Saya Ada 1, Ilmu Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi - Ana Suhana

May 14, 2019

Saya Ada 1, Ilmu Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi


Saya Ada 1 Ilmu, Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi l Assalamualaikum. Wah kejap je dah masuk ramadan ke-9. Rasa baru macam semalam baru start terawih dan bersahur kan. Terasa nikmat bila duduk dalam madrasah ramadan ni. Nak buat jahat tu rasa sayang sangat dengan pahala puasa yang kita buat tu. Kang takut jadi sia-sia pulak. 
Saya Ada 1 Ilmu, Awak Ada 1 Ilmu Jom Kita Kongsi

Selalu bulan puasa ni, ramai yang suka share tazkirah-tazkirah pendek untuk perkongsian bersama dekat group WhatsApp. Bagi Ana dah cukup bagus sebab dapat jadikan peringatan untuk diri sendiri. Kadang kita dah tau benda tu tapi selalu lupa kan. Al-maklumlah manusia mudah lupa.

Dalam banyak-banyak tazkirah tu, Ana tertarik dengan tazkirah yang ni. Sebab kena dengan diri Ana. Ye lah Ana bukan hebat atau bagus bila masuk bab beribadah ni. Ilmu pun tak sampai sejengkal. Tapi tak bermakna kita tak boleh lakukan sesuatu yang besar ganjarannya kan. Tak percaya korang baca sendiri kisah Si Rasyid Budak Bijak ni.

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing. Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu." kata Rasyid. 

Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sangat pun, dia akan baca paling kurang 1 ayat, dan terjemahnya sampai faham. Kenapa? Sebab belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !! (Rujukan HR Ibnu Majah No.215)

Rasyid nak solat banyak-banyak sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sebab hobi dia tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, pahalanya seperti Solat Seluruh Malam. Rasyid memang bijaksana! (Rujukan HR Muslim)

Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pun merangkak2. Tapi Rasyid banyak baca surah Al-Ikhlas. Setiap hari  paling kurang 15x (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sebab dia tahu baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti 1x Khatam Quran. Rasyid memang smart!

Rasyid tengah drive nak pergi bank. Tapi jem sungguh! Mulutnya kumat-kamit. Sampai Bank, orang pula ramai sangat. Sambil menunggu, mulutnya kumat-kamit lagi. Rasyid tengok orang lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tengah maki ke? Rasyid kata, "Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik daripada saya duduk termenung jew. Pahalanya AMAT BERAT, tapi TAK PENAT pun..." Perghhh deep beb!! Orang tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. Rasyid tersenyum kerana telah berjaya menyampaikan ilmu yang berguna.

Rasyid membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supaya tidak ambil upah kerja untuk masjid. Setiap kali orang guna Masjid untuk beribadah, kita dapat pahala. Orang-orang kagum dengan dua beranak tu. Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*

Seorang yang bijak bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sebelum azan.  Rasyid selamba jawab : azan untuk peringatan kepada orang-orang yang lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dalam kalangan mereka!! (kita mohon dengan Allah akan kesejahteraan, keselamatan dunia akhirat).Orang Soleh tu naik insaf! Rupanya Rasyid lebih bijak daripada orang tu!

Rasyid selalu minum air di masjid pada hal air tu di rumah dia pun ada. Bila ditanya Rasyid jawab supaya orang yang letak air di masjid tu diberi ganjaran. Aku terkedu....Rasyid bijakkan?

Rasyid rajin berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor untuk dapat Pahala PERCUMA, dan terus Solat Jemaah di Masjid untuk dapat 27x darjat. Duit pun jimat. Rasyid is sooo brilliant!!*

Lepas berbuka di Masjid, Rasyid terus basuh tangan dan dalam keluarkan RM1 dari koceknya. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorang budak... Rasyid kata, "takpe la dik, abang bukan kaya sangat, tapi kalau boleh istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometriko (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari 
=RM21,000,000 

Budak tu terus cium tgn Rasyid, sebab kagum Rasyid bukan saja pandai Agama, malah pandai Add Math!! Hahaha.

Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, " Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." (surah Al-Munafiqun Ayat 10). Maksudnya orang yang dah mati kalau dihidupkan balik untuk buat 1 amalan saja, dia akan pilih untuk bersedekah kerana sedekah pahala amalannya boleh membiak.

Rasyid letih so dia nak take a nap sekejap. Dia take a nap di Masjid dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sebab dia dapat pahala iktikaf walaupun tidur. Rasyid is clever as always!

Rasyid hormat ibu bapanya. Kalau ada apa-apa yang dia tak sependapat dengan ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. Rasyid tahu derhaka kepada ibu bapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*

Rasyid kata, "Bilamana sampai  kepada kamu gosip-gosip tentang seseorang daripada mereka, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu saja. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti setakat kamu saja, bermakna kamu telah dapat pahala tutup aib orang. Barangsiapa yang tutup aib mana-mana muslim, Allah akan tutup juga aib dia." Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu.

3 doa yang Rasyid sure ingat untuk dibaca semasa sujud ;
1. Ya Allah, aku mohon dgn-Mu pengakhiran yg baik. 
2. Ya Allah, kurnialah kpd aku taubat nasuha sebelum aku mati. 
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tanpa sebarang pengkhususan). Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid

Sehinggakan bila kamu berniat unttk sebarkan ucapan ini, meniatkan saja tu pun dah dikira sebagai kebaikan. Moga-moga dengannya Allah melepaskan kesusahan daripada kesusahan-kesusahan di dunia dan akhirat.

Buatlah baik walau sekecil-kecilnya sebab kadang-kadang kita tak tahu besar mana pahalanya. Jom ikut kehebatan Rasyid.

15 comments:

  1. Subhanallah. terima kasih atas perkongsian ilmu kak ana :D sangat bermanfaat!

    ReplyDelete
  2. tq for sharing...btul tu..kita jgn kedekut dgn ilmu yg kita ada..kita kongsi2kan..bertambah pahala

    ReplyDelete
  3. sedikit kalau istiqhomah menjadi banyak..jangan diukur banyak atau lamanya berbuat baik atau beribadah tapi kesungguhan dan niat itu utama..Rashid lakukan kerana ilmu..makan kita usahakan untuk mencari ilmu supaya dapat lakukan kebaikkan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sangat atas perkongsian Kak Ana. Sy share kat fb page sy ye kak.. ada sy copy sikit ayat kat sini..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. setuju sangat. ilmu takkan pernah habis jika dikongsi dan dihebahkan ^_^

    ReplyDelete
  6. Hebatnya Rasyid :) Jom jd mcm Rasyid. Hehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian.
    Something to ponder.
    Nak beramal seelok-eloknya kena ada ilmu juga janganlah main ikut-ikut je
    #ingatanuntukdirisendiri

    ReplyDelete
  8. bagusnya Rashid ni! Simple je tapi berganda pahala dia boleh dapat

    ReplyDelete
  9. terima kasih akak. ray share kat fb n twitter supaya nnt lg ramai boleh baca.

    ReplyDelete
  10. Tq sharing ana...betul kalau kita share ilmu...banyak lagi ilmu baru kita akan dapat

    ReplyDelete
  11. Cerita cerita pendik tapi penuh pengajaran. Terinspirasi tau.....TQ ana...
    Dah pergi Kenanga ke bulan Ramadhan ni? hihi

    ReplyDelete
  12. Subhanallah.. Terima kasih untuk perkongsian ini Ana..

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yg baik utk renungan kita semua. Terima kasih Ana.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤