukul 12 tengahari. So selamat berstaycation u olls.


28 comments:

  1. This looks like such a great getaway

    ReplyDelete
  2. cantik la homestay tu ana.. dapur pun complete nampaknya..

    ReplyDelete
  3. cantiknya homestay ni ana....seronok juga ni,kena plan la nak g sini nnt dengan family

    ReplyDelete
  4. best juga ni, famli asben suka mancing..suasana pun cantik

    ReplyDelete
  5. Wah cantiknya rumah ni bersih Dan byk tarikan di area Ni.. bestnya

    ReplyDelete
  6. Cantiknya suite ni aahlah mcm villa..kitchen dia sis suka..ada pool..arghhh nak tganu skrgggg

    ReplyDelete
  7. Cantiknye homestay dia. Lagi best coz ada tempat boleh memancing dan ada pool. Memang lengkap. Tq for sharing Ana 😊

    ReplyDelete
  8. cantik betul homestay ni.. kena bookmark ini

    ReplyDelete
  9. bestnya tempat dia..homestay ade kolam..pastu tepi laut boleh pancing..memnag tak boring la..nak ambilgambr lagi lawa

    ReplyDelete
  10. Nmapak cantik dan puas hati ni kak Ana..lengkap segala keperluan kan..itu yang penting..

    ReplyDelete
  11. Wow.. Bestnya ana.. Kita tak pernah sampai ke tganu. Cousin kawen ngn org sna. Nti nk share ke dia la.

    ReplyDelete
  12. wah! boleh buat weekend getaway ni!

    ReplyDelete
  13. Port memancing tu, suami Bonde pon turut teruja nak pergi. Katanya bestnya bolehlah pergi.. Ada canlah nak pi sini nnt 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  14. Cantiknya rumah dia. Kemas. Siap boleh memancing seklai.

    ReplyDelete
  15. santai-santai...relax² bestnya...
    husband nieyl suka la kalau pergi tempat yang dia boleh memancing ni....
    alamatnya dia x layan nieyl laaa...hehehe

    ReplyDelete
  16. Cantik homestay dia. Kemas & teratur ja.

    ReplyDelete
  17. Nanti nak singgah sini kalau pergi terengganu.. thanks for review

    Penapis Air Terbaik

    ReplyDelete
  18. wahhh rabia pernah pergi pantai penarik

    ReplyDelete
  19. Cantiknya homestay ni ana. View pun menarik je kat sini. Mmg rasa tenang tgknya. Teringin nak bercuti ke Terengganu dgn suami. Tp tulah belum ade kesempatan. Blh msuk list ni.

    ReplyDelete
  20. pandai kak ana mancing heheee, bestnyaaa terengganu penah pergi sekali je

    ReplyDelete
  21. Jatuh hati tgok homestay dia.. Cantik betul... View dia pun cantik je lepak ptg sedap tu

    ReplyDelete
  22. Kalau bercuti kat sini nak stay sini jugaklah. Nampak kemas, beraih dan selesamsiap ada swimming pool lagi

    ReplyDelete
  23. Azhan: cantik juga kalau buat fmly day kat sini

    ReplyDelete
  24. Wow this Alur Galley Suites Homestay place is so peaceful for a family weekend getaway

    ReplyDelete
  25. Nice sangat keluasannya, kemudahan yang paling penting kan. Thank you for sharing Ana.

    ReplyDelete
  26. Fuh cantik tempat ni, kena dengan harga dia.
    Dah lama tak gi ke bercuti belah pantai timur ni ... hmm

    ReplyDelete
  27. bestnya kalau dapat ke sini.. Homestay yang ohsem dan sangat selesa..

    ReplyDelete
  28. Cantik lah tempatnya Ana.. boleh Kak Sue tunjuk kat Abang Man nanti nie..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤