Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu - Ana Suhana

Jun 21, 2019

Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu


Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu l Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Baru-baru ni Ana ada terbaca tentang Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu. Seram sejuk satu badan bila baca. Tak terbayang betapa dahsyatnya azab seksa si penghuni-penghuni neraka. 
Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu

Tapi pelik kan?? Da tau azab seksa Allah tu maha dahsyat tapi kita tetap lakukan dosa. Tu menunjukkan betapa lemah nya iman kita dan betapa hinanya kita sebagai seorang hamba. Amal dah lah tak seberapa, dosa pulak setiap hari bertambah tapi masih berimpian untuk ke syurga. Tak salah kan? Semoga ada amalan kita yang tak seberapa tu diangkat oleh Allah sebagai asbab untuk beroleh rahmatNya. Dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar dilindungi dari azab seksa api neraka. Salah satu doa yang boleh kita amalkan ialah doa selepas tahiyat akhir dan sebelum salam.

Jom kita baca tentang Jenis-jenis Pintu Neraka dan Sifat Setiap Pintu di bawah ni.
.
.
.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi saw : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati  penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi saw bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 

Tanya Rasulullah saw : "Siapakah penduduk setiap pintu itu?" 

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa as serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.  Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah saw sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." 

Maka Nabi saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi saw di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi saw menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi saw masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Semoga perkongsian ni dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. 

13 comments:

  1. Allahuakbar. Even untuk orang yang solat pun ada neraka untuknya kan 😰 Solat yang sambil lewa. Sekadar solat gitu. Ya Allah. Seramnya. Sungguh kita tak layak tuk syurganya, tapi kita tak nak masuk neraka 😭

    Thanks for sharing ana 💕

    ReplyDelete
  2. Terkedu.Bergenang air mata mengenang betapa banyaknya dosa-dosa yang ada.Allahu.PC sentiasa berdoa,setiap baki umur yang ada ini,,Allah sentiasa ingatkan PC tentang taubt dan berbuat kebaikkan kak..

    ReplyDelete
  3. Nauzubillah.. semoga kita semua dijauhkan azab api neraka.. aamiin ya rabb.. Takutnya Ana..

    ReplyDelete
  4. Mudah2an memberi kesedaran kepada kita

    ReplyDelete
  5. Moga dijauhkan dari siksaan api neraka. Insaf!

    ReplyDelete
  6. kereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah.. terima kasih atas perkongsian ini Ana. Menjadi peringatan buat diri ini yg serba lemah dan kekurangan ini. Astagfirullah.

    ReplyDelete
  8. Allhuakabar...seram bila baca tapi ini sebagai peringat buat Liez dan semua.nak buat sehabis baik

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar.. Sesungguhnya kita tak layak untuk syurgaNya, tapi kita tak nak masuk neraka.. Perkongsian yang menjentik rasa..

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤