Salam Aidilfitri 1440 H - Ana Suhana

Jun 10, 2019

Salam Aidilfitri 1440 H



Salam Aidilfitri 1440H l Assalamualaikum. Wah terasa lama giler tak update blog ni. Adalah lebih dari 2 minggu. Hehe. Rindu pulak rasanya. Sihat ke korang? Ana Alhamdulillah sihat walafiat. Ana doakan korang juga semua dikurniakan kesihatan yang baik. Salam Aidilfitri 1440H buat semua. Best tak raya korang? 
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440H

#teamraya mana korang tahun ni?  Ana seperti tahun-tahun lepas #teamrayaselangor dan #teamrayaKL. Dah jadi rutin raya bila separuh hari raya pertama di rumah mertua, petang tu balik rumah mak ayah Ana pula. Esoknya pun sama pagi rumah mak ayah Ana, petang rumah mak mertua. Hehe. 

Tu lah salah satu untung kahwin dengan orang satu kawasan ni. Bak kata kitorang, lagu raya tak sempat habis dah boleh sampai "kampung". Takde isu jalan sesak semua. Tapi tahun ni KL tak selengang tahun-tahun lepas. Ramai yang raya di KL kot tahun ni. 

Saja lah nak abadikan kenangan raya dalam blog ni. Yang ni gambar hari raya pertama Ana di rumah mertua. Tahun ni semua turn beraya di sini. So full house lah. Bertambah meriah dan ceria bila adik mak mertua Ana beraya bersama. 
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440 H
Ni kisah raya hari kedua di rumah mak ayah Ana.  Perasan cantik pula gambar ni sebab pokok belakang tu sedang elok kembang dia. Siapa-siapa yang datang beraya dekat rumah mak ayah mesti akan bergambar bawah pokok ni. Hehe. 
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440 H
Sedondon selalu bak kata En Suami. Apa nak buat dah memang Ana suka sedondon-sedondon ni. Setahun sekali kan. Apa salahnya.

Baju raya tahun ni semua under bajet. Semua beli dekat arked Jalan TAR tu. Senang semua ada. Baju kurung hari pertama baru RM50 sepasang. 
Salam Aidilfitri 1440 H
Raya kedua pula RM60 sepasang. Tudung beli je tudung bawal RM15 sehelai. Total untuk baju Ana kurang dari RM200. Ok lah kan. Kalau tahun-tahun lepas, RM200 untuk sehelai baju je. Tahun ni semua insaf pakai yang biasa-biasa je. Hehe. Yang penting ikut kemampuan. Kalau mampu pakai yang RM500 sehelai pun apa salahnya kan. Janji semua happy di hari yang mulia ni.
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440 H
Yang lelaki memang dah pesan awal-awal tak nak baju Melayu. Dorang lebih selesa pakai kurta je. Lagi satu alasan tak nak pakai baju melayu sebab membazir. Pakai sekali je masa raya tu. Kalau kurta boleh pakai banyak kali. Material pun selesa. Ikut korang lah kan. Baju kurta semua RM60 sehelai. Beli dekat kedai yang sama. Sekali dengan kurta Syafi. Senang citer.

Ok lah, tu je nak share tentang hari raya Ana. Sekali lagi Ana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang mengenali Ana secara langsung atau pun tak. Semoga ukhwah yang terjalin ni mendapat keberkatan Allah dan berpanjangan. Raya raya juga, kesihatan kena jaga. Dan jangan lupa puasa 6 juga :)

18 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Ana Suhana sekeluarga, Maaf Zahir & Batin..
    Seronok tengok baju raya Ana sedondon semua.. Nampak meriah dan masing-masing ceria..

    ReplyDelete
  2. btul tu..kl mcm tk lenggang hehe...seronok sedondon bj ry tu...salam aidilfitri utk ana sefamily

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kak Ana! :)
    #teamrayanogori je. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Ana.. Maaf zahir dan batin.. baju murah pun bila dah pakai cantik jugak. yg lagi best sbb jimat kan.. hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri Ana.. Taqobbalallahu minna wa minka

    ReplyDelete
  6. Betul la kak..sederhanakan..tapi kalau mampu belanja lebih..tak salah..yang biasa-biasa pun ada yang luar biasa..tatap cantik segak bergaya..alhamdulillah..Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Kak Ana.

    ReplyDelete
  7. cantik sedondon, beli kat kawasan mana tu ana. murahnya.
    btw, bestnya semua sporting pakai sedondon kedua-dua belah keluarga

    ReplyDelete
  8. Selamat Berhari Raya Ana.. Murah teruk baju raya Ana.. Alhamdulillah memang bagus jaga jaga bajet untuk beli baju raya tu..

    Psstt bestnya kampung dekat, tak sempat gaduh tak de isu nak beraya mana dulu.. Hehe

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya, Kaa Ana :)

    ReplyDelete
  10. selamat hariraya maaf zahir batin buat ana sekeluarga

    ReplyDelete
  11. Selamat hari raya Aidil Fitri Ana serta maaf zahir dan batin.
    Setahun sekali je sedondonkan itu pun payah haruslah bergambar sakan.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Wahhh... berkobar jugak LeYa nak update cerita Lraya LeYa setelah laptop dah kembali sihat

    ReplyDelete
  13. Selamat Hari Raya Ana.. maaf zahir batin ya. Cantik sedondon semua, Kak Sue pun suka sedondon setiap kali raya dari anak-anak kecik sampai dah besar panjang.. bak kata Ana, setahun sekali kan..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤