"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv


"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv  l Assalamualaikum. Korang suka tak tengok cerita-cerita ala ala detektif yang menyelesaikan kes-kes jenayah seperti kes pembunuhan? Dan pernah tak berangan nak jadi detektif? Kalau ye apa kata korang sertai "The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv  ni.
The InBetween Siri Terbaru di Unifi Tv
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv  

Kalau korang nak tau, The InBetween merupakan siri thriller terbaru di Unifi TV Ch 473 (Blue Ant Entertainment) yang mula disiarkan pada 31 Mei pukul 10.35 malam.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
The InBetween menceritakan tentang keadilan di antara 2 dunia. Diterajui oleh watak Cassie Bedford, wanita yang dilahirkan dengan keupayaan luar biasa di mana dia boleh melihat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku atau yang akan berlaku pada masa akan datang. Selain tu Cassie juga didatangi roh roh yang memerlukan bantuannya.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
Cerita bermula apabila ayahnya; Detektif Tom Hacket dan rakan barunya; bekas Agen FBI Damien Asante memerlukan bantuan Cassie untuk selesaikan kes pembunuhan yang sukar dan membingungkan. Dan Cassie tak bersetuju untuk menggunakan kebolehannya dan membantu menyelesaikan beberapa kes Seattle yang paling mencabar. Kalau nak tau lebih lanjut korang kena lah tengok sendiri di Unifi Tv Ch 473 ok.

Ok berbalik dengan cerita nak jadi detektif yang Ana bagitau awal-awal tadi, sekarang korang boleh berpeluang untuk merasai sendiri jadi ala Cassie dengan menyelesaikan kes pembunuhan "The Greatest Murder of Westwood" di mana ianya merupakan hasil kolaborasi Blue Ant Entertainment dengan Breakout Malaysia Avenue K.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
Semalam Ana dengan adik-beradik Ana berkesempatan untuk jadi detektif sekejap. Konon nak solve kes pembunuhan "The Greatest Murder of Westwood" tu lah. Rupanya belum cukup ilmu di dada lagi. Haha.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
Susah bak hang kes pembunuhan tu ok. Penat kitorang fikir semata nak cari klu untuk selesaikan kes tu. 45 minit yang diberi memang sangat tak cukup. Tapi takpe lah, janji kitorang berani sahut cabaran. Katanya kes ni antara kes yang paling susah dan hanya 5% sahaja yang berjaya selesaikan kes ni. Memang tabik spring lah pada yang berjaya tu.

Tapi kalau korang rasa korang mampu dan hebat bab-bab penyiasatan ni, sila beranikan diri untuk selesaikan kes "The Greatest Murder of Westwood" ni. Dan kalau kata korang jadi 100 peserta pertama yang  berjaya selesaikan kes pembunuhan tersebut, korang berpeluang membawa pulang hadiah istimewa. So book slot korang secepat mungkin sebab kolaborasi ni hanya sehingga 21 Jun 2019 ni. Masih berbaki beberapa hari ni.

Bagi yang tertanya macam mana jalan cerita siri The InBetween ni korang boleh tengok trailer di https://www.facebook.com/BlueAntEntertainment/videos/386239392232725/.

Untuk info terbaru, korang boleh follow Blue Ant Entertainment di laman sosial di bawah.



"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv Reviewed by Ana Suhana on June 17, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. I love how brilliant all these detective series are. Intriguing

    ReplyDelete
  2. Kak Sue pun pernah datang sini.. best juga. Lain kali boleh lah datang lagi, anak-anak Kak Sue mesti suka nie..

    ReplyDelete
  3. Suka gak tp sekarang ntah bila la nak explore lagi..anak akak sure suka

    ReplyDelete
  4. Mcm best je baca sinopsis tu .. Kita suka tgk cite2 cmni... Tp kt astro ade ke... Sbb xpnh dgr chanel unifi kan.. Huhu

    ReplyDelete
  5. Alahai mcm mana bleh terlepas cerita ni..menariklah..iols suka cerita2 mcm ni..nti nak tgok..iols mmg ada langgan unifi tv

    ReplyDelete
  6. Eh eh best pkak baca sinopsis cerita ji. Nanti nak tengok lah sebab rumah Mimi memang gina unifi.

    ReplyDelete
  7. dulu beranagn nak jai detektif..hahaa.kalau masuk sini mesti sama macam kak ana, blur..ahhaha..tapi macm seronok pulak

    ReplyDelete
  8. Macam best jeee citaaaa ni, tpiii takda siaran unifi :(

    ReplyDelete
  9. ala.. nak kena ada unifi rupanya.. akak suka cerita2 macam ni..

    ReplyDelete
  10. PC dengan En suami suka tengok cerita macam ni..lepas tu main teka-teka..siapa yang macam ni..kenapa macam ni..hahahaha.

    ReplyDelete
  11. Mesti mencabarkan Ana. .syok juga ni latih otak sikit.. hehee

    ReplyDelete
  12. cm best jerk cite ni ana oiiii...

    ReplyDelete
  13. Wow! i like this thriller siri too By the way i tried breakout before and memang best la game tu.

    ReplyDelete
  14. Wah cerita macam ni memang fav Marsha ni

    ReplyDelete
  15. waktu kecik dulu berangan nak jadi detektif.. last2 jadi blogger hehehe

    Penapis Air Terbaik

    ReplyDelete
  16. Macam best ja cerita ni. Tapi aina takda siaran unifi.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.