June 2019 - Ana Suhana

Jun 29, 2019

BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar

9:52 AM 16
BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar

BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar l Assalamualaikum. Siapa kata orang lelaki tak suka bergaya? Kadang dorang ni lebih cerewet dari orang perempuan. Hehe. Bila cakap tentang bab kecantikan kaum lelaki ni, salah satu produk yang wajib ada dalam list dorang ialah pomade. Tapi korang tau tak ada 4 jenis pomade di pasaran dan salah satunya yang Ana nak cerita adalah tentang BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar.
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar

Apa tu pomade?? Pomade pada asasnya merupakan produk penggayaan rambut yang diformulasi daripada minyak, lilin atau bahan air. Apa yang membuatkan pomade semakin mendapat tempat di pasaran adalah kerana ianya tahan lama bila dipakai dan mudah untuk digayakan dalam apa juga gaya rambut yang diinginkan.

Namun tak semua pomade elok dan sesuai untuk dipakai especially untuk jangka masa panjang sebab kandungan bahan-bahan yang ada dalam pomade tu sendiri. Macam Ana cakap dekat atas tadi, ada 4 jenis pomade yang dijual di pasaran. Nanti Ana explain satu persatu dekat bawah ni.
BIOCHO Pomade
1. Pomade Jenis Gel

Dihasilkan dari bahan-bahan kimia seperti lilin sintetik, hair fixates, polimer, alkohol dan karbome. Pomade ni senang untuk digayakan dan mudah dicuci TETAPI boleh mengakibatkan kekeringan rambut yang melampau, dermatitis kulit serta menyebabkan kehilangan rambut. Pomade ni juga tak sesuai untuk kulit sensitif kerana boleh menyebabkan psoriasis, dermatitis, kelemumur dan kegatalan.

2. Pomade Orthodox Berasaskan Air

Pomade ni merupakan kombinasi gel rambut dan minyak tradisional yang juga mudah untuk dibentuk dan dicuci. NAMUN pomade ni masih mengandungi baham kimia yang boleh mengeringkan kulit kepala, menyingkirkan minyak semulajadi rambut dan menyebabkan kegatalan.

3. Pomade Unorthodox Berasaskan Air

Pomade ni merupakan campuran lilin dan minyak dengan air menggunakan synthetic emulsifer yang mudah untuk digayakan dan dicuci. Walaupun pomade jenis ni mampu melembap dan melindungi rambut NAMUN kandungan bahan kimia seperti paraben dan pewangi sintetik boleh memberi kesan buruk kepada kulit kepala.

4. Pomade Berasaskan Minyak

Dihasilkan daripada lilin seperti Beeswax, lilin petroleum dan minyak tumbuhan semulajadi atau minyak mineral.  Tidak mengandungi bahan kimia dan baik untuk kulit kepala dan rambut. TETAPI masalah utama pomade jenis ni ialah  ianya sukar dibasuh rambut  dan boleh menyebabkan kulit kepala berminyak dan liang tersumbat.
.
.
.
.
.
Sekarang dah tau kan 4 jenis pomade yang ada di pasaran. Tapi takde satu pun pomade yang sesuai untuk digunakan setiap hari untuk jangka masa yang lama kan. Memahami masalah tu, RenoSkin International Sdn Bhd sebuah syarikat yang mengeluarkan produk yang berasaskan bahan semula jadi telah menghasilkan BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar

Oh ya lagi satu kalau korang nak tahu, pengasas RenoSkin ni memang ada kelayakan dalam bidang kimia dari UMP untuk menghasilkan produk yang selamat tau. So korang tak perlu nak ragu-ragu dah bila guna produk-produk di bawah label mereka.
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade
BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar ini dirumus khas menggunakan Beeswax tanpa bahan kimia dan bahan pengawet untuk mengekalkan segala kebaikan pada kulit kepala dan rambut. Antara kandungan lain yang ada dalam BIOCHO POMADE adalah  :
BIOCHO Pomade

1. Minyak Argan

Kaya dengam nutrien untuk rambut seperti asid lemak dan vitamin E. Antara manfaat minyak Argan ialah ianya mampu menjadikan rambut lebih sihat, lembut, bersinar serta mudah digayakan. Asid lemak di dalamnya penting dalam mengurangkan keradangan kulit dan mencegah kekeringan.

Minyak Argan juga berfungsi sebagai perapi rambut untuk mengatasi masalah rambut mengerbang dan bercabang.

2. Minyak Rosemary

Minyak Rosemary kaya dengan antioksidan hasil daripada unsur kimia utamanya seperti carnosol, carnosic acid, ursolic acid, rosmarinic acid dan caffeic acid. Antara fungsi minyak Rosemary ialah menggalakkan pertumbuhan rambut serta membantu bertindak sebagai ejen semulajadi anti keguguran rambut.

3. Minyak Zaitun Tulen (Virgin Olive Oil)

Antara manfaat Minyak Zaitun Tulen ialah mengurangkan masalah rambut bercabang & kerinting, menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengunci kelembapan rambut dari dalam, melindungi rambut dari sinar UV, mengawal keguguran rambut serta berfungsi sebagai perapi semulajadi rambut.

4. Minyak Kelapa Dara (Pure Coconut Oil)

Seperti yang kita tahu, minyak kelapa mempunyai khasiat yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat minyak kelapa ialah mampu menjadikan rambut lebih tebal dan bersinar, melindungi rambut dari kehilangan protein, bertindak sebagai anti kelumumur semulajadi, meningkatkan kesihatan kulit kepala, melawan jangkitan & kulat dan menyokong pertumbuhan rambut.

5 Sebab Kenapa Perlu Dapatkan BIOCHO Pomade ni? 
BIOCHO Pomade

1. Dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia seperti paraben, pewangi sintetik dll.

2. Rambut lebih mudah untuk digayakan, tahan lama serta senang untuk dicuci tanpa meninggalkan sebarang lekatan.
BIOCHO Pomade
3. Tekstur pomade yang tidak melekit mudah untuk diramas pada rambut.

4. Memberi khasiat dan manfaat kepada rambut  agar lebih sihat, lembut dan bersinar secara semulajadi.

5. BIOCHO pomade ni sangat sesuai untuk lelaki yang ada masalah kulit sensitif, kelumumur dan kegatalan kulit kepala. Sebab kandungannya berkhasiat untuk kulit kepala dan tidak menyebabkan sebarang keradangan.

Untuk Membeli BIOCHO Pomade

Macam Ana bagitau dekat atas, tak rugi beli dan guna BIOCHO Pomade - Pomade Herba Semulajadi Untuk Rambut Sihat dan Bersinar ni. Nak jadikan hadiah untuk adik lelaki, suami atau kawan-kawan pun sesuai sangat. Harga pomade pun mampu milik sangat. Dengan kandungan minyak semulajadi, harga yang dijual hanya RM45 (RM49 SS) sahaja. Berbaloi-baloi sebab sebotol pomade ni boleh tahan sehingga 4 bulan kalau guna 2 kali sehari. Jimat kan???

Bagi korang yang berminat nak beli atau nak jadi pengedar produk BIOCHO, korang boleh order melalui WhatsApp di http://www.wasap.my/60164907155/pomade atau beli di Shopee Shop di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang BIOCHO Pomade dan produk-produk lain korang boleh layari laman web atau FB page seperti di bawah : 

Jun 21, 2019

Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu

10:44 AM 13
Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu

Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu l Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Baru-baru ni Ana ada terbaca tentang Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu. Seram sejuk satu badan bila baca. Tak terbayang betapa dahsyatnya azab seksa si penghuni-penghuni neraka. 
Jenis-jenis Pintu Neraka dan Siapa Penghuni Setiap Pintu

Tapi pelik kan?? Da tau azab seksa Allah tu maha dahsyat tapi kita tetap lakukan dosa. Tu menunjukkan betapa lemah nya iman kita dan betapa hinanya kita sebagai seorang hamba. Amal dah lah tak seberapa, dosa pulak setiap hari bertambah tapi masih berimpian untuk ke syurga. Tak salah kan? Semoga ada amalan kita yang tak seberapa tu diangkat oleh Allah sebagai asbab untuk beroleh rahmatNya. Dan jangan lupa untuk sentiasa berdoa agar dilindungi dari azab seksa api neraka. Salah satu doa yang boleh kita amalkan ialah doa selepas tahiyat akhir dan sebelum salam.

Jom kita baca tentang Jenis-jenis Pintu Neraka dan Sifat Setiap Pintu di bawah ni.
.
.
.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi saw : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati  penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi saw bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 

Tanya Rasulullah saw : "Siapakah penduduk setiap pintu itu?" 

Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa as serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.  Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha. Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah saw sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." 

Maka Nabi saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi saw di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Kemudian Nabi saw menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi saw masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Semoga perkongsian ni dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. 

Jun 20, 2019

Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi

11:12 AM 25
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi

Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi l Assalamualaikum. Dulu kalau sebut Shah Alam, orang akan persoalkan apa ada dekat sana. Bosan kot Shah Alam tu. Tapi Shah Alam yang dulu tak sama dengan Shah Alam yang sekarang. Hari ni Shah Alam dah jadi bandaraya yang menjadi tempat tumpuan. Salah satu sebabnya ialah Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi semakin banyak diwujudkan.
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi

Selain dari banyak Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi, faktor lokasi juga memainkan peranan yang penting. Jarak Shah Alam dengan Kuala Lumpur, KLIA, Seremban yang hanya beza 1 jam perjalanan juga menjadi salah satu faktor bandar Shah Alam menjadi tarikan pelancong. Tu belum lagi faktor butik-butik pakaian dan tempat makan yang popular yang semakin hari semakin banyak  ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Senang kata kalau ke Shah Alam ni kira cukup semua keinginan korang dapat dipenuhi.

Ok lah berbalik dengan cerita tentang Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi, terdapat banyak pilihan untuk korang seisi keluarga berhibur. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tepuk dada tanya selera. Jom kita tengok antara Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Di Kunjungi yang popular hari ni.

1. I-City Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
I-City Shah Alam dulu pernah dikenali dengan bandar lampu digital (The City of Digital Lights) kerana terdapat banyak pokok-pokok berlampu LED di seluruh kawasan I-City ni. Tapi sekarang terdapat tarikan terbaru yang mendapat sambutan hangat seperti Snowalk, Waterworld, Trick Art Museum, Itsy Bitsy (Theme Park) dan banyak lagi.

2. Taman Botani Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Teringin nak merasa musim salji seperti di luar negara? Korang wajib ke Taman Botani Shah Alam ni sebab dekat sini ada rumah iklim sederhana 4 musim. Bukan musim salji je, malah korang juga boleh merasai musim bunga. luruh dan panas. Semua di dalam satu tempat. Selain tu pada yang suka aktiviti lasak, korang juga boleh mencuba aktiviti flying fox dan paintball di sini.

3. Taman Tema Air Wet World
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Bagi yang datang ke Shah Alam dengan anak-anak kecil, apa kata korang bawa mereka ke Taman Tema Air Wet World. Boleh lah dorang main air puas-puas sambil mencuba pelbagai rides yang ada. Taman Tema Air Wet World juga lengkap dengan kemudahan seperti loker, kedai makan, pondok-pondok rehat dan lain-lain.

4. Skytrex Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Lagi satu destinasi bagi pencinta aktiviti lasak, Skytrex Shah Alam yang terletak di Taman Pertanian Malaysia pasti menjanjikan pecutan adrenalin buat korang. Jangan risau kalau korang belum biasa dengan aktiviti-aktiviti ekstrem ni kerana ianya terbahagi kepada 3 litar iaitu Little Advebture (beginner), Big Thrill (intermediate) dan Challenge Extreme (advanced).

5. Laman Seni Seksyen 7
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Suka port port menarik yang Instagrammable? Korang patut ke Laman Seni Seksyen 7 yang ala ala Art of Old Town Ipoh. Di sini terdapat hasil-hasil seni pelukis jalanan yang telah memenangi Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dalam 4 kategori yang berbeza.

6. Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Merupakan masjid kedua terbesar di Asia Tenggara dan lebih di kenali sebagai masjid biru kerana berkubah biru. Menurut fakta masjid ni mengambil masa selama 12 tahun untuk di siapkan dan menerapkan seni rekabina tradisional Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli. Menarik kan? Keindahan masjid biru ni lebih terserlah pada waktu malam.
7. Perpustakaan Raja Tun Uda
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Bosan lah pergi perpustakaan!! Mesti tu tanggapan korang kan. Tapi percayalah Perpustakaan Raja Tun Uda ni lain dari lain. Berkonsepkan perpustakaan dalam taman, perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang berteknologi tinggi dan dilengkapi dengan kemudahan moden termasuklah Zon kreatif untuk kanak-kanak, gimnasium, tayangan unik 6D dan juga filem 3D.

Kalau korang yang jenis suka JJCM, jangan risau sebab ada banyak sangat tempat-tempat makan yang korang boleh cuba. Antaranya :

8. Nasi Lemak Tepi Jalam 1996
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Kredit : FB NLTP
Bosan dengan nasi lemak biasa? Why not korang ke Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 dan cuba Nasi Lemak Lobster yang dilimpahi dengan kuah cheezy istimewa. So yummy!!

9. Rumah Makan Cibiuk Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Kredit : FB RMCSA
Kalau korang nak cuba rasa masakan resipi asli Sunda, korang wajib ke sini. Jangan lupa untuk cuba Nasi Liwet ala ala nasi lemak. Makan pula dengan ayam kampung bakar dan lele goreng. Terbaik beb.

10. Cake Jalang Tiung
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam Kredit : FB Cake Jalan Tiung
Tak nak makan berat-berat, nak yang light and sweet, Cake Jalan Tiung tempat lepak yang terbaik. Kek-kek dekat sini semua dibakar fresh dan semuanya homemade. Antara kek yang popular ialah Salted Caramel Chocolate Cake, Pavlova, Cream Puff dan Cupcakes.

23 Hotel Menarik Di Shah Alam Sebagai Penginapan Percutian 

Ok alang-alang dah sampai Shah Alam ni kan, mana cukup sehari untuk explore semua yanh ada kan. At least kena lah bermalam semalam di sini. Baru berbaloi datang dari jauh-jauh.

Nak tidur mana?? Haaa jangan risau bab tu sebab dekat Shah Alam ni ada banyak hotel yang korang boleh check in. Ana jumpa senarai hotel ni di laman sesawang Bagasi.my. Korang pernah dengar tentang Bagasi.my ni?
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Bagasi.my merupakan laman sesawang yang sangat ideal, sarat dengan info untuk korang yang kaki jalan. Sebabnya dalam Bagasi.my ni korang boleh jumpa SENARAI LENGKAP tempat-tempat menarik dan juga hotel-hotel serta homestay di seluruh Malaysia. Contohnya macam senarai 23 Hotel Menarik Di Shah Alam Sebagai Penginapan Percutian untuk panduan korang ni.
Tempat-tempat Menarik Di Shah Alam
Bab harga jangan risau sebab korang boleh pilih mengikut bajet korang tau. Ada bilik serendah RM63 sehingga RM240 semalam. Murah kan. Lagi-lagi kalau korang tong tong :). Eh walau harga  bilik tu murah tapi bilik yang disediakan masih lagi selesa dan bersih tau.

Dalam 23 Hotel Menarik Di Shah Alam Sebagai Penginapan Percutian tersebut, ada beberapa hotel yang Ana dah pernah nginap. Antaranya Hotel Pegasus dan Hotel De Art Shah Alam.

Bab makanan dekat hotel pula, antara 23 Hotel Menarik Di Shah Alam Sebagai Penginapan Percutian tu boleh dikatakan selalu juga Ana makan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. So far makanan dia semua sedap-sedap. Ada banyak pilihan pulak tu - Masakan Melayu, Jepun, Cina dan antarabangsa. Kalau terasa nak makan steamboat murah tapi terbaik korang boleh stay di Acapella Suite Hotel sebab dekat bawah tu ada DKayangan Grill & BBQ Steamboat.

Haa macam mana, dah ada plan nak ke Shah Alam? Atau mana-mana destinasi di dalam Malaysia? Kalau ada jangan lupa tau survey hotel dan homestay di Bagasi.my. Tak rugi tau korang. Semua info dalam satu laman sesawang - jimat masa, mudah dan cepat!!



Jun 19, 2019

Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong

10:30 AM 14
Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong

Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong l Assalamualaikum. Malam raya tahun ni berbeza sikit sebab instead bermalam di rumah mak mertua, Ana sekeluarga berMalam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong. Hotel bersebelahan dengan Brem Mall Kepong tu haa.
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Malam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong

Sebenarnya memang plan nak tidur rumah mak mertua, tapi 2 minggu sebelum tu adik mak mertua Ana tumpang beraya sekali. So bilik tetamu yang selalu Ana guna tu dah beri pada makcik Ana tu. Tu yang jadinya kami berMalam Raya di Crystal Crown Hotel Kepong. Sebelah rumah je pun hotel ni. Haha.

Memandangkan hotel sebelah rumah je, Ana balik tidur je malam tu. Tu pun sampai hotel dalam pukul 1 pagi. Tidur kejap esok pagi dah siap siap untuk berhari raya. Kisah raya Ana boleh baca di SINI.

Bilik ni bilik Superior dengan 2 unit katil single. Harga dalam RM110 semalam. Harga termasuk breakfast tapi dah ada lauk raya dekat rumah, so memang tak pergi makan pun. 

Ni rupa bilik di Crystal Crown Hotel Kepong. Agak luas dan bersih. Interior dia walau agak lama tapi masih elok dan kemas. Cadar, bantal semua bersih. Cuma bantal dia tak best sikit. Tak selesa nak guna sebab terlalu rendah. Susah gak lah Ana nak tidur malam tu sebab nak cari posisi yang "kena". Hehe. Biasa pakai bantal tinggi kan.
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Fasiliti yang disediakan agak ok juga lah dengan harga yang dikenakan tu. Fasiliti yang ada ialah kerusi dan meja kopi, meja kerja aka meja solek, mini bar, coffee & tea making facilities dan tv dengan few Astro channels. Sempat lah tengok kejap.
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Ni rupa bilik air dia. Nampak macam baru renovate. So bersih lah kan. Actually bilik air ni besar tapi sebab dah ada bath tub dalam tu, jadi dia makan space. 
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Crystal Crown Hotel Kepong
Macam Ana prefer yang takde bath tub sebab satu makan space, dan lagi satu sebab leceh woo nak mandi kena naik dalam bath tub tu. Bayangkan kalau orang-orang tua yang tak larat atau sakit kaki, kan dah jadi satu hal nak kena panjat. Nak mandi kat bawah kang habis basah satu bilik air, takut licin pulak nanti.

Ok lah tu je cerita Malam Raya Ana di Crystal Crown Hotel Kepong. Overall ok je semua. Ada orang kata hotel ni berhantu, so far takde lah pulak rasa-rasa seram tu semua. Receptionist tu siap cakap dah 7 tahun dia kerja sini tak pernah pulak terserempak dengan entiti-entiti tu. Kalau ada tak kan dia nak cerita pulak kan. Kang korang pun takut nak stay sini. Hehe.





Jun 18, 2019

Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records

2:01 PM 29
Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records

Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records l Assalamualaikum. Bila dah jadi mak mak ni kan, sedikit sebanyak mesti akan terjebak dengan dunia anak-anak. Lagi-lagi bila masuk bab-bab permainan. Dari tak tahu jadi tahu lah orang kata. Dan salah satu koleksi permainan kesayangan Syafi yang Ana tahu ialah Thomas & Friends™. Dan baru-baru ni Thomas & Friends™ Thomas  TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records tau. Hebat kan?
Thomas & Friends™ TrackMaster™
Thomas & Friends™ TrackMaster™ Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records 

Kalau korang nak tau, Thomas & Friends™ TrackMaster™ merupakan koleksi terbaru Thomas & Friends™  yang baru dilancarkan bulan lepas.  Untuk masuk dalam senarai Malaysia Book of Records, pihak Thomas & Friends™ telah bertungkus lumus sehingga berjaya membina diorama terbesar menggunakan set-set Thomas & Friends™ TrackMaster™ dengan keluasan 50 meter persegi di Ground Floor Centre Court, Old Wing, 1 Utama Shopping Centre pada 25 Mei ke 10 Jun 2019 yang lepas.
Thomas & Friends™ TrackMaster™
Menurut Ho Shu Ting, Pegawai Pemasaran untuk unit Prasekolah & Bayi di Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. (Mattel), apa yang menarik tentang diorama Thomas & Friends™ TrackMaster™ terbesar ni ialah ianya bertujuan untuk membantu merangsang imaginasi kanak-kanak dalam dunia yang lebih besar di sekeliling mereka melalui permainan keretapi yang hebat dan mengagumkan ini. Selain dari tu, ianya juga menonjolkan kepentingan ikatan persahabatan dan kerja berkumpulan bersama Thomas melalui pengembaraan zaman kanak-kanak yang mengujakan.

Ok jom kita cerita tentang koleksi terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™ pula. Koleksi Thomas & Friends™ TrackMaster™ ini menawarkan sistem trek keretapi dengan kuasa bateri yang boleh disesuaikan dan penyambungan antara trek yang membolehkan jurutera trek menyuai padan beberapa kotak set koleksi ini kepada sebuah dunia besar yang saling berhubung.

Thomas & Friends™ TrackMaster™ ini dikeluarkan bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dan merangsang jurutera-jurutera cilik ini untuk mencipta dunia Thomas mereka sendiri dengan enjin baharu, trek baharu dan inovasi pelan baharu sebagai tambahan kepada set sedia ada.

Bersempena dengan ulang tahun Thomas & Friends™ yang ke-74 sejak mula menghiburkan kanak-kanak sedunia dari Pulau Sodor, Thomas & Friends™ TrackMaster™ yang merupakan pasukan baharu keretapi wap (Thomas, Percy, James, Gordon, Nia, Rebecca dan Emily) akan meneruskan momentum Thomas’ Global Adventures dengan memastikan keterangkuman dan komunikasi lebih meluas di seluruh dunia.

Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set

Tak nak ketinggalan, Syafi juga dah berjaya dapatkan salah satu koleksi Thomas & Friends™ TrackMaster™ iaitu Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set. Bukan main gembira dia. Koleksi Thomas & Friends ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 7 tahun tau di mana semasa bermain, secara tak langsung mereka boleh meningkatkan kemahiran bermotor mereka.
Thomas & Friends™ TrackMaster™
Nak pasang set Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set ni senang sangat sebab dah ada arahan serta kod-kod pada setiap komponen yang ada. Less than 5 minutes dah boleh siap pasang 20 komponen yang terdiri daripada kereta mainan utama Thomas, bot rolling, trek kereta api standard TrackMach™, trek air untuk bot dan juga dua buah dek.
Untuk Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set ni ia mengisarkan tentang perjalanan Thomas  yang bermula dari trek sehingga ke pengembaraan di atas laut  yang berombak dengan sebuah bot yang hebat. Penggembaraan tersebut akan berakhir di sebuah dek sebelum Thomas kembali ke tempat asalnya.

Bagi Ana bagus kita dedahkan anak-anak dengan permainan seperti ni. Takde lah sibuk dengan gajet je kan. Masa ni lah Ana nampak Syafi banyak berfikir dan belajar untuk memahami apa yang dia lihat. Sambil bermain sambil belajar orang kata. Baru lah fun kan!! Tapi mak ayah lah kena bertabah sebab non stop soalan diajukan. Huhu.

Kalau korang berminat nak dapatkan koleksi Thomas & Friends™ TrackMaster™ ni untuk dijadikan hadiah untuk anak-anak, korang boleh dapatkan di kedai-kedai permainan utama, kompleks membeli-belah serta platform e-dagang.

Untuk maklumat lanjut tentang Thomas & Friends™ TrackMaster™ atau koleksi Thomas & Friends™ sedia ada, korang boleh layari laman Facebook Thomas & Friends  di https://www.facebook.com/sea.thomasandfriends.

Jun 17, 2019

"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv

10:40 AM 18
"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv

"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv  l Assalamualaikum. Korang suka tak tengok cerita-cerita ala ala detektif yang menyelesaikan kes-kes jenayah seperti kes pembunuhan? Dan pernah tak berangan nak jadi detektif? Kalau ye apa kata korang sertai "The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv  ni.
The InBetween Siri Terbaru di Unifi Tv
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
"The Greatest Murder of Westwood" Adaptasi Dari The InBetween Siri Thriller Terbaru di Unifi Tv  

Kalau korang nak tau, The InBetween merupakan siri thriller terbaru di Unifi TV Ch 473 (Blue Ant Entertainment) yang mula disiarkan pada 31 Mei pukul 10.35 malam.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
The InBetween menceritakan tentang keadilan di antara 2 dunia. Diterajui oleh watak Cassie Bedford, wanita yang dilahirkan dengan keupayaan luar biasa di mana dia boleh melihat peristiwa-peristiwa yang telah berlaku atau yang akan berlaku pada masa akan datang. Selain tu Cassie juga didatangi roh roh yang memerlukan bantuannya.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
Cerita bermula apabila ayahnya; Detektif Tom Hacket dan rakan barunya; bekas Agen FBI Damien Asante memerlukan bantuan Cassie untuk selesaikan kes pembunuhan yang sukar dan membingungkan. Dan Cassie tak bersetuju untuk menggunakan kebolehannya dan membantu menyelesaikan beberapa kes Seattle yang paling mencabar. Kalau nak tau lebih lanjut korang kena lah tengok sendiri di Unifi Tv Ch 473 ok.

Ok berbalik dengan cerita nak jadi detektif yang Ana bagitau awal-awal tadi, sekarang korang boleh berpeluang untuk merasai sendiri jadi ala Cassie dengan menyelesaikan kes pembunuhan "The Greatest Murder of Westwood" di mana ianya merupakan hasil kolaborasi Blue Ant Entertainment dengan Breakout Malaysia Avenue K.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
Semalam Ana dengan adik-beradik Ana berkesempatan untuk jadi detektif sekejap. Konon nak solve kes pembunuhan "The Greatest Murder of Westwood" tu lah. Rupanya belum cukup ilmu di dada lagi. Haha.
The InBetween Siri Terbaru Unifi Tv
Susah bak hang kes pembunuhan tu ok. Penat kitorang fikir semata nak cari klu untuk selesaikan kes tu. 45 minit yang diberi memang sangat tak cukup. Tapi takpe lah, janji kitorang berani sahut cabaran. Katanya kes ni antara kes yang paling susah dan hanya 5% sahaja yang berjaya selesaikan kes ni. Memang tabik spring lah pada yang berjaya tu.

Tapi kalau korang rasa korang mampu dan hebat bab-bab penyiasatan ni, sila beranikan diri untuk selesaikan kes "The Greatest Murder of Westwood" ni. Dan kalau kata korang jadi 100 peserta pertama yang  berjaya selesaikan kes pembunuhan tersebut, korang berpeluang membawa pulang hadiah istimewa. So book slot korang secepat mungkin sebab kolaborasi ni hanya sehingga 21 Jun 2019 ni. Masih berbaki beberapa hari ni.

Bagi yang tertanya macam mana jalan cerita siri The InBetween ni korang boleh tengok trailer di https://www.facebook.com/BlueAntEntertainment/videos/386239392232725/.

Untuk info terbaru, korang boleh follow Blue Ant Entertainment di laman sosial di bawah.



Jun 12, 2019

Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka

9:31 AM 18
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka

Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka l Assalamualaikum. Ada yang dah pernah rasa Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka ni? Kalau korang nak tau port ni tengah viral sejak dua menjak ni tau.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka

Sebenarnya Ana pun baru tau tentang Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka ni masa ke Melaka 2 minggu sebelum puasa hari tu. Tu pun team operasi En Suami yang bagitau. Kalau tak, kitorang pun tak tau juga. Hehe. 

Bila search dekat Google, eh dekat je dengan hotel yang kitorang stay tu. Oh ha landmark nak ke sini ialah Masjid Kampung Hulu - masjid tertua di Malaysia ni. 

Dan masa google tu lah juga baru tau tempat ni tengah femes since last year. And for sure lah ramai orang kan especially on weekend. Kalau nasib baik, boleh lah dapat tempat duduk cepat. Macam Ana hari tu plan nak take away je cendol tu sebab tengok kerusi meja semua full house. Tapi nak jadi rezeki masa tunggu cendol tu siap, ada customer yang dah selesai makan. Apa lagi duduk lah terus. 

Cendol Kampung Hulu ni sebenarnya terdiri daripada beberapa stall yang dibuka di tepi Sungai Melaka. Antara stall yang paling popular ialah stall Ramen Asam Pedas dengan stall jual cendol. Selain tu ada juga stall yang jual roti john, satay, makanan bergoreng dan banyak lagi.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramai kata Ramen Asam Pedas dengan Cendol Durian yang paling popular, so Ana pun nak lah juga cuba 2 menu ni lah. Cuma kitorang add on satay 2 set.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Untuk menu asam pedas ni, tak terhad untuk menu ramen je. Nak makan dengan nasi pun boleh. Ada beberapa jenis asam pedas yang korang boleh pilih. Cuma untuk ramen, asam pedas dia terhad pada beberapa pilihan je. Macam Ana hari tu order Ramen Asam Pedas Sotong sebab nak serasikan dengan ramen tu. Harga untuk ramen sotong ni ialah RM18.90.
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Rasa dia?? Sedap dan kena sangat dengan selera Ana. Adik dan En Suami pun kata sedap. Kuah dia pekat dan cukup rasa semua. Agak pedas bagi yang tak kuat pedas. Tapi pedas pedas pun licin semangkuk tu. Hehe. Ada yang review kata kuah dia cair tapi masa Ana makan tu, ok je kuah dia. Pekat likat melekat. Rezeki kitorang kot sedap hari tu. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Pedas pedas tu bilas tekak dengan cendol durian memang terbaik beb. Tapi sayangnya bagi Ana, cendol durian dia beshe beshe je. Mungkin sebab Ana pernah rasa cendol durian yang lagi WOW kan. Cuma keistimewaan cendol dekat sini ialah ais dia halus dan ais tu sendiri merupakan ais bersantan. So next time kalau nak makan cendol, order je cendol biasa. Dah ok dah rasa dia. Harga cendol durian ni ialah RM15 sebekas. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Budak ni asal ada durian dia ON je. Sedap ke tak belakang cerita. Hehe. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Bab satay ni tak best sikit sebab terlalu lama nak dapat. Makanan lain dah habis tapi satay tak sampai sampai lagi. Tapi tak leh salah kan dorang sebab memang ramai orang kan. Cuma masa yang diambil tu terlalu lama. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ana order 1 set satay ayam dan 1 set satay daging. Harga RM13.50 setiap set. Ada 10 cucuk satay, nasi impit dan kuah kacang beserta timun bawang. Rasa satay tu ok jer bagi Ana. Terasa perapan satay tu semua. Tekstur isi ayam dan daging pun tak liat sangat. 

Overall dari segi harga agak pricey tapi sekali sekala apa salahnya. Support local Muslim business kan. Better pergi belah petang atau malam sebab sejuk sikit. Yang syok makan dekat sini ialah, sambil makan boleh layan cruise yang lalu lalang tu. Syafi lah yang rajin dok melambai dekat cruise tu. Hehe. 
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka
So korang kalau ke Melaka, tak tau nak lepak atau makan apa why not singgah pekena Ramen Asam Pedas vs Cendol Durian di Cendol Kampung Hulu Melaka ni. Mana tau kena dengan selera korang kan. Selamat mencuba. 




Jun 10, 2019

Salam Aidilfitri 1440 H

11:30 AM 18
Salam Aidilfitri 1440 H


Salam Aidilfitri 1440H l Assalamualaikum. Wah terasa lama giler tak update blog ni. Adalah lebih dari 2 minggu. Hehe. Rindu pulak rasanya. Sihat ke korang? Ana Alhamdulillah sihat walafiat. Ana doakan korang juga semua dikurniakan kesihatan yang baik. Salam Aidilfitri 1440H buat semua. Best tak raya korang? 
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440H

#teamraya mana korang tahun ni?  Ana seperti tahun-tahun lepas #teamrayaselangor dan #teamrayaKL. Dah jadi rutin raya bila separuh hari raya pertama di rumah mertua, petang tu balik rumah mak ayah Ana pula. Esoknya pun sama pagi rumah mak ayah Ana, petang rumah mak mertua. Hehe. 

Tu lah salah satu untung kahwin dengan orang satu kawasan ni. Bak kata kitorang, lagu raya tak sempat habis dah boleh sampai "kampung". Takde isu jalan sesak semua. Tapi tahun ni KL tak selengang tahun-tahun lepas. Ramai yang raya di KL kot tahun ni. 

Saja lah nak abadikan kenangan raya dalam blog ni. Yang ni gambar hari raya pertama Ana di rumah mertua. Tahun ni semua turn beraya di sini. So full house lah. Bertambah meriah dan ceria bila adik mak mertua Ana beraya bersama. 
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440 H
Ni kisah raya hari kedua di rumah mak ayah Ana.  Perasan cantik pula gambar ni sebab pokok belakang tu sedang elok kembang dia. Siapa-siapa yang datang beraya dekat rumah mak ayah mesti akan bergambar bawah pokok ni. Hehe. 
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440 H
Sedondon selalu bak kata En Suami. Apa nak buat dah memang Ana suka sedondon-sedondon ni. Setahun sekali kan. Apa salahnya.

Baju raya tahun ni semua under bajet. Semua beli dekat arked Jalan TAR tu. Senang semua ada. Baju kurung hari pertama baru RM50 sepasang. 
Salam Aidilfitri 1440 H
Raya kedua pula RM60 sepasang. Tudung beli je tudung bawal RM15 sehelai. Total untuk baju Ana kurang dari RM200. Ok lah kan. Kalau tahun-tahun lepas, RM200 untuk sehelai baju je. Tahun ni semua insaf pakai yang biasa-biasa je. Hehe. Yang penting ikut kemampuan. Kalau mampu pakai yang RM500 sehelai pun apa salahnya kan. Janji semua happy di hari yang mulia ni.
Salam Aidilfitri 1440 H
Salam Aidilfitri 1440 H
Yang lelaki memang dah pesan awal-awal tak nak baju Melayu. Dorang lebih selesa pakai kurta je. Lagi satu alasan tak nak pakai baju melayu sebab membazir. Pakai sekali je masa raya tu. Kalau kurta boleh pakai banyak kali. Material pun selesa. Ikut korang lah kan. Baju kurta semua RM60 sehelai. Beli dekat kedai yang sama. Sekali dengan kurta Syafi. Senang citer.

Ok lah, tu je nak share tentang hari raya Ana. Sekali lagi Ana nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua yang mengenali Ana secara langsung atau pun tak. Semoga ukhwah yang terjalin ni mendapat keberkatan Allah dan berpanjangan. Raya raya juga, kesihatan kena jaga. Dan jangan lupa puasa 6 juga :)