Ya Rabbana Tarafna - Ana Suhana

May 8, 2019

Ya Rabbana Tarafna


Ya Rabbana Tarafna l Assalamualaikum. Ada yang masih suka pada nasyid? Kalau ada kita geng. Boleh kata setiap hari Ana akan layan lagu-lagu nasyid dekat Youtube. Sampai lah satu hari Ana terjumpa video Ya Rabbana Tarafna ni. Nampak macam rock kan tapi dalam hati jalan menuju ke taman syurga. Cewah.
Ya Rabbana' Tarafna
Ya Rabbana Tarafna
Ya Rabbana Tarafna

First time dengar Ana terus suka. Muzik dia sangat sedap didengar. Bila Ana hayati lirik dia, sampai ke jiwa orang kata. Lirik dia umpama kita membaca doa which is bagus untuk kita ingat. Katanya ni adalah selawat yang berasal dari bandar Aceh, Indonesia. Ada yang dah pernah dengar? 


يَا رَبَّنَا اعْتَرَفْنَا بِاَنَّنَا اقْتَرَفْنَا
Ya tuhan kami, kami mengakui
 Bahawa kami telah melakukan kesalahan

وَاَنَّنَا اَسْرَفْنَا عَلَى لَظَى اَشْرَفْنَا
Dan kami telah melampui batas
Dan kami telah menghampiri jurang kebinasaan (neraka)

فَتُبْ عَلَيْنَا تَوْبَةْ تَغْسِلْ لِكُلِّ حَوْ بَةْ
Maka ampunilah kami dengan ampunan
Yang dapat membasuh semua dosa kami


وَاسْتُرْ لَنَا الْعَوْرَاتِ وَآمِنِ الرَّوْعَاتِ
Tutupilah semua aib kami
Dan tenteramkanlah semua ketakutan dan kegelisahan kami

واغْفِرْ لِوَالِدِيْنَا رَبِّ وَمَوْلُوْدِ يْنَا
Dan ampunilah para orang tua kami 
Ya Tuhanku, dan juga semua anak cucu kami

وَالْآلِ وَالْاِخْوَانِ وَسَائِرِ الْخِلَّان
Dan semua keluarga, serta semua saudara kami Dan semua sahabat karib kami

فَضْلًا وَجُوْدًا مَنَّا لَا بِاكْتِسَابٍ مِنَّا
Berdasarkan keutamaan, kemurahan dan kurniaanMu Ya Allah
Tidak berdasarkan hasil usaha kami

بِالْمُصْطَفَى الرَّسُوْلِ نَحْظَى بِكُلِّ سُوْلِ
Dengan wasilah nabi yang terpilih iaitu Rasul Allah 
Dalam setiap permohonan kami diijabah (dimakbulkan) 

13 comments:

  1. first time dengar ni ana..masyaallah mendayu2 sejuk je dengar pagi2 ni...

    ReplyDelete
  2. Baru tahu dan dengar ni kak Ana...best.

    ReplyDelete
  3. first time dengar gak..sejuk je telinga dengar..ni ni buka ulang2

    ReplyDelete
  4. Pertama kali dengar jugak. tqq sharing kak ana

    ReplyDelete
  5. Sejuk hati dengar ini pepagi.. tq share Ana..

    ReplyDelete
  6. Good sharing Ana.. rasa cam sebak lak dengar dan baca maksud dia Ana..

    ReplyDelete
  7. Best selawat ni punya susunan muzik. Dulu masa kat sekolah, zikir subhanallah, alhamdulillah dan allahuakbar tu akak2 senior ubah tune terus melekat kat kepala. Lain dari biasa..

    ReplyDelete
  8. Sedap dengar nya...hati jd tenang

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤