Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records - Ana Suhana

Jun 18, 2019

Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records


Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records l Assalamualaikum. Bila dah jadi mak mak ni kan, sedikit sebanyak mesti akan terjebak dengan dunia anak-anak. Lagi-lagi bila masuk bab-bab permainan. Dari tak tahu jadi tahu lah orang kata. Dan salah satu koleksi permainan kesayangan Syafi yang Ana tahu ialah Thomas & Friends™. Dan baru-baru ni Thomas & Friends™ Thomas  TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records tau. Hebat kan?
Thomas & Friends™ TrackMaster™
Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records 

Kalau korang nak tau, Thomas & Friends™ TrackMaster™ merupakan koleksi terbaru Thomas & Friends™  yang baru dilancarkan bulan lepas.  Untuk masuk dalam senarai Malaysia Book of Records, pihak Thomas & Friends™ telah bertungkus lumus sehingga berjaya membina diorama terbesar menggunakan set-set Thomas & Friends™ TrackMaster™ dengan keluasan 50 meter persegi di Ground Floor Centre Court, Old Wing, 1 Utama Shopping Centre pada 25 Mei ke 10 Jun 2019 yang lepas.
Thomas & Friends™ TrackMaster™
Menurut Ho Shu Ting, Pegawai Pemasaran untuk unit Prasekolah & Bayi di Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. (Mattel), apa yang menarik tentang diorama Thomas & Friends™ TrackMaster™ terbesar ni ialah ianya bertujuan untuk membantu merangsang imaginasi kanak-kanak dalam dunia yang lebih besar di sekeliling mereka melalui permainan keretapi yang hebat dan mengagumkan ini. Selain dari tu, ianya juga menonjolkan kepentingan ikatan persahabatan dan kerja berkumpulan bersama Thomas melalui pengembaraan zaman kanak-kanak yang mengujakan.

Ok jom kita cerita tentang koleksi terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™ pula. Koleksi Thomas & Friends™ TrackMaster™ ini menawarkan sistem trek keretapi dengan kuasa bateri yang boleh disesuaikan dan penyambungan antara trek yang membolehkan jurutera trek menyuai padan beberapa kotak set koleksi ini kepada sebuah dunia besar yang saling berhubung.

Thomas & Friends™ TrackMaster™ ini dikeluarkan bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan merangsang jurutera-jurutera cilik ini untuk mencipta dunia Thomas mereka sendiri dengan enjin baharu, trek baharu dan inovasi pelan baharu sebagai tambahan kepada set sedia ada.

Bersempena dengan ulang tahun Thomas & Friends™ yang ke-74 sejak mula menghiburkan kanak-kanak sedunia dari Pulau Sodor, Thomas & Friends™ TrackMaster™ yang merupakan pasukan baharu keretapi wap (Thomas, Percy, James, Gordon, Nia, Rebecca dan Emily) akan meneruskan momentum Thomas’ Global Adventures dengan memastikan keterangkuman dan komunikasi lebih meluas di seluruh dunia.

Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set

Tak nak ketinggalan, Syafi juga dah berjaya dapatkan salah satu koleksi Thomas & Friends™ TrackMaster™ iaitu Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set. Bukan main gembira dia. Koleksi Thomas & Friends ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun tau di mana semasa bermain, secara tak langsung mereka boleh meningkatkan kemahiran bermotor mereka.
Thomas & Friends™ TrackMaster™
Nak pasang set Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set ni senang sangat sebab dah ada arahan serta kod-kod pada setiap komponen yang ada. Less than 5 minutes dah boleh siap pasang 20 komponen yang terdiri daripada kereta mainan utama Thomas, bot rolling, trek kereta api standard TrackMach™, trek air untuk bot dan juga dua buah dek.
Untuk Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set ni ia mengisarkan tentang perjalanan Thomas  yang bermula dari trek sehingga ke pengembaraan di atas laut  yang berombak dengan sebuah bot yang hebat. Penggembaraan tersebut akan berakhir di sebuah dek sebelum Thomas kembali ke tempat asalnya.

Bagi Ana bagus kita dedahkan anak-anak dengan permainan seperti ni. Takde lah sibuk dengan gajet je kan. Masa ni lah Ana nampak Syafi banyak berfikir dan belajar untuk memahami apa yang dia lihat. Sambil bermain sambil belajar orang kata. Baru lah fun kan!! Tapi mak ayah lah kena bertabah sebab non stop soalan diajukan. Huhu.

Kalau korang berminat nak dapatkan koleksi Thomas & Friends™ TrackMaster™ ni untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak, korang boleh dapatkan di kedai-kedai permainan utama, kompleks membeli-belah serta platform e-dagang.

Untuk maklumat lanjut tentang Thomas & Friends™ TrackMaster™ atau koleksi Thomas & Friends™ sedia ada, korang boleh layari laman Facebook Thomas & Friends  di https://www.facebook.com/sea.thomasandfriends.

29 comments:

  1. Niyaz collector Thomas and Friends.. klau dia nampak ni mmg nboleh histeria mintak beli..Liez pun naik syok tengok hihihi

    ReplyDelete
  2. Zaza pun layan tau dulu2 cite ni.. Haha.. Best ooo.. Budak2 mmg suka sgt ni kalau dpt

    ReplyDelete
  3. Ini kegemaran dan kegilaan si Iyash ni

    ReplyDelete
  4. hai there! i'm blogwalking here^^

    ReplyDelete
  5. Dulu ada gak pernah join event thomas ni..budak2 pun join sekali..dulu2 mmg ada koleksi thomas n frenz

    ReplyDelete
  6. Awww this is so so cool, my nephews like Thomas and Friends too will bring them there.

    ReplyDelete
  7. aduimak rasa rugi plak tak dapat join event ni ek, anak sedara kak lily aakif suker benau dengan set permainan Thomas & Friends ni, ade plak dengan koleksi terbaru Boat & Sea ni lagilah best kan... bestla

    ReplyDelete
  8. This my fav cartoon jugakk hehe, nmpk takk bukan budak2 je suka, kita pun sukaa

    ReplyDelete
  9. dulu2 masa kecil suka tgok cartoon ni. skrg ni dah takda budak kecil dalam family so mmg dh lama tak layan cartoon. in shaa Allah tahun depan dapat anak saudara baru. bolehlah beli kt dia :) terima kasih share

    ReplyDelete
  10. Tahniah Thomas and Friends! Teringat dulu masa adik bongsu saya kecik lagi punya la dia minat cerita Thomas and Friends ni. Bila cerita tu dah start, kami semua terpaksa join jugak la hehe.. Tapi kartun dia bagus. Banyak tentang family & friendship :)

    ReplyDelete
  11. Siri kartun ini selalu bersiaran pada channel 611 Astro Ceria dulu. Sampai Naim pun layan sekali. hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau anak-anak yang suka koleksi permainan, mesti tak ley nak lepas la nak dapatkan mainan-mainan ni. Kadang2 sis pun suka tgk kartun ni. Hilang stress. Haha.

    ReplyDelete
  13. Anak anak Mimi memang suka layan Thomas and friends ni. Nak nak si kecik tuh. Wah rak sangka Thomas and friends trackmaster tersenarai dalam book of record

    ReplyDelete
  14. wah! tahniah dapat tersenarai dalam Malaysia Book of Record. bukan senang nak dapat anugerah ni. Kecik2 dulu xul selalu tengok cerita ni sebab nak improve English. mainan dia ada lagi dekat kampung. Heheh

    ReplyDelete
  15. Sambil bermain sambil berfikir itu yang terbaikkan Kak..bila tersenarai dalam malaysia Books Of Record ianya bukan yang calang-calang..bukan sejenis permainan yang zero kepada kanak-kanak.

    ReplyDelete
  16. Wow! masuk Malaysia Book of Records too. My nephews also like Thomas & Friends.

    ReplyDelete
  17. best yer syafi dapat mainan baru Thomas and friends. tahniah juga Thomas and friend sebab masuk dalam buku malaysia book of records

    ReplyDelete
  18. ada lagi kartun Thomas & Friends ni, dulu weekend suka jugak layan dekat TV. Bahagia betul muka syafi dapat set mainan T&F ni.

    ReplyDelete
  19. dulu layan jugak citer thomas n friends ni kat tv sampai anak merengek mintak belikan kepala keretapi thomas ...syok layan sebab boleh bina kreativiti anak2 juga...

    ReplyDelete
  20. Seronok layan Thomas & Friends ni. Cuma tulah tak muat rumah nak sambung keretapi punya rail tu. Anak ruby satu hall penuh Thomas. Sekarang mereka minat Hot Wheels. maybe malas nak kemas rail le tu. main kereta tak kena bebel. kahkahkah

    ReplyDelete
  21. Fuh ! Hebatlah thomas and friends! Malaysia books of record kot! Terbaik! Great idea la ntk meransamg ank² suoaya berfikir lebih luas ! Cx pon suka layan thomas amd friends ni. Cite ya best dan penuh pengajaran.

    ReplyDelete
  22. Memang excited anak2 bila dapat thomas. Salah satu permainan kegemaran yg mmg budak akan looking forward nak buat koleksi

    ReplyDelete
  23. wah menarik sanagt ni..ni kalau fariza nampak mesti tak leka duk pandang..nak pergi la..one utama erk..syok ni..siapa tak suka thomas and friends

    ReplyDelete
  24. such a lovely track.. it's great to hv a thomas and friends toys at home for every young kiddos...

    ReplyDelete
  25. menariknya.. syafi akak dah besar kalau x dah lama bawa dia

    ReplyDelete
  26. Bagus mainan macam nie kan Ana dapat kembangkan minda anak-anak selain bermain..

    ReplyDelete
  27. Berapa panjang la agaknya track yang dia pasang dekat One Utama tu eh. Seronok lah Syafi dapat set mainan Thomas & Friends tu kak Ana. Teringat dulu adik Nad tengok jugak cartoon ni, tapi sekarang umur dah 14 langsung tak tengok dah hahah.

    ReplyDelete
  28. dulu anak sis suka sangat tengok kartun ni, sekarang trend beyblade.. layan beyblade plak adeih ..


    Penapis Air Terbaik

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤