Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong - Ana Suhana

Jun 19, 2019

Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong


Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong l Assalamualaikum. Malam raya tahun ni berbeza sikit sebab instead bermalam di rumah mak mertua, Ana sekeluarga berMalam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong. Hotel bersebelahan dengan Brem Mall Kepong tu haa.
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong

Sebenarnya memang plan nak tidur rumah mak mertua, tapi 2 minggu sebelum tu adik mak mertua Ana tumpang beraya sekali. So bilik tetamu yang selalu Ana guna tu dah beri pada makcik Ana tu. Tu yang jadinya kami berMalam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong. Sebelah rumah je pun hotel ni. Haha.

Memandangkan hotel sebelah rumah je, Ana balik tidur je malam tu. Tu pun sampai hotel dalam pukul 1 pagi. Tidur kejap esok pagi dah siap siap untuk berhari raya. Kisah raya Ana boleh baca di SINI.

Bilik ni bilik Superior dengan 2 unit katil single. Harga dalam RM110 semalam. Harga termasuk breakfast tapi dah ada lauk raya dekat rumah, so memang tak pergi makan pun. 

Ni rupa bilik di Crystal Crown Hotel Kepong. Agak luas dan bersih. Interior dia walau agak lama tapi masih elok dan kemas. Cadar, bantal semua bersih. Cuma bantal dia tak best sikit. Tak selesa nak guna sebab terlalu rendah. Susah gak lah Ana nak tidur malam tu sebab nak cari posisi yang "kena". Hehe. Biasa pakai bantal tinggi kan.
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Fasiliti yang disediakan agak ok juga lah dengan harga yang dikenakan tu. Fasiliti yang ada ialah kerusi dan meja kopi, meja kerja aka meja solek, mini bar, coffee & tea making facilities dan tv dengan few Astro channels. Sempat lah tengok kejap.
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Ni rupa bilik air dia. Nampak macam baru renovate. So bersih lah kan. Actually bilik air ni besar tapi sebab dah ada bath tub dalam tu, jadi dia makan space. 
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Macam Ana prefer yang takde bath tub sebab satu makan space, dan lagi satu sebab leceh woo nak mandi kena naik dalam bath tub tu. Bayangkan kalau orang-orang tua yang tak larat atau sakit kaki, kan dah jadi satu hal nak kena panjat. Nak mandi kat bawah kang habis basah satu bilik air, takut licin pulak nanti.

Ok lah tu je cerita Malam Raya Ana di Crystal Crown Hotel Kepong. Overall ok je semua. Ada orang kata hotel ni berhantu, so far takde lah pulak rasa-rasa seram tu semua. Receptionist tu siap cakap dah 7 tahun dia kerja sini tak pernah pulak terserempak dengan entiti-entiti tu. Kalau ada tak kan dia nak cerita pulak kan. Kang korang pun takut nak stay sini. Hehe.





14 comments:

  1. Murah harga dia ana, peak season. Akk tido bajet hotel pun dah RM128 kat tapah. Bath tub tu kita xsuka, tp bebudak suka kan hehe

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya ana. Harganya pun murab walauoub peak season

    ReplyDelete
  3. kat sini memang murah..kalau ada wedding kat area Gombak ke apa..akak mmg stay kat sini ngan family...suka breakfast dia sedap

    ReplyDelete
  4. 1 night rm110 . Wow murah jugak tue . Tengok condition bilik pun cantik dan selesa . Harga untuk hari biasa,public holiday & weekand day tetap sama ke rate ?

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan juga ya Ana bilik kat sini, harga pun tak mahal sangat kan..

    ReplyDelete
  6. Harga ok..cantik pun cantik..puas hati ni kak.

    ReplyDelete
  7. Amboi curlass Kak Ana bermalam raya di hotel.. Hehe... Tapi rasanya memang sekarang itulah yang terbaik bilamana rumah kita dah ramai kan.

    ReplyDelete
  8. Malam raya rumah mak jadi hotel
    Berkumpul reramai anak2, cucu2 dan cicit2.

    ReplyDelete
  9. wahhhh harga ok sangat tu.
    biasa dah orang book hotel masa raya.
    kadang tu taknak ganggu orang-orang tua yang ramai berkumpul kat satu rumah hehehe

    ReplyDelete
  10. ya allah bestnya... bathtub kena tgk juga kan.. kalau ada org tua mmg x sesuai

    ReplyDelete
  11. Nampak selesa hotel ni, bolehlah nanti bermalam dekat situ kalau lepak dekat KL

    ReplyDelete
  12. Menarik juga ni. Dulu ada satu masa selalu appointment kat situ, tp tak pernah menginap lagi.. selalu juga main bowling kat area situ dulu hehe

    ReplyDelete
  13. Harga berpatutan lah k.ana. Cantik & nampak selesa pulak tu.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤